Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.

Inilah yang
dijelaskan oleh Perdana Menteri, YAB Dato` Sri Mohd Najib Tun Razak ketika
memperkenalkan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Prinsip ini
adalah paksi kepada Gagasan 1Malaysia yang mana ia bertujuan untuk
memperkukuhkan

hubungan

dan

kerjasama

antara

rakyat

Malaysia

yang

mempunyai pelbagai kaum yang mana perlu bertindak seiring bagi membina sebuah
negara yang lebih maju, selamat dan mampu bersaing dengan negara-negara lain di
dunia.
Transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ini
memfokuskan kepada tanggungjawab negara bagi memenuhi seluruh keperluan dan
hak untuk semua kaum dan bangsa yang ada di Malaysia. Walaupun pada
dasarnya, ia merupakan tanggungjawab yang telah lama dilaksanakan semenjak
kemerdekaan negara Malaysia. Namun bentuk pelaksanaan yang dilakukan
sekarang adalah berbeza dan lebih diperkukukan serta diperhalusi bagi memenuhi
dan sesuai untuk arus cabaran globalisasi. Dengan adanya prinsip ini, Malaysia
mampu melahirkan rakyat yang lebih berdaya tahan dalam pelbagai cabaran masa
hadapan, termasuk sosial, ekonomi dan politik.
Disebalik penyatuan kaum dan etnik di Malaysia, asas kepada prinsip Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan adalah pentadbiran negara Malaysia itu
sendiri. Pemimpin-pemimpin kerajaan perlu menjalankan tugas dengan lebih
berkesan. Mempunyai sifat amanah serta bertanggungjawab untuk kepentingan
rakyat serta kemajuan negara Malaysia sendiri. Pemimpin dan rakyat diminta untuk
bertanggungjawab berfikir, bertindak serta memperkukuhkan hubungan antara kaum
dan etnik yang ada di Malaysia. Pemimpin mesra rakyat diperlukan bagi memenuhi
konsep ini, yang mana mempunyai sikap sanggup berkorban demi rakyat, mampu
berfikir melebihi sempadan setiap

kaum, serta melaksanakan tanggungjawab

dengan berdedikasi dan penuh keazaman.


Sikap penerimaan antara kaum amat diperlukan, yang mana ia membawa
kepada perpaduan yang utuh agar rakyat dapat hidup bersama dalam keadaan
saling menghormati, bertoleransi serta memerlukan antara satu sama lain bagi
memajukan negara Malaysia. Sifat kesetiaan kepada negara perlu ditanamkan untuk
setiap rakyat bagi mengeratkan hubungan antara kaum, ini kerana sifat kesetiaan

kepada negara akan menghapuskan sifat mementingkan kaum dan etnik sendiri.
Semua kaum akan merasakan mereka adalah bangsa Malaysia di mana negara
Malaysia adalah negara untuk semua. Apabila perpaduan negara dicapai, urusan
pembangunan dan kemajuan negara bergerak dengan lebih lancar.
Rakyat didahulukan yang telah diperkatakan merujuk kepada meletakkan
kepentingan rakyat sebagai keutamaan. Meningkatkan taraf hidup rakyat dengan
melancarkan pelbagai kempen dan program, meluaskan dan meningkatkan kualiti
pendidikan kepada rakyat, serta memperkukuhkan keperluan rakyat luar bandar
serta pendalaman. Selain itu, dari segi keselamatan rakyat pula adalah
mengurangkan kegiatan jenayah serta memerangi rasuah untuk setiap sudut yang
ada dalam negara Malaysia. Setelah kesemua keutamaan serta kepentingan rakyat
diperkukuhkan dan diperkasakan, inilah menjadi sasaran bagi Pencapaian
Diutamakan.
Kesimpulannya, hubungan kaum yang ada di Malaysia perlu diperkukuhkan
dan ia merupakan paksi utama perpaduan negara. Ini kerana untuk membina
sebuah negara bangsa, perpaduan rakyat sangat penting. Tanpa perpaduan, negara
bangsa tidak dapat dibina. Selain itu, bukan hanya rakyat perlu didiperkukuhkan, tapi
pemimpn-pemimpin negara juga seiring memenuhi keperluan konsep transfromasi
ini. Setelah rakyat

dan pemimpin digilap dan diterapkan nilai-nilai kesetiaan,

pencapaian dan kemajuan negara dapat dipertingkatkan. Inilah yang dikatakan,


Rakyat Didahulukan, Pencapain Diutamakan.

You might also like