Abs Trak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERSEPSI GURU TERHADAP KAEDAH BERMAIN DALAM

MENINGKATKAN MINAT MURID ORANG ASLI TERHADAP SAINS


1

Haslinda Bt Tahir Shah


Lilia Halim
2
Zanaton Bt Iksan

Fakulti Pendidikan,UniversitiKebangsaan Malaysia


2
SK Serom 3,Ledang, Johor, Malaysia
1

leentshah@gmail.com
zanaton.iksan@ukm.edu.my

ABSTRAK
Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal
insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berpengetahuan
dan kemahiran tinggi bagi mengisi wawasan 2020. Isu pendidikan Orang Asli
telah diberi perhatian khusus oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kerana
masalah keciciran yang tinggi serta tahap pengguasaan 3M yang rendah.
Kajian ini merupakan kajian tinjauan bagi melihat keberkesanan dan
penerimaan kaedah bermain dikalangan murid Orang Asli terhadap sains.
Tujuan utama kajian ini adalah untuk meningkatkan minat murid-murid orang
asli terhadap subjek Sains. Dalam konteks kajian yang melibatkan murid
Orang Asli, kaedah bermain merupakan medium pengajaran yang berkesan
bagi murid-murid Orang Asli cenderung dengan cara pembelajaran yang
tidak formal khasnya yang menawarkan aktiviti berkaitan dengan alam
sekeliling dan diberi banyak kebebasan untuk aktiviti fizikal. Bagi mencapai
tujuan tersebut pengkaji telah membina satu modul kembara Sains dan
menjalankan kajian lapangan terhadap 35 orang murid di SK Sungai Melut
(A), Sepang, Selangor. Hasil daripada kembara ini, temu bual dilaksanakan
kepada 6 orang guru bagi mendapat maklum balas mengenai kembara sains
tersebut. Sesi temubual dijalankan dengan menggunakan protokol yang
dibangunkan oleh penyelidik. Melalui konsep bermain sambil belajar kanakkanak dapat mengambil tanggungjawab, membangunkan diri dan merasa
diri mereka dihargai, ini adalah penting untuk mereka. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa kaedah bermain melalui aktiviti kembara Sains dapat
meningkatkan minat mereka terhadap subjek Sains disamping memupuk
sikap bekerjasama. Kajian ini akhirnya mencadangkan agar kajian serupa
dengan penggunaan instrumen kajian lain dijalankan bagi mengukuhkan lagi
dapatan kajian ini.
Keyword: Orang Asli, kaedah bermain, kembara Sains.

You might also like