Bab 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

BAB 1

Bab ini akan mengutarakan secara umum mengenai suasana pendidikan hari ini
di Malaysia. Fokus utama perbincangan ialah tentang minat pelajar dan
perkaitannya dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru matematik.
Di dalam bab ini juga akan dipaparkan pernyataan masalah, soalan kajian,
kesignifikan kajian serta batasannya.

1.1

Pendahuluan

Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insane yang
mempunyai jati diri yang kukuh, keterampilan, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi
mengisi keperluan Negara Malaysia maju. Ini selaras dengan cabaran keenam di dalam wawasan
2020 iaitu cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang
mempunyai daya perubahan yang tinggi dan berpandangan ke depan yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga penjumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
Pendidikan Sains, Matematik dan Teknologi adalah usaha yang berterusan untuk mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif serta berilmu. Ia member tumpuan kepada kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis, kemahiran manipulatif dan juga kemahiran saintifik.
Cabaran ke 6 wawasan 2020 yang berbunyi mewujudkan masyarakat saintifik
dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan dasar
pandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi penggunaan teknologi, tetapi
juga penyambung kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. Ini
besesuaian dengan harapan untuk membina negara yang maju dan rakyat yang
berketrampilan dalam pelbagai bidang. Oleh itu penguasaan matematik menjadi
tunjang ke arah matlamat tersebut. Ia juga penting dalam melahirkan generasi
yang mampu menguasai bidang sains dan teknologi yang akan membawa
negara menuju ke era globalisasi. Kemahiran dalam
mata pelajaran ini membolehkan seseorang menceburi pelbagai bidang seperti
ekonomi, kejuruteraan, perniagaan, sains komputer dan teknologi.

Matematik merupakan mata pelajaran yang bermula pada zaman masihi lagi. Menurut Leonard
& Lawrence (1999) Matematik bermula pada tahun 500 masihi. Terdapat pelbagai Ilmuan
Matematik terdiri dari seluruh pelosok dunia mencipta rumus-rumus dan kaedah penyelesaian
dalam Matematik. Ilmuan ini terdiri daripada Ilmuan Islam, Eropah, China dan India. Namun
begitu permulaan Matematik moden bermula pada tahun 1575 (Carl, 1991). Hal ini kerana pada
tahun ini Ilmuan Eropah barat menemui semula kebanyakan karya Matematik utama zaman kuno
yang masih wujud.
Pada zaman ini ilmuan Eropah membaik pulih penyelesaian Matematik kuno dari komplek
kepada mudah. Kemunculan teori-teori pada zaman dahulu banyak memberi sumbangan kepada
kita kini. Ini dapat dibuktikan dengan penggunaan Matematik yang amat meluas sehingga ke hari
ini. Sejak kecil kita didedahkan dengan pelbagai konsep Matematik. Antaranya ialah
penambahan, penolakan, nisbah dan lain-lain. Medium yang paling penting dalam penyebaran
maklumat Matematik ialah di sekolah. Di sekolah pelajar didedahkan bagaimana cara untuk
menyelesaikan masalah Matematik dari peringkat mudah ke peringkat yang lebih sukar. Oleh itu
kaedah pengajaran yang digunakan oleh pendidik amat penting untuk memastikan pelajar faham
akan konsep Matematik itu sendiri. Pendidik menggunakan pelbagai cara untuk memberi
pemahaman kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pengajaran
yang berkesan akan memberi impak yang besar pada pembelajaran. Proses pengajaran dan
pembelajaran ialah proses dimana penyampaian maklumat berlaku. Pelbagai kaedah dan teknik
digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini. Pengajaran merangkumi aktiviti
perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran maklumat
ini. Antaranya ialah:
a) Kaedah Kuliah
b) Kaedah Perbincangan
c) Seminar -Pengajaran (guru,pensyarah dan tenaga pengajar) Pembelajaran
Pelajar Penyebaran maklumat
d) Sumbang Saran
e) Kaedah Tunjuk Cara/Demonstrasi

f) Kaedah Lawatan
g) Kaedah Diskoveri/Penemuan
h) Pembelajaran Koperatif
i) Kaedah Bermain
j) Kaedah Projek
Idris (2001) menyatakan bahawa terdapat beberapa keperluan untuk menghasilkan pengajaran
yang berkesan. Antaranya ialah pemahaman yang mendalam terhadap proses pembelajaran, ciriciri pelajar yang berada pada tahap perkembangan yang berbeza serta faktor-faktor yang
mempengaruhi motivasi. Kenyataan ini turut disokong oleh Sulaiman (2004) yang menyatakan
terdapat beberapa kaedah pengajaran yang biasa digunakan dalam menyampaikan idea dan
kemahiran Matematik. Kaedah tersebut ialah penyampaian secara kuliah, kaedah perbincangan,
kaedah inkuiri, kaedah penemuan, pembelajaran koperatif dan kaedah projek. menyatakan
pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang mengambil kira pelbagai aspek. Aspek-aspek
tersebut termasuklah psikologi dan professional. Oleh yang demikian para pendidik seharusnya
menggunakan kaedah pengajaran yang betul untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
Selain itu kaedah pengajaran amat penting dalam pengajaran mata pelajaran Matematik. Ini
kerana mata pelajaran ini memerlukan pendidik memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajar
untuk melahirkan pelajar yang cerdik pandai dalam bidang Sains dan Teknologi. Ini sejajar
dengan matlamat pendidikan Matematik iaitu untuk memperkembangkan pemikiran mantik,
analitis, bersistem dan kritis. Secara umumnya pendidikan Matematik memberi penekanan
kepada perkembangan pelajar yang menyeluruh termasuk perkembangan kognitif, sikap dan
psikomotor serta memupuk nilai-nilai murni untuk menjadi rakyat yang berguna selaras dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matematik digunakan secara meluas dalam bidang
kejuruteraan. Seperti yang diketahui, sejarah Matematik dalam kejuruteraan dapat dilihat pada
zaman dahulu lagi. Ini terbukti dengan penghasilan Piramid di Mesir dan Taman Babyloen (Carl,
1991). Proses pembinaan pyramid yang mengambil masa beribu-ribu tahun telah menggunakan
beberapa konsep Matematik. Pembinaan Piramid ini telah membuktikan bahawa bidang
Matematik ini amat penting dalam perkembangan Sains dan Teknologi khususnya bidang
Matematik.

Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dan juga merupakan satu mata pelajaran
yang mencabar bagi kebanyakan pelajar (Idris, 2005). Menyedari bahawa pelajar memerlukan
asas yang kukuh dalam membentuk konsep Matematik untuk terus membangunkan dan
mengaplikasikan pengetahuan mereka dengan berkesan maka guru perlu berusaha untuk
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sentiasa melibatkan pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar
harus diberi untuk mengasah kemahiran menyelidik, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi
atau berinteraksi semasa menyelesaikan masalah Matematik. Aktiviti-aktiviti yang dirancang
seharusnya membolehkan pelajar melihat kesinambungan antara konsep-konsep Matematik
tersebut dan juga memberi peluang kepada mereka membuat hubungkait apa yang dipelajari
dengan kehidupan sebenar. Peluang untuk mengaitkan pengetahuan dan kemahiran kepada
konteks yang lebih luas akan mendorong mereka untuk belajar dan menjadi pelajar sepanjang
hayat.
Perancangan bagi memilih kaedah yang bersesuaian dalam pengajaran Matematik perlu
mengambil kira situasi dunia yang sentiasa berubah. Pembelajaran Matematik pada hari ini mesti
menyediakan pelajar untuk memainkan peranan mereka pada masa hadapan dalam masyarakat.
Dalam dunia globalisasi sekarang, seseorang yang cekap dalam Matematik boleh meningkatkan
lagi peluang dan pilihan bagi menentukan masa depan mereka (National Council for Teachers of
Mathematics, 2000). Ia mesti melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran
yang penting dalam bidang Matematik seperti kemahiran penaakulan, menyelesaikan masalah,
berkomunikasi dan yang paling penting ialah keupayaan dan inisiatif untuk belajar sendiri dan
berdikari.

Pengajaran

Matematik

di

dalam

kelas

sebenarnya

mengambil

kira

dan

mempertimbangkan kaedah pembelajaran yang berkesan. Operasi dan prosedur yang digunakan
seharusnya membolehkan objektif pengajaran Matematik dicapai dengan lebih cepat dan
berkesan. Kaedah yang digunakan seharusnya memberi pelajar peluang untuk menyelesaikan
sesuatu masalah Matematik dengan pantas sekaligus memberi lebih tumpuan kepada konsepkonsep asas Matematik. Idris (2008) menyatakan bahawa, penggunaa kaedah pembelajaran baru
seharusnya dapat menyediakan pelajar dengan dunia masa hadapan disamping terus mengiktiraf
kepentingan pelajar melalui kemahiran penting dalam mengira bagi nilai berangka dan juga
Algebra.

Pengajaran dan pembelajaran yang betul digambarkan sebagai proses mengajar dan belajar
berasaskan kefahaman yang mendalam tentang interaksi dalam bilik darjah dan alam
persekitaran. Ia juga perlu mengambil kira keperluan, minat, pedagogi yang betul ialah dengan
menyedari pelbagai permasalahan yang mungkin timbul dan bagaimana menggunakan daya
kreatif untuk menyediakan pelbagai peluang pembelajaran untuk menangani cabaran yang
mendatang (Yahya, 2010). Tujuan utama pendidikan Matematik ialah untuk membolehkan
pelajar membentuk kefahaman yang betul terhadap setiap konsep yang dipelajarinya justeru
mampu memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara untuk menghasilkan
generasi Malaysia yang bukan sahaja keatif dan inovatif dalam pemikiran mereka malah
berketerampilan dan berintelek tinggi.
Memang tidak dinafikan lagi bahawa pengetahuan matematik amat berguna
dalam kehidupan seharian. Tidak kira siapa pun diri kita, baik suri rumah,
nelayan, arkitek lebih-lebih lagi sebagai pelajar.Oleh itu adalah menjadi
tanggungjawab para pendidik dan pelajar sendiri untuk memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah berjaya. Namun begitu
pada masa kini, kita dapati masih ramai murid yang tidak seronok atau
berminat untuk mempelajari mata pelajaran matematik walaupun pelbagai
bahan bantu mengajar telah digunakan dengan sepenuhnya oleh guru. Mereka
akan cuba mengelakkan diri dari menghadiri kelas-kelas matematik.
Adalah menjadi matlamat dan kehendak Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) untuk membentuk dan melahirkan murid yang aktif, kreatif, inisiatif,
inovatif dan berilmu pengetahuan. Oleh itu selain penerapan nilai-nilai murni
dalam setiap
kemahiran

mata

pelajar

pelajaran,
adalah

aktiviti-aktiviti yang

satu

perkara

yang

boleh

tidak

menambahkan

boleh

dinafikan

kepentingannya.
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
satu alternatif dalam usaha menjayakan agenda tersebut. Guru seharusnya
kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik minat pelajar terhadap

proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti


di dalam bilik darjah. Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) telah
menyatakan bahawa;
kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid
supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan
pengajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari persekitaran kreatif dalam bilik
darjah ialah:
_ Pertambahan minat murid-murid dalam mata pelajaran yang diajar.
_ Murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama lain.
_ Murid-murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam pembelajaran dan
anda sebagai seorang guru akan menyukai kerja anda.
Berdasarkan apa yang dinyatakan itu, maka sudah tentulah amat penting sekali
bagi guru-guru matematik untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang
kreatif serta sesi pengajaran yang menarik. Ini akan menarik minat murid untuk
terus belajar dengan penuh keyakinan.
Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar
memahami isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah
dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang
mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah
pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa
tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun keperluan kepada
Bahan Bantu Mengajar adalah penting
tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan
elektronik. .
Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat
berkenaan

dapat

memberi

manfaat

kepada

guru

dan

pelajar-pelajar.

Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya


tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan

et.al, 1996, m.s 145). Antara jenis-jenis BBM itu boleh dibahagikan kepada dua
iaitu:
1. Peralatan elektronik seperti komputer, televisyen, radio dan sebarang alat
audio video.
2. Peralatan bukan elektronik seperti peta, carta, surat khabar, bahan
manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya.
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat mengatasi masalah seperti disiplin
pelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar terhadap
pengajaran guru. Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja dapat meningkatkan rasa
ingin tahu di kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada
teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Dalam Kurikulum Baru
Sekolah Rendah, pelbagai Bahan Bantu Mengajar digunakan sebagai satu cara
untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan
(Yusup Hashim, 1997, m.s 16). Mok Soon Sang (1996, m.s 58), pula mengatakan
bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam proses pengajaran adalah
amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran
dengan mudah, cepat serta menarik. Bahan Bantu Mengajar yang disediakan
mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala
isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak
diajar. Pada amnya,cara menggunakan Bahan Bantu Mengajar hendaklah
diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan
mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka (Musa Daia,
1992, m.s 72).
Selain sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran secara lisan
oleh guru,penggunaan Bahan Bantu Mengajar sebenarnya turut memberi
peluang

kepada

pelajar

memperolehi

pengetahuan

melalui

penggunaan

pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran
(Mok Soon Sang, 1996, m.s.162). Senarai Bahan Bantu Mengajar yang dapat
digunakan oleh guru matematik tidak terbatas. Ia hanya terhad oleh inisiatif dan
kreativiti guru. Bahan Bantu Mengajar

matematik atau bahan manipulatif yang biasa digunakan dalam pembelajaran


matematik termasuklah:
a. Bahan-bahan pembilang seperti manik-manik berwarna, blok-blok kayu
pelbagai bentuk, penyedut minuman, butang, kayu aiskrim dan sebagainya.
b. Bahan berbentuk kertas seperti kad, carta, kertas graf dan sebarang kertas.
c. Alat-alat pengukuran seperti cawan mainan, tin dan botol.
d. Alat permainan dan teka teki matematik.
e. Alat elektronik seperti computer, kalkulator dan internet
f. Model-model pertalian geometri seperti papan paku atau geoboard, tangram,
model geometri kayu ataupun plastik.
1.2 Pernyataan Masalah
Matematik penting dan berguna untuk kehidupan seharian dan kerjaya pada
masa depan pelajar.Hampir semua pelajar menganggap Matematik adalah suatu
sujek yang sukar dan abstrak. Para guru juga merasakan pengajaran Matematik
sebagi suatu cabaran besar. Mengapakah keadaan begini berlaku? Adakah isi
kandungan matematik memang sukar dan abstrak sehingga dianggap hanya
sesuai untuk segolongan pelajar yang berkebolehan tinggi sahaja? Atau adakah
cara penyampaian dan pengajaran guru yang menyebabkan matematik sukar
dan kurang diminati oleh kebanyakan pelajar? Pembelajaran matematik tidak
sepatutnya menjadi suatu pengalaman yang berbentuk 3B, iaitu membosankan,
membingungkan dan memberatkan pelajar kita. Pengajaran matematik juga
bukanlah suatu tugas yang sukar dan berat kepada guru. Pendidikan matematik
pada peringkat sekolah rendah dan menengah bercorak pendidikan asas.
Walaupun terdapat beberapa konsep matematik yang abstrak, namun begitu
kebanyakkan konsep dan kemahiran yang diajar adalah asas dan diperlukan
dalam kehidupan harian kita. Oleh itu, pembelajaran matematik sepatutnya
dijadikan sebagai satu pengalaman yang seronok dan mencabar kepada semua
pelajar.
Di antara sebab mengapa tanggapan negatif terhadap matematik ini terjadi,
mungkin disebabkan faktor pelajar kurang minat. Para guru sentiasa berusaha

mencari rangsangan yang dapat menimbulkan perasaan atau kepuasan yang


menyenangkan dalam diri pelajar. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik
pengajaran dan pembelajaran, serta latihan yang berperingkat-peringkat,
bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman dan minat pelajar perlu
diambil kira. Ini supaya minat pelajar dapat dikekalkan selama yang diperlukan
baginya untuk menguasai idea atau isi pelajaran tertentu. Antara perkara
penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat
memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu
Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik
penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145).
Seseorang guru haruslah sedar bahawa pelajar-pelajar mempelajari sesuatu
dengan cara berlainan dan kadar kecekapan yang berbeza-beza (Habibah Alias
dan Rahil Mahyuddin, 1990, m.s. 292). Oleh itu guru haruslah peka ketika
memilih jenis Bahan Bantu Mengajar dengan memastikan ia memenuhi ciri-ciri
yang sepatutnya.Manakala Bahan Bantu Mengajar yang baik dan sesuai
sepatutnya memenuhi ciri-ciriberikut:
a. Berkait dengan isi kandngan pelajaran yang diajar dan hasil yang diharapkan.
b. Menggunakan seberapa banyak deria yang mungkin.
c. Tahan lama,,pengukuhan itu haruslah seimbang dengan kos yang diperlukan
dalam penggunaannya.
d. Dibuat dengan perincian yang tepat.
e. Berkualiti tinggi supaya bahagiannya tidak mudah pecah ataupun hilang.
f. Rupa bentuk dan warna yang menarik
g. Mudah dijaga dan kos jagaannya munasabah
h. Sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah.
i. Mudah diubah alih dan dipasang semula.
j. Fleksible dan pelbagai guna.
k. Operasinya mudah
l. Cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya apabila digunakan
semasa demonstrasi dalam kelas.
Ini bagi memastikan minat pelajar dapat terus dikekalkan. Penggunaan Bahan
Bantu Mengajar yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui

proses pembelajaran yang menyeronokan. Seterusnya dapat membantu pelajar


mencapaiobjektif pembelajaran seperti yang telah dirancangkan. Minat boleh
dianggap sebagai daya pengerak yang mendorong kita supaya memberi
perhatian kepada seseorang, sesuatu benda atau kegiatan atau ianya boleh
merupakan pengalaman yang berpengaruh dan telah dirangsang oleh kegiatan
itu sendiri (Crow dan Crow, 1983, m.s. 90). Dalam konteks pengajaran
Matematik, keberkesanannya akan diperolehi dengan melibatkan keseluruhan
pancaindera, iaitu deria lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa. Penglibatan deriaderia tersebut hanya dapat berlaku secara serentak jika pelbagai Bahan Bantu
Mengajar

digunakan

dalam

pengajaran

(Fatimah

Ali,,

1980,

m.s.

165).

Kepentingan bantuan Bahan Bantu Mengajar dalam aktiviti pengajaran dan


pembelajaran sering diperkatakan . Selain itu, ia juga dikatakan mampu
mempelbagaikan teknik belajar yang lebih berkesan dan boleh membantu
aktivitiaktiviti pembelajaran agar tidak membebankan guru dan murid. (Abdul
Rahman, 1997, m.s. 254).
Bahan

Bantu

meningkatkan

Mengajar
proses

merupakan
pengajaran

alat
dan

yang

dapat

menyediakan

membantu

guru

sumber

untuk

pembelajaran. Jadi peranan Bahan Bantu Mengajar ialah untuk memenuhi


kedua-dua proses ini bagi meningkatkan proses komunikasi, menyediakan
pelbagai kaedah atau teknik mengajar bagi meningkatkan motivasi pelajar dan
melahirkan masyarakat yang bermaklumat serta berfikiran kritis dan kreatif
(Yusup Hashim, 1998, m.s, 287).

Pemahaman konsep asas merupakan perkara utama yang perlu diber


penekanan. Murid perlu faham konsep sedia ada kerana ia merupakan
perkara asas (Ausuble, 2010 ; Driver, 1986). Terdapat murid yang masih
belum menguasai konsep tambah walaupun telah berada pada tahap dua
sekolah rendah. Kurangnya pemahaman konsep (Assessment Performent
Unit, 1985) dalam kalangan murid membawa implikasi negatif terhadap
proses penambahan. (Ling. C. L, 2005). Kemahiran asas matematik dan

pemahaman konsep perlu dikuasai murid agar mereka dapat menyelesaikan


masalah berkaitan matematik (Wheeler, 1993).
Kajian lepas mendapati bahawa, terdapat beberapa pola persamaan dalam
kesilapan pengiraan murid. Pola pola ini merupakan pola biasa yang dikenal
pasti. Antaranya ialah proses menukar ayat matematik kepada bentuk lazim,
penambahan mengikut rumah nilai tempat, pengiraan, dan mengumpul
semula (Atiqah, 2010; Brueckner, 1930; Schonell, 1937).

Kesalahan

mengumpul semula merupakan kesalahan yang biasa dilakukan oleh murid


(Brueckner, 1930). Pemahaman konsep nilai tempat merupakan asas kepada
proses penambahan, nilai tempat merupakan idea asas yang perlu difahami
dengan jelas sebelum murid mempelajari konsep penambahan (National
Statement, Curiculum Corpraton, 1990).
Kegagalan murid dalam memahami dan mendalami nilai tempat merupakan
faktor terbesar dan utama dalam masalah penambahan ( Geoge B, 1992).
Kesalahan pengiraan pula berlaku akibat murid terlalu bergantung pada
peraturan, sama ada tidak faham, lupa atau hanya mengingat sebahagian
(Koshy, 2002). Selain itu kesalahan seperti pengiraan secara menaik, konsep
nilai tempat, konsep penambahan secara algoritma dan kemahiran mental
yang lemah merupakan punca terjadinya masalah ini. (Nizam. N. A &
Raduan. I, 2010).

Kesalahan menulis fakta asas tambah berlaku kerana

lemahnya murid-murid dalam mengingat segera fakta asas mudah untuk


membuat pengiraan (Ashlock, 1971). Pola-pola kesalahan ini merupakan
faktor utama dalam kesalahan matematik (Suppes, 1968).
Pengkaji - pengkaji

lalu menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dan

kuantitatif, iaitu pemerhatian dan soal jawab yang melibatkan graf. Rata-rata
pengkaji menggunakan kaedah dignostik, ujian pra, ujian pasca,

analisis

dokumen iaitu buku kerja murid dan temu bual terhadap murid. Ujian
digunakan bagi mengetahui perbandingan yang dapat dilihat hasil kajian

dilaksanakan. Data yang dikumpulkan dianalisis dalam bentuk statistik


diskriptif.
Ada di antara pengkaji menggunakan model kajian kurt lewin (1946) di mana
murid membuat refleksi merancang, bertindak dan memerhat. Model ini
berbentuk putaran (cycling), model kajan Kemmis dan Mc Taggart(1988),
Jean Piaget( 1970) menyokong pembelajaran menerus 3 peringkat iaitu
daripada pemahaman konkrit kepada pewakilan data dan seterusnya kepada
simbol iaitu perwakilan angka matematik.
Pengkaji lalu menggunakan teknik yang unik dan tersendiri, ada antaranya
menggunakan

kaedah

SeComA,

kaedah

Stairs

Steps,

blok

dienes,

kefahaman konsep algoritma, straw dan board, pelekat dan jari kaedah KuWi,
step-Ladder additon Stage counting. Nama-nama yang berbeza-beza ini
menarik minat pembaca untuk mengetahui kajian yang dilaksanakan.
Kesemua pengkaji menggunakan sampel yang sedikit, antara 5 hingga 8
responden terlibat dalam kajian yang dijalankan. Rata-rata, tempoh kajian
yang dilaksanakan ialah 1 bulan. Ada di antara pengkaji membuat beberapa
sesi rawatan kepada murid untuk melihat perkembangan murid dalam
menyelesaikan masalah. Pengkaji juga menggunakan kerangka nilai dan
pembilang sebagai alat manipulatif.

1.3

Tujuan kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji Penggunaan Dines Blok dalam operasi
tambah bagi murid tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Serom 3.
1.4

Objektf kajian

1. Melihat penggunaan Dines Blok dalam pemahaman konsep murid


tahun 1 bagi tema nombor dan operasi , tajuk tambah nombor dalam
lingkungan 0 hingga 10.
2. Membuat Rancangan Pengajaran dengan menggunakan Dines Blok
bagi tajuk tambah nombor bulat
3. Menyediakan soalan tambah nombor bulat untuk melihat murid
mengaplikasikan penggunaan Dines Blok.

1.5

Persoalan kajian

Dalam menyelesaikan masalah kajian ini, penyelidik akan cuba


mengenalpasti perkara-perkara seperti yang disenaraikan di bawah ini.
1. Apakah pola kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar semasa
menjawab soalan tambah.
2. Apakah Bahan Bantu Mengajar Dines Blok dapat membantu kefahaman
murid terhadap operasi tambah

1.6

Kerangka konseptual

Murid didedahkan dengan penggunaan Dines Blok dalam Operasi tambah

an manipulatif Dines Blok semasa menjawab soalan


tambah
Penilaian
Pelajar terhadap penggunaan Dines Blok dalam operasi

an soal selidik dilaksanakan untuk melihat pandangan murid terhadap peggunaan Dnes Blok dalam operasi tam

Jadual 1
Jadual

menujukkan

kerangka

konseptual

bagi

kajian

yang

akan

dilaksanakan. Daripada kajian lalu dilihat dan diperhatikan bagi mengetahui


masalah yang timbul pada masa lalu dan bagaimana ia dilaksanakan.
Pemerhatian dilaksanakan kepada sampel untuk melihat adakah gap yang
timbul pada pengkaji lalu masih berlaku kepada sampel yang diambil.
Perancangan dari segi pelaksanaan kajian dilaksanakan bagi mengatasi gap
yang terjadi.

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan dines blok

dilaksanakan dalam tempoh sebulan. Seterusnya aplikasi penambahan


menggunakan dnes blok diuji kepada sampel dengan memberi soalan
bertulis.

Sampel

dkehendaki

menjawab

dengan

mengaplikasikan

penggunaan dines blok.


Analisis hasil kerja sampel dilaksanakan bagi melihat penggunaannya. Data
dikumpul,

disaring

dan

dianalisis

untuk

melihat

penguasaan

murid

menambah nombor dengan menggunakan dines blok. Beberapa sampel


diambil untuk di temu bual bagi mendapatkan pemahaman mereka
mengenai penggunaan dines blok.

Kajian ini akan dilaksanakan dengan menggunakan sampel yang besar. 60


orang murid dalam dua buah kelas akan dijadikan responden. Responden
terdiri daripada murid yang mempunyai eupayaan kognatif yng hampir
sama. Surayah dalam Bhasah (2003) mengatakan bahawa hasil kerja murid
merujuk

kepada

aktiviti

murid

melakukan

tugasan

yang

bermakna

berdasarkan pengetahuan sedia ada, pembelajaran semasa dan kemahiran

yang relevan untuk menyelesaikan masalah yang autentik. Ujian pra akan
dilaksanakan kepada murid sebagai dapatan awal bagi membandingkan
keputusan yang diperoleh. Guru perlu mengenal pasti dan mengesan
kesalahan yang dilakukan oleh murid dan membantunya menyelesaikan
masalah itu (Frank. J & Liew.S.T, 1988) , ujan pra dilaksanakan bagi
mengetahui

masalah

murid.

Terdapat

pelbagai

teknik

telah

dikaji

keberkesananya, namun pengkaji lebih berminat menguji dan menggunakan


murid yang lebih muda iaitu murid tahap satu dengan membandingkan dua
teknik pembelajaran yang diperoleh.
1.7
Kajian

Kepentingan Kajian
ini perlu dilaksanakan bagi menghapuskan masalah penambahan

dalam kalangan murid-murid di sekolah rendah pada peringkat awal (Chua,


2005). Kejayaan dalam pelaksanaan ini akan memberikan impak yang besar
kepada persepsi murid dan menghakis kepercayaan bahawa matematik
merupakan subjek yang susah difahami. Konsep tambah merupakan asas
kepada konsep matematik yang lain. Murid lebih suka menggunakan teknik
SeComA, berbanding teknik lama yang biasa digunakan dan pencapaian
meningkat dari <40 kepada >80 markah. Ini bermaksud, kaedah ini berjaya
mengatasi masalah murid.
Pengkaji lalu lebih gemar menguji sampel dari kalangan murid tahun 2, 3 dan
4. Ujian lebih awal perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah yang timbul
dari akar umbi. Dengan ini, masalah ini dapat diatasi dengan lebih baik.
Pengkaji akan datang boleh menggunakan sampel dari prasekolah atau
tahun satu bagi melihat keberkesanan teknik yang dilaksanakan ini.
Banyak penambahbaikan yang boleh dilaksanakan, antaranya ialah kaedah
penggunaan sampel yang lebih banyak bagi memberi keputusan yang lebih
umum dan meluas. Menggunakan murid tahun yang lebih rendah iaitu tahun

1 dan pra sekolah. Menggunakan kaedah pemerhatian dan soal selidik


dengan lebih meluas agar kebolehpercayaan dan kesahan kajian dapat
dibuat.
Kaedah pelaksanaan yang lebih lama perlu dilaksanakan bagi memastikan
teknik yang diperkenalkan dapat dilaksanakan dengan lebih baik, teknik
stairs step memerlukan masa yang lebih berbanding teknik lain kerana ia
menggunakan langkah yang panjang dan berulang ulang mengikut rumah
nilai tempat.
Pengkaji memberi cadangan agar kajian akan datang dilaksanakan
menggunakan bahan manipulatif blok dines untuk mengajar tajuk tolak,
darab

dan

bahagi.

Kebanyakan

pengkaji

menyarankan

agar

kajian

seterusnya dilaksanakan menggunakan sampel yang lebih banyak dan


meluas.
Daripada dapatan kajian-kajian ini, dapat disimpulkan bahawa, terbukti
kaedah pengajaran menggunakan bahan manipulatif memberi impak yang
lebih besar kepada pemahaman konsep murid. Ini sejajar dengan kajian lalu
dan teori yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh seperti Jean Piaget.
Kesimpulannya, penggabungan teknik menggunakan bahan manipulatif,
teknik algoritma dan teknik yang dibagunkan pengkaji-pengkaji ini dapat
dilaksanakan bagi menghasilkan kesan yang lebih baik dan sempurna.
Pengkaji

akan

datang

perlu

membuat

analisa

dan

membuat

penambahbaikan dari kaedah yang dilaksanakan bagi mendapat keputusan


yang lebih memberangsangkan.
1.8

Batasan Kajian

Kajian ini hanyalah difokaskan kepada mata pelajaran Matematik Tahun satu
sahaja. Respondennya terdiri dari pelajar-pelajar Tahun satu, 2015 yang
sedang belajar di Sekolah Kebangsaan Serom 3, Ledang, Johor. Sekolah ini
adalah merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak kira-kira 20 km dari
Bandar Ledang. Pelajarnya adalah terdiri dari anak-anak penduduk tempatan
dan anak-anak pensyarah KKTM Ledang. Pemilihan yang dibuat adalah
secara rawak.
Responden yang dijadikan sampel dalam kajian ini adalah memperolehi
kemudahan asas yang sama. Memandangkan sekolah yang dipilih adalah
terhad kepada sebuah sekolah sahaja maka segala kenyataan dan dapatan
yang diperolehi hasil dari penyelidikan ini adalah hanya boleh digunapakai
dalam kajian ini sahaja.
1.9

Defnisi operasional

Matematik
Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras di semua sekolah
seantero dunia.

Pembelajaran Matematik bertujuan memberi peluang

kepada murid untuk melaksanakan tugasan kreatif berbentuk penaakulan


logik, visualisasi ruang, analisis serta pemikiran abstrak (Kurikulum Standard
Sekolah Rendah, 2010). Pengajaran matematik melibatkan pembinaan
konsep , penguasaan kemahiran dan penyelesaian masalah (Souvney, 1990 ;
NCTM, 1989; Nik Aziz, 1992)

Opersi tambah:
Operasi tambah merupakan perkara pertama yang dipelajari oleh muridmurid di sekolah. Ia merupakan konsep penting dalam matematik kerana ia
adalah

asas

dalam

peembelajaran

akan

dattang

Braten,

1998).

Penambahan adalah gabungan di antara dua atau lebih kumpulan yang


mengandungi bilangan objek. (Baharin Shamsudin, 1990). Penambahan
melibatkan penggunaan nilai tempat. Penambahan boleh dibahagikan
kepada dua kategori, penambahan yang tidak melibatkan pengumpulan
semula dan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula. (KSSR
Matematik, 2012).
Penyampaian konsep nombor matematik yang paling berkesan adalah
dengan penggunaan alatan konkrit (Piaget, 1969 ; Brune, 1964 ; Vygotsky,
1978). Bahan konkrit merupakan bahan manipulatf yang digunakan untuk
membantu murid-murid mempelajari konsep abstrak (Baroody, 1989).
Penggunaan bahan manipulatif dapat membantu murid mencapai kejayaan
dalam matematik. (Mc Laughlin, 1963). Kanak-Kanak yang berumur antata 612 tahun lebuh cepat faham sesuatu konsep matematik melalui pengalaman
melalui bahan konkrit (Jean Piaget, 1970). Penggunaan bahan konkrit dalam
penyampaian konsep membantu murid belajar dengan lebih bermakna
(Hass, 1998). Ia membantu murid memahami konsep konkrit kepada abstrak
(Howden, 1986). Murid diberikan kebebasan untuk menggunakan alat-alat
pembilang berbentuk semi-konkrit bagi menyokong hasil pembelajaran (Jin
Fa Cai, 200)
Bahan Manipulaatif
Menurut Heddens (2005) bahan manipulatif ialah model konkrit yang
melibatkan konsep matematik, menarik kepada beberapa deria serta boleh
disentuh dan digerakkan oleh murid-murid. Pada masa sekarang, bahan
manipulatif digunakan dalam pengajaran matematik telah diterima yang
boleh diguna pakai sebagai satu kaedah yang akan membantu murid-murid
belajar matematik dengan lebih bermakna. Pendek kata, bahan manipulatif
membantu murid-murid membina imej mental yang lebih jelas untuk
memahami idea-idea dan konsep-konsep matematik (Weiss, 2006).

Kenyataan tersebut disokong oleh

Swan dan Marshall (2010) bahan

manipulatif matematik merupakan objek yang dikendalikan individu melalui


deria yang mana pemikiran matematik dapat dipupuk dalam keadaan
individu itu sedar atau tidak sedar. Deria yang digunakan termasuk deria
sentuh dan lihat. Oleh yang demikian, bahan manipulatif matematik boleh
mendorong ke arah kesedaran, pembangunan konsep dan idea yang
dikaitkan dengan matematik sementara setiap bahan manipulatif yang
direka adalah untuk tujuan tersendiri. Antara bahan manipulatif yang
terkenal ialah Attribute Blocks, Base Ten blocks, Cuisenaire rods, Multilinks
cubes, Pattern Blocks, Polydrons/Geoshapes, square tiles dan Unifix cubes.
Kesemua bahan manipulatif ini mempunyai fungsi tersendiri untuk konsep
matematik yang berlainan.
Dines Blok

Kubus
Ribu

flat
ratus

rod
kubus
puluh sa

Dines blok merupakan bahan manipulatif yang digunakan untuk mengajar


kemahiran asas seperti nilai tempat, operasi asas, tambah, tolak, dan
pengiraan. Murid berupaya menggunakan dines blok dengan pelbagai cara.

Ini dinamakan unit. Ia boleh digunakan untuk menunjukkan bilangan .


contohnya:

ini dinamakan rod. Ia terdiri daripada gabungan 10 unit. Contoh


penggunaanya ialah:

Ini dinamakan flat. Ia terdiri daripada gabungan 10 rod yang telah


dicantumkan. Contoh penggunaanya ialah:

ini dinamakan 1000 block. Ia terdiri daripada gabungan 10 flat


yang digabungkan . contoh penggunaanya ialah:

You might also like