Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 22

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

ISI KANDUNGAN
1.0

PENGENALAN

2.0

PERANAN IPTA
2.1

Peranan IPTS

2.2

Peranan Politeknik dan Kolej Komuniti

3.0

ANALISIS

4.0

DAPATAN KAJIAN
4.1

Kesan Pembiayaan

4.1.1 Bertambahnya Bilangan Kemasukan Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi


4.1.2

Peningkatan Bilangan Graduan

4.1.3

Peningkatan Keluaran Tenaga Kerja Mahir

4.1.4

Pengurangan Kadar Pengangguran

4.1.5

Peningkatan KDNK Negara

4.2

CADANGAN

5.0

KESIMPULAN

6.0

RUJUKAN

1 |MARIA CHRISTINA/192930

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

1.0

PENGENALAN
Sebagai gedung ilmu, IPT memberikan sumbangan yang signifikan kepada kemajuan

sosioekonomi negara dan pembangunan modal insan. Pada masa ini, IPTA dan IPTS telah
berkembang dengan pesatnya dengan pertambahan bilangan pelajar dan pelbagai program
pengajian. Seiring dengan perkembangan globalisasi, IPT perlu mempunyai daya saing dan daya
tahan supaya dapat berada dalam kelompok universiti terbaik dunia. Usaha meningkatkan
keupayaan IPT akan berterusan untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya dengan lebih
cekap, telus dan berkesan ke arah mewujudkan sistem pengajian tinggi yang cemerlang. Bagi
tujuan tersebut, satu atau dua buah universiti apex daripada kalangan IPT akan dibentuk dalam
tempoh terdekat. Menjelang tahun 2020, sekurangkurangnya tiga (3) IPT diiktiraf di antara 100
universiti dan satu antara 50 universiti terkemuka di dunia. Di samping itu, IPTA mempunyai
sekurang-kurangnya 75 peratus tenaga akademik yang mempunyai PhD serta semua IPTA diberi
kuasa autonomi apabila mencapai sasaran penjanaan pendapatan yang ditetapkan.

2.0IPTA
Universiti awam di Malaysia dikategorikan kepada tiga kumpulan, iaitu university penyelidikan,
universiti berfokus (teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan) dan universiti
komprehensif. Sehingga kini, terdapat 20 buah IPTA (yang ditubuhkan di bawah AUKU 1971)
yang terdiri daripada empat universiti penyelidikan, empat university komprehensif dan dua
belas lagi adalah universiti berfokus.

2.1

Peranan IPTS

2 |MARIA CHRISTINA/192930

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Peranan IPTS penting dalam perkembangan pengajian tinggi negara dari segi penyediaan
peluang pengajian, penjimatan pertukaran wang asing dan sumbangan untuk menjadikan
Malaysia sebagai negara kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Berikutan keputusan
kerajaan untuk mendemokrasikan pengajian tinggi dengan pelaksanaan Akta IPTS (1996), maka
lebih banyak IPTS telah diberi kelulusan penubuhan. Seiring dengan perkembangan IPTA, IPTS
juga telah berkembang dengan pesat dan telah dapat menyediakan tempat bagi menampung
pertambahan bilangan pelajar pengajian tinggi. Kursus-kursus pengajian yang ditawarkan adalah
di peringkat sijil, diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, kejuruteraan,
komunikasi, komputer, teknologi maklumat, kesihatan bersekutu, perubatan, farmasi dan lainlain. Di samping itu, IPTS juga menjalankan program pengajian dengan kerjasama university
awam tempatan dan dengan universiti di United Kingdom, USA, Australia, New Zealand dan
Perancis.

2.2

Peranan Politeknik dan Kolej Komuniti


Politeknik juga menyediakan laluan pengajian teknikal di peringkat sijil dan diploma.

Semenjak penubuhan Politeknik Ungku Omar pada tahun 1969, bilangan politeknik telah
bertambah dengan pesatnya dan pada masa ini, terdapat 21 politeknik yang sedang beroperasi.
Kursus utama yang ditawarkan di politeknik adalah dalam bidang teknikal. Di samping itu,
politeknik juga menawarkan kursus dalam bidang ICT, perdagangan pelajar pada tahun 2007
adalah seramai 82,000 orang. Kapasiti politeknik akan terus dipertingkatkan di bawah RMKe-9
dengan cadangan pembinaan tujuh (7) lagi politeknik. Secara puratanya, setiap negeri di
Malaysia mempunyai dua (2) buah politeknik. Berbeza dengan IPTA yang ditadbirkan sebagai
3 |MARIA CHRISTINA/192930

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

satu entiti berasingan, politeknik ditadbir uruskan secara pengurusan berpusat sungguhpun setiap
politeknik mempunyai struktur pengurusan sendiri. Mulai tahun 2007, terdapat tujuh (7)
politeknik yang akan menawarkan program di peringkat diploma lanjutan.Berikutan keperluan
menyediakan laluan pembelajaran alternatif di bawah pendekatan peluang kedua (second
chance), kerajaan telah menubuhkan kolej komuniti mulai tahun 2001. Sehingga kini, terdapat 37
buah kolej komuniti dan di bawah RMke-9, sebanyak 25 buah kolej komuniti lagi akan dibina.
Selain daripada itu, sebanyak 30 buah kolej komuniti akan ditubuhkan secara sewaan premis.
Jumlah enrolmen pelajar di kolej komuniti adalah melebihi 10,000 orang bagi mereka yang
mengikuti kursus peringkat sijil, tidak termasuk pelatih yang mengikuti kursus jangka pendek.
Berikutan pelancaran penjenamaan semula oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada Februari 2007,
kolej komuniti akan mula menawarkan kursus di peringkat diploma. Bagi menggalakkan
penyertaan yang lebih tinggi, maka kerajaan telah juga meluluskan bayaran elaun kepada mereka
yang layak. Kolej komuniti akan juga menggiatkan kolaborasi dengan syarikat swasta sebagai
satu usaha penjenamaan semula. Bentuk kursus adalah secara penggunaan pembelajaran
berasaskan kerja (work-based learning atau WBL).

3.0

ANALISIS

Jadual 1: Jumlah Peruntukan Pembangunan Kepada Sektor Pendidikan (Rm juta)


4 |MARIA CHRISTINA/192930

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Program

RMK5

RMK6

RMK7

RM8

RM9

Pendidikan

5262.2

7409.8

8437.2

37922.0

40356.5

Pra sekolah

61.8

107.4

215.7

807.3

Pendidikan rendah

784.9

1184.7

1396.0

5369.3

4837.3

Pendidikan menengah

1436.5

2050.7

2447.9

8748.1

6792.8

Pendidikan tinggi

2591.9

3139.3

2961.8

13403.9

16069.0

Guru

284.9

180.1

458.8

1368.1

577.7

Lain-lain

163.9

793.2

1065.3

8816.9

11272.4

Latihan

303.9

615.4

1661.6

4792.6

4792.6

Jumlah

5566.1

8025.2

10098.8

42372.9

45149.1

Jadual 1 mendapati bahawa jumlah peruntukan pembangunan kepada sektor ini telah
meningkat dalam setiap rancangan Malaysia. Secara purata, lebih daripada 10 peratus
peruntukan pembangunan diagihkan untuk memajukan sektor pendidikan terutamanya selepas
Rancangan Malaysia Kelima. Kajian mendapati dalam setiap perancangan lima tahun Malaysia,
aspek pendidikan dan latihan memang sentiasa ditekankan kerana pendidikan adalah penting
dalam pembangunan sumber manusia, terutamanya dengan perubahan ekonomi Malaysia
5 |MARIA CHRISTINA/192930

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

daripada berintensifkan buruh dan modal kepada ekonomi berintensifkan teknologi. Penggunaan
buruh dengan lebih produktif dan optimum diperlukan dalam usaha menghapuskan kemiskinan
dan membetulkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum. Secara purata kajian
mendapati sekurang-kurangnya 1/5 daripada peruntukan mengurus kerajaan dibelanjakan
untuk sektor pendidikan dan latihan.

Jadual 2: Jumlah Peruntukan Pendidikan Tinggi (Rm juta)

Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) pula merupakan rancangan lima tahun terakhir
bagi DEB dan berhasrat untuk melahirkan tenaga manusia yang berkualiti dan produktif seiring
dengan keperluan pasaran ekonomi. Sistem pendidikan dan latihan distruktur semula selaras
dengan kehendak industri yang memerlukan tenaga kerja yang profesional untuk menyokong
Industrial Master Plan apabila negara berubah daripada industri berteknologi rendah kepada
Negara perindustrian. Tempoh ini menyaksikan peningkatan kepada keperluan tenaga kerja
terutamanya jurutera dan juruteknik.Peruntukan sebanyak RM 2519.9 juta diperuntukan iaitu 8%

6 |MARIA CHRISTINA/192930

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

di institusi pengajian tinggi dan keutamaan diberikan kepada kursus berkaitan sastera gunaan,
sains gunaan,kejuruteraan dan teknologi.
Rancangan Malaysia keenam mencatatkan pertambahan peruntukan sebanyak RM 619.4 juta
menjadi RM 3139.3 juta . Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) merupakan permulaan DPN
yang bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja dan berdisiplin dan produktif melalui pengukuhan
sains dan teknologi (S&T) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D). Keutamaan penawaran
kursus adalah dalam bidang kejuruteraan baru, seperti kejuruteraan sistem, kejuruteraan prosesan
dan sastera gunaan.
Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7) meliputi bahagian kedua DPN pula mengiktiraf
kepentingan sumber manusia bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh
produktiviti.Oleh yang demikian penambahan pelaburan dalam pengajian tinggi sebanyak RM
2961.8 juta diperuntukan. Strategi ini bermatlamat untuk memperluas dan memperkayakan asas
S&T melalui penglibatan sektor swasta dalam pembangunan S&T, memupuk innovasi dan
rekacipta tempatan serta mewujudkan kerjasama yang lebih erat di antara agensi penyelidikan,
industri dan universiti. Pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Akta
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 adalah untuk menggalakkan penglibatan pihak swasta
dalam pendidikan dan latihan. Banyak Institusi latihan ditubuhkan seperti Japanese (Nippon)
Malaysian Institute (Kulim), Pusat Giat MARA, Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan
(CIAST), IKRAM, ILKAP dan ILIM.
Peruntukan pengajian tinggi bagi rancangan Malaysia kelapan dan kesembilan
mencatatkan peningkatan yang agak banyak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya, iaitu
RM 13403.9 juta dan RM 16069.0 juta masing masing.Ini adalah kerana penekanan diberikan
kepada pembangunan modal insane supaya ekonomi Negara dapat dimantapkan lagi.Pelbagai
7 |MARIA CHRISTINA/192930

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

latihan dan program ditawarkan kepada golongan belia dan usahawan muda di institusi pengajian
tinggi awam dan swasta. Istilah ini semakin mendapat tempat dalam minda rakyat Malaysia,
khususnya orang awam. RMK-9 pada 30 Mac 2006 menjadikan istilah modal insan berupa suatu
tsunami dalam minda rakyat Malaysia sehingga menjadi amat popular dalam kalangan pendidik,
pemimpin masyarakat dan anggota masyarakat umum hingga kini. Pembangunan modal insan
secara holistik yang dilaksanakan oleh kerajaan merangkumi pemerolehan pengetahuan
termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap
positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.

4.0

DAPATAN KAJIAN

Dalam beberapa dekad yang lalu, Malaysia telah membuat pelaburan yang besar dalam
pendidikan lepasan menengah dan tertiari. Pada masa kini, Malaysia telah menubuhkan 20
universiti awam dan 26 universiti swasta serta 405 institusi latihan kemahiran awam dan 584
8 |MARIA CHRISTINA/192930

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

institusi latihan kemahiran swasta. Pada tahun 2009, institusi pendidikan tinggi dalam negara
telah mengeluarkan lebih daripada 181,000 siswazah. Daripada jumlah ini, lebih daripada 81,000
siswazah adalah lepasan institusi pendidikan tinggi swasta. Institusi latihan kemahiran pula
mengeluarkan lebih daripada 120,000 pelatih pada tahun 2009. Seramai 30,000 pelatih adalah
daripada institusi latihan kemahiran swasta. Pada masa kini, hanya 23% sahaja daripada jumlah
tenaga kerja di Malaysia mempunyai pendidikan tertiari berbanding dengan kadar purata bagi
negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), iaitu hampir 28% dan
mencecah 35% di Singapura dan Finland. Pada tahun 2009, sebanyak 27% daripada siswazah
institusi pengajian tinggi tempatan masih menganggur dalam tempoh enam bulan selepas
menamatkan pengajian. Bagi yang berjaya mendapat pekerjaan pula, 29% daripada mereka pada
tahun 2006 dan 33% pada tahun 2009 hanya memperoleh pendapatan kurang daripada RM1,500
sebulan. Majikan dan persatuan industri sering mengaitkan kekurangan soft skills seperti etika
kerja yang positif, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kebolehan membuat
keputusan serta kepimpinan sebagai faktor utama yang menjejaskan kebolehpasaran siswazah
Malaysia. Memandangkan terdapat jurang yang besar antara tahap kompetensi siswazah
Malaysia dengan piawaian antarabangsa, isu ini perlu ditangani bagi memastikan negara
mempunyai siswazah yang berkemahiran, serba boleh dan kebolehpasaran yang tinggi. Pada
masa yang sama, dianggarkan seramai 100,000 atau 22% pelajar Malaysia memasuki pasaran
pekerjaan sebaik sahaja menamatkan 11 tahun persekolahan, iaitu dengan hanya memiliki
kelayakan SPM. Kumpulan pelajar ini mungkin lebih cenderung kepada kemahiran teknikal,
oleh itu mempunyai peluang yang besar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang
teknikal. Malaysia perlu memesatkan pembangunan modal insan bertaraf dunia bagi mencapai
status negara berpendapatan tinggi. Justeru, peningkatan kemahiran secara radikal perlu
9 |MARIA CHRISTINA/192930

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran dengan memberi tumpuan kepada strategi


mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada pendidikan teknikal dan latihan vokasional
yang berkualiti dan meningkatkan kompetensi siswazah sebagai persediaan untuk memasuki
pasaran pekerjaan.

4.1

KESAN PEMBIAYAAN

Tiada perancangan akan berjaya tanpa peruntukan yang mencukupi. Kepentingan


perancangan pendidikan telah menyaksikan peruntukan yang besar disalurkan
untuk meningkatkan kualiti sumber manusia bagi memastikan hasrat DEB dan DPN tercapai.
Komitmen yang tinggi dalam sektor ini dapat dilihat melalui peruntukan bagi sekolah rendah,
menengah dan pendidikan tinggi. Situasi ini dijelaskan oleh peruntukan belanjawan dalam
setiap Rancangan Malaysia. Secara umumnya, perbelanjaan pendidikan terbahagi kepada dua
iaitu perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan mengurus
merujuk kepada pembayaran gaji, elaun, bayaran utiliti dan perkhidmatan yang lain.
Perbelanjaan pembangunan pula bertujuan untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan
di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan tinggi.
4.1.1

Bertambahnya Bilangan Kemasukan Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi

10 | M A R I A C H R I S T I N A / 1 9 2 9 3 0

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Graf di atas menunjukkan jumlah kemasukkan pelajar ke pusat pengajian tinggi.Kadar


kemasukan pelajar adalah meningkat setiap tahun selain daripada IPTS.Hal ini kerana beban
tanggungan di IPTS adalah lebih tinggi berbanding dengan IPTA dan pusat pengajian tiinggi
yang lain.Daripada data yang diperolehi terbukti bahawa bilangan graduan meningkat setiap
tahun dan ini juga melahirkan tenaga kerja professional yang ramai.Pengkhususan dalam bidang
tertentu juga meningkatkan kepakaran graduan dalam sesuatu bidang tertentu.
4.1.2

Peningkatan Bilangan Graduan

Institusi Pengajian Tinggi


11 | M A R I A C H R I S T I N A / 1 9 2 9 3 0

Tahun

Jumlah Graduan

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

IPTA
IPTS
POLITEKNIK

2008

59,844

2009

65,756

2008

26,590

2009

40,535

2008

301

2009

443

Jadual menunjukkan keluaran graduan peringkat sarjana muda bagi tahun 2008 dan 2009
mengikut institusi-institusi.Dapatan kajian menunjukkan bahawa ada peningkatan keluaran
graduan pada tahun 2008 dan 2009 di setiap institusi.Keluaran graduan peringkat sarjana muda
di IPTA pada tahun 2008 adalah seramai 59,844 telah meningkat seramai 5911 graduan pada
tahun 2009 menjadi 65,756 graduan.Diikuti oleh IPTS menunjukkan peningkatan graduan
peringkat sarjana muda seramai 13,945 pada tahun 2009 berbanding dengan 26,590 graduan
sahaja pada tahun 2008.Keluaran bilangan graduan peringkat diploma di politeknik pula
mencatat sejumlah 301 graduan pada tahun 2008 telah meningkat ke 443 graduan pada tahun
2009.Ini jelas menunjukkan bahawa dengan pertambahan peruntukkan dalam sector pendidikan
mampu menghasilkan jumlah keluaran graduan yang ramai.

4.1.3

Peningkatan Keluaran Tenaga Kerja Mahir


Pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan memerlukan tenaga buruh yang berkualiti

tinggi, serba boleh dan cepat menyesuaikan diri kepada perubahan keadaan perindustrian. Tenaga
kerja mahir dan produktif adalah pra-syarat untuk mengekalkan iklim pelaburan yang
menggalakkan dan daya saingan keluaran Malaysia di pasaran dunia. Bagi memenuhi keperluan
ini, sistem penyampaian pendidikan dan latihan perlu menjadi lebih responsif kepada keperluan
12 | M A R I A C H R I S T I N A / 1 9 2 9 3 0

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

pasaran buruh yang dinamik. Pendidikan dan latihan akan terus menekankan penerapan nilainilai positif dan progresif, termasuk etika kerja yang baik dan disiplin industri.

Garaf menunjukkan taburan peratusan pekerja dengan pencapaian pendidikan


suku ke-4 tahun 2006 dan suku-1 tahun 2007

13 | M A R I A C H R I S T I N A / 1 9 2 9 3 0

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Daripada kajian di atas peratus populasi pekerja dengan pengajian peringkat tinggi dan
tiada pendidikan formal pada tahun suku pertama 2007 meningkat kira-kira 0.4 dan 0.3 peratus
masing-masing berbanding dengan tahun suku keempat 2006.Sebaliknya, peratusan populasi
pekerja yang mencapai pendidikan menengah dan rendah merosot sebanyak 0.1 dan 0.7 peratus
masing-masing.

14 | M A R I A C H R I S T I N A / 1 9 2 9 3 0

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

4.1.4

Pengurangan Kadar Pengangguran

Jadual diatas menunjukkan taburan peratus penganggur mengikut pencapaian pendidikan,


2009.Peningkatan di dalam jumlah perbelanjaan pendidikan didapati telah dapat membantu
mengurangkan kadar pengangguran dimana ianya dapat dikurangkan kepada pengangguran
negara pada empat peratus namun dalam masa setahun ia turun kepada 3.6
peratus.Pengangguran di kalangan penduduk yang mendapat pendidikan tertiari adalah 25.2% di
15 | M A R I A C H R I S T I N A / 1 9 2 9 3 0

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Bandar dan 23.4% diluar Bandar berbanding dengan peratusan yang tinggi di kalangan penduduk
yang mendapat pendidikan menengah.

4.1.5

Peningkatan KDNK Negara


Dengan perancangan sumber manusia yang rapi, terutamanya dalam aspek pendidikan

dan latihan dalam setiap rancangan Malaysia, ianya telah menampakkan kesan positif kepada
pertumbuhan ekonomi negara seperti yang ditunjukkan oleh Jadual di bawah

Rancangan Malaysia

Tempoh Masa

Kadar Pertumbuhan

RMK 5

1986 1990

5.9

RMK 6

1991 1995

8.7

RMK 7

1996 2000

4.7

RMK 8

2001-2005

4.5

RMK 9

2006-2010

6.0

16 | M A R I A C H R I S T I N A / 1 9 2 9 3 0

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

4.2

CADANGAN

- Meningkatkan profesionalisme perguruan


Adalah amat mustahak diingat golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa
menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi cabarancabaran baru, disamping meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan
pendidik yang dihormati dan disanjungi oleh murid, ibubapa dan masyarakat.
Budaya mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang berkesan menangani
masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu adalah di antara krisis
pendidikan yang mencerminkan krisis profesionalisme perguruan di negara-negara membangun
khususnya di Malaysia memerlukan resolusi yang lebih redikal dilakukan. Profesyen perguruan
boleh dikatakan tidak banyak mengalami perubahan dari segi inovasi dari segi teknologi
walaupun perkembangan teknologi maklumat berlaku dengan pesatnya dan dalam sektor-sektor
lain.
Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesyen di negara
ini perlu di reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada budaya

17 | M A R I A C H R I S T I N A / 1 9 2 9 3 0

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap
terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik.
Pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa dengan
ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif, dapat
mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk membangunkan generasi
muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik dan
positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Peranan profesyen perguruan dalam
masyarakat membangun seperti Malaysia menjelang abad ke 21 tidak seharusnya di bataskan di
atas andaian dan pandangan yang sempit. Sebarang langkah bagi mengongkong dan
menyempitkan peranan golongan guru sudah tentu akan merugikan masyarakat dan negara.
Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi
mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang lain,
profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat kepada
krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan tuntutan
kemajuan dan perubahan. Profesyen perguruan perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya
konsep memasyarakatkan sekolah, murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang besar
kepada pembangunan masyarakat setempat.
Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung kepada
profesyen perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif. Profesyen perguruan yang
dinamis perlu melahirkan kepimpinan guru yang berkualiti, sentiasa memperbaiki dan
mempertahankan etika profesionalisme pendidikan, berbanding dengan tugas yang mengabdikan
diri sebagai golongan pendidikan yang berwibawa dan dapat menjadikan diri sendiri lebih
18 | M A R I A C H R I S T I N A / 1 9 2 9 3 0

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

berketrampilan dengan mendokong belajar seumur hidup (life long learning), belajar untuk
mengubah dan belajar untuk berubah.
Usaha-usaha lain sepearti melatih pensyarah bagaimana mengajar di institusi pengajian
tinggi. Langkah ini turut mencadngkan supaya pensyarah-pensyarah universiti mestilah memiliki
diploma pendidikan bagi membolehkan mereka melayakkan diri untuk mengajar. Walaupun
mendapat reaksi yang "panas dan sinis" daripada pensyarah dan professor, cadangan ini
bagaimanapun perlu dianggaap sebagai satu cadangan yang positif bagi meningkatkan kualiti
pengajaran pensyarah dan profesor di universiti khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai
pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran.
-

Mengatasi masalah "Brain Drain" di kalangan pensyarah

Kebanyakkan pensyarah yang memilih kerjaya ini adalah kerana komited dengan apa yang
dilakukan. Penyelidikan menjadikan visi hidup mereka. Kerjaya sebagai pensyarah mempunyai
banyak insrintik yang terus menambat hati pensyarah agar terus kekal di institusi pengajian
tinggi.
Namun apa yang menyebabkan wujudnya masalah 'brain drain' antaranya ialah layanan yang
mereka terima berbanding dengan pensyarah yang berrkhidmat di luar negara. Wan Mokhtar
mempersoalkan apakah adil hanya menggangapkan pensyrah yang berkhidmat di luar negara
ditawarkan dengan gaji yang berlipat ganda apabila kembali ke Malaysia, sedangkan antara
keduanya mempunyai kemahiran dan pendedahan yang sama.
Dalam menangani isu ini, ia melibatkan banyak pihak. Namun begitu ia bukanlah sesuatu
perkara yang sukar. Kerajaan sebagai tunggak, hendaklah peka dengan keperluan dan tuntutan
19 | M A R I A C H R I S T I N A / 1 9 2 9 3 0

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

semasa institusi pengajian tinggi awam agar penghijrahan keluar pensyarah dapat di atasi. Jangan
biarkan pensyarah meminta-minta hak mereka kerana martabat pensyarah amat tinggi
kedudukannya.
-

Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan

Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan
bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem peperiksaan yang
dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi keseluruhan aspek
perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan negara.
Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak memberi
gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-langkah perrlu dibuat
bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif dengan menguji kebolehan
pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai, ketepatan fakta,
penyelaisaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan sebagainya.
Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai kriteria
keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan cemerlang di
samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa kejayaan dan
penghargaan diri.
Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan bersifat kosmetik
tetapi perubahan substantif supaya kurang berorientasikan peperiksaan. Antaranya cadangan
supaya tiga peperiksaan sekolah menengah dikurangkan kepada dua. Ini akan mengurangkan
tekanan. Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira
20 | M A R I A C H R I S T I N A / 1 9 2 9 3 0

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

untuk memasuki universiti. Ketika ini sepuluh peratus daripada nilai markah kemasukan
universiti datangnya daripada aktiviti ko-kurikulum. Apabila kita berubah kepada sekolah bestari
nanti, penekanan akan diberikan kepada soal penguasaan ilmu dan kemampuan pelajar mengikut
kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri.

5.0

KESIMPULAN
Perancangan pembangunan sektor pendidikan yang baik dan berkesan mampu

mempercepatkan pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara. Ini jelas terbukti dengan
meningkatnya institusi pendidikan, bertambahnya enrolmen di institusi pendidikan,
meningkatnya lepasan pengajian tinggi, meningkatnya pengeluaran tenaga kerja mahir,
berkurangnya kadar pengangguran dan kemiskinan serta sumbangan positifnya terhadap
pertumbuhan KDNK negara. Dengan negara menuju ke arah sebuah negara maju, perlunya
perancangan sebegini diterusan.

Kesimpulannya boleh dikatakan bahawa pendidikan memainkan peranan yang sangat


penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Maka perancangan yang baik dalam
sektor pendidikan adalah diperlukan untuk menjayakan pembangunan yang berkesan dan
berterusan. Pembangunan disemua sektor akan mendorong pembangunan industri berasaskan
pendidikan yang akan seterusnya mencetuskan bidang baru dalam pertumbuhan ekonomi
yang seterusnya akan membawa kepada perluasan permintaan terhadap tenaga manusia.

21 | M A R I A C H R I S T I N A / 1 9 2 9 3 0

GMGF 3013/ PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

6.0

RUJUKAN

Malaysia 1986 Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. Percetakan Kerajaan Malaysia.


Malaysia 1991 Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995. Percetakan Nasional Malaysia
Berhad.
Malaysia 1996 Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000. Percetakan Nasional Malaysia
Berhad.
Malaysia 2001 Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005. Percetakan Nasional Malaysia
Berhad.
Malaysia 2006 Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Percetakan Nasional Malaysia
Berhad.
Kementerian Kewangan Malaysia. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Pelbagai
Siri. Kuala Lumpur. Percetakan Nasional Berhad (PNB).
Kementerian Pendidikan Malaysia. Perangkaan Tahunan Pendidikan Pelbagai Tahun. Kuala
Lumpur. Percetakan Nasional Berhad (PNB).
Tin-Chun Lin .2004. The Role Of Higher Education In Economic Development: An
Empirical Study Of Taiwan Case. Journal of Asian Economics 15 : 355-371.

22 | M A R I A C H R I S T I N A / 1 9 2 9 3 0

You might also like