Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 22

LOG KEPIMPINAN

PROGRAM SANDARAN
NPQEL
DI SMK PUSA
94950 PUSA

Catatan Oleh:
ISMAIL BIN MAHRIP
590415135373
NPQEL SW4
2/2015

24 JANUARI HINGGA 06 JUN 2015

Log Kepimpinan

Tarikh

25 Januari 2015 (Ahad)

Aktiviti

Taklimat Peserta NPQEL oleh Pengurus Kursus: Tuan Haji


Edmund Shah Tambi

Organisasi

Institut Aminuddin Baki (IAB)

Lokasi

Dewan Utama, Institut Aminuddin Baki (IAB), Cawangan


Sarawak

Catatan Kepimpinan

Bilangan

01/20

1. Sebagai Pengurus Kursus, beliau mengalu-alukan


kehadiran peserta dengan gembira dan mesra. Taklimat
turut dihadiri oleh Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Yang Berbahagia Dr. Sahri bin Abdul Rahman, Timbalan
Pengarah Dr. Abang Hut bin Abang Engkeh, PensyarahPensyarah Kanan, Pensyarah-Pensyarah dan staf
sokongan.
2. Taklimat disampaikan dengan jelas dan segala maklumat
mudah difahami oleh semua peserta.
3. Beliau juga memperkenalkan pensyarah-pensyarah dan
kakitangan IAB dan memberi peluang kepada mereka
menyampaikan maklumat berkaitan dengan peraturanperaturan kursus dan keselamatan.
1. Gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh beliau adalah
berbentuk arahan dan sangat proaktif. Jawatankuasa di
bawah kepimpinannya akur dengan tugas dan arahan
yang diberi.

Refleksi/ Rujukan

2. Pengurus kursus menunjukkan komitmen kepimpinan


yang
tinggi
dalam
urusan
pendaftaran
dan
menyampaikan maklumat. Saya yakin semua urusan
dapat dilakukan dengan sempurna.
3. Semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh kumpulan
pengurusan di bawah pimpinan beliau menunjukkan ciriciri empati dan bertanggungjawab.

Log Kepimpinan
Tarikh

03/02/2015

Aktiviti

Kuliah NPQEL (Kemahiran Kepimpinan Strategik)

Organisasi

Institut Aminuddin Baki (IAB)

Lokasi

Kelas SW1

2/20

1.

Kuliah disampaikan oleh Pn. Normala Ibrahim


Pensyarah IAB.

2.

Tajuk kuliah beliau ialah Kemahiran Kepimpinan


Strategik.

3.

Kuliah disampaikan
sungguh.

4.

Semua peserta berpuas hati dengan cara yang


disampaikan dan mudah difahami.

5.

Sesekali beliau memberi ruang kepada Pn. Adline


Sinyap untuk mencelah bagi memberi penjelasan yang
lebih efektif.

1.

Pn. Normala menunjukkan gaya kepimpinan


karismatik. Sebagai seorang penyarah yang
berpengalaman kebolehan beliau mengawal kelas
adalah amat dikagumi.

2.

Gaya dan cara beliau menyampaikan kuliah menarik


peserta untuk terus berminat mengetahui apa yang
ingin disampaikan hingga ke akhir kuliah.

Catatan Kepimpinan

Refleksi/ Rujukan

Bilangan

Log Kepimpinan

dengan

yakin

bersungguh-

Tarikh

04/02/2015

Aktiviti

Kuliah NPQEL (Kemahiran Kepimpinan Strategik)

Organisasi

IAB Cawangan Sarawak

Lokasi

Kelas SW1

3/20

1.

Pn. Adline Sinyap menyampaikan kuliah dibantu oleh


Pn. Normala Ibrahim Pensyarah IAB.

2.

Tajuk kuliah beliau ialah ciri-ciri Pemikir Strategik

3.

Di antara isi penting kuliah ialah tentang Thinking Big :


Systems Thinking.

Catatan Kepimpinan 4.

Refleksi/ Rujukan

Bilangan

Kuliah disampaikan dengan yakin dan menarik.

5.

Beliau menjelaskan tentang kepimpinan boleh berlaku


tanpa sedar sehingga sentuhan badan/body contact
pun adalah sebahagian ciri-ciri kepimpinan.

6.

Semua peserta berpuas hati dengan cara yang


disampaikan dan mudah difahami.

1.

Pn. Adline Sinyap telah menunjukkan gaya


kepimpinan karismatik dan kepimpinan diplomasi.
Sebagai seorang penyarah yang berpengalaman
kebolehan beliau mengawal kelas adalah amat
dikagumi sambil memberi ruang kepada peserta untuk
mengemukan pendapat.

2.

Kelas berjalan dengan aktif tapi terkawal.

Log Kepimpinan

Tarikh

04/02/2015

Bilangan

Aktiviti

Kuliah NPQEL (Kepimpinan Instruksional)

Organisasi

IAB Cawangan Sarawak

Lokasi

Kelas SW1

4/20

1.

Haji Edmund Shah bin Tambi menyampaikan kuliah


bertajuk Kepimpinan Instruksional.

2.

Sebagai seorang Pensyarah Kanan IAB cara beliau


menyampaikan kuliah amat berkarisma.

3.

Beliau menjelaskan tentang ciri-ciri seorang pemimpin


Instruksional.

4.

Kuliah disampaikan dengan yakin dan menarik.

5.

Semua peserta berpuas hati dengan cara yang


penyampaian beliau.

1.

Beliau menunjukkan ciri-ciri kepimpinan autokratik, ciriciri ini penting bagi menyampaikan apa yang ingin
penceramah hendakkan peserta dapat dan turuti.

2.

Peserta hendaklah patuh dan menuruti apa yang


disampaikan oleh penceramah lebih-lebih lagi bila
menyentuh tentang pencapaian seseorang pemimpin.

3.

Dalam pada itu gaya kepimpinan karismatik beliau


juga begitu menonjol dan menarik.

Catatan Kepimpinan

Refleksi/ Rujukan

Log Kepimpinan

Tarikh

04.03.2015 (Rabu)

Aktiviti

Perhimpunan Unit Pra U

Organisasi

SMK (BM) SARATOK

Lokasi

Dewan Sri Semerbak SMBM

Bilangan

6/20

1. Pengetua mengendali perhimpunan dengan cara agak


berbeza dari perhimpunan pelajar Menengah Rendah.
2. Perjalanan Perhimpunan berjalan dengan amat baik dan
lancar.
Catatan Kepimpinan

3. Pengetua memberikan arahan dan nasihat yang amat


bersesuaian dengan aras pelajar.
4. Pengetua juga memberi peluang kepada Peserta NPQEL
untuk berucap diperhimpunan rasmi sekolah.

1. Gaya kepimpinan situasional di mana memberi tunjuk


ajar yang bersesuaian dengan keadaan sebenar
sekolah. Juga dalam memperkenal dan memberi ruang
kepada peserta NPQEL untuk terlibat dalam
perhimpunan.
Refleksi/ Rujukan

2. Gaya kepimpinan instruksional jelas dilihat dalam


kepimpinan pengetua. Beliau mengaitkan keperluan
pembelajaran dalam kehidupan masa depan.
3. Pengetua juga menunjukkan gaya kepimpinan autokratik
apabila menyampaikan arahan yang berbentuk perkara
dasar yang perlu dipatuhi oleh pelajar dan guru.

Log Kepimpinan

Tarikh

03/03/2015 (Selasa)

Bilangan

Aktiviti

Mesyuarat Hari Penetapan Target SPM

Organisasi

SMK (BM) SARATOK

Lokasi

Bilik Mesyuarat SMK (BM) Saratok

5/20

1. Pengetua mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri


oleh guru dan kakitangan seramai 22 orang.
2. Mesyuarat berjalan lancar dalam suasana yang ceria
dengan kawalan yang baik dari pengetua.
Catatan Kepimpinan

3. Pengetua membuka ruang kepada ahli mesyuarat untuk


mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung
perkara yang dibincang dalam mesyuarat.
4. Apabila melibatkan dasar dan kewangan pengetua akan
memastikan ia dilaksana dengan arahan dan menepati
kehendak pekeliling.
5. Pengetua mempamerkan gaya kepimpinan yang
berbagai dalam mengendalikan mesyuarat ini.
6. Gaya kepimpinan situasional (situational leadership)
sering dipamerkan dalam mengendalikan mesyuarat.

Refleksi/ Rujukan

7. Pengetua akan mempamerkan gaya kepimpinan


autokratik apabila perbincangan melibatkan dasar atau
apabila perbincangan menjadi agak tidak terkawal.
8. Gaya kepimpinan Partisipatif juga sering dipamerkan
dalam menerima saranan dan cadangan ahli mesyuarat.
Ahli mesyuarat bebas mengemukakan cadangan dan
dibincang secara baik dalam mesyuarat.

Log Kepimpinan

Tarikh

10/03/2015 (Selasa)

Bilangan

Aktiviti

Program Penandaarasan

Organisasi

SMK BM Saratok, 95400 Saratok

Lokasi

Pejabat Ketua Bidang, SMK BM Saratok

7/20

1. Catatan Kepimpinan hari ini ditumpukan kepada


Penyeliaan yang dilakukan oleh Penyelia dari IAB
Cawangan Sarawak iaitu Pn. Beatrice Paul Diring.
Catatan Kepimpinan

2. Beliau hadir tepat pada jam yang dijanjikan walau ketika


itu cuaca amat tidak mengizinkan di mana hujan lebat
berlaku.

1. Setinggi penghargaan diucapkan kepada Pn. Beatrice


Paul Diring selaku penyelia yang datang untuk
melaksanakan tugas walau terikat dengan jadual tugas
yang ketat.
2. Semasa perbincangan bersama dengan Penyelia
Petang dan Ketua Pembantu Tadbir di Bilik Pengetua,
beliau menunjukkan sikap profesionalisme yang begitu
tinggi dengan menghormati pihak yang beliau lawati.
Refleksi/ Rujukan

3. Beliau jelas menunjukkan gaya kepimpinan Instruksional


Linear (Linear Instruksional Leadership) di mana
seseorang pemimpin akan berusaha memastikan segala
aktiviti yang diharapkan mendatangkan hasil seiring
dengan kehendak piawaian yang ditetapkan.
4. Penyelia menunjukkan keprihatinan yang luar biasa
bukan saja dalam aspek teknikal tentang laporan
Penyeliaan malah perkara-perkara lain yang bekaitan
dengan program penandaarasan.
5. Penyelia menyatakan tentang harapan kejayaan yang
tinggi kepada peserta seliaannya dan tidak lupa
mendoakan mereka.
LogKepimpinan

Tarikh

03.03.2015 (Selasa) 05.30 ptg

Bilangan

Aktiviti

Perhimpunan Sesi Petang

Organisasi

SMK (BM) SARATOK

Lokasi

Dewan Sri Semerbak, SMK BM Saratok

8/20

1. Pengetua mengalu-alukan kehadiran semua guru dan


menghargai kehadiran pelajar.
2. Pengetua menetapkan matlamat yang harus dicapai oleh
pelajar dalam Ujian Progresif yang akan dijalankan pada
minggu hadapan.
Catatan Kepimpinan

3. Memperkenalkan peserta NPQEL dan memberi peluang


untuk membuat ucapan ringkas di perhimpunan.
4. Memuji usaha guru sehingga pelajar berminat untuk
hadir ke sekolah.

1. Pengetua telah mempamerkan Gaya kepimpinan


Autokratik apabila menyampaikan arahan yang perlu
dipatuhi oleh para pelajar.
Refleksi/ Rujukan

2. Pengetua juga telah mempamerkan gaya kepimpinan


Partisiptif apabila mengajak semua guru dan pelajar
bekerjasama dalam menjayakan visi dan misi sekolah.

Log Kepimpinan
Tarikh

03.03.2015 (Selasa) 05.30 ptg

Aktiviti

Perhimpunan Sesi Petang

Organisasi

SMK (BM) SARATOK

Lokasi

Dewan Sri Semerbak, SMK BM Saratok

Bilangan

9/20

1. Pengetua mengalu-alukan kehadiran semua guru dan


menghargai kehadiran pelajar.
2. Pengetua menetapkan matlamat yang harus dicapai oleh
pelajar dalam Ujian Progresif yang akan dijalankan pada
minggu hadapan.
Catatan Kepimpinan

3. Memperkenalkan peserta NPQEL dan memberi peluang


untuk membuat ucapan ringkas di perhimpunan.
4. Memuji usaha guru sehingga pelajar berminat untuk
hadir ke sekolah.

1. Pengetua telah mempamerkan Gaya kepimpinan


Autokratik apabila menyampaikan arahan yang perlu
dipatuhi oleh para pelajar.
Refleksi/ Rujukan

2. Pengetua juga telah mempamerkan gaya kepimpinan


Partisiptif apabila mengajak semua guru dan pelajar
bekerjasama dalam menjayakan visi dan misi sekolah.

Log Kepimpinan
Tarikh

05.02.2015 (Khamis)

Bilangan

10/20

Aktiviti

Ceramah Agama (Kepimpinan Muhamad Al Fateh)

Organisasi

Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak

Lokasi

Pusat Islam, Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak

1. Penceramah Jemputan, Ustaz Yasmin Bin Hashim


menyampaikan ceramah bertajuk Kepimpinan Muhamad
Al Fateh.

Catatan Kepimpinan

2. Penceramah merupakan seorang guru Biasa di SMK


Semerah Padi namun keupayaannya menyampaikan
ceramah amat mengesankan.
3. Ceramah beliau berkisar tentang seorang tokoh dalam
Sejarah Islam yang telah menawan Kota Constantinople.

1. Penceramah telah menunjukkan gaya kepimpinan


karismatik di mana ia mampu menarik orang lain untuk
bersama dengan beliau. Peserta terpesona dengan cara
berbicaranya yang membangkitkan semangat.
Refleksi/ Rujukan

2. Ceramah yang disampaikan menjadi lebih menarik


dengan bantuan tayangan LCD dan dikendalikan dengan
cara yang amat berkesan.

Log Kepimpinan
Tarikh

09.04.2015 (Khamis)

Bilangan

11/20

Aktiviti

Ceramah Agama (Memimpin Pemimpin)

Organisasi

Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak

Lokasi

Pusat Islam, Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak

1. Penceramah Jemputan, Ustaz Sulaiman bin Hasim dari


Sektor Pendidikan Islam, JPN menyampaikan ceramah
bertajuk Memimpin pemimpin.

Catatan Kepimpinan

2. Penceramah merupakan seorang Pegawai Bahagian


Dakwah di JPN dan sering menyampaikan ceramah
motivasi.
3. Ceramah beliau berkisar tentang membina jatidiri
seorang Pemimpin. Persediaan dalaman dari segi ilmu,
emosi dan mental menjadi kunci kejayaan seorang
pemimpin di samping mencontohi sikap Rasulullah s.a.w.

1. Penceramah telah menunjukkan gaya kepimpinan


karismatik di mana ia mampu menarik perhatian orang
lain untuk bersama menghayati ceramah beliau.Peserta
mengikuti ceramah dengan tekun dan tenang.
Refleksi/ Rujukan

2. Penceramah juga menunjukkan gaya kepimpinan moralis


di mana mereka mempunyai empati yang tinggi terhadap
orang lain. Dalam sesi bual mesra bersama Pengarah
IAB yang turut hadir penceramah turut mempamerkan
ciri-ciri merendah diri gaya seorang pemimpin yang
dicontohi.

Log Kepimpinan
Tarikh

09.04.2015

Bilangan

12/20

Aktiviti

Bicara Ilmu Bersama Dr. Adi Badiozaman Tuah

Organisasi

Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak

Lokasi

Auditorium, Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak

1. Penceramah Jemputan, Dr. Adi Badiozaman Tuah


menyampaikan satu tajuk yang begitu menarik
Exemplary Leadership. Beliau mengulas mengenai
kepimpinan contoh yang membicara mengenai what is
leadership dan Roles of leadership.
Catatan Kepimpinan

2. Ceramah beliau begitu dikagumi dan berisi, sesuai


dengan status beliau sebagai mantan Pengarah
Pendidikan Negeri Sarawak dan sekarang bertugas
sebagai Pengarah, BIRO Pekhidmatan Pendidikan,
Majlis Islam Sarawak.

1. Penceramah telah menunjukkan gaya kepimpinan


karismatik di mana ia mampu menarik orang lain untuk
bersama dengan beliau. Peserta terpesona dengan cara
berbicaranya yang membangkitkan semangat.
Refleksi/ Rujukan

2. Ceramah yang disampaikan menjadi lebih menarik


dengan bantuan tayangan LCD dan dikendalikan dengan
cara yang amat berkesan.

Log Kepimpinan

Tarikh

17 April 2015 (Jumaat)

Bilangan

Aktiviti

Program Penetapan Target PT3, SPM dan STPM.


Ucapan Pengetua kepada Ibu bapa dan pelajar.

Organisasi

SMK Agama Saratok

13/20

Lokasi

Dewan SMK Agama Saratok.


1. Pengetua mengalu-alukan kehadiran semua hadirin dan
menghargai kehadiran mereka dalam program yang
dianjurkan.

Catatan Kepimpinan

2. Pengetua menekankan matlamat yang harus dicapai


oleh pelajar dalam Peperiksaan awam yang akan
dihadapi.
3. Beliau memuji usaha guru dan ibu bapa sehingga pelajar
berminat untuk menetapkan target masing-masing.

1. Pengetua telah mempamerkan Gaya kepimpinan


Autokratik apabila menyampaikan arahan yang perlu
dipatuhi oleh para pelajar.

Refleksi/ Rujukan

2. Pengetua juga telah mempamerkan gaya kepimpinan


Partisiptif apabila mengajak semua guru, ibu bapa dan
pelajar bekerjasama dalam menjayakan visi dan misi
sekolah.

Log Kepimpinan
Tarikh

17 April 2015 (Jumaat)

Bilangan

14/20

Aktiviti

Ceramah Motivasi oleh Ust. Mual bin Suaud, Timbalan Mufti


Negeri Sarawak.
Program Penetapan Target PT3, SPM dan STPM.

Organisasi

SMK Agama Saratok

Lokasi

Dewan SMK Agama Saratok.


4. Sebagai seorang Pegawai yang mempunyai kedudukan
yang tinggi dalam Perhidmatan awam beliau telah
menyampaikan ceramah dengan cukup yakin dan
bermotivasi.

Catatan Kepimpinan

5. Ceramah disampaikan dengan jelas dan mudah difahami


oleh semua peserta.
6. Beliau menyarankan bahawa setiap usaha hendaklah
bermula dengan niat dan tawakal. Usaha hendaklah
bergantung kepada visi yang ingin di capai.

4. Penceramah mempamerkan gaya kepimpinan Moralis.


Sangat mesra dan sopan kepada orang ramai.
5. Penceramah memiliki empati yang tinggi kepada para
audien yang ada di hadapannya terutama kepada para
pelajar.
Refleksi/ Rujukan

6. Beliau menasihati ibu bapa dan pelajar agar tidak


mengabaikan tanggungjawab terhadap diri sendiri dan
kepada Allah yang telah memberikan segala nikmat dan
kesihatan.

Log Kepimpinan
Tarikh

21/4/2015 (selasa)

Aktiviti

Perhimpunan Rasmi Sekolah

Organisasi

SMK Agama Saratok

Bilangan

15/20

Lokasi

Dataran ASAR, SMK Agama Saratok.


1. Pengetua mengalu-alukan kehadiran semua guru dan
menghargai kehadiran pelajar.
2. Pengetua menetapkan matlamat yang harus dicapai oleh
pelajar dalam Ujian Pertangahan Penggal yang akan
pada pertegahan bulan ini.

Catatan Kepimpinan

3. Beliau sekali lagi mengulangi Visi dan Misi sekolah.


4. Memuji usaha guru sehingga pelajar berminat untuk
hadir ke sekolah.

1. Pengetua telah mempamerkan Gaya kepimpinan


Autokratik apabila menyampaikan arahan yang perlu
dipatuhi oleh para pelajar.
Refleksi/ Rujukan

2. Pengetua juga telah mempamerkan gaya kepimpinan


Partisiptif apabila mengajak semua guru dan pelajar
bekerjasama dalam menjayakan visi dan misi sekolah.

Log Kepimpinan

Tarikh

15/4/2015 (Rabu)

Aktiviti

Mesyuarat Post Mortem Pra 1 SPM

Bilangan

16/20

Organisasi

SMK Agama Saratok.

Lokasi

Bilik Mesyuarat, SMK Agama Saratok.


1. Pengetua mempengerusi mesyuarat yang dihadiri oleh
semua PK, Ketua Bidang, Ketua Panitia dan Guru mata
pelajaran SPM.

Catatan Kepimpinan

2. Beliau mengendalikan mesyuarat dengan penuh yakin


sambil menerangkan dengan terperinci sasaran target
SPM sekolah.
3. Beliau mengarahkan guru-guru berusaha untuk
mencapai ETR yang telah dipersetujui sebelum ini.

1. Gaya kepimpinan autokratik dipamerkan di mana guruguru dikehendaki memberikan komitmen yang tidak
berbelah bagi dalam menjayakan sasaran SPM 2015.

Refleksi/ Rujukan

2. Gaya kepimpinan instruksional juga dipamerkan dalam


mesyuarat ini di mana beliau mengaitkan keperluan
pembelajaran dalam kehidupan masa depan pelajar.
3. Pengetua juga menunjukkan gaya kepimpinan karismatik
apabila mampu menarik minat ahli mesyuarat untuk
memberi tumpuan dalam mesyuarat.

Log Kepimpinan
Tarikh

28/4/2015 (Selasa)

Aktiviti

Mesyuarat Pengurusan Mingguan

Organisasi

SMK Agama Saratok

Bilangan

17/20

Lokasi

Sudut Mesyuarat, Bilik Pengetua.


1. Pengetua mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri
oleh Semua Penolong kanan dan Ketua Bidang.
2. Mesyuarat berjalan lancar dalam suasana yang ceria
dengan kawalan yang baik dari pengetua.

Catatan Kepimpinan

3. Pengetua membuka ruang kepada ahli mesyuarat untuk


mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung
perkara yang dibincang dalam mesyuarat.
4. Apabila melibatkan dasar dan kewangan pengetua akan
memastikan ia dilaksana dengan arahan dan menepati
kehendak pekeliling.

1. Pengetua mempamerkan gaya kepimpinan yang


berbagai dalam mengendalikan mesyuarat ini.
2. Gaya kepimpinan situasional (situational leadership)
sering dipamerkan dalam mengendalikan mesyuarat.
Refleksi/ Rujukan

3. Gaya kepimpinan Partisipatif juga sering dipamerkan


dalam menerima saranan dan cadangan ahli mesyuarat.
Ahli mesyuarat bebas mengemukakan cadangan dan
dibincang secara baik dalam mesyuarat.

Log Kepimpinan

Tarikh

27/05/2015

Aktiviti

Program Sandaran

Bilangan

18/20

Organisasi

SMK Agama Saratok

Lokasi

Bilik Pusat Sumber SMK Agama Saratok

Catatan Kepimpinan

1. Catatan Kepimpinan hari ini ditumpukan kepada


Penyeliaan yang dilakukan oleh Penyelia dari IAB
Cawangan Sarawak iaitu Pn. Beatrice Paul Diring.
2. Beliau hadir ke SMK Agama Saratok bagi membuat
penyeliaan program Sandaran NPQEL
1. Setinggi penghargaan diucapkan kepada Pn. Beatrice
Paul Diring selaku penyelia yang datang untuk
melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.
2. Semasa perbincangan bersama dengan PK Ko
Kurikulum di Bilik Pengetua, beliau telah
menunjukkan sikap profesionalisme yang begitu
tinggi dengan menghormati pihak yang beliau lawati.

Refleksi/ Rujukan

3. Beliau telah menunjukkan gaya kepimpinan Instruksional


Linear (Linear Instruksional Leadership) di mana
seseorang pemimpin akan berusaha memastikan segala
aktiviti yang diharapkan mendatangkan hasil seiring
dengan kehendak piawaian yang ditetapkan dalam
program NPQEL.
4. Penyelia menunjukkan keprihatinan yang luar biasa
bukan saja dalam aspek teknikal tentang laporan
Penyeliaan malah perkara-perkara lain yang bekaitan
dengan program Sandaran. Beliau telah memberi
teguran yang amat membina kepada saya.
5. Penyelia menyatakan tentang harapan kejayaan yang
tinggi kepada peserta seliaannya dan tidak lupa
mendoakan mereka.
Log Kepimpinan

Tarikh

07/5/2015 (Khamis)

Aktiviti

Taklimat Hal Ehwal Murid (HEM)

Organisasi

SMK Agama Saratok

Bilangan

19/20

Lokasi

Dataran ASAR, SMK Agama Saratok


1. En. Wan Mohd Roslan Bin Wan Ishak selaku PK HEM
telah memberi taklimat kepada semua pelajar
berhubung aktiviti HEM di Sekolah.

Catatan Kepimpinan

2. Beliau memaklumkan tentang beberapa orang


pelajar telah didapati melanggar peraturan prep petang
dan malam. Kedapatan pelajar bising dan tidak
memanfaatkan masa prep sedangkan peperiksaan
Pertengahan Tahun sudah semakin hampir.
3. Beliau memohon kerjasama semua pelajar agar
menghormati Pengawas yang bertugas sewaktu Prep.

1. En. Wan Roslan bin Wan Ishak, PK Hem telah


mempamerkan Gaya kepimpinan Autokratik apabila
menyampaikan
arahan yang perlu dipatuhi oleh para
pelajar. Beliau mengingatkan pelajar bahawa patuh
kepada disiplin adalah satu amanah.
Refleksi/ Rujukan

2. Beliau juga telah mempamerkan gaya kepimpinan


Moralis kerana selaku PK HEM beliau memiliki empati
yang tinggi terhadap para pelajar. Seperti biasa beliau
tidak lupa untuk menasihati pelajar agar terus membina
sahsiah yang terpuji.

Log Kepimpinan
Tarikh

6/5/2015 (Rabu)

Aktiviti

Taklimat Ko Kurikulum

Organisasi

SMK Agama Saratok

Bilangan

20/20

Lokasi

Dataran ASAR, SMK Agama Saratok


1. En. Hipni Hj. Mili selaku PK Kokurikulum telah memberi
taklimat kepada semua pelajar berhubung aktiviti
Kokurikulum sepanjang bulan Mei.

Catatan Kepimpinan

2. Beliau menerangkan tentang betapa penting pelajar


mematuhi SOP apabila menyertai sesusatu aktiviti di
dalam atau di luar bilik Sekolah.
3. Beliau memberi teguran kepada beberapa orang pelajar
yang sengaja tidak datang dalam aktiviti Kelab dan
Persatuan. Tindakan akan diambil jika perkara ini
berulang.

1. En. Hipni Hj Mili, PK Kokurikulum telah mempamerkan


Gaya kepimpinan Autokratik apabila menyampaikan
arahan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar.

Refleksi/ Rujukan

2. Beliau juga telah mempamerkan gaya kepimpinan


Partisiptif apabila mengajak semua guru dan pelajar
bekerjasama dalam menjayakan aktiviti Kokurikulum bagi
menjayakan visi dan misi sekolah. Kejayaan pelajar
adalah kejayaan semua pihak.

You might also like