Kelebihan Bulan Syaaban

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KELEBIHAN BULAN SYA`ABAN

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban,

baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan


Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku
keatas kamu.
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan
Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api
neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di
dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi
Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s.

Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan


Syaaban, dimudahkan Allah atasnya
Sakratulmaut dan ditolakkan (terlepas)
daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan
daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya
di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis


pada bulan Syaaban dan akhir khamis daripada
Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari
kitab Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a. bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah
s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w. : Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan
adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan
(menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa
(jasmani dan rohani).
Sabda Nabi s.a.w. : Bahawa puasa Syabaan kerana
membesarkan Ramadhan.Siapa yang berpuasa tiga
1

hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia


bersalawat atasku beberapa kali sebelum
berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah
dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya,
antara lain sabdanya lagi : Bahawa Allah Taala membukakan
pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w. : Dinamakan Syaaban kerana padanya
terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih
afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.

Pengertian Syaaban : Kemuliaan, Ketinggian,


Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi s.a.w. : Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan
yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam.
Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti
kelebihanku atas segala Anbia (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan
atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekalian
makhlukNya.

Bulan Syaaban, keagungan malamnya dengan


Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan
dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu
Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu
katanya :
Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri
padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekalian
orang yang tidak menyengutukan (syirik) denganNya dengan
sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum
arak, derhaka terhadap ibubapa.

Sumber : http://www.informasikini.com/kelebihan-bulan-syaaban/

SELAMAT
BERAMAL....
Disediakan oleh :

( HJH.SAMIRAH BINTI KASIM)

You might also like