Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

HOMOSEKSUAL

Perkataan homoseksual diterjemah secara harafiah adalah "sama jantina" yang merupakan
gabungan prefiks Yunani homo- bererti "sama" dan asas Latin sex- bererti "seks."
Kesan Keburukan Dan Bahaya Dalam Masyarakat
a. Penyakit HIV AIDS
Penyakit AIDS mulai menjadi tumpuan ramai apabila pada 5 Jun 1981, doktor mulai
mengambarkan wabak paru-paru berair yang biasanya sukar terjadi, yang menular
dikalangan lima orang homoseksual di Los Angeles. Semenjak itu, AIDS dan homoseksual
menjadi bagaikan seerti. Pada awal-awal penyakit merebak, San Francisco merupakan
kawasan gay paling teruk dijangkiti, di mana hampir separuh daripada populasi
homoseksualnya telah dijangkiti.
b. Penyakit Siflis
Antara penyakit lain kerana aktiviti seks yang songsang ialah penyakit siflis. Penyakit
jangkitan seks mempengaruhi organ seks dan juga organ lain. Gonorea dan sifilis ialah
penyakit seks yang paling biasa. AIDS ialah penyakit yang paling berbahaya kerana masih
tiada penawar. Penyakit jangkitan seks juga dikenali sebagai penyakit kelamin atau venereal
(VD Venereal Disease). Penyakit jangkitan seks telah mencapai taraf epidemic. Sifilis dan
gonorea mempunyai bilangan kes yang paling tinggi antara penyakit berjangkit yang
dilaporkan. Walau bagaimanapun bilangan kes sebenar dianggarkan tiga hingga lima kali
ganda bilangan kes yang dilaporkan.
c. Timbul Masalah Kecelaruan Dalam Hubungan Keluarga
Jika kita meneliti masalah ini di negara-negara barat yang membenarkan perkahwinan
sesama sejenis, terdapat masalah kecelaruan dalam hubungan keluarga. Ini kerana bagi
wanita yang berkahwin dengan wanita, mereka tidak boleh melahirkan anak kerana tiada
sperma. Bagi lelaki yang berkahwin sesama lelaki juga turut mengalami masalah yang sama
kerana tiada telur untuk mengandung. Untuk menyelesaikan masalah mendapatkan anak,
mereka memilih untuk mengadakan persemanian beradas untuk mendapatkan anak.
Kaedah ini amat bertentangan dengan syariah Islamiah kerana kita tidak dapat menentukan
kesahihan nasab keturunan.

Kaedah Penyelesaian Secara Islam


i. Kesedaran dari dalam hati untuk berubah
Golongan homoseks muslim adalah pada asasnya Islam. Walaupun mereka melakukan
dosa yang terkutuk ini, ruang dan peluang harus diberikan kepada mereka untuk kembali ke
panggal jalan. Walaupun mereka sedar mereka terjebak dalam kancah maksiat, tetapi
penulis sangat percaya jauh disudut hati mereka, mereka sedar apa yang mereka lakukan
adalah tidak normal dan bertentangan dengan ajaran Islam. Maka, kepada golongan ini
yang mahu berubah, setiap perbuatan mestilah dimulakan dengan niat terlebih dahulu. Iaitu
niat untuk berubah. Selari dengan ajaran Islam, setiap perbuatan mestilah dimulai dengan
niat, lafaz dan perbuatan. Kemudian, barulah diubah penampilan mereka seperti cara
berpakaian, cara percakapan dan perlakuan mereka kepada normal.
ii.

Mendirikan Solat
Seterusnya, ibadah solat yang sempurna pula akan dapat menghalang umat Islam daripada
berbuat dosa. Solat itu sendiri telah menjadi benteng pertahanan kepada kita daripada nafsu
yang mendorong untuk berbuat maksiat. Allah SWT telah memerintah supaya mendirikan
solat dan juga telah menerangkan kesan solat kepada mereka yang mendirikannya. Solat itu
mencegah perbuatan keji iaitu perbuatan yang haram dan kata-kata mungkar. Perbuatan
yang keji dan perkataan yang mungkar, kedua-duanya menghasilkan dosa.

iii.

Mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling/Khidmat Nasihat


Dewasa ini terdapat banyak perkhidmatan kaunseling yang disediakan untuk membantu
golongan homoseks supaya dapat menyelesaikan kemelut identiti gender ini secara klinikal
dan kognitif. Malahan, perkhidmatan nasihat yang sama juga ada disediakan dimana-mana
pejabat agama di seluruh negara.

iv.

Peranan Ibubapa, Pendidik dan Masyarakat


Ibubapa harus lebih berperanan untuk memantau anak-anak remaja agar tidak terjebak
dengan masalah ini. Ibu bapa perlu memiliki kualiti bimbingan yang baik supaya anak-anak
tidak mengira peringkat umur termasuklah anak-anak remaja berada dalam pengaruh
budaya keluarga yang sihat. Jika tidak, pengaruh buruk di luar rumah yang sedang
menunggu akan mempengaruhi mereka. Ibubapa wajib membina asas pendidikan yang
kukuh (foundation) kepada anak-anak. Kita tidak mahu anak-anak menjadi keliru dan tidak
tahu memilih mana yang baik dan buruk dalam hidup mereka.

v.

Peranan Masjid
Agar pihak kerajaan untuk terus memperkasakan institusi masjid di seluruh negara. Masjid
bukan sahaja dijadikan tempat beribadah tetapi ia juga berperanan sebagai pusat
pembangunan sosial dan komuniti umat Islam di negara ini. Pihak masjid adalah digesa
untuk turut melaksanakan program pencegahan seperti kempen menjauhi zina, anti
Valentines days dan program untuk golongan lesbian dan gay ini melalui kutbah Jumaat,
ceramah, kuliah magrib dan melalui aktiviti-aktiviti masjid sepanjang tahun.

You might also like