Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

ONLINE LEARNING BERSAMA DR ZAMRI.

1. Apa maksud penyelidikan?


Banyak jawapan.boleh rujuk dalam nota. Tiada jawapan spesifik dari dr.
2. Apa maksud proses saintifik?
Penyelidikan satu proses yang sistematik dalam pengumpulan maklumat dalam membuat
kajian
3. Mengapa perlu pengulangan dalamkajian?
Untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan
4. Apakah sikap seorang penyelidik atau saintis
-Berfikiran kritis dan kreatif (Banyak jawapan tap ini jawapan yang dr looking for)
- Tidak memanipulasi data dan hasil kajian ,serta membuat laporan ikhlas dan jujur.
* Dr Zamrita mbah penyelidik mesti sangsi pada maklumat yang diterima,penyelidik mesti
verify dulu.

5. 5 element of Cresswell
1.The topic
2.The research problem
3.Evidence justifying the research problem
4. Deficiencies in evidence
5. The audience
@ TIJDA T-topic, I- Issue, J-justfying, D-Deficiency, A- Audience.
6. Bagaimana flow dalam proses penyelidikan?
Banyak jawapan.boleh rujuk dalam nota. Tiada jawapan spesifik dari dr.
7. Rekabentuk apa yang perlu nyatakan hipotesis?
- Eksperimental
- Korelasi
- Causal comparative

8. Maksud takrifan operasional?

Definisi dan pengertian bagi sesuatu istilah secara spesifik yang boleh digunakan dalam
kajian,pembolehubah yg boleh diukur @ bersifat khusus.
@
Penjelasan istilah atau perkataan dalam tajuk yang digunakan dalam kajian untuk
menjelaskan secara secara terperinci mengenai tajuk yang dikaji.
9. Adakah kemungkinan definisi operasional untuk 2 pengkaji berbeza bagi satu
istilah yang sama?
Ya, ada kemungkinan kerana istilah tersebut datangnya dari pandangan yang pelbagai
yang terhasil dari kajian dan pandangan pengkaji terdahulu./pandangan pengkaji lepas
berbeza,kita ambil yang paling sesuai dgn kajian kita.

10.Apakah maksud positivism dan interpretivism ?


Positivism Kita buat kajian berasaskan teori tertentu. Realiti adalah tunggal,mesti
berpandukan daripada standard itu.Contoh: Kalau orang cantik, standardnya tinggi
danputih
Interpretivism Bila sudut interpretivism, hasil kajiannya menunjukan, mungkin pandangan
society akan berbeza, cantik tu ditakrif dengan definisi berbeza atau lebih
mendalam..Contoh..bukan setakat tinggi putih, tpi mesti rambut ikal lurus, mata bundar,
bibir merah ( lebih detail) ataupunberbeza: maksud cantik kulit hitam manis baru
dipanggil cantik.
@
Kuantiti kita jadikan hipotesis sebagai rujukan, reality berasaskan kepada itu. Manakala
kualitatif tiada apa2 hipotesis ,penyelidik mulakan kajian tanpa sebarang hipotesis,
tugasnya hanya mengkaji dengan mendalam
Dalam kuantiti tiada ramalan, dalam kuali mmg sifatnya membuat ramalan

11.Apa pandangan kuantitit dan kualitatif tentang generalization?


Kuantitatif saiz sampel besar,pemilihan rawak
Kualitaif saiz kecil dan pemilihan bertujuan..
Maka kuantiti boleh generalisasi dan kuali tidak.

12.Apa persamaan antara kuali dgn kuantiti?


Menyelidik dan menganalisis,serta interpretasi data dan merumus data.

13. Apa perkara yang kualitatif tiada tapi ada bagi kuantitatif?
Kuantitaif ada hipotesis, kualitatif tiada.

14.Apa tujuan kita membuat sorotan literature?


Sebagai panduan untuk memahami pengetahuan dalam skop kajian dan sebagai panduan
untuk apa yang telah diketahui@
Untuk mengetahui kajian lepas yang telah dilakukan,objektif,method yang digunakan dan
hasil terhadap suatu kajian samaada berkaitan dengan kajian yang kita laksanakan. @
Sorotan literature membantu pengkaji untuk mengukuhkan masalah kajian,mengkaji
masalah yang tidak pernah dikaji,menunjukan pengkaji mengkaji banyak kajian lepas
sebelum membuat kajian

15. Apa itu kerangka konsep?


Kerangka konsep sintesis dari pelbagai literature yang disoroti, samada berbentuk
teoritikal atau konseptual.
@ ringkasan kepada idea kajian kita

16. Apa maksud unit of analysis?


Entiti atau unit yang akan dikaji atau dianalisis
Contoh :orang,kumpulan, artifak,unit geografi atau interaksi sosial.
Contoh dalam kajian :Sekumpulan murid tahun 2

17. Ada tak unit analisis yang non human?


Ada artifak, bahan arkeologi, modul

18. Apa itu populasi?


Individu dari kumpulan besar yang dipilih bagi tujuan kajian.

19. Adakah bila kita buat kajian, kita mesti dapat data drpd semua orang dalam
populasi?
Tidak..Kita akan buat persampelan

20. Apa populasi sasaran dan populasi capaian?


Populasi sasaran populasi yang ingin diselidiki oleh pengkaji serta dijadikan asas untuk
membuat generalisasi. Walau bagaimanapun jarang dapat diperolehi
Populasi capaian populasi pilihan yang realistic kerana kebanyakan pengkaji dapat
menjadikannya sebagai asas untuk membuat generalisasi dapatan kajian.
Contoh kajian :Kesan ICT terhadap pencapan Sains Murid Tahun 6 di Sabah.

Populasi sasaran Semua murid tahun 6 di Sabah


Populasi capaian semua murrid tahun 6 di Kota Kinabalu.
Jadi,sampel yang diambil: 10% murid tahun 6 di Kota Kinabalu.

21. Apa maksud sampling?


Proses pemilihan sebahagian sampel bagi mewakili sekelompok populasi untuk kajian.
Tujuan :Untuk mengumpul data tentang populasi tersebut untuk membuat inferens dan
akhirnya generalisasi dapat dibuat untuk keseluruhan. @ Untuk mendapatkan maklumat
tentang sesuatu populasi bagi mendapatkan generalisasi bagi kesemua populasi.

22. 2 kategori sampling


Probablty sampling & non probablty sampling @ persampelan rawak dan bukan rawak
23.
-

Jenis persampelan rawak


Persampelan rawak mudah
Persampelan rawak berlapis
Persampelan rawak berkelompok
Persampelan rawak sistematik

24.
Apa maksud persampelan rawakmudah?
Setiap subjek dalam populasi boleh terpilih menjadi sampel, dan setiap subjek tersebut
mempunyai ciri-ciri yang sama untuk tujuan kajian.
25.
Analogitopi?
Digunakan untuk memahami persampelan rawakmudah. Masukkan semua sampel dalam
topi kemudian cabut secara rawak.
26.

Beza persampelan RAWAK mudah dan persampelan mudah


Persampelan RAWAK mudah Setiap orang dalam populasi yang kita target ada peluang
jadi sampel. Contoh nak ambil 100 murid tahun 1 dalam populasi tahun 1 sekolahsekolah di Kapit. Semua murid tahun 1 di Kapit ada peluang jadi sampel.
Persampelan mudah Terus ambil jadi sampel sebab mudah diakses
Contoh..penyelidik tu fasilinus/pegawai SISC+, dia terus je ambil muridtahun 1 yang dia
jumpa masa dia pergi melawat sekolah untuk jadi sampel sebab senang nak akses.

27.
Apa maksud kerangka persampelan?
Senarai populasi yang diperoleh di mana sampel akan dipilih daripadanya.
28.

Apa maksud rawak bersistem


Numberkan subjek ,kemudian pilih sampel. Contoh label sampel dari 1-300. Then kita
pilih contoh dalam gandaan 5. Jadi, pilih sampel ke 5, 10,15 20, dan seterusnya. Tu
sistematik. @
Setiap ahli ke-n dalam senarai populasi dipilih sebagai sampel.

29.

Apa maksud cluster sampling(Persampelan berkelompok)?

Dari populasi yang besar, penyelidik ambil sampel secara kelompok. Contoh kalau
penyelidik nak tahu sejauh mana guru-guru BM di Sarawak buat abm di sekolah semasa
mengajar. Populasi guru BM di Sarawak besar, jadi penyelidik tidak pergi semua daerah
pilih sampel. Penyelidik mungkin pergi hanya 10 dari 20 daerah untuk pilih sampel.
Analogi Drzamri
Ada 300 orang murid dalam satu sekolah. 30 orang kena bersihkan library harini.
Kalau rawak MUDAH cabut undi 30 orang murid dari 300 orang tu.
Kalau rawak KELOMPOK X payah undi nama, pilih je satu kelas yang ada 30 orang
murid, kelas tu je bersihkan library.
30.
Apa maksud stratified sampling dalam random sampling?
Proses mendapatkan sesuatu sampel dengan mengasingkan populasi kepada beberapa
kumpulan homogenus yang berbeza dan tidak bertindih. Contoh strata :bidang
pekerjaan, pendapatan, umur, bangsa.
Langkah2
1.
Kenal pasti pembolehubah sebagai asas untuk distrata
2.
Senarai lengkap bagi elemen-elemen populasi mesti diperoleh
3.
Secara rawak ambil sampel dari setiap strata.

31.
Apa maksud convenience sampling ( persampelan mudah)?( dah explain
kat soalan 26 tadi)
Pemilihan sampel secara accidental atau yang mudah diakses, untuk membentuk
generalisasi yang mewakli populasisecara keseluruhan.

32.

Apa maksud snowball sampling?

Digunakan untuk mengenalpasti sampel yang ingin dikaji, sampel yang dipilih itu akan
mencari sampel2 lain untuk mencukupkan kuota persampelan terutama bagi sampel
yang sukar diakses atau sukar dikenalpasti.

33.

Berapa saiz sampel untuk persampelan bola salji?

Tiada nilai sampel yang khas, cukup sehingga pengkaji merasa semua yang diperlukan
untukkajian telah didapati,istilah lain sehingga tahap tepu, tiada tema baru muncul.

You might also like