Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

mata pencarian

Erti : Sumber pendapatan atau rezeki.

Contoh

: Mata pencarian keluarga itu hanya


bergantung kepada hasil hutan di sekeliling
rumah mereka.

gulung tikar
Erti : Menutup perniagaan keranan mengalami
kerugian.

Contoh : Kegawatan ekonomi yang melanda Negara


telah menyebabkan beberapa usahawan terpaksa

gulung tikar.

cari jalan
Erti : Berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu hal.

Contoh : Ekoran daripada kegagalan pasukannya untuk mara ke


pertandingan separuh akhir perlawanan bola sepak itu,

jurulatih mereka sedang berusaha cari jalan bagi


meningkatkan prestasi mereka pada perlawanan yang lain.

berputus asa
Erti : Hilang harapan.

Contoh : Rani sudah putus asa untuk menanti


kepulangan suaminya yang turun ke laut sejak dua
bulan yang lalu.

ada hajat
Erti : Mempunyai niat atau tujuan.

Contoh : Hasnah ada hajat hendak memperisterikan


anak gadis Mak Limah.

Putih hati
Erti : Ikhlas.

Contoh : Cikgu Yong begitu putih hati mahu menolong


Jelini membayar bayaran peperiksaan keranan dia
tahun akan kemiskinan hidup yang dihadapi oleh
Jelini.

bermurah hati
Erti : Tidak kedekut.


Contoh

: Orang kaya itu bermurah hati menderma


RM20 00 kepada mangsa-mangsa kebakaran
itu.

You might also like