Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 33

Debat

Struktur Debat Ala Parlimen


Usul debat akan dimaklumkan 30 minit lebih awal
2. Perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu
mengikut gaya Perdebatan ala-Parlimen Malaysia.

3. Setiap pusingan debat mempunyai dua pasukan iaitu


pasukan Kerajaan (pencadang) dan Pembangkang.
Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang pendebat dan
seorang pendebat simpanan.

4. Pasukan Kerajaan terdiri daripada Perdana


Menteri dan 2 anggota kerajaan manakala
pasukan Pembangkang terdiri daripada Ketua
Pembangkang dan dua anggota pembangkang.
5. Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan
substantif. Ucapan gulungan bagi pihak
Kerajaan dan Pembangkang boleh disampaikan
sama ada oleh pendebat pertama atau kedua
daripada pihak masing-masing.

6. Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap peserta adalah seperti yang
berikut:

Ucapan Substantif

Perdana Menteri/pencadang pertama - 7 minit

Ketua Pembangkang/pembangkang pertama - 7 minit

Anggota Pertama Kerajaan/pembangkang kedua - 7 minit

Anggota Pertama Pembangkang/pembangkang kedua - 7 minit

Anggota Kedua Kerajaan/pencadang ketiga - 7 minit

Anggota Kedua Pembangkang/pembangkang ketiga - 7 minit

Ucapan Gulungan

Gulungan/rumusan Pembangkang - 4 minit

Gulungan/rumusan Kerajaan - 4 minit

7. Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan


dibunyikan sekali selepas seminit masa berlalu bagi
menandakan pasukan lawan sudah boleh melakukan
celahan / meminta penjelasan, dan sekali lagi pada satu
minit terakhir bagi menandakan masa untuk membuat
celahan sudah tamat. Loceng akan dibunyikan dua kali
apabila masa tamat.

8. Untuk ucapan gulungan, loceng akan dibunyikan


sekali pada permulaan minit yang ketiga dan dua kali
apabila tamat masa empat minit

9. Pendebat yang melebihi had masa


lebih daripada 30 saat akan diberi amaran
dan akan diminta menamatkan ucapan
oleh Yang DiPertua Dewan (Speaker).

PERANAN SETIAP PASUKAN


1. Peranan pihak Kerajaan adalah untuk menyokong
usul. Mereka perlu mendefinisikan usul, memberi
hujahan/kes yang menyokong usul dan membidas
sebarang cabaran yang dibuat oleh pihak Pembangkang
terhadap hujahan usul mereka.

2. Peranan pihak Pembangkang adalah untuk


membangkang usul. Mereka perlu menjawab definisi
Kerajaan dan jika perlu membina hujahan/kes
bangkangan terhadap usul dan membidas hujahan yang
dikemukakan oleh pihak Kerajaan.

FAKTA BARU
1. Tiada sebarang fakta baru dibenarkan bagi disampaikan dalam
ucapan substantif pendebat ketiga dan ucapan gulungan manamana pasukan (Kerajaan atau Pembangkang). Contoh baru ialah
bukan fakta baru. Hujahan atau fakta dikira baru kecuali:-

i. Yang telah digunakan dalam mana-mana hujahan terdahulu


ii. Yang merupakan bidasan terhadap hujahan pasukan lawan

DEFINISI

1. Tugas memberikan definisi usul perdebatan yang wajar dan boleh


dibahaskan ialah hak dan tanggungjawab pihak Kerajaan.

2. Pihak Pembangkang boleh:-

i. Menerima definisi Kerajaan secara keseluruhan/mutlak; atau

ii. Menerima dengan membuat pindaan tertentu; (hanya untuk kategori


Bahasa Melayu) atau

iii. Menolak secara keseluruhan/mutlak dan mengemukakan definisi


alternatif.

3. Pihak Pembangkang boleh menolak definisi pihak Kerajaan


secara keseluruhannya hanya jika:-

i. Definisi pihak Kerajaan tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan


maksud sebenar usul.

ii. Definisi pihak Kerajaan ialah truistik, iaitu tidak boleh


dibangkang dengan hujahan rasional.

iii. Definisi pihak Kerajaan berdasarkan kepada pendefinisian yang


terlalu spesifik ataupun yang melibatkan masa dan tempat yang
tidak masuk akal.

PENJELASAN/CELAHAN

Penjelasan/celahan dalam konteks ini bermaksud


penjelasan yang diminta oleh pihak lawan bagi
membetulkan pendebat yang sedang berucap atau
menimbulkan fakta penting. Penjelasan/celahan
hendaklah ringkas dan bersangkutan dengan apa yang
sedang dibincangkan oleh pendebat tersebut.

2. Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak


mutlak sama ada untuk menerima atau menolak
penjelasan/celahan yang cuba diberikan.
Bagaimanapun, penolakan penjelasan/celahan yang
berterusan atau penerimaan yang keterlaluan sehingga
menjejaskan kualiti ucapan pendebat tersebut harus
dipandang serius. Dengan ini disyorkan setiap pendebat
menerima sekurang-kurangnya dua penjelasan. Walau
bagaimanapun, program perdebatan ini tidak
mengenakan had maksimum atau minimum bagi
menerima penjelasan/celahan

Penjelasan/celahan tidak boleh melebihi 15 saat.


Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat. Jika
penjelasan / celahan belum selesai, pendebat yang
meminta penjelasan/celahan hendaklah duduk sertamerta.

Penjelasan/celahan tidak boleh diminta sebelum berakhir


minit pertama dan pada minit terakhir mana-mana
ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali bagi
menandakan permulaan dan sekali lagi pada
pengakhiran waktu meminta penjelasan dibenarkan.
Penjelasan/celahan tidak boleh diminta dalam ucapan
gulungan.

5. Hanya ahli daripada pihak lawan boleh meminta


penjelasan/. Pendebat hendaklah memberi isyarat jika
ingin mencelah dengan cara berdiri, mengangkat
tangan, membuat permohonan dan sebagainya yang
menggunakan cara yang sesuai.

6. Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau


menolak penjelasan dengan memberi isyarat fizikal atau
memberitahu secara lisan. Jika ditolak, pendebat yang
ingin meminta penjelasan/celahan hendaklah duduk dan
menunggu peluang yang lain.

7. Apabila penjelasan/celahan diterima, pendebat yang


sedang berucap tidak boleh menjawab selagi pendebat
yang meminta penjelasan belum selesai mencelah atau
peruntukan 15 saat yang diberi belum tamat (yang mana
dahulu). Pendebat tidak wajar memotong
penjelasan/celahan yang diminta oleh pasukan lawan
apabila telah menerimanya.

BANTAHAN SEMASA PERDEBATAN SEDANG


BERLANGSUNG

1. Bantahan dalam konteks ini bermaksud bantahan yang diajukan


oleh pendebat kepada Yang Dipertua Dewan semasa perdebatan
berlangsung bagi menarik perhatian beliau terhadap perlanggaran
sebarang peraturan perdebatan seperti:i. Penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam
perdebatan; atau
ii. Pengenalan fakta baru semasa dalam ucapan substantif pendebat
ketiga dan/atau ucapan gulungan; atau
iii. Mana-mana pendebat yang melebihi had masa lebih daripada 30
saat.

2. Menjadi tanggungjawab setiap pasukan untuk menyuarakan


bantahan terhadap sebarang pelanggaran peraturan. Keputusan
Yang DiPertua Dewan sama ada untuk menerima atau menolak
bantahan yang dikemukakan adalah muktamad.

3. Jika bantahan diterima, Yang DiPertua Dewan boleh


mengarahkan pendebat yang terbabit agar mematuhi peraturan
yang dibangkitkan dan masa yang digunakan untuk membuat
bantahan akan dikira dari masa pendebat yang sedang berucap.
Sebaliknya, jika bantahan ditolak pendebat terbabit akan diberikan
masa tambahan bagi menggantikan masa yang telah digunakan
semasa bantahan tersebut.

TAJUK PERDEBATAN
1. Tajuk-tajuk bagi setiap pusingan perdebatan akan diumumkan
kepada peserta hanya 30 minit sebelum bermulanya perdebatan.

2. Tajuk-tajuk perdebatan pertandingan perlulah merangkumi isu dan


bidang yang berlainan secara menyeluruh, contohnya yang
merangkumi bidang falsafah, politik, ekonomi, undang-undang
sosial, sukan, sains dan teknologi.

3. Tajuk-tajuk perdebatan akan disediakan oleh pihak penganjur.

Pengacaraan Majlis

Pengacara merupakan orang penting dalam sesebuah


majlis. Ini kerana tanpa pengacara, sesuatu majlis tidak
boleh berlangsung. Bilangan pengacara boleh terdiri
daripada seorang atau dua (pengacara bersama).
Pengacara juga mesti arif dengan latar majlis (rasmi,
separa rasmi dan juga tidak rasmi), objektif (tujuan
sesuatu majlis itu diadakan) dan hal ehwal program
majlis (atur cara majlis). Skrip pengacaraan sesuatu
majlis perlu mengikut atur cara kerana ia telah
ditetapkan dan para tetamu telah diberikan kad
mengenai atur cara tersebut.

Pengacara juga mesti mempunyai keterampilan dalam


penggunaan bahasa sama ada dalam lisan atau tulisan.
Keterampilan ini penting memandangkan tumpuan majlis
tertumpu kepada pengacara. Jika berlaku sesuatu
perkara yang tidak dijangka, pengacara itu dapat
mengatasi masalah dengan baik. Mereka juga perlu
mengetahui protokol, etika sosial, cara berpakaian dan
sebagainya.Pengacara juga dikenali sebagai juruacara
@ Master Of Ceremony (mc).

PERATURAN BERLISAN, SALUTASI, DAN PROTOKOL


Salutasi bermaksud cara mengamalatkan seseorang.
Perkataan mengamalatkan menunjukkan cara kita
menyebut pangkat, jawatan, anugerah, dan nama
seseorang dengan betul. Taraf hadirin penting dalam
konteks budaya di Malaysia. Justeru, skrip
pengaracaraan dapat membantu pengacara
menyediakan salutasi dengan menggunakan protokol
yang betul. Adalah salah jika pengacara itu tersilap
menyebut nama tetamunya dengan betul.

Pengacara boleh mulakan salutasi dengan salam dan


seterusnya kata-kata aluan kepada jemputan kehormat,
penganjur majlis, dan para hadirin mengikut kesesuaian
majlis dan juga mengikut susunan protokol. Cara
menulis juga perlu diperhatikan.

Contoh Salutasi :

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Yang Berhormat Dato .....................

Setiausaha Kerajaan Negeri................

Yang Berbahagia Dato ....................

Yang Dipertua ............................

Ahli-ahli ................................

Pegawai-pegawai Kanan.....................dan Persekutuan

Tetamu kehormat, tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian .

JENIS MAJLIS

Skrip pengacaraan akan berbeza mengikut majlis:

a. Majlis rasmi- Majlis perasmian/penutup, majlis taklimat kompleks,


majlis penganugerahan.

b. Majlis tidak rasmi - gabungan formal dan tidak formal- majlis


sosial, majlis perpisahan, majlis taklimat ringkas, majlis hiburan, dan
hanya melibatkan satu taraf hadirin (tetamu hanya golongan biasa
sahaja).

GAYA PENYAMPAIAN
Nada yang sesuai.
Gerak laku ketika bertutur.
Pemilihan perkataan yang mempunyai kesantunan.
Membina ayat dengan ayat aktif.
Gunakan bahasa kiasan.
Amalkan bahasa yang mudah.
Membuat penutup dengan menyatakan harapan

Kesalahan
yang perlu dielakkan
Elakkan pembaziran perkataan.
Elakkan klise.
Elakkan ulangan yang tidak perlu.
Terlalu merendah diri.
Berpura-pura.
Pujian melambung.
Terlalu banyak menggunakan badan
Sindiran
Penggunaan tatabahasa yang tidak betul.
Kurang membuat hubungan dengan jemputan- memandang ke bawah.
Elakkan daripada cuba mengawal ketenangan.

FORUM
Forum ialah perbincangan tentang
sesuatu topik, sama ada topik tersebut
topik terbuka/umum mahupun topik
spesifik/tertutup.
Perjumpaan utk perbincangan terbuka
tentang perkara yg menjadi kepentingan
awam (Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka Edisi Ke-4)

Ahli-ahli forum terdiri daripada;


- Pengerusi Forum
-Ahli Panel 1
-Ahli Panel 2
-Ahli Panel 3

Pengerusi forum akan memperkenalkan


dirinya terlebih dahulu serta
memperkenalkan tajuk ataupun isu yang
bakal dibincangkan dalam sesi forum
tersebut.
seterusnya , ahli-ahli panel forum akan
diperkenalkan.

Contoh teks:

Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara/saudari


_______________________ yang merupakan
__________________________ . Apa khabar saudari? Panel
Pertama : Alhamdulillah sihat Cik Pengerusi. Cik Pengerusi
macamana? Pengerusi : Alhamdulillah, sihat juga. Seterusnya ahli
panel kedua, ayu berbaju kurung
saudari/saudara____________________________, (jawatan).
Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi
bijak berkata-kata, saudari/saudara _________________. Selamat
datang juga buat saudara.

Seterusnya, panel pertama akan


menerangkan konsep ataupun
mendefinisikan tajuk perbincangan yang
telah dinyatakan oleh Pengerusi Forum
diikuti dengan soalan-soalan yang
seterusnya diutarakan kepada panel
kedua dan ketiga.
Sesi forum akan diteruskan dengan
beberapa soalan yang akan diajukan
kepada ketiga-tiga panel sehingga habis
sesi forum tersebut.

Ciri-ciri Ahli Forum yang baik

- Petah berbicara
- Pandai menghiburkan suasana
- Bercakap dengan menggunakan intonasi yang
pelbagai
- Pandai mengawal situasi
- Peka dan mengikuti isu semasa, banyak
membaca
- Yakin
- Percakapan yang jelas

You might also like