Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

Tugasan 1: Penulisan Esei

1.0

PENDAHULUAN

Tugasan 1 merupakan penulisan esei yang dilakukan secara individu. Esei ini akan
membincangkan keperluan kritikan sumber iaitu kritikan luaran dan kritikan

dalaman dalam penulisan sejarah untuk memastikan kesahihan sesuatu sumber supaya
dapat menghasilkan kajian yang diyakini dan tepat. Pertama sekali, perkara yang perlu kita
tahui ialah apakah itu sejarah? Penjelasan terhadap makna sejarah adalah terlalu banyak
dan berbeza-beza mengikut corak pemikiran seseorang sejarawan. Namun begitu,
pendefinisian makna sejarah itu perlulah relevan dengan maksud

sebenar sesuatu

sejarah. Hal ini demikian supaya tidak menimbulkan kegeliruan orang lain tentang
penjelasan konsep sejarah.

1.1

Definisi Sejarah

Secara umumnya sejarah mempunyai banyak pengertian, sebagai contoh pengertian


sejarah dari pandangan timur, barat dan pandangan daripada sejarawan. Di dalam bahasa
kita, sejarah diertikan oleh Kamus Dewan sebagai sastera lama, asal-usul (keturunan),
salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku di waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo;
dan ilmu sejarah itu ialah kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah lalu,
tawarikh.1 Menurut R. O. Winstedt pula, perkataan sejarah berasal daripada perkataan
Arab seperti salasilah, tawarikh, atau babad. Besar kemungkinan perkataan Arab itu ialah
syajaratun yang bererti pohon.2 Pada pendapat saya yang menurut pentafsiran sejarah
oleh Kamus Dewan, sejarah itu merupakan kejadian yang telah berlaku dan mampu
memberikan pengajaran atau iktibar kepada manusia.

Pengertian sejarah juga boleh dilihat dari aspek etimologi sejarah. Pada tahap awal
penemuan sejarah, perkataan sejarah dikatakan berasal daripada bahasa Inggeris, iaitu
history yang pada asasnya berasal daripada perkataan Yunani purba, iaitu historia yang
bererti penyelidikan. Penyelidikan seperti yang difahami oleh orang Yunani itu bukanlah
bererti penyelidikan tentang peristiwa silam. Penyelidikan yang dimaksudkan ialah pencatat
1 Teuku Iskandar, Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970, hlm. 1033.
2 Mohd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm. 4.
1

sejarah, mencatat sejarah berdasarkan peristiwa yang benar-benar berlaku, berdasarkan


penyaksian, penelitian, dan pendengaran. Ilmu sejarah yang diterima tanpa proses
penyelidikan tidak boleh dianggap benar.3

Pengertian dan istilah sejarah juga dapat dirujuk daripada pandangan para
sejarawan. Sebagai contohnya ialah Herodotus yang dikenali sebagai bapa sejarah
merupakan orang yang pertama menggunakan perkataan sejarah atau historia dalam
karyanya iaitu Histories yang bermaksud penyelidikan atau penyiasatan terhadap segala
peristiwa silam mahupun sezaman.4 Menurut Herodotus, sejarah itu merupakan satu kajian
untuk menceritakan suatu perputaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan
peradaban.5 Pada pandangan saya, beliau telah membuat pengkajian yang mendalam
terhadap segala peristiwa yang ditulisnya agar karyanya menjadi karya yang berasaskan
peristiwa yang sebenarnya berlaku. Hal ini dapat menjaminkan penulisan sejarah yang
bersifat asli dan boleh dipercayai.

Di samping itu, sejarawan Islam yang terkenal iaitu Ibnu Khaldun turut menberikan
pandangannya tentang pengertian sejarah. Beliau menyatakan bahawa sejarah itu
merupakan catatan tentang masa lalu,dan membicarakan tentang;
......masyarakat

manusia,

perubahan-perubahan

yang

atau
telah

peradaban
berlaku

dunia,
pada

tentang
sifat-sifat

masyarakat itu seperti kebiadaban, keramahan dan perasaan dan


perasaan

setia

kawan

segolongan;

tentang

revolusi

dan

pemberontakan oleh sesuatu golongan manusia terhadap manusia


lainnya dengan mengakibatkan terbentuknya kerajaan dan negara,
bersama-sama rakyat jelatanya yang berbagai-bagai; tentang
kegiatan dan pekerjaan manusia yang berbaza-beza, baik untuk
memperolehi nafkah hidup mahupu dalam berbagai-bagai ilmu
pengetahuan dan pertukangan; dan, pada umumnya tentang semua

3 Ibid, hlm. 5-6.


4 Arbaiyah Mohd Nor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002,
hlm.5

5 R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican and Sons, 1985, hlm. 58.
2

perubahan bentuk yang dijalani oleh masyarakat itu menurut


sifatnya.6

Haruslah juga dijelaskan bahawa istilah catatan yang digunakan oleh Ibnu Khaldun itu
bukanlah semata-mata catatan dalam erti kata seperti catatan harian seseorang, ataupun
rekod-rekod yang dimasukkan ke dalam sesebuah buku daftar mengenai perjalanan
sesebuah pertubuhan atau pejabat kerajaan. Catatan yang dimaksudkan lebih membawa
erti sebagai hasil penyelidikan mengenai masa yang telah lalu; iaitu penyelidikan yang
dilakukan ke atas sesuatu peristiwa yang dianggap penting ataupun yang menarik minat
seseorang untuk mengkajinya.7

1.2

Definisi Sumber

Ahli-ahli sejarah amat mementingkan penggunaan sumber yang sahih dalam penghasilan
sesebuah penulisan sejarah. Sumber yang benar dan tepat tentang sesuatu hasil kajian
sejarah dapat membuktikan kesahihan sesuatu peristiwa atau kejadian yang telah berlaku
pada suatu ketika. Istilah sumber dalam sejarah kerap digunakan sebagai bererti punca,
dokumen atau rekod. Menurut Oxford English Dictinory, sumber atau source
bermaksud sebuah karya, dan lain-lain yang menyediakan maklumat atau bukti (khusus
yang bersifat tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian, atau siri hal-hal tersebut. 8
Menurut Muhd. Yusof Ibrahim, sumber merupakan suatu yang boleh menjadi punca kepada
lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan. Sumber itu berbeza dengan ilham kerana
sumber tidaklah bersifat abstrak ataupun spontan tetapi sumber boleh dirujuk semula
apabila diperlukan. Sumber juga dikatakan sebagai sekumpulan bahan yang tersimpan di
arkib, perpustakaan, muzium, istana dan sebagainya dan boleh digunakan sebagai
kumpulan bahan rujukan untuk tujuan penyelidikan dalam semua bidang keilmuan. 9 Oleh
itu, dapatlah saya simpulkan bahawa sumber itu merujuk kepada sesuatu maklumat atau
fakta yang menceritakan tentang kejadian sama ada secara bertulis yang boleh dijadikan
sebagai bahan rujukan bagi ahli sejarawan untuk mendapatkan bukti bagi penulisan
persejarahannya.
6 Mohd Yusof Ibrahim, hlm. 8.
7 Ibid.
8 R. Suntharalingam, hlm. 28.
9 Mohd Yusof Ibrahim, hlm. 65.
3

1.3Jenis Sumber
Secara umumnya, sumber sejarah terbahagi kepada dua jenis, iaitu sumber primer dan
sumber sekunder. Menurut Mohd Yusof Ibrahim, sumber primer diklasifikasikan sebagai
bahan-bahan asli atau tulen seperti dokumen, surat (rasmi atau tidak rasmi), catatan dan
laporan, buku harian, akhbar dan sebagainya yang berkeadaan asli dan belum lagi ditafsir
atau diperlengkapkan lagi.10 Bahan-bahan yang dikategorikan sebagai sumber primer
kerana keadaannya yang asli dan mengandungi maklumat asal sama ada benar atau tidak
benar untuk tujuan penyelidikan. Manakala Arthur Marwick pula menyifatkan sumber primer
adalah sebagai bahan yang wujud dalam keadaan asas, mentah dan tidak sempurna atau
dengan kata lain sumber primer merupakan sumber yang masih belum diproses oleh ahli
sejarah.

11

Antara contoh sumber primer ialah Batu Bersurat di Terengganu, Batu Nisan

Mansur, Piagam Madinah dan sebagainya (rujuk gambar 1 hingga 3 di lampiran).


Berdasarkan maksud sumber di atas, dapat saya rumuskan bahawa sumber utama
merupakan sumber asal dah mentah yang belum sempurna dan mencatatkan peristiwa
sejarah yang telah berlaku.

Sumber seterusnya yang turut digunakan dalam penulisan sejarah ialah sumber sekunder.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, sekunder bermaksud yang kedua pentingnya atau
tidak yang utama atau yang terbit atau terhasil daripada satu yang asas atau utama. 12 Ini
bermakna sumber sekunder terhasil daripada sumber primer. Muhd. Yusof Ibrahim
mengatakan bahawa sumber kedua ialah kajian-kajian ataupun penulisan-penulisan yang
telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun sesuatu kumpulan tentang sesuatu peristiwa,
tokoh-tokoh dan sebagainya.13 Arthur Marwick pula menyifatkan sumber kedua kepada
tulisan ahli sejarah seperti karya sejarah yang tersusun, rencana, dissertasi atau buku. 14
Antara contoh sumber sekunder ialah majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah dan
10 Ibid, hlm. 66.
11 Rozeman Abu Hassan, Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah. Shah Alam: Karisma Production Sdn.
Bhd, 2004, hlm. 18.

12 Kamus Dewan, Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm.1213.
13 Muhd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1997, hlm. 157.

lain-lain (rujuk gambar 4 hingga 6 di lampiran). Penggunaan sumber sekunder adalah


penting bagi seseorang penulis sejarah kerana ia berfungsi sebagai penyokong atau
pengukuh bagi sesuatu hujah dan bukti yang dikemukakan. Pada pandangan saya, sumber
kedua ini merujuk kepada sesuatu karya yang telah diproses hasil daripada bahan-bahan
sumber pertama. Ini bermakna sumber kedua ini mempunyai kaitan yang amat rapat
dengan sumber utama. Dalam hal ini, sekiranya sumber utama tiada, maka sumber kedua
ini tidak akan wujud dengan sendiri.

1.4Kritikan Sumber
Usaha memastikan kesahihan sesuatu sumber adalah penting untuk mendapatkan sesuatu
sumber yang asli, tulen dan fakta yang betul. Oleh itu,sumber-sumber yang diperolehi
perlunya diuji kebenaran atau kesahihannya sebelum sumber sejarah itu diterima umum.
Antara langkah yang perlu diambil oleh ahli sejarawan ialah menggunakan proses kritikan
sumber yang merangkumi kritikan luaran dan kritikan dalaman untuk menentukan
ketulenan sumber. Kritikan luaran adalah lebih tertumpu kepada pengesahan ketulenan
sesuatu sumber yang diguna oleh ahli sejarah.15 Ia melibatkan penyiasatan terhadap
sumber asal yang khusus dan memerlukan kepakaran luar daripada bidang ahli sejarah
seperti kepakaran ahli kimia dan ahli bahasa untuk menguji ketulenan sumber. Manakala
kritikan dalaman adalah lebih tertentu untuk kredibiliti sesuatu sumber tersebut. 16 Proses
kritikan dalaman dilakukan selepas proses kritikan luaran selesai dengan sempurna. Tujuan
sejarawan menjalankan kritikan ini adalah untuk menentukan kemunasabahan ataupun
kewarasan (kerasionalan) tentang sesuatu isi kandungan sesuatu sumber sejarah.17

Secara ringkasnya, sejarah bermaksud kajian terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku
pada masa yang lalu. Sejarah amat mementingkan kesahihan sumber, bukti dan fakta yang
14 R. Suntharalingam,hlm. 30.
15 Hani, The Education: Kritikan Sumber. Dipetik dari Blogspot : http://fafaunieniey.blogspot.com/2013/
06/kritikan-sumber.html. Diakses pada 16 Ogos 2014.

16 Ibid.
17 Ibid.
5

benar. Selain itu, sumber primer dan sekunder sangat penting untuk menghasilkan sesuatu
sejarah dalam penulisan sejarah. Di samping itu, kajian atau analisis terperinci dalam
penyelidikan sejarah yang merangkumi pelbagai aspek kritikan sumber iaitu kritikan luaran
dan dalaman dapat menghasilkan sebuah penulisan sejarah yang cemerlang.

2.0

KRITIKAN LUARAN

Sebagaimana yang sedia kita maklum,kesahihan sesuatu sumber perlulah diujikan untuk
kebenaran. Oleh hal yang demikian, proses kritikan sama ada dalam bentuk luaran atau
dalaman mestilah dijalankan untuk menghasilkan kajian yang sempurna dan tulen. Sumber
perlu dikritik bagi mengetahui siapa yang menulis dan dari mana sumber tersebut
diperolehi. Sesuatu sumber yang diperolehi itu tidak semestinya sumber yang tulen. Oleh
itu kritikan adalah bertujuan menentukan ketulenan dan kesahihan bukti atau sumber itu.18
Hal ini bagi mengelakkan fakta yang kurang tepat dan meragukan. Berdasarkan
pernyataan tersebut dapatlah dijelaskan bahawa kaedah kritikan membantu ahli sejarah
dalam memastikan keaslian sumber yang dikaji.

2.1Hujahan
Kritikan luaran boleh diertikan sebagai usaha mengesankan ketulenan , keaslian dan
kesahihan sesuatu sumber sejarah daripada sifat fizikal dan luarannya sahaja. 19 Usaha ini
dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang mempunyai kaitan dengan perbuatan
pemalsuan sesuatu sumber. Istilah kritikan, yang digunakan umum untuk merujuk kepada
proses penafsiran bukti, tidak lagi dipandang sebagai satu pendirian mental yang negatif
semata-mata bahkan sebagai satu ujian untuk kebenaran. Menurut Marc Bloch, kritikan
luaran ini berpunca daripada sikap kesangsian terhadap keterangan-keterangan yang
diberikan oleh saksi-saksi tentang masa lampau, dan kaedah-kaedah yang berkesan telah
dicari yang membenarkan pengasingan kebenaran daripada pendustaan. 20 Tugas ini ada
berkaitan dengan perbuatan yang memalsukan sumber. Salah satu sebab yang mendorong

18 R. Suntharalingam, hlm 36.


19 Rozeman Abu Hassan, hlm. 41.
20 R. Suntharalingam, hlm. 35.
6

perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini ialah untuk

tujuan mengesahkan sesuatu

tuntutan politik.21

Sebagai contohnya, terdapat satu kes pemalsuan sebuah dokumen di Eropah yang
dikenali sebagai Donation of Constantine sebelum pertengahan kurun ke 15 oleh Paus
yang menuntut kawasan yang pernah dijajah dan diperintah oleh Maharaja Constantine.
Pada tahun 1400, Lorenzo Valla telah dapat membuktikan yang dokumen itu adalah palsu
semata-mata.22 Di samping itu, pemalsuan dokumen juga disebabkan untuk mencari wang.
Gottschalk menyebut tentang pemalsuan surat-surat Ratu Marie Antoinette dari Perancis
dan Abraham Lincoln dari Amerika Syarikat dengan tujuan menjualkannya kepada akhbar
dan majalah untuk mengaut keuntungan.23 Kes-kes yang lain ialah pemalsuan Buku Harian
Hilter yang doronlgan nampaknya ialah mencari kekayaan secara besar-besaran. 24 Selain
daripada itu, contoh-contoh dokumen yang telah dipalsukan ialah wang ringgit Malaysia,
kad pengenalan, lessen memandu kereta, surat wasiat, surat geran tanah, passport, dan
lain-lain.25

Kritikan luar lebih bersifat fizikal ke atas sesuatu sumber atau pengkaryaan. Antara
ujian yang digunakan oleh ahli sejarah untuk memastikan ketulenan sesuatu dokumen
adalah ujian kimia, ujian bahasa, ujian tulisan tangan dan ujian bahan-bahan yang
digunakan terdapat dalam dokumen itu.26 Bagi ujian kimia, ia bertujuan untuk menentukan
umur sebenar sesuatu dokumen. Dokumen itu akan diuji keadaan kertas, penggunaan
dakwat pena dan cap kerana bahan-bahan ini akan berubah keadaan fizikal mengikut
peredaran masa. Justeru, pemalsuan dokumen boleh berlaku. Oleh itu, pakar-pakar kimia

21 Ibid, hlm. 36.


22 Muhd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah, hlm. 183.
23 R. Suntharalingam, hlm.36.
24 Ibid.
25 Ibid, hlm. 37.
26 Ibid.
7

boleh memastikan sama ada sesuatu dokumen itu benar-benar dikeluarkan pada masa
yang didakwa oleh pihak-pihak yang memiliknya.27

Sebagai contoh, manuskrip jurnal yang disimpan oleh Frank Swettenham yang
mengandungi catatan dari bulan April 1894 hingga Februari 1897 boleh disahkan
ketulenannya oleh seseorang pakar kimia yang dapat menguji sama ada kertas serta
dakwat yang digunakan itu sememangnya berumur lebih kurang 100 tahun. 28 Selain itu,
ujian kimia tidak hanya terhad kepada sumber-sumber primer sahaja bahkan ujian kimia
juga dijalankan ke atas artifak sejarah yang ditemui di kawasan arkeologi. Antaranya ialah
tulang manusia dan binatang.29 Usaha ini adalah bertujuan mengelakkan perkara-perkara
pemalsuan dokumen atau sesuatu sumber. Ujian kimia ini juga dapat membantu ahli
sejarah dalam menentukan usia kertas, dakwat, dan bahan lain-lain yang digunakan dalam
menghasilkan sumber tersebut.

Manakala ujian bahasa penting untuk memastikan ketulenan sesuatu dokumen itu
kerana gaya bahasa sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dari sudut nahu,
tatabahasa, ejaan, struktur ayat, istilah, tanda baca dan sebagainya.30 Memang ada
kebenaran yang dikatakan oleh G. J. Garraghan bahawa: Gaya tulisan Latin oleh Livy
yang bertarikh abad yang pertama tidaklah serupa dengan gaya tulisan Latin Einhard pada
abad yang ke-9.31 Oleh yang demikian, ahli sejarah perlu mempunyai kemahiran dan
memahami bahasa sebagai satu peraturan . Sejarawan juga memerlukan kerjasama ahli
yang pakar dalam bidang ini untuk menentukan atau menilaikan gaya dan bahasa daripada
teks atau sumber yang digunakan.

27 Ibid.
28 Ibid.
29 P. Sivarajan, S. Malar Arasi, Pengantar Sejarah. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., 2012.
30 Ibid, hlm,37-40.
31 Ibid, hlm. 37.
8

Di samping itu, ahli sejarah juga perlu menjalankan ujian tulisan tangan yang
terdapat dalam sesuatu dokumen atau sumber sejarah. Seperti yang kita tahu, dokumen
atau sumber-sumber pada ketika dahulu banyak dihasilkan dalam bentuk tulisan tangan.
Ujian ini hanya dapat dijalankan terhadap dokumen yang ditulis dengan tangan sahaja dan
bukannya dokumen yang ditaip atau bercetak. Menurut Garraghan lagi, setiap bentuk
tulisan tangan mempunyai ciri-ciri tersendiri. 32 Maka, pakar-pakar dalam bidang ini boleh
mengenalpasti dan mendedahkan perbuatan untuk meniru tulisan tangan orang lain.
Kesahihan atau keaslian dokumen yang dihasilkan melalui bentuk tulisan tangan juga
dapat ditentukan.

Ujian tulisan tangan ini juga dijalankan oleh ahli sejarah untuk menguji ketulenan
sesuatu sumber dengan membandingkan tulisan tangan yang ditulis individu yang lain.
Kaedah perbandingan ini dapat mengenalpasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan tulisan
yang dihasilkan oleh seseorang yang sama ataupun individu yang berlainan. 33 Contohnya,
dalam kes pemalsuan buku harian Hitler, yang mana semua catatan telah dibuat dalam
tulisan tangan Hitler, termasuk menurunkan tandangan Hitler pada setiap helaian muka
surat buku harian tersebut, pakar-pakar telah menguji ketulenan dokumen itu dengan
membandingkan tulisan tangan itu dengan dokumen-dokumen lain yang ditulis oleh Hitler.
Namun begitu, adalah sukar bagi seseorang berniat untuk memalsukan dokumen atau
karya terutamanya hasil karya tokoh-tokoh terkenal.34

Satu lagi kaedah untuk membuktikan ketulenan sesuatu dokumen juga dapat
dikenalpasti dengan menentukan sama ada bahan-bahan yang digunakan dalam
menghasilkan dokumen itu memang sudah wujud pada masa yang ditarikhkan dalam
dokumen itu sendiri.35

Oleh itu, ahli sejarah perlu mempunyai kemahiran dalam

mengenalpasti bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu sumber.


Misalnya, jika kertas digunakan sebelum tahun 1150 T.M, boleh dikatakan bahawa
32 R. Suntharalingam, hlm. 38.
33 Hani, The Education: Perbezaan Antara Kritikan. Dipetik dari Blogspot : http://fafaunieniey. blogspot.
com/2013/06/bincangkan-perbezaan-antara-kritikan.html. Diakses pada 16 Ogos 2014.

34 R. Suntharalingam, hlm. 38.


35 Ibid.
9

dokumen itu adalah palsu kerana pada ketika itu hanya kulit kambing digunakan sebagai
kertas dokumen. Kertas yang paling awal telah dicipta oleh Tshai Lun pada 105 masihi iaitu
di China. Begitu juga dengan sebuah dokumen yang tulisannya dibuat dengan pensil dan
didakwa telah dikeluarkan pada abad ke 15. Maka, kita boleh mengandaikan bahawa
dokumen tersebut adalah palsu kerana pensil hanya mula digunakan pada sekitar abad ke16.36

Sebagai rumusan, memang adalah jelas dari perbincangan di atas bahawa proses
kritikan luaran adalah melalui usaha menjalankan ujian-ujian yang dinyatakan di atas untuk
memastikan ketulenan sesuatu dokumen. Ujian-ujian ini tidaklah dilaksanakan oleh ahli
sejarah semata-mata kerana mereka tidak mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang
tersebut.37 Ahli-ahli sejarah berperanan mentafsir kebenaran sesuatu sumber atau
dokumen itu berdasarkan hasil ujian-ujian tersebut. Oleh hal yang demikian, memang tidak
dapat dinafikan bahawa kritikan luaran adalah sangat penting untuk memastikan keaslian
sesuatu sumber yang dikaji dan seterusnya menghasilkan sebuah kajian yang sempurna.

3.0KRITIKAN DALAMAN
Kesulitan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar daripada sumber-sumber
adalah satu perkara yang tipikal dalam sejarah. Hal ini kerana fakta-fakta yang wujud
dalam sesuatu sumber adalah nyata dan bisu. Oleh itu, ahli sejarah perlu

meneroka

dengan lebih dalam lagi sumber-sumber tersebut untuk mendapatkan kebenaran yang
hakiki tentang sesuatu kejadian. Justeru, lahirlah satu proses dalam penyelidikan sejarah
iaitu proses kritikan dalaman yang bertujuan untuk memastikan kerasionalan dan
kemunasabahan yang terdapat dalam isi kandungan sesuatu sumber itu.38 Proses ini juga
bertujuan untuk memastikan ketulenan sesuatu dokumen, maka apa yang menjadi tugas
sebenar ahli sejarah ialah menafsirkan isi dokumen-dokumen yang disahkan tulen itu.
Tugas tersebut yang berat juga mampu mencerminkan keupayaan ahli sejarah untuk

36 Ibid.
37 Ibid.
38 Arbaiyah Mohd Nor, hlm. 60.
10

menilai secara bijak dan cermat maklumat yang terkandung dalam sumber-sumber yang
tulen itu.39

3.1Hujahan
Kritikan dalaman penting dalam mengaji sesuatu sumber sejarah untuk menentukan
kebenarannya dan kerasionalannya tentang sesuatu isi kandungan sesuatu sumber
sejarah tersebut. Ahli sejarah akan melakukan kritikan dalaman dengan membuat
penafsiran sumber berlandaskan lunas-lunas kerasionalan. Setiap tindakan yang dikaji itu
boleh ditafsir secara rasional dengan keterangan yang diberikan oleh si pelaku atau saksi.
Hal ini bagi memastikan sesuatu sumber yang diterima itu bebas daripada unsur-unsur
mitos, lagenda atau ghaib.40 Keadaan yang cuba dielakkan ialah wujudnya unsur sastera
seperti teks pada masa dahulu banyak mengandungi mitos, lagenda dan ghaib bagi
mengangkat martabat seseorang tokoh atau menyedapkan jalan cerita. Jadi, ahli
sejarawan perlulah mengkaji setiap peristiwa itu dengan fikiran yang rasional supaya fakta
yang diterima tidak palsu atau rekaan semata-mata. Ahli sejarawan juga berhak menolak
sebarang sumber yang dipercayai menyelitkan unsur-unsur tersebut yang melanggar
peraturan lunas-lunas kerasionalan pemikiran.41 Sebagai contohnya ialah Thucydides
ketika menulis karyanya tentang Perang Poloponessia telah menolak cerita-cerita yang
berunsurkan mitos misalnya yang menyatakan wabak penyakit pes yang menyerang negeri
Athens adalah berpunca daripada tindakan tuhan semata-mata.42

Di samping itu juga, sejarawan juga perlu memastikan terlebih dahulu tentang latar
belakang saksi sebelum menapis buktinya. Keterangan saksi juga amat penting untuk
dinilai kerana wujudnya tabiat manusia untuk mempertahankan kepentingan keluarga,
bangsa, kaum, agama, kelas, Negara, parti, ideologi dan lain-lain. 43 Hal ini kerana
39 R. Suntharalingam, hlm. 41.
40 Ibid.
41 Ibid, hlm. 43.
42 Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 56.

43 R. Suntharalingam, hlm. 45.


11

Gottschalk sendiri menyatakan bahawa wujudnya saksi-saksi yang berkepentingan


seperti pegawai-pegawai dari sesebuah jabatan kerajaan ataupun sesebuah parti politik
atau badan agama dan sebagainya yang cuba mempengaruhi sejarawan.44 Ahli sejarah
perlu berhati-hati dengan keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi tersebut kerana
kecenderungan mereka untuk mempertahankan pihak yang diwakili mereka.45 Perkara
sebegini perlu dperiksa dengan teliti oleh ahli sejarah sebelum mengambil sebarang fakta
atau sumber dalam penulisan mereka supaya tidak berlaku kekeliruan kepada generasi
akan datang.

Contoh yang paling jelas adalah rusuhan kaum di Bandar Salem pada tahun 1882
yang mempunyai saksi-saksi yang berkepentingan seperti yang dikatakan oleh Gottschalk.
Saksi ini telah memberikan keterangan di mahkamah dan telah menyalahkan pihak lawan
mereka kerana bertanggungjawab dalam kejadian yang berlaku, selepas tamatnya
perbicaraan tersebut, didapati beberapa orang saksi telah didapati bersalah kerana
memberi keterangan palsu dan akhirnya dipenjarakan. Jika keterangan palsu oleh saksi
tersebut tidak bongkar dan jika ahli sejarah tidak memastikan terlebih dahulu latar belakang
saksi maka penulisan sejarah adalah palsu dan memberi kesan negatif kepada pihak yang
benar.46

Dalam konteks ini, proses kritikan dalaman adalah lebih tertumpu pada proses
tafsiran. Hal ini berbeza dengan kritikan luaran yang menggunakan kaedah seperti ujian
kimia, ujian bahasa, ujian tulisan dan ujian terhadap bahan-bahan yang digunakan.
Terdapat beberapa tahap tafsiran semasa diperingkat sumber iaitu tafsiran verbal, tafsiran
teknikal, tafsiran logik, tafsiran psikologi dan tafsiran fakta. 47 Tafsiran verbal memfokuskan
kepada aspek bahasa yang digunakan dalam sumber primer. Para ahli sejarah perlu
mengetahui makna sesuatu perkataan dalam dokumen terutamanya dari sudut ketepatan
penggunaan bahasa48 dan seterusnya menerangkan makna tersurat dan tersirat sesuatu
44 Ibid.
45 Ibid.
46 Ibid, hlm. 46.
47 P. Sivarajan, S. Malar Arasi, hlm. 66.
12

ayat bagi mendapatkan idea yang cuba ditonjolkan oleh penulis dokumen berkenaan.49
Proses ini amat memerlukan pengetahuan dari pelbagai sudut bahasa dan juga dari segi
perbendaharaan kata. Bahasa sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Oleh itu para
ahli sejarah perlu memahami peraturan semasa yang terdapat dalam perkembangan
bahasa. Para ahli sejarah sekurang-kurang perlu menguasai bahasa dalam penyelidikan
sejarah. Dalam erti kata lain para ahli sejarah perlu menguasai bahasa yang perlu dipakai
dalam mengakses sesuatu dokumen sejarah.50
Tafsiran ini juga melibatkan proses terjemahan yang dikenali sebagai proses literasi
iaitu petikan daripada satu bahasa yang diterjemah kepada bahasa yang lain. Dalam situasi
ini para ahli sejarah perlu mengambil masa yang panjang untuk mentafsir isi kandungan
dokumen tersebut. Semasa proses penterjemahan para ahli sejarah boleh bergantung
kepada bahan-bahan seperti kamus dan daftar istilah sejarah bagi menterjemahkan isi
kandungan dokumen tersebut.51 Namun halangan bagi para ahli sejarah ialah sama ada
bahan-bahan tersebut mampu membantu memahami makna-makna perkataan semasa
melakukan penterjemahan jikalau ia melibatkan banyak makna.52 Oleh itu pemahaman
maklumat akan menjadi tidak tepat dan maksud asal ayat akan menjadi tidak betul jikalau
para ahli sejarah tidak berhati-hati dari sudut menterjemah maklumat tersebut. Walau
bagaimanapun, proses terjemahan amat penting bagi memahami sesuatu dokumen
ataupun sumber sejarah.53

Tafsiran seterusnya ialah tafsiran teknikal. Kaedah tafsiran ini dapat menjelaskan tujuan
penulisan sumber yang dilakukan oleh seseorang ahli sejarah. 54 Tafsiran ini berasaskan
dua pertimbangan iaitu tujuan penulis dan melakukan bentuk pembacaan yang tepat.
48 Ibid.
49 Ibid, hlm. 56.
50 Ibid.
51 Ibid, hlm. 67.
52 Ibid.
53 Ibid.
54 Ibid.
13

Kedua-duanya dapat membezakan sumber yang hanya memberi maklumat sahaja atau
sumber yang bercampur kepada ahli sejarah.55 Hal ini demikian kerana setiap ahli sejarah
akan melibatkan idea masing-masing termasuklah emosi dan psikologi semasa membuat
tafsiran terhadap fakta- fakta dalam sumber sejarah. Oleh itu penyelidikan sejarah akan
berbeza antara satu sama lain menyebabkan tasiran teknikal perlu dilakukan untuk
mengetahui tujuan menjalankan sesuatu penyelidikan sejarah.56 Di samping itu penelitian
terhadap sumber sejarah yang digunakan akan memberi ruang untuk mengenal pasti sama
ada ahli-ahli sejarah itu menggunakan sumber primer yang tepat ataupun tidak semasa
menjalankan penyelidikan. Melalui tafsiran teknikal tersebut ahli-ahli sejarah lain mampu
untuk menghasilkan penyelidikan sejarah yang lebih berkualiti berbanding penyelidikan
sejarah sebelum ini.57

Setelah ahli sejarah berjaya melakukan tafsiran teknikal, tumpuan seterusnya ialah tafsiran
logik yang merupakan satu proses percantuman fakta-fakta sejarah yang diperoleh melalui
pengaksesan sumber primer kepada pemikiran oleh ahli-ahli sejarah mengikut kaedah
pemikiran yang betul. Tafsiran logik perlu dilakukan kerana dalam sesuatu penyelidikan
sejarah sudah pasti ahli-ahli sejarah akan melibatkan emosi dalam membuat tafsiran faktafakta sejarah.58 Di samping itu, tafsiran logik penting kerana tindakan yang diambil oleh
ahli-ahli sejarah dalam penulisan sejarah ialah menjalin peristiwa sejarah secara sistematik
dan membawa kepada kebenaran kejadian ataupun peristiwa sejarah. Jadi, pemikiran ahliahli sejarah adalah terlibat secara langsung dalam penyusunan kejadian ataupun peristiwa
sejarah dari peringkat sebelum, semasa dan selepas kejadian sesuatu peristiwa. Penulisan
sejarah ini yang melibatkan pemikiran ahli-ahli sejarah akan mempengaruhi minda
pembaca yang mengkaji penyelidikan tersebut.59 Oleh itu, kebolehan ahli sejarah dalam
membuat tafsiran logik adalah penting supaya dapat mengemukakan fakta yang jelas dan
sahih.

55 Ibid, hlm.58.
56 Ibid, hlm. 67.
57 Ibid.
58 Ibid, hlm. 68.
59 Ibid.
14

Seterusnya, proses tafsiran psikologikal melibatkan pemahaman terhadap aspek pemikiran


penulis yang menghasilkan sumber primer. Ahli-ahli sejarah perlu meneliti dengan
mendalam sumber kerana pemikiran penulis sumber sejarah tersebut mungkin dipengaruhi
oleh emosi, persekitaran, budaya, politik, fizikal, sosial, dan intelektual.60 Oleh hal yang
demikan, ahli-ahli sejarah yang membuat tafsiran psikologikal ini perlu menghindarkan
perasaan dan emosi bagi mengelakkan tafsiran tersebut dipertikaikan oleh sejarawan lain.
Ahli-ahli sejarah perlu memaparkankan perkara yang benar-benar berlaku serta membuat
tafsiran yang tepat untuk mengelakkan kekeliruan dan perdebatan yang berpanjangan. 61 Di
samping itu ahli-ahli sejarah perlu meneliti sudut pandangan penulis sumber tersebut untuk
mengkaji pemikiran penulis. Oleh itu, ahli sejarah perlu mempunyai tahap kematangan
yang tinggi dalam mengambil pendirian tertentu dan membuat tafsiran yang tepat.62

Proses tafsiran yang terakhir sekali ialah tafsiran fakta. Proses membuat tafsiran fakta ini
bermaksud ahli-ahli sejarah telah mengesahkan kebenaran fakta tersebut bersesuaian
dengan kejadian ataupun peristiwa sejarah. Ahli-ahli sejarah perlu melakukan tafsiran yang
tepat untuk mendapatkan fakta-fakta yang tepat bagi menyokong hujahan dalam penulisan
sejarah. Kaedah tafsiran dapat digunakan setelah ahli sejarah memahami dengan tepat
kandungan, makna sumber dan dokumen yang dikaji.63 Menerusi kaedah tafsiran ini juga,
ahli sejarah dapat mengemukakan fakta-fakta sejarah yang disignifikan sama ada secara
individu atau berkumpulan bagi menjelaskan sebab dan akibat sesuatu peristiwa sejarah itu
berlaku. Selain itu, tafsiran ini juga penting bagi mengelakkan perbalahan dalam kalangan
sejarawan.64 Walau bagaimanapun, proses ini mengambil masa yang agak lama dan ahliahli sejarah perlu mengakses seberapa banyak sumber primer bagi menyokong hujahan
mereka. Oleh itu, kemahiran dan penelitian yang tinggi terhadap jenis sumber yang diakses

60 Ibid.
61 Ibid, hlm. 69.
62 Ibid, hlm. 68-69.
63 Ibid, hlm. 69.
64 Ibid, hlm. 59.
15

perlulah dimiliki oleh sejarawan untuk mendapatkan sumber primer yang tepat dan relevan
bagi membolehkan mereka membuat tafsiran fakta yang tepat dan tulen. 65

Sebagai ikhtisarnya, proses kritikan dalaman adalah sangat penting dan tidak harus
diabaikan oleh ahli-ahli sejarah dalam mumbuat kajian atau penyelidikan supaya dapat
mewujudkan kebenaran sejarah. Proses penyelidikan tidak akan sempurna tanpa
melibatkan kritikan dalaman. Hal ini demikian kerana proses kritikan sumber dapat
membantu menghasilkan dokumen, sumber dan fakta sejarah yang sahih tanpa
menggunakan sumber yang bercanggah dan disangsikan. Secara tidak langsung, kaedah
kritikan dalam penulisan sejarah dapat menyumbang kepada terbentuknya penulisan
sejarah yang lengkap dan padat seterusnya menghasilkan karya yang berkualiti seta
mencapai tahap kebenaran sejarah.

4.0

RUMUSAN

Kesimpulannya di sini, sejarah merupakan satu cabang ilmu kemanusiaan yang tidak asing
lagi pada masa ini. Walaupun kepentingan dan masa depan subjek ini sering dipertikaikan,
namun , terdapat pelbagai usaha untuk menjadikan sejarah sebagai suatu bidang ilmu
yang setanding dengan bidang-bidang ilmu yang lain. Sejarah atau history berasal dari
bahasa Yunani iaitu 'historia' yang bererti penyelidikan atau pengetahuan yang diperoleh
melalui penelitian yang mendalam.66 Hal tersebut menunjukkan bawah penkajian sejarah
sepenuhnya bergantung pada penyelidikan yang mendalam terhadap perkara atau
kejadian yang benar-benar terjadi pada masa lampu. Oleh hal yang demikian, ahli sejarah
atau sejarawan adalah wajib untuk menjalankan ujian atau mengalisis terlebih dahulu
sumber diperlukan bagi membuat sesuatu penulisan sejarah.

Selain itu, sumber merupakan bahan-bahan kajian yang sangat rapat dengan usaha
penyelidikan sejarah. Ia merupakan bahan yang sangat penting iaitu bahan asasi bagi
penyelidikan sejarah yang boleh diertikan sebagai mencari dan mentafsirkan sumbersumber. Jadi, penggunaan sumber harus melalui proses pemilihan atau penapisan, dan
penilaian untuk menentukan ketulenan atau kesahihannya, kaitan dan seterusnya
65 Ibid,hlm. 60,69.
66 Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, hlm. 6-7.
16

kebenaran fakta serta maklumat yang terdapat di dalamnya. Proses-proses ini pula adalah
kritikan luaran dan kritikan dalaman. Dari isi yang saya nyatakan dalam tugasan ini,
sumber-sumber sejarah yang diperolehi hendaklah diuji terlebih dahulu bagi menentukan
kesahihan atau keaslian sumbernya. Oleh itu, sejarawan hendaklah membuat kajian atau
analisis terperinci yang merangkumi pelbagai aspek kritikan iaitu kritikan luaran dan
dalaman.

Istilah kritikan pada masa ini bukanlah satu pendirian negatif semata-mata tetapi
menjadi satu ujian untuk mengesahkan atau menyangkal kebenaran pensejarahan atau
sumber-sumber tertentu. Ia turut dianggap sebagai satu usaha untuk memastikan
ketulenan sesuatu sumber asli itu.67 Dalam proses kritikan luaran terdapat beberapa
kaedah yang digunakan iaitu kaedah ujian kimia, ujian bahasa, ujian tulisan tangan dan
ujian terhadap bahan yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu dokumen dan sumber.
Manakala proses kritikan dalaman dilahirkan adalah kerana fakta-fakta yang wujud dalam
sesuatu sumber adalah nyata dan bisu. Oleh itu, ahli sejarah perlu meneroka dengan lebih
dalam lagi sumber-sumber tersebut untuk mendapatkan kebenaran yang hakiki tentang
sesuatu kejadian. Akhir sekali , dan juga dari isi yang saya nyatakan di dalam tugasan ini,
saya menegaskan bahawa penulisan sejarah amat memerlukan kritikan luaran dan kritikan
dalaman untuk memastikan kesahihan sesuatu sumber dan seterusnya menghasilkan
sebuah kajian yang diyakini dan tepat.

5.0REFLEKSI
Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang dan berjaya menyiapkan tugasan
yang diminta pensyarah ini mengikut masa yang telah ditetapkan. Secara jujurnya, apabila
menerima tugasan ini, perkara yang amat membimbangkan saya adalah mampukah saya
menyiapkan tugasan kerja kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat
beberapa tugasan kerja kursus lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama.
Keadaan ini banyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan

67 R. Suntharalingam, hlm. 36.


17

tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak berputus asa dan memberi
alasan untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan.

Sebagai langkah mengatasi masalah ini, saya telah mengambil inisiatif berbincang
dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing. Perbincangan dan
kolaborasi ini sangat membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana
saya berpeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara
melaksanakan tugasan untuk mendapatkan hasil yang sangat memuaskan. Kolaborasikolaborasi tersebut termasuklah perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran serta
pertukaran bahan-bahan dengan rakan.

Setelah menyiapkan tugasan ini, saya telah mempelajari kepentingan sejarah dalam
membentuk insan yang lebih sempurna. Hal ini demikian kerana sejarah memberikan
pengajaran atau iktibar kepada manusia supaya kita tidak mengulangi kesalahan yang
sama. Selain itu, adalah sangat penting bagi seseorang ahli sejarah mendapatkan sumber
untuk menentukan kebenaran dan kesahihan sesuatu fakta agar dapat menghasilkan
sebuah kajian yang tepat dan berkualiti. Oleh itu, saya telah dapat mengetahui bahawa
proses kritikan luaran dan dalaman memainkan peranan signifikan dalam memastikan
ketulenan dan keaslian sesuatu sumber.

Dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan
ini pula adalah lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan tugasan ini. Apabila
sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih
proaktif melaksanakan tugasan ini supaya mengelakkan diri daripada melaksanakan
tugasan pada saat-saat akhir dan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya sematamata untuk menyiapkan tugasan ini.
Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai
kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit
pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya
dapat menguruskan masa dengan lebih berkesan. Dengan yang demikian, saya akan
dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti serta memanfaatkan masa yang lebih untuk
tujuan lain.

18

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.
Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang masa
melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan
kemahiran sedia ada pada saya.

6.0

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Abdullah. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1996.
Arbaiyah Mohd Nor. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2002.

19

Hani. The Education: Kritikan Sumber. Diakses pada 16 Ogos 2014, daripada
http://fafaunieniey.blogspot.com/2013/06/kritikan-sumber.html.
Hani, The Education: Perbezaan Antara Kritikan. Diakses pada 16 Ogos 2014, daripada
http://fafaunieniey.blogspot.com/2013/06/bincangkan-perbezaan-antarakritikan.html.
Kamus Dewan, Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000.
Muhd Yusof Ibrahim. Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.
Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1986.
Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan:
Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.
P. Sivarajan, S. Malar Arasi, Pengantar Sejarah. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd., 2012.
Rozeman Abu Hassan, Mengenali dan Mentafsir Sumber-sumber Sejarah. Shah Alam:
Karisma Publication Sdn. Bhd., 2004.
R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican and Sons, 1985.
Teuku Iskandar, Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970.

7.0

LAMPIRAN

20

Gambar 1: Batu Bersurat di Terengganu

Gambar 3: Piagam Madinah

Gambar 5: Majalah Dewan Agama


dan Falsafah

Gambar 2: Batu Nisan Mansur

Gambar 4: Akhbar Utusan Malaysia

Gambar 6: Jurnal Pendidikan dan Kebudayaan

21

You might also like