Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 33

Buku Ilmiah

Orang Sumber

Nama : Alex Fung


Umur : 53
Alamat : 13, Jalan SS22/19 Petaling Jaya Selangor
Nombor Telefon : 012-625 1659

1. Soalan : Bilakah syarikat New Restaurant Ipoh Chicken Rice ini ditubuhkan?
Jawapan : Pada tahun 1977.
2. Soalan : Berapa lama syarikat New Restaurant Ipoh Chicken Rice ini telah beroperasi?
Jawapan : Selama 30 tahun.
3. Soalan : Di manakah tempat yang syarikat New Restaurant Ipoh Chicken Rice pertama telah
ditubuhkan?
Jawapan :Gerai tepi jalan di Jalan Gasing.
4. Soalan : Siapa yang membantu dalam penubuhan syarikat New Restaurant Ipoh Chicken Rice
ini?
Jawapan :Ahli-ahli keluarga.
5. Soalan : Adakah syarikat New Restaurant Ipoh Chicken Rice ini menubuhkan mana-mana
cawangan?
Jawapan :Ya, 8 cawangan.

6. Soalan : Adakah syarikat New Restaurant Ipoh Chicken Rice ini mempunyai francais?
Jawapan :Ya, hanya satu, dengan Mid Valley.
7. Soalan : Apakah jenis pekerja yang syarikat New Restaurant Ipoh Chicken Rice menyewa?
Jawapan :Pekerja Nepal.
8. Soalan : Adakah resipi nasi ayam yang benar-benar tradisional masih digunakan sekarang di
syarikat New Restaurant Ipoh Chicken Rice ?
Jawapan : Ya, kami masih gunakan resipi tersebut dan juga mendapatkan bekalan bahan
mentah daripada pemborong di Ipoh.
9. Soalan : Apakah waktu operasi syarikat New Restaurant Ipoh Chicken Rice?
Jawapan :Dari 10 pagi hingga 10 malam.
10. Soalan : Apakah perancangan syarikat New Restaurant Ipoh Chicken Rice untuk masa
depan?
Jawapan : Terus membolehkan perniagaan berkembang.

Internet

1977

Home

CorporateInfo

RestaurantGuide

News&Promotions

New Restaurant Ipoh Chicken Rice is a locally owned service


restaurant chain that positioned as local renowned chicken rice
brand and ethnic food through our creative approach to the
companys image and detail presentation. 1977 New Restaurant
Ipoh Chicken Rice provides a combination of excellent ethnic food at
value pricing and a cozy atmosphere. 1977 New Restaurant Ipoh
Chicken Rice is the answer to an increasing demand for traditional

chicken rice by chicken rice lovers.

1977 Ipoh C hicken Rice About Us

AboutUs
CorporateInfo

About Us
Management Team

CSR
Career

JalanGasi
ngOutlet

1977 New Restaurant Ipoh Chicken Rice aims to provide its customers a reasonable price, using
only premium and top notch raw ingredients for food process. We treat employees welfare seriously
and provide training and rewards for those who join us which encourages long-term, satisfying,
growth employment. Our premise is designed aesthetically to create an environment to woo
customers. We strive to create and maintain a restaurant that is comprehensive and exceptional in
its attention to every detail of operation. We aim to be a giving member of the Malaysian community
in the near future and to use our premise to improve of the quality of life of population in Klang Valley
and Kuala Lumpur. We believe in sustainability of the traditional chicken rice industry and adopt fair
trade policy as a key to drive our business forward. Our main priority is to establish additional outlets
in crowded town and city. Later, our effort will be a further development of more of chicken rice
outlets in the surrounding area.

2010 Copyright 1977 New Restaurant Ipoh Chicken Rice


Design by Chameleon Design Studio (Adcellent SB)

ELEMEN 1

Melawat tempat
kajian

Gambar bersama dengan DJ Branch Manager Alex


Fung di Kedai "1977 New Restaurant Ipoh Chicken
Rice".

Kegiatan
Ekonomi
Traditional di
Malaysia
(Makanan
Traditional)

SENARAI KANDUNGAN

Bil.
1.
2.
3.
4.
5.

Perkara
Tajuk Kajian
Penghargaan
Objektif Kajian
Kaedah Kajian
Hasil Kajian
5.1. maklumat asas
5.2. latar belakang
5.3 sumbangan / pengaruh kepada
keluarga atau masyarakat

6.
7.
8.

5.4.prospek
Rumusan
Lampiran
Rujukan

m/s

PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi kerana dengan
izinnya, kerja kursus sejarah saya dapat disiapkan pada waktu yang tepat. Dalam menyiapkan
folio kerja kursus ini, saya telah dibantu dari pelbagai pihak.
Setelah itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Puan
Ashimah selaku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya kerana telah
membenarkan saya membuat kerja kursus ini.
Tidak ketinggalan juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Chin Mon Ling dan Lim Siew
Tin kerana telah memberi dorongan dan galakan terhadap saya bagi menyiapkan tugasan ini.
Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru mata
pelajaran sejarah saya, Puan Latifah Abdul Latiff selaku penyelia kerja kursus saya yang banyak
membantu, membimbing dan juga pemudah cara saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus
ini.
Selain itu, tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan di 3 Belian iaitu Kua
Wei Zhia, Tan Zhi Ying dan Cheah Kher Huey yang turut sama membantu dari segi memberi
tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menghasilkan folio ini.
Sekian, terima kasih.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif saya menjalan kan kajian ini adalah untuk mendapat peluang untuk meneliti
dan mengkaji latar belakang sistem ekonomi traditional di Malaysia. Selain itu, saya harap
bahawa saya dapat menyelidik serta mengkaji dengan lebih terperinci terntang perihal
pengeluaran hasil berasaskan makanan traditional di negara kita.
Tambahan pula, saya juga dapat menentukan jangkaan masa depan dan
permasalahan makanan traditional di negara kita. Bukan itu sahaja, kaedah , cara kajian
lapangan dijalankan terutama daripada segi prosedur dan langkah bagi menghasilkan kajian
bercorak tempatan juga dapat saya teliti.
Akhir sekali, saya dapat menimba pengalaman yang labih luas tentang kegiatan
ekonomi traditional dari negara kita.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang saya gunakanuntuk kajian kali ini adalah menjalankan temu ramah
terhadap individu iaitu Alex Fung, DJ Branch Manager bagi mendapatkan maklumat mengenai
kegiatan ekonomi tradisional iaitu perniagaan Nasi Ayam Ipoh
Selain itu, saya juga telah menjalankan kaedah kajian lawatan ke tempat kegiatan
perniagaan nasi ayam yang dijalankan. Lawatan saya ke 11&13, Jalan SS22/19, Damansara Jaya,
47400 Petaling Jaya, Selangor adalah bagi mendapatkan infomasi, mengenali struktur dan profil
perniagaan nasi ayam yang dijalankan.
Di samping itu, saya juga telah melayari laman internet
www.1977ipohchickenrice.com bagi mengetahui maklumat mengenai resipi nasi ayam dan
infomasi tentang perniagaan tersebut dengan lebih terperinci.
Akhir sekali, keadah kajian yang saya telah gunakan adalah buku ilmiah. Buku ilmiah
yang telah saya gunakan ialah buku makanan dan masakan tradisional. Antara contoh buku
masakan yang saya guna ialah Makanan Masyarakat Cina. Dengan itu, saya dapatkan
maklumat tentang cara menyediakan hidangan Nasi Ayam Ipoh/ Hainan.

HASIL KAJIAN
1. Maklumat Asas
Nama/jenis kegiatan ekonomi.
Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah perniagaan Nasi Ayam Ipoh yang diusahakan
oleh Encik Brian Yan Chee Hong.

Sejarah/Asal usul kegiatan ekonomi.


Perniagaan Nasi Ayam Ipoh ini telah dimulakan oleh Encik Yan Khoon Yin yang
merupakan bapa kepada Encik Brian Yan Chee Hong mulai tahun 1991. Perniagaan ini
telah diambil alih oleh Encik Brian Yan Chee Hong yang kini merupakan Managing
Director bagi perniagaan tersebut. Oleh demikian, perniagaan ini telah dikendalikan
selama 36 tahun. Perniagaan ini bermula sebagai perniagaan keluarga yang kecil. Pada
mula-mulanya, keluarga Yan hanya dapat menjalankan perniagaan ini di tepi Jalan Gasing
dengan gerai makanan mereka. Namun begitu, keluarga tersebut tidak pernah berputus
asa dan berazam untuk membuka rantaian kedai makanan pada suatu hari nanti.

Selepas bertungkus-lumus , Encik Yan Khoon Yin telah berjaya membuka sebuah
kedai makanan tetap di Jalan Gasing. Kedai tersebut dinamakan 1977 New Restaurant
Ipoh Chicken Rice. Perniagaan mereka mendapat sambutan yang meriah daripada
penduduk yang tinggal berhampiran. Mereka juga telah berusaha untuk memperkenalkan
rasa Nasi Ayam Ipoh yang benar-benar tradisional. Tidak lama kemudian, keluarga Yan
pun telah berjaya membuka satu lagi kedai cawangan di Sri Petaling. Kini, perniagaan

Nasi Ayam Ipoh telah berkembang maju. Terdapat 8 kedai cawangan yang telah dibuka.
Lebih-lebih lagi, mereka juga telah membuka sebuah kedai di USJ yang halal
khususnya untuk Orang Melayu yang ingin mencuba rasa "Nasi ayam Ipoh" yang begitu
enak.
Perniagaan Nasi Ayam Ipoh yang diusahakan oleh Encik Brian Yan Chee
Hong amat berjaya. Hal ini demikian kerana mereka banyak menumpukan perhatian
kepada permintaan pelanggan-pelanggan serta perkhidmatan yang diberikan. Mereka
juga sering memastikan mutu makanan yang mereka hidang terus baik. Buktinya ,
mereka masih mendapatkan bekalan bahan-bahan mentah daripada pemborong Ipoh yang
asal. Mereka juga menyediakan daging ayam kampong yang segar. Mereka turut
menyediakan menu yang menarik perhatian orang ramai. Terdapat pelbagai makanan
yang dihidangkan di situ. Selain daripada Nasi Ayam Ipoh , mereka juga ada 'kuey
teow sup', 'cha siew', ikan,' laksa', 'taugeh' dan banyak-banyak lagi.
Kini, New Restaurant Ipoh Chicken Rice merupakan perkhidmatan milik
tempatan rantaian restoran yang dikenali sebagai jenama terkenal nasi ayam tempatan.
Perniagaan ini telah menjadi makanan etnik dalam kalangan masyarakat kita. Perniagaan
tersebut juga semakin maju melalui pendekatan yang kreatif. Imej syarikatnya turut
diketahui umum.

Lokasi/tempat kajian

Lokasi atau tempat kajian ini diletakkan di sederet kedai iaitu di 11&13, Jalan
SS22/19, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor yang berhampiran dengan 7
Eleven.

Pihak yang mengusahakan/individu/ kelompok masyarakat yang


mengusahakan
Kegiatan ekonomi perniagaan Nasi Ayam Ipoh sangat popular di Selangor.
Terdapat beberapa kedai cawangan yang diusahakan di Sri Petaling, Jalan Gasing, Kota
Damansara, Bandar Puteri Puchong dan Subang Jaya. Bagi tujuan kerja kursus ini, saya memilih
Encik Alex Fung yang merupakan DJ Branch Manager bagi kedai cawangan New Restaurant
Ipoh Chicken Rice kerana beliau merupakan antara orang yang telah bekerja dalam perniagaan
ini selama beberapa tahun.Walaupun beliau masih muda , dia turut mengetahui banyak tentang
perniagaan Nasi Ayam Ipoh ini. Selain itu, jarak tempat penjualannya berdekatan dengan
sekolah dan rumah saya, maka ini memudahkan saya memjalani kajian kerja kursus ini.

2. Latar Belakang.
Tujuan dijalankan.

Pada mulanya Encik Yan Khoon Yin bekerja sebagai seorang penjaja yang
menjual Nasi Ayam Ipoh di tepi Jalan Gasing untuk menyara keluarganya. Dia
bertujuan untuk memperkenalkan rasa Nasi Ayam Ipoh yang benar-benar tradisional
dan unik kepada masyarakat ini. Perniagaan ini dilakukan dengan menggunakan sebuah
gerai yang kecil pada peringkat awal. Sekarang dia memiliki rantaian kedai yang lebih
besar dan selesa.

Produk yang dihasilkan


Terdapat beberapa produk yang dihasilkan bagi memenuhi keperluan
pelanggannya. Antaranya , terdapat tiga produk yang utama. Salah satu daripadanya ialah
nasi minyak yang amat harum sekali. Selain daripada itu, dia juga menghasilkan daging
ayam. Kampung iaitu produk yang amat dialu-alukan oleh pelanggannya. Akhirnya,
produk yang sering dipesan oleh pelanggan pelanggan adalah Taugeh yang dimasak
dengan minyak bijan.

Tempat/kawasan
Kedai New Restaurant Ipoh Chicken Rice yang terdekat dengan rumah dan
sekolah saya terletak di kawasan Damansara Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Encik Brian
Yan Chee Hong merupakan orang yang mengusahakan perniagaan Nasi Ayam Ipoh.
Selain itu, beliau memiliki beberapa kedai yang menghasilkan Nasi Ayam Ipoh di
tempat yang lain. Terdapat sebanyak 8 cawangan kedai yang ditaburkan di seluruh negara
kita.

Proses/ Cara pelaksanaan


Perniagaan Nasi Ayam Ipoh mempunyai beberapa cara pelaksanaan.
Perniagaan ini menghasilkan tiga jenis produk yang utama, iaitu, nasi minyak, taugeh
serta daging ayam kampong. Mereka menggunakan pelbagai peralatan dan kaedah.
Pertama sekali, nasi minyak dimasak dengan cara mencampur adukkan nasi putih, air dan
minyak bawang lalu memasaknya dalam periuk nasi. Selain itu, taugeh pula direbus

sehingga masak dahulu lalu dimasak dengan minyak bijan dan kicap. Akhirnya, daging
ayam kampung diproses dengan dua cara. Antaranya ialah cara rebus dan cara panggang.
Daging ayam yang direbus perlu direndam sebentar dalam air panas, air sejuk serta sup
manakala daging panggang dipanggang dalam ketuhar sehingga kulit ayam berwarna
keperangan.

3.Sumbangan /Pengaruh kepada Keluarga atau Masyarakat.


Status Keluarga / Mobiliti Sosial

Perniagaan Nasi Ayam Ipoh merupakan status keluarga Encik


Yan. Perniagaan ini telah menjadi identiti keluarga beliau kerana perniagaan tersebut
dimulakan serta dimajukan oleh keluarga beliau dengan begitu berjaya. Kebanyakan
penduduk atau pekerja di kawasan Damansara Jaya juga mengetahui tentang kedai New
Restaurant Ipoh Chicken Rice yang begitu terkenal. Mereka sering pergi ke situ untuk
makan tengah hari.

Sumber Pendapatan
Encik Yan tinggal dengan ibu bapanya, isterinya dan anak-anaknya. Beliau
menjalankan perniagaan ini untuk meneruskan kehidupannya dan menyara keluarganya.
Perniagaan ini merupakan sumber pendapatan utama keluarganya kerana isternya tidak
bekerja. Selain itu, perniagaan ini juga telah memberi peluang pekerjaan kepada
penduduk yang tinggal di Damansara Jaya. Gaji yang diagihkan kepada sesetengah
penduduk yang bekerja di situ pula merupakan sumber pendapatan yang utama bagi
mereka.

Penerusan Tradisi Keluarga

Sebenarnya, perniagaan ini diwarisi oleh bapa Encik Yan, iaitu Encik Yan Khoon
Yin. Beliau merupakan orang yang memulakan perniagaan ini daripada satu gerai yang
kecil. Kini, Encik Brian Yan Chee Hong telah mengambil alih segala urusan perniagaan
tersebut. Beliau masih menggunakan resipi asal keturunan keluarganya. Jadi, tradisi
keluarga Yan masih dikekalkan dan diamalkan.

Memenuhi Permintaan
Perniagaan Nasi Ayam Ipoh yang dijalankan oleh Encik yan dapat memenuhi
permintaan pelanggannya. Sebagai bukti, terdapat banyak orang seperti murid-murid,
pekerja dan orang pejabat yang sering mengunjungi kedainya , terutamanya semasa
waktu tengah hari kerana kebanyakan pekerja di kawasan ini akan makan tengah hari di
situ. Penduduk- penduduk kawasan ini menyokong perniagaannya.

3. Prospek
Cabaran/Kekangan yang dihadapi
Pada mula-mulanya, terdapat sesuatu cabaran yang dihadapi oleh Encik Yan dan
bapanya. Hal ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai apa-apa pengalaman terhadap
perniagaan. Apabila Encik Yan Khoon Yin sedang menjalankan perniagaan di tepi Jalan
Gasing , Nasi Ayam Ipoh tidak disambat baik oleh penduduk dan pekerja di kawasan
tersebut. Beliau juga susah untuk mencari tempat untuk meletakkan gerainya. Keadaan
bertambah buruk sekiranya hujan turun pada hari itu. Tetapi setelah beliau memberi
usaha dan masa untuk meningkatan perniagaannya, masalah tersebut diselesaikan.
Sekarang terdapat beberapa kekangan kecil yang dihadapi. Salah satu cabaran yang
dihadapi ialah beliau ialah beliau perlu sentiasa mengekalkan mutu makanan dan
perkhidmatannya serta menjaga imej syarikatnya yang sudah menjadi terkenal sekarang.

Penglibatan pihak luar/galakan kerajaan atau swasta


Semasa Encik Brian Yan Chee Hong menghadapi masalah perniagaan tidak laku,
beliau telah menghadiri kursus dan latihan perniagaan yang dianjurkan oleh pihak
kerajaan atau swasta bagi menyelesaikan masalah tersebut. Hasilnya adalah Encik Yan
berjaya menyelesaikan masalah tersebut dan beliau berkata bahawa dia tidak akan
menjayakan perniagaan ini tanpa kursus atau latihan perniagaan yang diberi oleh
kerajaan. Beliau berasa sangat syukur kerana dapat peluang untuk mendapat bimbangan
tersebut. Dari semasa ke semasa, beliau juga akan mendapatkan nasihat daripada orang
yang lebih berpengalaman untuk memastikan hala tujunya sentiasa pada landasan yang
betul.

Reaksi / Penerimaan Masyarakat


Perniagaan Nasi Ayam Ipoh Encik Yan diterima dengan baik kerana beliau
dapat memenuhi permintaan pelanggannya. Pada hari-hari bekerja , Nasi Ayam Ipoh
disabut hangat oleh murid-murid yang belajar di sekolah yang berhampiran dan pekerja
yang bekerja di tempat yang berdekatan. Pada hujung minggu pula, kedai Nasi Ayam
Ipoh ini dikunjungi oleh keluarga-keluarga. Akhir kata, perniagaannya mendapat
sambutan yang baik dan diterima oleh masyarakat.

Saranan dan Harapan


Terdapat beberapa harapan yang diinginkan oleh Encik Yan. Encik Yan berharap
perniagaannya akan terus berkembang maju. Dengan itu, dia dapat menjaminkan masa
depan anak-anaknya cerah. Selain itu, beliau berharap dapat sentiasa memenuhi
permintaan pelanggannya. Harapan akhirnya adalah dia berharap supaya generasi yang
akan datang jangan mudah putus asa walaupun dilanda cabaran.

LAMPIRAN
Gambar menunjukkan premis kedai "1977 New Restaurant Ipoh Chicken Rice"

Gambar menunjukkan kedai "1977 New Restaurant


Ipoh Chicken Rice" yang berada dalam keadaan berniaga.

Persiapan awal pekerja yang bekerja di kedai "1977 New Restaurant Ipoh Chicken Rice"

Gambar saya dengan DJ Branch Manager, Alex Fung

Gambar menu kedai"1977


New Restaurant Ipoh
Chicken Rice

RUMUSAN
Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2bulan ini memberikan saya pelbagai
pengalaman baru dan menarik. Tugasan ini menggerakkan saya untuk mempelajari tentang
tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, saya
menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana
hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia.

Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada
kemajuan pesat ekonomi negara kita dalam pelbagai bidang adalah natijah daripada kepimpinan
negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang makanan traditional di
negara ini. Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada kotmitmen yang jitu
terhadap bidang tugasnya selama ini.

Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat
bertanggungjawab, tabah, cekal dan prihatin . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak
perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

RUJUKAN
1. Nama buku : Makanan Masyarakat Cina, Pengarang (Shaibah Abdul Mutalib), Tahun terbit
(2012), Nama penerbit (Zufad Enterprise)
2. Orang Sumber : Alex Fung, 53 tahun, 13, Jalan SS22/19 Petaling Jaya Selangor.
3. Melawat tempat kajian : 13, Jalan SS22/19 Petaling Jaya Selangor.
4. Internet :
http://trueny.blogspot.com/2012/06/recipe-hainanese-chicken-rice.html
http://1977ipohchickenrice.com/web/restaurant-outlets/
https://maps.google.com.my/

ELEMEN 2

ELEMEN 3

ESEI

Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa


Malaysia. Berikan pendapat anda.
Slogan Belilah barangan buatan Malaysia yang dilaungkan bagi menggalakkan rakyat
Malaysia untuk membeli barangan ataupun produk yang dihasilkan di negara kita. Sudah sampai
masanya bagi kita sebagai masyarakat Malaysia tidak mrngagung-agungkan barangan buatan
negara luar. Kita perlu membeli barangan buatan Malaysia kerana barangan keluaran tempatan
ini kini sudah mencapai piawai antarabangsa yang setanding dengan barangan buatan luar
negara. Malahan, barangan buatann tempatan kini lebih berkualiti dan lebih terjamin daripada
barangan buatan luar negara.
Jika kita membeli barangan buatan Malaysia, Kita akan rasa berbangga sebagai rakyat
Malaysia kerana hasil keluaran negara kita sendiri amat bermutu dan setanding dengan barangan
luar negara. Contohnya, negara kita telah mampu menghasilkan dan mengeluarkan kereta buatan
tempatan iaitu Proton,Naza,Perodua dan lain-lain lagi. Sebagai rakyat Malaysia, Kita seharusnya
berbangga dengan sejarah kewujudan kereta pertama negara.
Unsur patriotik yang seharusnya diterapkan dalam diri kita ialah bersemangat setia
negara. Unsur patriotik ini akan tertanam dalam jiwa rakyat apabila rakyat cinta akan bangsa
dan negara dengan membeli dan menggunakan barangan buatan tempatan.
Selain itu, bersemangat kekitaan adalah unsur patriotic yang dapat menyatupadukan
kita sebagai rakyat Malaysia. Apabila kita membeli baranganatau hasil keluaran produk
tempatan, secara tidak langsungnya kita telah bekerjasama dan tolong menolong dengan
memajukan negara dan seterusnya menjana ekonomi negara.

Tindakan kita sebagai rakyat Malaysia dengan membeli produk hasil keluaran negara
Malaysia adalah satu tindakan wajar dan ini merupakan salah satu unsurberdisiplin yang dapat
dipupuk dalam jiwa rakyat.
Seterusnya, semangat berusaha produktiviti juga akan dapat dilahirkan terutama
kepada pengusaha-pengusaha tempatan apabila kita selaku pengguna membeli produk hasil
keluaran mereka seterusnya permintaan kepada barangan tempatan akan semakin meningkat
selain daripada itu, dasar ekonomi negara juga akan bertambah maju.
Oleh yang demikian, kita sebagau masyarakat jati Malaysia haruslah menyokong usaha
murni kerajaan ini dengan menyokong kempen membeli barangan produk hasil keluaran
tempatan. Kita juga haruslah berbangga kerana barangan buatan Malaysia kini sudah setanding
dengan barangan luar negara malahan ianya lebih baik dab diiktiraf di peringkat antarabangsa.

RESIPI

FOR THE CHICKEN


1 whole chicken
Fresh ginger
2 - 3 stalks green onions.
1 teaspoon sesame oil
Modification :
2 cinnamon sticks, cardamoms, star anise and cloves.
1. To clean the chicken, with a small handful of kosher salt (garam kasar pun boleh), rub the
chicken all over, getting rid of any loose skin and dirt. Rinse chicken well, inside and outside.
Season generously with salt inside and outside. Stuff the chicken with the ginger slices and the
green onion. Place the chicken in a large stockpot and fill with cold water to cover by 1 inch.
Bring the pot to a boil over high heat, then immediately turn the heat to low to keep a simmer.
Cook for about 30 minutes more (less if you're using a smaller chicken). Check for doneness by
sticking a chopstick into the flesh under the leg and see if the juices run clear or insert a
thermometer into the thickest part of the thigh not touching bone. It should read 170F.
2. When the chicken is cooked through, turn off the heat and remove the pot from the burner.
Immediately lift and transfer the chicken into a bath of ice water to cool and discard the ginger
and green onion. Don't forget to reserve the poaching broth for your rice, your sauce, and the
accompanying soup. The quick cooling will stop the cooking process, keeping the meat soft and

tender, and giving the skin a lovely firm texture


FOR THE RICE
2 tablespoon chicken fat or 2 tbsp vegetable oil - I used vege oil.
3 cloves garlic, finely minced
1'' section of ginger, finely minced
2 cups long-grain uncooked rice, washed and soaked in cool water for 10 min or longer
2 cups reserved chicken poaching broth
1/2 teaspoon sesame oil
1 teaspoon kosher salt
Modification :
2 cinnamon sticks, cardamoms, star anise and cloves, also 2 pandan leaves and shallots (blended
with garlic and ginger)
To cook the rice: Drain the rice. In a wok or sauce pan (use a medium sauce pan if you plan on
cooking the rice on the stove top), heat 2 tablespoons of cooking oil over medium-high heat.
When hot, add the ginger, garlic and shallots, all the spices and pandan leaves and fry until your
kitchen smells like heaven. Be careful not to burn the aromatics! Add in your drained rice and
stir to coat, cook for 2 minutes. Add the sesame oil, mix well.

You might also like