Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

BAB 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:


a)
b)
c)
d)
e)

Menerangkan rasional pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah


Mengaitkan dokumen kurikulum dengan dokumen prestasi
Membezakan di antara jenis-jensi evidens
Menjelaskan kandungan fail murid dan fail showcase
Menerangkan cara menentukan penjaminan kualiti pentaksiran

3.1 Mukadimah
3.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Diperkenalkan
3.3. Rasional Memperkenalkan PBS
3.4 Hubung Kaitan Antara Dokumen
Kurikulum dan Dokumen Prestasi
3.5 Proses Pentaksiran
3.6 Dokumen Standard Prestasi
3.7 Jenis-Jenis Evidens
3.8 Penyimpanan dan Pelupusan Fail
3.9 Penjaminan Kualiti
RINGKASAN
RUJUKAN

Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran


Bab 2: Instrumen Pentaksiran Bahasa
Bab 3: Pentaksiran Bahasa Melayu KSSR
Bab 4: Dokumen Standard Prestasi
Bab 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar
Bab 6: Pentaksiran Kemahiran Bertutur
Bab 7: Pentaksiran Kemahiran Membaca
Bab 8: Pentaksiran Kemahiran Menulis
Bab 9: Mentaksir Aspek-Aspek Bahasa
Tertentu
Bab 10: Kaedah Pentaksiran Alternatif

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

3.1 Mukadimah

Bab ini akan bertumpu kepada perbincangan tentang pentaksiran berasaskan sekolah yang
kini telah menjadi kegiatan penting bagi guru yang mengajar bahasa Melayu. Perbincangan
akan bertumpu kepada konsep pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), rasional
memperkenalkan PBS, komponen-komponen utama PBS dan pelaksanaan PBS.

3.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Diperkenalkan

Perkataan 'pentaksiran' jarang digunakan di


sekolah-sekolah Malaysia kerana perkataan
yang lebih kerap digunakan ialah "ujian",
"ujian bulanan" "peperiksaan semester",
peperiksaan akhir tahun. UPSR, PMR dan
sebagainya. Walau pun semua ini adalah
sebahagian pentaksiran, istilah 'pentaksiran'
atau 'penilaian' tidak digunakan dengan
meluas.
Pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah diperkenalkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk Tahun 1. Bersama itu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
diperkenalkan yang merupakan pentaksiran yang bersifat holistik yang menilai aspek
kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS mentaksir proses dan produk secara formatif dan
sumatif, iaitu mengamalkan konsep 'assessment for learning' dan 'assessment of learning'

PBS dapat membantu pelajar mengatasi masalah


pembelajaran yang telah dikenal pasti pada
peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak
terhimpun seterusnya. Disamping itu pelajar yang
menunjukkan penguasaan cemerlang diperkukuh
dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan
yang berkesan, guru dapat membantu pelajar
meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran
dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang
dalam pentaksiran di peringkat pusat (Penilaian
Kendalian
Sekolah,
Pusat
Perkembangan
Kurikulum, KPM, 2001, h:5).
Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan (development), kebolehan
(ability), kemajuan (progress) dan pencapaian (achievement) pelajar. Melalui aktiviti
2

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

pentaksiran, guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara
Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) menyerah lebih banyak tanggungjawab menilai pelajar
kepada guru seperti diamalkan disistem persekolahan negara-negara maju. Konsep ini
bukanlah sesuatu yang baru. PBS telah dilaksanakan oleh guru di sekolah seperti Penilaian
Kerja Amali (PEKA), Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), Pentaksiran Lisan
Berasaskan Sekolah (PLBS), Perkara Asas Fardu Ain (PAFA), projek, kuiz, persembahan
dan lain-lain.

"Untuk memilih secara adil,


kamu semua perlu mengambil
peperiksaan yang sama. Tugas
pertama, panjat pokok itu

Sila rujuk kepada katun di atas.


Apakah mesej tersirat?
Adakah ia mencerminkan sistem pentaksiran yang diamalkan di Malaysia pada
masa kini?
Mengapakah tiba-tiba transformasi pentaksiran diperkenalkan?

Pentaksirian Berasakan Sekolah (PBS) bukanlah satu konsep yang baharu. Pada tahun 60an,
pelajar sekolah menengah rendah yang mengambil mata pelajaran seperti pertukangan kayu
(woodwork), sains rumah tangga (domestic sains) dan pertukangan besi (metalwork),
3

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

hasil kerja mereka diambil kira dalam peperiksaan pusat Tingkatan 3. Begitu juga dengan
mata pelajaran biologi, fizik dan kimia dimana kerja amali di ambil kira dalam penentuan
gred peperiksan pusat Tingkatan 5.
Pada 2001, ketika itu Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia,
telah menerbitkan buku yang memperkenalkan Penilaian Kendalian Sekolah (PKS) yang
bertujuan membantu guru menjalankan penilaian di peringkat sekolah. Buku ini
mendedahkan guru tentang konsep, kaedah, ciri-ciri dan keperluan melaksanakan PKS serta
cara mengaplikasinya dalam bilik darjah [Sila rujuk kepada buku PKS yang dilampirkan].

3.3 Rasional Memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Ketika ini, sistem pendidikan yang berorientasikan


peperiksaan dan terlalu mengiktiraf pencapaian
akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang
dalam kokurikulum serta memberi tekanan kepada
guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan.
Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan
sukatan pelajaran menyebabkan fokus kepada produk
akhir dan bukannya proses pembelajaran.
Tambahan pula, di sesetengah negara maju, sistem
pentaksirannya telah banyak berubah dan ada yang
langsung tidak mempunyai peperiksaan awam sama
ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah
(Utusan Malaysia, 14 Disember, 2011).
Sistem pentaksiran yang sedia ada terlalu memfokus kepada pentaksiran pusat, iaitu
UPSR, PMR & SPM. Pengiktirafan keterlaluan kepada pencapaian akademik semata-mata
membawatekanan kepada guru, murid & ibu bapa. Peperiksaan pusat yang diadakan
mentaksir sebahagian kecil pengetahuan dan kemahiran individu. Contohnya, kemahiran
muzik, seni, jasmani dan kemahiran-kemahiran abad ke 21 tidak diberi perhatian.

Pentaksiran lebih bertumpu kepada pentaksiran 'produk' berbanding dengan


pentaksiran 'proses'.

Tekanan kepada guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran

Maklumat daripada pentaksiran tidak digunakan untuk membantu proses


pembelajaran.

Dikebanyakkan, negara maju peperiksaan ialah kepada pentaksiran yang dikendalikan


oleh guru dan kurang sekali pentaksiran pusat seperti diamalkan di Malaysia.

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

Ini teleh mendorong memperkenalkan PBS supaya guru dapat:


mengesan PERKEMBANGAN pelajar secara menyeluruh
mengenal pasti KEKUATAN dan KELEMAHAN pelajar dalam embelajaran
lebih awal dari semasa ke semasa
mengetahui KEBERKESANAN pengajarannya,
MERANCANG dan MENGUBAHSUAI pengajarannya, dan
menjalankan TINDAKAN SUSULAN yang sesuai denga serta-merta

3.4 Hubung Kaitan antara Standard Kurikulum & Standard Prestasi


Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, pentaksiran rujukan
standard diperkenalkan. Apakah itu pentaksiran rujukan standard? Pentaksiran Rujukan
Standard (Standard Based Assessment) tidak membandingkan pencapaian seseorang murid
dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam
pembelajaran. Ini berlainan dengan amalan selama ini dimana jika seorang murid mendapat
75 dalam Bahasa Melayu, ia lebih tinggi berbanding dengan murid lain yang mendapat 60
markah. Juga murid dibandingkan dengan murid-murid lain dalam kelas dan diberi pangkatan
1, 2, 3, 4 35.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Dokumen Standard
Kurikulum

Matlamat
Objektif
Standard Kangungan
Standard Pembelajaran

Hasil Pembelajaran

Dokumen Standard
Prestasi

PENTAKSIRAN

Pernyataan Standard
Deskriptor
Evidens

Laporan Penguasaan
Murid

Rajah 3.1 Hubung Kait antara Dokumen Kurikulum dengan Dokumen Standard Prestasi

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

Dalam pentaksiran ini, standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Dalam hal
ini, pentaksiran berperanan sebagai proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh
mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi. Pernyataan standard prestasi ini ditetapkan
mengikut tahap-tahap penguasaan seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum (Lihat
Rajah 3.1).
Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan,
bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah
mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif
yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu. Ini bertujuan untuk
membolehkan semua pihak yang berkepentingan mengenali, memahami, menghargai,
mengiktiraf dan memuliakan anak didik mereka sebagai insan yang berguna, penting dan
mempunyai
potensi
untuk
menyumbang
kepada
pembinaan
negara
bangsamengikutkeupayaan dan kebolehan masing-masing (Lembaga Peperiksaan, 2012,
h:55).
CONTOH Tahun 1 Bahasa Malaysia

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Melafazkan dan memahami puisi


dengan intonasi yang betul
menggunakan
bahasa
yang
indah secara didik hibur.

Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul


secara didik hibur.

Melafazkan dan memahami pantun empat kerat dengan


sebutan yang betul dan intonasi yang jelas secara didik hibur.

a) Apakah rasional pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)?


b) Sejauh manakah anda bersetuju dengan pelaksanaan PBS serta rasional yang
dikemukakan?
c) Jelaskan kaitan antara dokumen kurikulum dan dokumen prestasi.

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

3.5 Proses Pentaksiran

Guru bermula dengan memilih standard kurikulum yang hendak diajar (Lihat Rajah 3.2).
Contohnya, membezakan di antara perkataan dan frasa. Kemudian guru merancang kaedah
pengajaran yang sesuai yang dapat menarik perhatian murid. Seterusnya guru melaksanakan
pengajaran.

MULA

Guru merancang pengajaran, aktiviti pembelajaran


serta menentukan kaedah pentaksiran

Guru melaksanakan pengajaran dan pentaksiran

PEMULIHAN

Murid belum
menguasai
tahap yang
ditetapkan

Guru menilai murid


Murid penguasai
tahap yang
ditetapkan
Guru merekod dan melapor tahap penguasaan
murid berdasarkan evidens

Guru memilih tajuk pengajaran seterusnya

TAMAT

Rajah 3.2 Proses Pentaksiran


Guru bermula dengan memilih standard kurikulum yang hendak diajar. Contohnya,
membezakan di antara perkataan dan frasa. Kemudian guru merancang kaedah pengajaran
yang sesuai yang dapat menarik perhatian murid. Seterusnya guru melaksanakan pengajaran.

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

Guru membina dan mentadbir instrumen pentaksiran yang memberi peluang kepada murid
mempamerkan atau mempersembahkan hasil kerja yang berkaitan.
Guru menilai hasil kerja murid dengan merujuk kepada deskriptor dan evidens dalam
standard prestasi untuk menentuan tahap penguasaan. Guru merekod dan melapor
berdasarkan evidens.

Bagi murid yang belum mencapai tahap penguasaan yang ditetapkan, pemulihan
dikendalikan sehingga murid mencapai tahap.
Bagi murid yang mencapai tahap penguasaan yang ditetapkan, guru memlilih standard
kurikulum yang baru dan melaksanakan pengajaran dan pentaksiran seterusnya.

Guru memberi maklum balas kepada murid tentang prestasi mereka berdasarkan kekuatan
dan kelemahan serta merancangkan langkah penambahbaikan. Merekod prestasi dalam
portfolio untuk rujukan murid, penyelaras dan ibu bapa.

a) Jelaskan proses pentaksiran berasaskan sekolah.


b) Adakah proses ini dilaksanakan di sekolah anda? Bagaimana ia berbeza?

3.6 Dokumen Standard Prestasi (DSP)

Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap


penguasaan seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang dipelajari.
Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark)
yang terdapat dalam standard prestasi. Guru menggunakan standard prestasi sebagai rujukan
untuk menentukan aktiviti pentaksiran dilaksanakan secara adil dan berfokus.Standard
Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan
secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang
berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem
pendidikan. Dengan menggunakan Standard Prestasi:

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

Guru tahu matlamat


yang akan dicapai

Murid tahun dengan jelas


apa yang perlu dikuasai
STANDARD PRESTASI

Ibu bapa tahu apa yang


dicapai oleh anak mereka

Pihak berkepentingan
tahu kejayaan kurikulum
& kualiti murid

Murid tahu dengan jelas


o apa yang perlu dikuasai atau dicapai,
o apa yang ditaksir dan
o kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.
Guru tahu matlamat
o yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah,
o apa yang ditaksir dan
o kualiti yang harus ada pada setiap murid.
Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas
melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.
Pihak yang berkepentingan tahu matlamat kurikulum dan kualiti murid yang melalui
sistem pendidikan negara.

Selain itu, standard prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan tahap dan
standard pendidikan negara berbanding negara lain (Panduan Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS). Lembaga Peperiksaan,Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).
Dokumen Standard Prestasi merupakan pernyataan yang digunakan untuk menentukan
sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran Bahasa
Melayu. Dokumen Standard Prestasi terdiri daripada EMPAT komponen berikut:

Band
Pernyataan Standard
Deskriptor
Evidens

BAND ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun
secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu seperti dalam Jadual 3.1.

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia


BAND

PERNYATAAN
BAND

TAFSIRAN

Tahu dan Faham

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas


atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

Tahu dan Faham

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu


kemahiran pada suatu situasi.

Tahu, Fahan & Boleh


Buat

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk


komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah
dipelajari

Tahu, Faham & Boleh


Buat dengan Beradab

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu


mengikut prosedur atau secara sistematik

Tahu, Faham & Boleh


Buat dengan Terpuji

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru,


dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal
dan bersikap positif.

Tahu, Faham & Boleh


Buat dengan Mithali

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,


mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk
mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan
seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan
menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara
bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

Jadual 3.1 Tafsiran Tentang Maksud Band

PERNYATAAN STANDARD ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran


murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam
perkembangan atau kemajuan pembelajarannya.

Band 6
Band 5
Band 4
Band 3
Band 2
Band 1

Rajah 3.3 Taksonomi Bloom

10

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

Jika dikaji dengan teliti, keenam-enam Band berkait rapat dengan 6 tahap kognitif yang
diutarakan oleh Taksonomi Bloom pada tahun 1956 (lihat Rajah 3.3). Perlu ditegaskan
bahawa terdapat tindihan antara tahap-tahap kognitif dalam Taksonomi Bloom.

Band 1 mengingat kembali kemahiran asas


Band 2 memahami dan dapat menjelaskan apa yang dipelajari
Band 3 menggunakan pengetahuan dalam pelbagai situasi
Band 4 membuat menganalisis atau mencerakinkan maklumat
Band 5 menilai dan membuat pertimbangan
Band 6 menghasil sesuatu yang baharu

Perkataan-Perkataan Penting yang Menerangkan Maksud Setiap Tahap Taksonomi Bloom:

Mengingat menyatakan, menamakan, memadan, melabel, menyenarai, menyebut


Memahami menjelaskan, memberitahu semula dengan menggunakan perkataan
sendiri, meringkaskan, menerangkan
Mengaplikasi menggunakan, menunjukkan (mendemonstrasi), memberi contoh yang
berlainan, membuat inferen, mengbubah, meramal,
Menganalisis membanding, membeza, membuat kesimpulan, mendisriminasi,
Menilai mempertimbangkan, memberi pendapat, mempertahankan, mengkritik,
menjustifikasi, menyokong
Mencipta menghasil, mereka bentuk, merancang, membina semula, mengubahsuai,
menulis semula, meringkas

Sejauh manakah anda bersetuju kaitan antara tahap-tahap taksonomi Bloom dengan
band 1-6?
DESKRIPTOR ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat
berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Contohnya, Menceritakan
sesuatu perkara dengan betul kemahiran bertutur. Lihat Jadual 3.2.

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

Jadual 3.2 CONTOH: Dokumen Standard Prestasi (DSP) Tahun 3


11

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

Band
4

Pernyataan
Standard
Mengetahui,
memahami dan
memberikan
respons terhadap
maklumat yang
didengar-ditutur,
dibaca dan ditulis
dalam pelbagai
situasi dengan
betul

Deskriptor
Bercerita dan
menceritakan
sesuatu perkara
dengan betul

Evidens
E1 - Bercerita tentang sesuatu perkara
dengan tepat, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul
E2 - Menceritakan sesuatu perkara yang
dibaca dengan tepat, sebutan yang jelas
dan intonasi yang betul

Membaca dan
menyatakan ilmu
dalam bahan sastera
dan bahan bukan
sastera dengan betul

Mengenal pasti dan


mencatat maklumat
yang betul tentang
sesuatu perkara

E2- Membaca dan memahami bahan


kreatif serta menyatakan kosa kata umum
dan kosa kata istilah dengan betul
E3 - Membaca dan memahami bahan bukan
sastera serta menyatakan ilmu
pengetahuan dengan betul

E4- Mencatat maklumat yang betul


mengikut susunan daripada pelbagai
sumber

EVIDENS (berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris evidence yang bermakna bukti). Ia
merupakan penyataan yang menerangkan dengan lebih terperinci apa yang murid mesti
lakukan. Evidens merujuk kepad keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan
boleh buat dengan menulis, bertutur, mendengar dan membaca, Contohnya, Bercerita
tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Berdasarkan ini, guru perlu menggubal instrumen atau apa jua alat untuk menguji kebolehan
murid bercerita dengan tepat, sebut dengan jelas dan mempamerkan intonasi yang betul. Oleh
kerana ini ini merupakan kemahiran bertutur, ujian lisan adalah paling sesuai [Kita akan
membincang dengan lebih terperinci dalam Bab 5: Mentaksir Kemahiran Bertutur].
Evidens merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak,
laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
Evidens bahan boleh disediakan secara individu atau berkumpulan. Ciri-ciri evidens adalah:

Sah evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan


/ pencapaian standard yang telah ditetapkan.
Autentik murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya
sendiri
Kecukupan evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan
murid
Semasa evidens dapat membuktikan murid dapat membuat tugasan mengikut
piawaian semasa

12

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

Tekal evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan


membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan.

(sumber: Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Lembaga Peperiksaan,


Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012, h:39).
Jadual 3.3: CONTOH #1 INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA

TAHUN DUA SK/SJK

KEMAHIRAN

Menulis

BAND

PERNYATAAN STANDARD Mengetahui asas mendengar, bertutur, membaca dan menulis


DESKRIPTOR
EVIDENS
AKTIVITI PENTAKSIRAN

B1 DT1
Menulis perkataan dan ayat
BI DT1 E3
Menulis frasa dan ayat
Bahan:
Lembaran kerja
Langkah Pentaksiran :
Murid menulis frasa dan ayat

EVIDENS
INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA TAHUN DUA SK/SJK
NAMA :..................................................

TARIKH: ......................

KELAS :...............................................
RUJUKAN
ARAHAN

: B1 DT1 E3
: Tulis frasa dan ayat.

Ikhwan murid tahun dua. Dia mempunyai empat orang adik-beradik. Ayah Ikhwan bernama
Encik Zailan. Beliau seorang yang bertanggungjawab dan bertugas sebagai juruteknik. Ibu
Ikhwan Puan Lina. Beliau seorang yang penyayang dan bertugas sebagai guru.
Arahan : Tulis frasa yang terdapat dalam petikan.
1._______________________
2._______________________
13

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

3._______________________
4._______________________

Arahan : Tulis ayat yang terdapat dalam petikan.


1.___________________________________________
2.___________________________________________
3.___________________________________________
4.___________________________________________

Menguasai
Tidak Menguasai

a) Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan standard? Berikan contoh


dalam pentaksiran Bahasa Malaysia.
b) Apakah band?
c) Sejauh manakah anda dapat menerangkan maksud setiap band kepada ibu
bapa murid?
d) Apakah evidens?
e) Nyatakan ciri-ciri yang harus dimiliki oleh sesuatu evidens. Mengapa ciri-ciri
ini penting?
f) Sejauh manakah anda menentukan sesuatu evidens dalam pentaksiran
Bahasa Malaysia itu memiliki ciri-ciri tersebut?

3.7 Jenis-Jenis Evidens

Penulisan

Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk perkataan dan
gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat
Penciptaan bahan-bahanyang disampaikan melalui tulisan.ii.

14

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia


Bahan cetakan Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.iii.
Persembahan
Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkanbakat melalui pelbagai
aktiviti.
Catatan: Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan juga adalah satu evidens
murid.
Foto Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.
Grafik

Artifak

merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti


dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama,
pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar,foto, lukisan,
seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan
kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan
warna.
Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh
merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia
sebenar.

Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah
atau telah dibuat sekian lama.
Bahan yang dihasilkan seperti arca.

Laporan Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.


Model Bentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar.
Produk Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.
Rakaman Perekodan/pelaporan dalam bentuk audiovisual.
Bahan Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT) Sebarang bentuk penyimpanan
evidens yang menggunakan ICT.
Proses Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.
[sumber: Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Lembaga
Peperiksaan,Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012, h:40-41]

15

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

3.8 Penyimpanan dan Pelupusan Evidens

A. Penyimpanan
Evidens murid disimpan dalam dua jenis fail seperti berikut:
1) Fail Perkembangan Murid

Fail Perkembangan Murid (FPM) ialah fail yang menyimpan evidens


perkembangan pembelajaran murid.
Seorang murid mempunyai satu FPM yang mengandungi evidens semua mata
pelajaran.

Setiap evidens hendaklah direkodkan dalam Rekod Perkembangan Murid


(RPM). RPM diletakkan dihadapan evidens setiap mata pelajaran.
Fail ini menyimpan evidens terkini bagi setiap deskriptordan evidens
terdahulu dikembalikankepada murid. .

2) Fail Showcase

Fail Showcase (FS) ialah fail yang menyimpan setiap evidens terbaik bagi
semua deskriptor untuk semua mata pelajaran.
FS hendaklah dijadikan rujukan piawaian evidens.
FS hendaklah disediakan mengikut tahun/tingkatan atau kelas.

16

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

Nota: Pihak sekolah dikehendaki menyediakan File Perkembangan Murid dan Fail Sekolah
seperti di atas. Kaedah penyediaan tertakluk kepada keputusan Jawatan Kuasa
Pentaksiran Berasaskan Ssekolah (JKPBS).
B. Pelupusan

Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam


aplikasi SPPBS.
Evidens yang tidak dituntut oleh murid boleh dilupuskan selepas dua minggu
daripada tempoh direkod dalam aplikasi SPPB

a) Manakah diantara jensi-jensi yang tersenaraikan anda menggunakan dalam


dalam pentaksiran Bahasa Malaysia?
b) Mengapakah beberapa jenis evidens yang tersenaraikan tidak sesuai
digunakan dalam pentaksiran Bahasa Melayu?
c) Apakah terkandung dalam Fail Perkembangan Murid?
d) Apakah terkandung dalam Fail Showcase?

3.9 Perubahan Terkini Dokumen Prestasi Tahun 4 (2014)

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Tahun 4 (Draf 2013) yang dikeluarkan barubaru ini telah memperkenalkan beberapa perubahan untuk Tahun 4 bagi 2014 seperti berikut:
Standard Prestasi
Standard Prestasi adalah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang
diukur berdasarkan standard dan menunjukkan tahap penguasaan murid dalam
perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi
kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak
(Tahap Penguasaan). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier
menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk
hasil pembelajaran. Standard Prestasi dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik
Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard
Tahap
Penguasaan

Huraian Tahap Penguasaan

1
2
3
4
5
6

Sangat Terhad
Terhad
Memuaskan
Baik
Sangat Baik
Cemerlang
17

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

Tahap Penguasaan adalah untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara
hieraki digunakan bagi tujuan pelaporan individu berdasarkan kelompok standard.
Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu
dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.
Tahap
Penguasaan

Huraian

Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa


yang sangat lemah, sangat terhad dan memerlukan banyak bimbingan,
panduan, dan latihan dalam kemahiran bahasa

Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa


yang lemah, terhad dan memerlukan sedikit bimbingan, panduan, dan
latihan dalam kemahiran bahasa.

Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan


berbahasa yang sederhana dan berupaya mengungkapkan idea serta
menguasai kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan dalam kemahiran
bahasa.
Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan
berbahasa yang baik, dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa dengan
berkesan, berupaya mengungkapkan idea, menguasai kemahiran berfikir
yang kritis, dan mengamalkan pembelajaran kendiri secara minimum dalam
kemahiran bahasa
Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan
berbahasa yang tinggi, berupaya mengungkapkan idea dengan jelas dan
terperinci, berkomunikasi secara efektif, mengaplikasikan pengetahuan
bahasa yang lebih kompleks, menguasai kemahiran berfikir yang kritis dan
kreatif, serta mengamalkan pembelajaran secara kendiri dalam kemahiran
bahasa

Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan


berbahasa yang cemerlang dan konsisten, berupaya mengungkapkan idea
dengan jelas, terperinci dan tersusun, menguasai kemahiran berfikir yang
kritis, kreatif dan inovatif, berkomunikasi secara efektif dan penuh keyakinan,
mengamalkan pembelajaran secara kendiri serta menjadi model teladan
kepada murid yang lain dalam kemahiran bahasa.

[sumber: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Tahun 4 (Draf 2013)]

18

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

Setiap guru bahasa Malaysia perlu melaksanakan proses pengajaran & pembelajaran dalam
bilik darjah dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Kebijaksanaan guru perlu ada bagi menentukan proses pengajaran & pembelajaran
dilaksanakan secara berkesan dan bersesuaian.
CONTOH:
Objektif: Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara dengan tepat menggunakan
diksi dan ayat yang sesuai, sebutan yang jelas, dan intonasi yang betul (h:20)
STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

STANDARD PRESTASI
TAHAP
PENGUASAAN

Bercerita dan
menceritakan
sesuatu perkara
semula dengan
tepat
menggunakan
sebutan yang jelas
dan intonasi yang
betul

Pada akhir pembelajaran,


murid akan dapat:

Bercerita tentang sesuatu


perkara dengan tepat,
sebutan yang jelas dan
intonasi
yang
betul
menggunakan diksi dan
ayat yang sesuai.

Menceritakan
sesuatu
perkara yang dilihat dan
yang ditonton dengan
tepat, sebutan yang jelas
dan intonasi yang betul
menggunakan diksi dan
ayat yang sesuai.

PERNYATAAN

1
Sangat
Terhad

Menyampaikan cerita dengan tepat,


menggunakan ayat yang mengandungi
diksi yang sesuai, sebutan yang jelas,
dan intonasi yang betul pada tahap
sangat terhad.

2
Terhad

Menyampaikan cerita dengan tepat,


menggunakan ayat yang mengandungi
diksi yang sesuai, sebutan yang jelas,
dan intonasi yang betul pada tahap
terhad

3
Memuaskan

Menyampaikan cerita dengan tepat,


menggunakan ayat yang mengandungi
diksi yang sesuai, sebutan yang jelas,
dan intonasi yang betul pada tahap
sesuai.

4
Baik

Menyampaikan cerita dengan tepat,


menggunakan ayat yang mengandungi
diksi yang sesuai, sebutan yang jelas,
dan intonasi yang betul pada tahap
kukuh.

5
Sangat Baik

Menyampaikan cerita dengan tepat,


menggunakan ayat yang mengandungi
diksi yang sesuai, sebutan yang jelas,
dan intonasi yang betul pada tahap
terperinci

6
Cemerlang

Menyampaikan cerita dengan tepat,


menggunakan ayat yang mengandungi
diksi yang sesuai, sebutan yang jelas,
dan intonasi yang betul pada tahap
sangat terperinci, konsisten, dan
menjadi model teladan.

Jadual 3.5 Cantuman Standard Kandungan, Standard Pembelajaran & Standard Prestasi Tahun 4

19

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

Dalam keadaan yang sama, guru perlu mentaksir keupayaan murid dan menentukan tahap
penguasaannya berdasarkan senarai standard prestasi dalam kelompok yang telah disusun.
Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya mencapai tahap keupayaan yang
lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.
Jadual 3.5 daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Tahun 4 (Draf 2013)
menunjukkan contoh cantuman standard kandungan, standard pembelajaran dan standard
prestasi. Ketiga-tiga aspek ini iaitu kandungan, pembelajaran dan prestasi berasal daripada
Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara
dengan tepat menggunakan diksi dan ayat yang sesuai, sebutan yang jelas, dan intonasi yang
betul (h:20.)

Berdasarkan kriteria-kriteria berikut; diksi yang baik, sebutan yang jelas, dan intonasi yang
betul, guru perlu menggubal instrumen-instrumen yang dapat membezakan antara murid
dimana tahap penguasaan sangat terhad, terhad, memuaskan, baik, sangat baik dan
cemerlang. Apakah perbezaan di antara murid yang dilabel sebagai memuaskan dan sangat
baik?

a) Apakah perbezaan di antara band dan tahap penguasaan?


b) Adakah anda bersetuju dengan perubahan yang diperkenalkan untuk Tahun 4?
c) Sejauh manakah huraian / pernyataan untuk tahap-tahap penguasaan berbeza
dengan pernyataan untuk band-band?

3.10 Penjimanan Kualiti

Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS


mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua
aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat
yang tepat dan menunjukkankeadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat
yangtepat boleh membantupembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan
kualiti dalam pentaksiranialah kesahan dan kebolehpercayaanskor, kebolehtadbiran instrumen
dan keadilan kepada calon. Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui:

20

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

Pengesanan
PENJAMINAN
KUALITI

Pemantaun

Penyelarasan

Pementoran

Rajah 3.3 Penjaminan Kualiti


A) PEMENTORAN

Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru. Pementoran
dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu proses yang dijalankan
untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis
panduan yang ditetapkan. Aktiviti pementoran dijalankan sebelum, semasa dan/atau selepas
pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. Objektif pementoran ialah:

Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan


pengurusan PBS.
Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang
dibimbing.
Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing.
Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS.
Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang
dibimbing.

Pementoran formal dijalankan oleh JK PBS secara berjadual dalam mesyuarat atau sesi
peningkatan profesionalisme guru.
Pementoran informal dijalankan oleh JK PBS sebelum, semasa atau selepas pelaksanaan
PBS tanpa jadual yang ditetapkan.
Mentor dalaman terdiri daripada: GKMP / Ketua Bidang, Ketua Panitia, Guru Cemerlang,
Jurulatih Utama, Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS

21

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

Mentor luaran terdiri daripada: Petugas yang dilantik oleh LP, Petugas yang dilantik oleh
JPN, Petugas yang dilantik oleh PPD,
Peranan Mentor:
Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi SPPBS.
Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran.
Memberi pendedahan pelbagai jenis instrumen pentaksiran..
Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan P&P.
Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran.
Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing.
B) PENYELARASAN

Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman


pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan
kebolehpercayaan skor pentaksiran. aktiviti penyelarasan adalah sepanjang tempoh
pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS. Objektif Penyelarasan
ialah:
Menyeragamkan kefahaman terhadap kehendak tugasan dan kriteria penskoran.
Menyeragamkan skor pentaksiran sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan
pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi.
Menyeragamkan skor pentaksiran pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan kriteria
penskoransesuatu tugasan yang ditetapkan.
Menyeragamkan alat, bahan dan situasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk
menghasilkan skor yang terlaras.
Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh guru di
sekolah.
Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan dan prestasi
murid.vii.Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid.
Penyelarasan dalaman dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan
penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran dalam sekolah yang sama.
Personal yang terlibat GKMP, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru yang
dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS

Penyelarasan luaran dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan


penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran di seluruh negara.
Personal yang terlibat Petugas yang dilantik oleh LP, Petugas yang dilantik oleh JPN,
Petugas yang dilantik oleh PPD.
Pelaksanaan Penyelarasan
i)
Sebelum Penyelarasan
JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah menentukan tarikh, tempat dan masa penyelarasan
dan mengadakan perbincangan mengenai:
Kefahaman tentang standard prestasi atau tugasan.
Kesesuaian instrumen yang digunakan.
Kefahaman tentang penskoran.
22

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor.

ii)
Semasa Penyelarasan
Memilih evidens murid mengikutaraspencapaian.
Membanding skor yang diberikan oleh guru.
Menyelaras pemberian skor.

iii)
Selepas Penyelarasan
Menyediakan laporan penyelarasan.
Menyelaras skor murid, jika perlu.

C) PEMANTAUAN

Pemantauan adalahsatu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan PBS


mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP. Kekerapan aktiviti
pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan
oleh JKPBS. Objektif Pemantauan ialah untuk:
Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi
Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.
Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru.
Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran.
Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.
Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah yang melibatkan Pengetua / Guru
Besar, Guru Penolong Kanan, GKMP, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Jurulatih Utama,
Guru yang dilantik oleh Pengetua/ Guru Besar.
Pemantauan luaran dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN, LP dan
pegawai dari bahagian-bahagian lain dalam KPM. Pemantau luaran melibatkan Pegawai LP,
Pegawai JPN, Pegawai PPD, Pegawai dari Bahagian-bahagian lain Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM), Pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN dan LP

Pelaksanaan Pemantauan
i)
Sebelum Pemantauan
JKPBS peringkat JPN,PPD dan sekolah merancang pemantauan PBS dengan menyediakan
instrumen pemantauan.

ii)
Semasa pemantauan
Menyemak bahan dan maklumat yang dipantau.
Membuat pemerhatian pelaksanaan PBS.
Menggunakan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan untuk memberi
khidmat nasihat.
iii)
Selepas pemantauan
Melaporkan dapatan pemantauan.
23

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pelaksanaan PBS.


Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS.

D) PENGESANAN

Pengesanan ialah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan instrumen pentaksiran
yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai. Oleh kerana PBS
ialah satu proses pentaksiran yang dilakukan secara berterusan maka kekerapan aktiviti
pengesanan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS. Objektif Pengesanan ialah untu:

Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran.


Memastikan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi.
Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran.
Mencadangkan kepelbagaian instrumen pentaksiranb.

Pengesanan Dalaman dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan


instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PS untuk mendapatkan evidens
tentang penguasaan murid. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan danpenskoran yang
diberikan oleh guru untuk mentaksir murid. Pegawai pengesanan dalaman ialah GKMP, Guru
Cemerlang, Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru yang dilantik oleh Pengetua /Guru besar
/JK PBS
Pengesanan Luar dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen
pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PP. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan
dan penskoran yang dibina oleh Lembaga Peperiksaan. Pegawai pengesanan luaran ialah
Petugas yang dilantik oleh LP
Pelaksanaan Pengesanan
i)
Sebelum pengesanan
Pegawai LP menentukan tarikh, tempat, masa pengesan untuk menyemak Dokumen
Standard Prestasi dan instrumen pentaksiran pusat yang berkenaan.
ii)
Semasa pengesanan
Menyenaraikan isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen pentaksirans serta
mencadangkan penyelesaian.

iii)
Selepas pengesanan
Memastikan cadangan penyelesaian dilaksanakan.
Membuat penambaikan instrumen pentaksiran.
Melaksanakan program pengesanan semula.

24

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

a) Bagaimana pementoran dilaksanakan di sekolah?


b) Jelaskan tujuan penyelarasan dan bagaimana ia dilaksanakan bagi menjamin
kualiti PBS?
c) Apakah tujuan pemantaun dan bagaimana ia dilaksanakan di sekolah?
d) Jelaskan peranan penyelarasan dalam penentuan kualiti pelaksanaan PBS.
e) Sejauh manakah ke-empat langkah di jalankan di sekolah anda bagi menjamin
kualiti pelaksanaan PBS?

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan pada tahun 2011 yang


merupakan pentaksiran yang bersifat holistik yang menilai aspek kognitif (intelek),
afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah
Pendidikan.

PBS dapat membantu pelajar mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal
pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.

Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) menyerah lebih banyak tanggungjawab menilai


pelajar kepada guru seperti diamalkan disistem persekolahan negara-negara maju.

Sistem pentaksiran yang sedia ada terlalu memfokus kepada pentaksiran pusat, iaitu
UPSR, PMR & SPM.

Pentaksiran Rujukan Standard (Standard Based Assessment) tidak membandingkan


pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi atau tahap
penguasaan murid dalam pembelajaran.

Dalam pentaksiran ini, standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan
(growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid.

Pentaksiran lebih bertumpu kepada pentaksiran 'produk' berbanding dengan


pentaksiran 'proses'.

25

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

Dokumen Standard Prestasi merupakan pernyataan yang digunakan untuk


menentukan sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang
dipelajari.

DESKRIPTOR ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh
buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.

BAND ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun
secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.

Evidens merujuk kepad keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh buat
dengan menulis, bertutur, mendengar dan membaca.

Tahap Penguasaan adalah untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun
secara hieraki digunakan bagi tujuan pelaporan individu berdasarkan kelompok
standard

Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS


mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001).


Perkembangan Kurikulum: Kuala Lumpur..

Penilaian

Kendalian

Sekolah,

Pusat

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran,


Tahun 4 (Draf 2013).
Kementerian Pelajaran Malaysia(2012), Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS). Lembaga Peperiksaan: Kuala Lumpur

26

You might also like