Sejarah Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Sejarah sekolah

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar ini ditubuhkan ekoran daripada sambutan yang
begitu menggalakkan daripada para pelajar yang menuntut di al-Madrasah ad-Diniyyah, Arau, Perlis.
Madrasah tersebut hanya menempatkan penuntut-penuntut lelaki sahaja. Oleh yang demikian, terdapat
pihak yang merasakan bahawa pelajar perempuan juga perlu mendapat pendidikan yang sama.
Sehubungan itu, Pejabat Zakat dan Fitrah Negeri Perlis juga telah mencadangkan supaya dibina sebuah
madrasah yang khusus bagi pelajar-pelajar perempuan. Kegigihan dan kesungguhan pihak berkenaan
telah membuahkan hasil sehingga tertubuhnya madrasah tersebut.
Pada mulanya, madrasah ini hanya menggunakan rumah Imam Masjid Alwi, Kangar iaitu rumah Tuan
Syeikh Abu Bakar al-Asyari. Kemudian ia dipindahkan ke Pengkalan Asam, Kangar pada tahun 1367H
bersamaan 1947M. Ketika itu madrasah ini hanya dikenali dengan nama al-Madrasah al-Alawiyah adDiniyyah, Arau, Perlis. Walau bagaimanapun segala pengurusan dan pentadbirannya diurus sepenuhnya
oleh pihak Jabatan Zakat dan Fitrah Negeri Perlis dan pengetuanya yang pertama pada masa itu ialah
Ustaz Salleh bin Osman.
Pada tahun 1957, madrasah ini berpindah ke Bandar Kangar yang terletak berhampiran dengan Masjid
Alwi, Kangar. Ketika itu, bangunan Pejabat Bekas Penasihat British telah digunakan buat sementara
waktu sehingga bangunan baru siap dibina. Pada tahun 1963, dua blok bangunan telah siap dibina, satu
blok bangunan dijadikan asrama. Kedua-duanya dibina di atas tanah seluas 2.8 ekar. Pembinaan
bangunan baru ini adalah ekoran daripada pertambahan bilangan pelajar yang ingin menuntut di sekolah
ini. Penuntut di situ bukan sahaja terdiri daripada anak jati negeri Perlis, tetapi ada yang datang dari
negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Selain itu, ada yang datang dari negara jiran seperti Thailand.

You might also like