Teks Pesta Sukan Antara Rumah 2015

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PESTA SUKAN TAHUNAN ANTARA RUMAH S.

K NANGA JIH 2015


Teks Ucapan Juruacara: Cikgu Evylinner/Cikgu Intan Jamala
ACARA
SKRIP
Pengumuman Ketibaan Tetamu Kehormat
Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat, Yang Berbahagia
Encik Berita anak Sabang, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Kanowit
Ucapan Alu-aluan
Assalamualaikum wrt wbkth dan salam sejahtera diucapkan kpd
Yang Berbahagia,
Cikgu Berita anak Sabang, Penolong Pegawai Pendidikan
Daerah Kanowit
Yang Dihormati, Cikgu Jabut anak Minda, Guru Besar S.K
Nanga Jih.
Yang Dihormati, Encik Solomon Jilin, YDP PIBG, SK Ng
Jih.
Yang Berusaha, Cikgu Kebing Seng, Penolong Kanan 1,
Cikgu Tillotson, Penolong Kanan HEM, Cikgu Brian
Dana, Penolong Kanan Ko-kurikulum, guru-guru, akp,
ibu bapa, seterusnya para pelajar S.K Nanga Jih yang
dikasihi sekalian.
SELAMAT DATANG KE PESTA SUKAN TAHUNAN
ANTARA RUMAH SK NANGA JIH, 2015
Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran
kepada Tuhan, kerana atas limpah kurniaNYA dapat kita
bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini
untuk menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan Antara Rumah bagi
tahun 2015.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan-tuan
dan puan-puan untuk hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan ini.
Sesungguhnya kehadiran semua membuktikan sokongan dan
semangat yang jitu untuk menjulang dan memartabatkan Nanga
Jih ke tahap yang tinggi dalam bidang sukan.
Perarakan
kontinjen

Hadirin yang dihormati,


Marilah kita saksikan perarakan masuk dan lintas hormat
kontijen-kontijen rumah sukan yang akan mengambil bahagian
dalam PESTA SUKAN pada kali ini.

CATATAN

Dengan ini majlis menjemput Cikgu Berita anak Sabang berdiri


bagi menerima tabik hormat lalu lintas kontinjen. Dipersilakan.
1. Mendahului perarakan ialah kontinjen pasukan prasekolah yang dibimbing oleh cikgu Eta anak Gerut dan
Puan Ureen anak Menoa. Kontinjen ini diketuai oleh adik
Embry Anak Lanyau.
2. Seterusnya ialah kontinjen rumah merah yang dibimbing
oleh Cikgu Evylinner Akim dan Cikgu Adeline Amy.
Kontinjen ini diketuai oleh adik Mc Miller Heckson.
3. Kontinjen seterusnya ialah rumah kuning yang dibimbing
oleh cikgu Leman Muyang dan Cikgu Anis Najwan.
Kontinjen ini diketuai oleh adik Avenizer Johnny.
4. Kontinjen terakhir kita pada hari ini ialah rumah hijau.
Kontinjen ini dibimbing oleh Cikgu Intan Jamala dan
Cikgu Karenth. Kontinjen ini diketuai oleh adik Allysha
Sharlene.
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Berita di atas
kesudian menerima tabik hormat daripada para kontinjen
sebentar tadi.
Nyanyian
Lagu

Nyanyian Lagu
Seterusnya, Nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.
Hadirin diminta berdiri dan bersedia.

Ucapan
Alu-aluan

Hadirin dipersilakan duduk.


Ucapan Guru Besar
Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang
Dihormati, Guru Besar Sk Nanga Jih, Cikgu Jabut anak Minda
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

Hadirin yang dihormati.


Tidak sempurna majlis kita pada hari ini tanpa mendengar
ucapan perasmian. Untuk itu majlis dengan sukacitanya
menjemput Yang Berusaha Cikgu Berita anak Sabang untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Pesta Sukan

Antara Rumah SK Nanga Jih 2015. Dengan segala hormatnya


dipersilakan
Untuk meneruskan upacara perasmian pada hari ini, majlis
mempersilakan Yang dihormati Cikgu Jabut anak Minda dan
Encik Solomon Jilin, untuk mengiringi Yang Berusaha Cikgu
Berita anak Sabang untuk memukul gong bagi merasmikan majlis
kita pada hari ini. Dipersilakan
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang
Berusaha Cikgu Berita atas kesudian menyampaikan ucapan
dan merasmikan Pesta Sukan Antara Rumah SK Ng Jih pada
tahun ini.
Majlis dengan sukacitanya sekali lagi menjemput Cikgu Jabut
anak Minda dan Encik Solomon Jilin untuk menyampaikan
cenderamata kepada Cikgu Berita anak Sabang. Majlis
mempersilakan.
Terima kasih di atas pemberian cenderamata itu tadi.
Ikrar
Kejohanan

Bacaan ikrar
Hadirin yang dihormati,
Seterusnya, majlis mempersilakan adik Raynold Richie Lau
untuk mengetuai lafaz ikrar kejohanan . Dipersilakan
Terima kasih adik Raynold. Begitulah tadi sempurnanya acara
pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen para peserta
dalam Pesta Sukan pada tahun ini.

Larian
obor

Hadirin sekalian,
Majlis kita akan diteruskan dengan upacara larian obor oleh adik
Raynold Richie Lau.
(semasa Raynold sedang berlari)
Berikut merupakan pencapaian adik Raynold sepanjang tahun
2015.
1. Emas bagi acara 100m Zon 4, kategori 11 Tahun ke
Bawah.
2. Perak bagi acara Lompat Tinggi zon 4, kategori 11 Tahun
ke Bawah.
3. Perak bagi acara 200m, Zon 4, kategori 11 Tahun ke
Bawah.
4. Wakil Daerah Kanowit bagi Pertandingan Bola Sepak 11
Tahun ke Bawah Bahagian Sibu di Selangau dan
memenangi pingat Emas.

5. Wakil Bahagian Sibu bagi Pertandingan Bola Sepak Piala


Perak sempena Sambutan Hari TYT dan mendapat pingat
Gangsa.
Terima kasih diucapkan kepada adik Raynold.
Perarakan
Keluar

Hadirin yang dihormati,


Seterusnya, marilah kita bersama-sama menyaksikan
persembahan Tarian Senamrobik oleh Kelab Kebudayaan
Sekolah.
Tarian Senamrobik ini akan dipersembahkan oleh murid-murid
tahun 5 dan 6 yang dibimbing oleh Cikgu Leman Muyang. Mari
sama-sama kita saksikan.
Begitulah persembahan Tarian Senamrobik oleh Kelab
Kebudayaan Sekolah. Syabas dan terima kasih kepada semua
pelajar dan guru yang menjayakan persembahan itu tadi.
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Fly Kenyalang Fly.
Hadirin diminta berdiri dan bersedia.
Dengan nyanyian itu tadi, selesailah upacara perasmian Pesta
Tahunan Antara Rumah SK Ng Jih pada tahun ini. Terima kasih
diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis
ini.
Sekarang, dipersilakan semua kontinjen untuk bergerak keluar
dari padang.
Perhatian- Diminta semua pegawai yang bertugas di padang
untuk bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan
sebentar saja lagi.
ACARA-ACARA SUKAN PERINGKAT SEKOLAH (Rujuk
Kertas Peserta)

PENGUMUMAN ACARA BALAPAN


Hadirin yang dihormati,
Sebentar lagi akan berlangsung acara . Peserta-peserta yang
mengambil bahagian dalam acara ini ialah
Di lorong yang pertama

Peserta-peserta bagi acara sedia untuk dilepaskan.

PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH (jika perlu)


Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara ..
Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan
Encik/Cikgu ..
untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.
(bagi acara)
Tempat ketiga/pingat gangsa dimenangi oleh .. dari rumah
Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh . dari rumah
Dan johan/pemenang pingat emas acara Ialah dari
rumah..
Tahniah kepada para pemenang.
Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik/Cikgu
. atas kesudian menyampaikan hadiah.

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN BALAPAN


DAN PADANG
SMK DATO JAAFAR HASSAN KALI KE 22.
ACARA

SKRIP

CATATA

Alu-aluan

Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua kontijen


masuk ke padang, dan berada di hadapan pentas utama
untuk acara penyampaian hadiah dan majlis penutupan
kejohanan.
Yang Berbahagia,
Cikgu Berita anak Sabang, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Kanowit
Yang Dihormati, Cikgu Jabut anak Minda, Guru Besar S.K Nanga Jih.
Yang Dihormati, Encik Solomon Jilin, YDP PIBG, SK Ng Jih.
Yang Berusaha, Cikgu Kebing Seng, Penolong Kanan 1, Cikgu
Tillotson, Penolong Kanan HEM, Cikgu Brian Dana, Penolong
Kanan Ko-kurikulum, guru-guru, akp, ibu bapa, seterusnya para
pelajar S.K Nanga Jih yang dikasihi sekalian.
Syukur kepada Tuhan, kita telah selesai melaksanakan
semua acara sukan pada Pesta Sukan Antara Rumah pada
tahun ini. Kepada atlet yang berjaya tahniah diucapkan
dan kepada yang tidak berjaya tahun hadapan cuba lagi.

PENYAMPAIAN HADIAH
&
CENDERAMAT
A

(penyampaian hadiah mengikut acara. JIKA BANYAK


KATEGORI BAHAGI KEPADA BEBERAPA ORANG
PENYAMPAI)
Para pelajar dan hadirin sekalian,
Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet, pihak majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan
___________________________________________________________
_________dengan diiringi (tanpa diiringi pun boleh)
___________________________________________________________
________ untuk menyampaikan hadiah.
Majlis dengan ini mempersilakan.
Terima kasih di atas penyampaian hadiah itu tadi.
Diumumkan pula pemenang bagi pertandingan perarakan
perbarisan bagi kategori rumah sukan pada hari ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
___________________________________________________________
_________dengan diiringi oleh (tanpa diiringi pun boleh)
___________________________________________________________
________ untuk menyampaikan hadiah.

Majlis dengan ini mempersilakan.


- tempat ketiga disandang oleh kontinjen
Rumah__________.
-Seterusnya tempat kedua jatuh kepada kontinjen
Rumah________.
-Dan Johan berjaya dirangkul oleh kontinjen
Rumah___________.
Terima kasih di atas penyampaian hadiah itu tadi.
Hadirin sekalian,
-Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang
Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini.
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
___________________________________________________________
_________dengan diiringi (tanpa diiringi pun boleh)
___________________________________________________________
________ untuk menyampaikan hadiah.
Majlis dengan ini mempersilakan.
-Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran
Olahragawati Sekolah ialah ____________________________.
Untuk makluman semua, beliau telah memenangi
acara___________________________________________________
-Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun
ini. Olahragawan Sekolah pada tahun ini
ialah ____________________.
Beliau telah meraih
pingat__________________________________.
Terima kasih di atas penyampaian hadiah itu tadi.
-Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan
umumkan secara rasmi kedudukan bagi Rumah-Rumah
Sukan yang telah bertanding.
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
___________________________________________________________
_________dengan diiringi (tanpa diiringi pun boleh)
___________________________________________________________
________ untuk menyampaikan hadiah.
Majlis dengan ini mempersilakan.
-Tempat ketiga berjaya disandang oleh pasukan
Rumah____________ dengan __________ pingat emas, ______

pingat perak dan ___________ pingat gangsa . Dipersilakan


Ketua Rumah Sukan________________________ untuk
menerima hadiah.
-Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan
Rumah______ dengan __________ pingat emas, ______ pingat
perak dan ___________ pingat gangsa. Dipersilakan Ketua
Rumah Sukan________________________ untuk menerima
hadiah.
-Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Pesta Sukan
Tahunan Antara Rumah jatuh kepada
Rumah __________________________ dengan __________
pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat
gangsa. Dipersilakan Ketua Rumah
Sukan________________________ untuk menerima hadiah.
.
- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang
___________________________,
___________________________________________________________
__ atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.
UCAPAN
PERASMIAN
PENUTUPAN

Hadirin dan hadirat sekalian,


Untuk menyempurnakan penutupan Pesta Sukan Tahunan
pada kali ini, majlis sekali lagi menjemput
___________________________________________________________
_________ untuk memberikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Penutupan Pesta Sukan Tahunan
Antara Rumah SK Ng Jih 2015.
Majlis dengan ini mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
Dengan itu,maka berakhirlah Pesta Sukan Tahunan Antara
Rumah SK Ng Jih bagi tahun 2015.
Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-peserta
yang berjaya. Kepada yang masih gagal teruskan usaha
,jangan putus asa.
YAKIN BOLEH, ANDA BOLEH DAN SEMEMANGNYA SK NG JIH
BOLEH....!!
SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH,
WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA
WABARAKATUH.

You might also like