Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Latar Belakang

Tun Sri Lanang adalah nama timang-timangan yang diberikan kepada Tun
Muhammad, anak Tun Ahmad Paduka Raja yang merupakan seorang
Bendahara Kerajaan Johor pada kurun ke-17 Masihi. Beliau telah dilahirkan di
Bukit Seluyut, Batu Sawar, Johor pada tahun 1565. Beliau adalah Bendahara
Johor pada ketika itu dan setelah Johor kalah dalam peperangan dengan
Aceh yang pada ketika itu diperintah oleh Sultan Iskandar Muda Aceh. Beliau
kemudiannya telah dibawa ke Aceh pada tahun 1613 dan telah menetap di
negeri Samalanga. Pada ketika itu, ramai bangsawan dan rakyat Johor yang
mengikut beliau ke Aceh dan dikatakan seramai ribuan orang yang mengikut
beliau ke sana. Sultan Iskandar Muda telah melantik beliau sebagai
penasihat utama Baginda dan diberi delaran Orang Kaya Datuk Bendahara
Seri Paduka Tun Seberang. Beliau telah mendirikan pusat penyebaran
agama Islam dan pendidikan terutamanya di negeri-negeri pesisir timur
Aceh. Beliau kemudiannya telah di angkat menjadi raja di negeri Samalanga
pada tahun 1615. Beliau telah mangkat pada tahun 1659 di Lancok dan telah
dimakamkan di sana. Pada waktu itu, beliau telah berjaya menjadikan negeri
Samalanga sebagai sebuah pusat penyebaran agama Islam di timur Aceh
dan sehingga kini pun kawasan tersebut masih lagi menjadi tumpuan bagi
sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu agama.
Tun Sri Lanang sangat dikenali oleh kerana karyanya iaitu Sulalatus
Salatin (Sejarah Melayu)yang merangkumi pelbagai sejarah masyarakat
Melayu, Jawa, Brunei, Patani dan Campa. Kebenaran tentang beliau sebagai
penulis asal atau sekadar penyunting kitab tersebut tidak dapat dipastikan
dengan tepat. Namun menurut Syeikh Nuruddin al-Raniri dalam susunan
Suzana Othman, 2008 telah memperakukan Tun Sri Lanang sebagai
pengarang dan penyusun Sulalatus Salatin kerana beliau kenal rapat dengan
Tun Sri Lanang. Kitab tersebut telah dapat disiapkan penulisan dan
penyuntingannya oleh Tun Sri Lanang dalam masa dua tahun iaitu pada
tahun 1614 selepas tarikh penulisannya yang dimulai pada tahun 1612

Masihi. Sulalatus Salatin adalah diperakui sebagai satu sumber terkaya dan
lengkap yang menceritakan tentang sejarah bangsa-bangsa di Nusantara.

You might also like