Mahathir Bin Mohamad

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Mahathir bin Mohamad

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: ‫محضير بن محمد‬, dilahirkan pada 20 Disember1925;
juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) adalah Perdana Menteri
Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31
Oktober2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan
menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam


sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang
Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya
yangautokratik dan dituduh bersifat kronisme.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan


bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai
Asia — kapitalismeautokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif
kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).

Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman
pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar
PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya
Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia",
negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan
penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang
tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau
merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.
Latar belakang
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det)
dilahirkan pada 20 Disember 1925 adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika
penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara
ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan
masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam


sebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan golongan miskin menjadi golongan
pertengahan orang Melayu begitu ketara. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas
gaya pemerintahannya yang autokratik dan tidak dapat lari dituduh bersifat kronisme seperti
pemerintah-pemerintah lain di dunia.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik penting antarabangsa yang suka berterus-terang
dan disifatkan kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme
autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika
Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).

Dr Mahathir telah bertanggungjawab dengan apa yang dipanggil pembangunan projek mega
pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara
Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor
Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC), yang akhirnya menjadi lambang kemegahan
rakyat dan diterima ramai.

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia",
negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan
penuh bertenaga. Seperti dijangka pada Oct 2003, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat
kehormatan yang tertinggi di Malaysia atas jasanya yang teramat besar pada nusa dan bangsa.
Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan
pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas
Presiden Suharto dari Indonesia.
Pendidikan
Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES),
kini Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada tahun 1932. Beliau akhirnya lulus Sijil Tinggi
Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah tersebut. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr. Mahathir
menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan
kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.

Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura,


dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953.
Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau
Pinang, Malaysia.

Kerjaya dan keluarga


Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor
Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957.Beliau kemudian melangsungkan
perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan tujuh
cahaya mata, iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak beliau ialah :

 Marina Mahathir
 Mirzan Mahathir
 Melinda Mahathir
 Mokhzani Mahathir
 Mukhriz Mahathir
 Maizura
 Mazhar
 Daniel Fariezs

Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri,
MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu
pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Star yang pada ketika itu terdapat lima buah
klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor
Setar dan kekal sehingga sekarang.
Kesihatan
Pada 24 Januari 1989 Dr Mahathir Mohamad pernah menjalani pembedahan pintasan arteri
koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL),Kuala Lumpur.

Pada 9 November 2006, beliau sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana
serangan jantung setelah saluran darah arteritersumbat.

Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Langkawi selepas
kesukaran bernafas pada jam 4.00 petang.

Pada 4 September 2007, Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan arteri koronari
di IJN selama 5 jam. Pembedahan diketuai pakar jantung terkemuka, Tan Sri Dr. Yahya Awang,
Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr. Azahari Yakub, Datuk Dr. Venugopal Balchand, Datuk
Ezani Mohd. Taib dan Ketua Pakar Bedah Kardiologi Klinik Mayo di California, Amerika Syarikat,
Prof. Dr. Hartzell Schaff. Ini merupakan pembedahan saluran darah arteri kali ke-2.

Pada 15 September 2007, sekali lagi beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di IJN jam 7.00
pm. Ketika ini beliau berusia 82 tahun.[2]

Penulisan blog
Beliau mula menulis blog pada 1 Mei 2008 pada pukul 1:27 AM, dengan penulisan beliau "The
Appointment of Judges". Pada 19 Jun, blog beliau telah berpindah ke laman baru yang lebih
dipercayai dan selamat simpanannya.[7]

Kini blog beliau terletak di http://www.chedet.cc/.

You might also like