Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Modal teroka atau modal usaha niaga (Inggeris: venture capital) ialah modal atau wang yang

dilaburkan untuk syarikat usaha niaga oleh pelabur yang bukan pemilik asal syarikat itu.
Istilah ini juga kadang-kadang digunakan untuk modal yang digunakan bagi menyelamatkan
sesebuah syarikat.
Pemodal teroka (venture capitalist) ialah mereka yang menyediakan modal; ini termasuk
individu, bank pelaburan dan institusi yang mengkhususkan dalam menyediakan modal
teroka. Pemodal teroka menjangka ada pelaburan mereka yang berjaya dan ada yang gagal.
Kelangsungan pelaburan mereka bergantung kepada pemilihan lebih banyak pelaburan yang
berjaya daripada yang gagal. Pemodal teroka menghadapi risiko lebih tinggi untuk rugi
daripada pelabur yang melabur dalam perniagaan yang terbukti berjaya. Oleh kerana itu
pelabur modal teroka mahukan jangkaan keuntungan yang lebih tinggi daripada pelaburan
mereka. Apabila melabur dalam syarikat usaha niaga, pelabur ini biasanya mahu memiliki
saham dalam perniagaan tersebut. Sebagai sebahagian daripada pemilik, pemodal teroka
mempunyai lebih banyak kawalan ke atas pelaburan mereka dan dalam kedudukan yang lebih
baik untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi jika perniagaan itu berjaya. Pemilik asal
perniagaan mungkin perlu bersetuju kepada syarat ini jika ia satu-satunya cara untuk
mendapatkan wang dan mengumpul dana tanpa meminjam. Pemilik juga mengalu-alukan
kepakaran kewangan dan perniagaan yang boleh diberikan oleh pemodal teroka
Sejarah modal teroka di Malaysia
Modal teroka merupakan perantara kewangan alternatifal ternatif yang diperkenalkan pada
tahun 1970-an di Amerika Syarikat, awal 1980-an di United Kingdom, pertengahan 1980-an
di Jepun dan Kanada, dan sekitar tahun 1987 di India (Parikh 2002). Industri modal teroka
Malaysia bermula pada tahun 1984 dengan tertubuhnya syarikat Malaysian Ventures
Berhad11 (BNM, 1999).
Syarikat modal teroka bermula beroperasi di Malaysia pada tahun 1984. Venture Berhad
merupakan syarikat modal teroka yang pertama ditubuhkan di Malaysia pada tahun tersebut.
Dalam hal ini, Malaysia agak terlambat dibandingkan dengan negara-negara Asia Pasifik yang
lebih maju seperti Jepun, Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Korea. Namun begitu, dengan
suasana pelaburan yang kondusif dan insentif cukai daripada pihak kerajaan, industri modal
teroka mengalami pertumbuhan yang berterusan di Malaysia. Namun, hanya 10 tahun selepas
itu, kerajaan mula menampakkan minat yang serius dalam industri ini dengan menubuhkan
MTDC (Malaysian Technology Development Corporation)
Setakat 31 Disember 1999, 30 syarikat modal teroka telah berdaftar dengan Bank Negara.
Mengikut anggaran Persatuan Modal Teroka Malaysia (MVCA) pula, terdapat 50 syarikat
modal teroka yang beroperasi di Malaysia. Kajian oleh Boocock dan Wahab (1997) mendapati
bahawa modal teroka tidak formal (business angels) memainkan peranan yang penting dalam
menyediakan modal risiko kepada kebanyakan PKS di Malaysia. Namum demikian,
kekurangan kesedaran mengenai peranan modal teroka telah mempengaruhi permintaan
terhadap dana modal teroka (Bank Negara Malaysia, 1994 dan 1995; dan Lin 1992).
Di Malaysia, industri modal teroka masih lagi di peringkat asas pertumbuhan dan sumber
dana industri tersebut amatlah terhad sekali. Pihak kerajaan telah memainkan peranan yang
penting dalam menyumbang lebih dari 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pengumpulan
dana terkumpul (sebanyak RM2.54 billion) pada tahun 1999. Selain itu, pihak syarikat adalah
1

kedua terbesar yang menyumbangkan kepada keseluruhan dana terkumpul (30 peratus), dan
ini diikuti oleh pihak bank (17 peratus) dan lain-lain sebanyak lapan peratus. Keadaan ini
berbeza jika dibandingkan dengan pasaran modal di negara-negara maju. Contohnya, di
Amerika Syarikat dana modal teroka datang dari beberapa sumber seperti syarikat pelabur
besar, dana dari wang simpanan simpanan pencen, dana endowmen, pelaburan-pelaburan
syarikat insuran dan sebagainya (Sheikh Ghazali Abod, 2001).
Pihak kerajaan adalah merupakan penyumbang modal terbesar bagi dana modal teroka di
Malaysia dan industri modal teroka di Malaysia masih banyak bergantung kepada sumber
tempatan. Jumlahnya masih agak kecil jika dibandingkan dengan potensi sumbangan syarikatsyarikat ini kepada pembangunan ekonomi negara. Manakala dari sudut sektor pelaburan,
indutsri modal teroka tertumpu kepada tiga sektor utama beroreintasikan teknologi dan
pengetahuan iaitu tekonologi komunikasi dan maklumat, perkilangan dan sains kehidupan.

You might also like