Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 33

GARIS PANDUAN JALAN

HUTAN
2010

BAB 1
PERANCANGAN
JALAN HUTAN

1.1
LATAR BELAKANG
Perancangan jalan hutan boleh membantu mengenal pasti kawasan
sensitif dan menentukan amalan yang perlu diberi perhatian semasa
peringkat pembinaan, penyenggaraan dan penutupan jalan hutan
seperti berikut : kesan terhadap kegunaan tanah, penduduk setempat atau orang asli;
sistem dan jajaran jalan hutan yang optimum;
sama ada jalan digunakan untuk jangka masa panjang atau semasa;
kesesuaian piawaian jalan bagi memenuhi keperluan pengguna;
kesan ke atas kualiti air setempat;
kesan terhadap flora dan fauna;
keupayaan melaksanakan penyenggaraan bagi jangka masa panjang;
keupayaan mendapatkan kakitangan yang cukup berpengalaman dan
mempunyai pengetahuan teknikal dan peralatan ; dan
kawasan-kawasan bermasalah perlu dielak supaya hakisan tidak masuk
ke kawasan laluan air, tasik atau sungai.

1.2

MATLAMAT PERANCANGAN JALAN HUTAN

Matlamat perancangan jalan hutan ialah untuk menyediakan : satu (1) rangkaian jalan hutan yang memudahkan perlaksanaan
rancangan pengurusan hutan; dan
satu (1) rangkaian jalan hutan yang dibina dan disenggara dengan baik
dan efisien dengan mengambil kira kepentingan alam sekitar.

1.3

OBJEKTIF PERANCANGAN JALAN HUTAN

Objektif perancangan jalan hutan adalah untuk menyediakan : perancangan jalan hutan yang efisien,berkesan dan mesra alam selaras
dengan objektif pengurusan jalan hutan; dan
bagi memastikan jalan hutan yang dibina memenuhi keperluan
pengguna.

1.4

KLASIFIKASI JALAN HUTAN

Jalan hutan dikelaskan kepada empat (4) jenis seperti berikut : Jalan Utama
Jalan kekal dua (2) lorong semua musim yang menghubungkan matau
utama dengan jalan kampung atau rangkaian jalan awam berturap (jalan
JKR) digunakan terutamanya lori balak untuk mengangkut balak ke
kilang-kilang memproses kayu.
Jalan Sekunder
Jalan kekal dua (2) lorong atau satu (1) lorong yang menghubungkan
satu (1) atau lebih kawasan pengusahasilan hutan dengan jalan utama.
Jalan Tuju
Jalan sementara satu (1) lorong dalam kawasan pengusahasilan hutan
yang menghubungkan kawasan matau sementara dengan jalan sekunder
atau jalan utama dan digunakan terutamanya lori berwin (San Tai Wong).
Lorong Penarik
Lorong sementara yang dibina dengan gangguan tanah yang minimum
bagi tujuan menarik balak dari kawasan tebangan ke kawasan matau
sementara.

RAJAH KLASIFIKASI JALAN HUTAN

1.5

SISTEM PENGUSAHASILAN HUTAN

Keadaan seperti kecerunan, bentuk mukabumi, jarak menarik balak, saiz


pokok, keluasan kawasan yang dilesenkan dan kos membina jalan akan
mempengaruhi pemilihan sistem pengusahasilan hutan.
Sistem pengusahasilan hutan yang digunakan pula boleh mempengaruhi
rekabentuk dan susun atur jalan hutan di mana jalan yang digunakan di
sepanjang tempoh usaha hasil merupakan sumber kepada endapan yang
mempengaruhi kualiti air.
Sistem pengusahasilan hutan yang lazimnya digunakan adalah seperti
berikut : sistem penarikan di atas tanah; dan
sistem log fishing.

1.5.1

Sistem penarikan di atas tanah

menggunakan jentera beroda atau jentolak berantai yang mempunyai


bilah, pencakar, win dan kadang kala juga dilengkapi dengan pengepit
atau pencengkam untuk menarik balak.
sesuai digunakan di kawasan tanah rata dan berkecerunan minimum.
pergerakan jentera yang perlahan menyebabkan jarak penarikan adalah
terhad.
jentera beroda boleh menambahkan jarak penarikan dan beroperasi
untuk kayu yang lebih besar tetapi kurang popular dan tidak banyak
digunakan.
jentolak berantai adalah kos efektif kerana sesuai digunakan dalam apa
jua keadaan tanah dan serbaguna serta boleh digunakan untuk
pembinaan jalan hutan dan matau.

kelemahan menggunakan sistem penarikan di atas tanah :> kerosakan pada dirian tinggal akibat daripada geseran cabang dan
batang pokok tebangan yang ditarik; dan
> operasi pengusahasilan hutan harus dihentikan semasa musim hujan
untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk pada struktur tanah dan
persekitaran.

Jentolak Berantai

Jentera Beroda

1.5.2

Sistem log fishing

merupakan teknologi terkini yang direka dan dibina untuk pelbagai


kegunaan di dalam kerja pengusahasilan hutan termasuk menarik,
menakal (winching), mengangkat dan menyusun kayu balak.
menggunakan jengkaut yang telah diubah suai untuk menarik kayu balak
dari lokasi tebangan dengan menggunakan boom (joran), win, kabel dan
cangkuk.
sesuai digunakan di semua keadaan muka bumi sehingga cerun 40.
jentera ini berkeupayaan untuk menarik balak pada jarak sejauh 300m.
teknik ini diakui sebagai teknik pengusahasilan hutan yang mesra alam,
efisien dan kos efektif berbanding pengusahasilan secara konvensional.
tidak memerlukan jentolak untuk masuk dan membina lorong penarik
untuk menarik balak.
kayu balak yang ditarik keluar dari kawasan tebangan akan disusun
terlebih dahulu di bahu jalan sebelum diangkut dengan San Tai Wong ke
matau utama.

Menarik Balak

Mengangkat
Balak

Mengangkat dan Menyusun Balak

1.5.2.1

Menempatkan tapak jentera log fishing

pemilihan tapak sangat penting untuk meminimumkan kerosakan hutan


dan memaksimumkan operasi serta pengeluaran.
bergantung kepada keadaan muka bumi dan taburan pokok yang akan
ditebang.
Panduan untuk menempatkan tapak adalah seperti berikut :> tapak jentera log fishing ditempatkan di atas jalan tuju;
> dikawasan tanah pamah, tapak jentera log fishing banyak bergantung
kepada taburan pokok yang akan ditebang; dan
> dikawasan tanah tinggi, tapak jentera log fishing hendaklah ditempatkan
di atas aras tinggi atau di atas permatang untuk memastikan kerja-kerja
menarik balak yang lebih efektif.

1.5.2.2

Merancang pembinaan lorong penarik jentera log fishing

Sekiranya perlu, lorong penarik bagi jentera log fishing dibina dengan
mengambil kira perkara-perkara seperti berikut : dibina dikawasan berkecerunan kurang dari 25;
dibina di kawasan yang jauh dari saliran atau zon penampan air untuk
mengelak tanah masuk ke dalam air;
tidak melintasi saliran air;
elak kawasan yang selalu ditenggelami air;
kepadatan lorong penarik tidak melebihi 300m/ha;
matau sementara digunakan sebagai tapak bagi jentera log fishing untuk
menarik balak; dan
jarak minimum antara matau sementara adalah 250m.

1.6

PERANCANGAN JENTERA

perancangan jalan hutan harus mengambil kira kos dan keupayaan


jentera yang akan digunakan di mana ianya memberi impak negatif ke
atas alam sekitar.
bilangan jentera mesti dihadkan mengikut keupayaan dan kesesuaian
sesuatu kawasan.
jika jentolak atau traktor berantai perlu digunakan untuk menarik balak,
hanya jentera yang berkuasa enjin < 200 kuasa kuda dengan berat
kendalian < 20 tan sahaja boleh digunakan.

KEUPAYAAN JENTERA DALAM AKTIVITI PENGUSAHASILAN HUTAN


Jentera

Had Cerun

Jarak Angkutan / Tarikan

San Tai Wong

20% - 30%

6,000 m

Jentolak / Traktor
Berantai

30% - 45%

200 m

Traktor Beroda

25% - 40%

400 m

Jentera Log Fishing

Tiada Had

300 m

JENTERA-JENTERA YANG BIASA DIGUNAKAN

JENTOLAK BERANTAI

JENTOLAK BERANTAI
MEMBINA JALAN
JENTERA BERODA
PENGANGKAT BALAK

SAN TAI WONG


(LORI BERWIN)

LORI BALAK

BACKHOE
JENTERA PEMAMPAT

JENGKAUT

PENGGRED JALAN

Takal
Joran

Win

Lengan

Enjin Turbo
Kerangka
Pelindung

Bakul dan
Pencengkam

JENTERA LOG FISHING

1.7

KRITERIA-KRITERIA PERANCANGAN JALAN HUTAN

Proses perancangan jalan hutan perlu mengambil kira kriteria-kriteria


seperti berikut : jajaran jalan tuju dan lorong penarik;
lintasan alur air;
kecerunan jalan;
zon penampan alur air;
kawasan perlindungan;
taburan pokok tebangan; dan
kriteria-kriteria lain.

1.7.1

Jajaran jalan tuju dan lorong penarik

Perlu mengambil kira faktor-faktor seperti berikut : keperluan am


> konfigurasi rekabentuk jentera yang sesuai dengan beban dan
jajaran serta bilangan lalulintas;
> cuaca (perubahan musim dan taburan hujan);
> keselamatan pengguna;
> kesan alam sekitar; dan
> persimpangan dengan jalan sediaada.
saliran, pencegahan endapan dan penutupan jalan
> lokasi jambatan dan pembetung;
> langkah-langkah untuk mengurangkan hakisan tanah;
> langkah-langkah untuk mengekalkan kualiti air;
> kepelbagaian kecerunan jalan untuk mengurangkan aliran; dan
> keperluan penutupan jalan di masa hadapan.
geometri jajaran jalan
> pelan dan data jajaran jalan;
> kelebaran hak lalu lintang dan permukaan jalan;
> kepadatan jalan tuju dan lorong penarik; dan
> panjang lorong penarik.

1.7.2

Lintasan alur air

Hendaklah dibina di bahagian alur air yang sempit dan tebing yang
stabil.
1.7.3

Kecerunan jalan

Jalan tuju hendaklah dijajarkan supaya kecerunan : tidak melebihi 20%;


panjang maksimum cerun 200m (cerun 15% hingga 20%);
kecuali pada keadaan tertentu (contoh : atas permatang, jalan lama,
kawasan berbatu dan kawasan terlalu curam dengan persetujuan
Pengarah Perhutan Negeri (PPN)), had maksimum yang dibenarkan
adalah 30%; dan
panjang maksimum cerun 100m (cerun melebihi 20%).
Lorong penarik hendaklah dijajarkan supaya kecerunan : tidak melebihi 40%; dan
Panjang setiap lorong penarik tidak melebihi 300m.

1.7.4

Zon penampan alur air

Jalan hendaklah dijajarkan di luar zon penampan alur air bagi tujuan : menghalang larian air permukaan terus memasuki sumber air;
mengurangkan kelajuan larian air permukaan serta berkeupayaan
menapis lumpur; dan
mengekalkan kestabilan tebing sungai dan mengelakkan hakisan.
KELEBARAN MINIMUM ZON PENAMPAN ALUR AIR
Lebar Alur Air
(m)

Lebar Zon Penampan Alur Air


(m)

10

10

11-20

20

21-40

40

>40

45

KERATAN RENTAS ZON PENAMPAN ALUR AIR

1.7.5

Kawasan perlindungan

Kawasan yang berkecerunan melebihi 40 dan berketinggian 1000m


dari aras laut hendaklah : tidak boleh dijalankan pengusahasilan; dan
dielakkan semasa penetapan jajaran jalan.
1.7.6

Taburan pokok tebangan

Jajaran jalan tuju dan lorong penarik perlumengambil kira arah


tebangan pokok bagi memudahkan kerja menarik kayu balak.
1.7.7

Kriteria-kriteria lain

Kriteria-kriteria lain yang perlu diberi perhatian dalam perancangan


jajaran jalan hutan adalah seperti berikut : jalan akses;
jalan lama dalam kawasan; dan
keprihatinan terhadap arkeologi, alam sekitar serta hidupan liar.

1.8

PENYEDIAAN PELAN JAJARAN JALAN HUTAN

Langkah-langkah yang perlu diambil: mengumpul dan menganalisa maklumat yang berkaitan dengan kawasan
pengusahasilan seperti berikut :> peta topografi;
> peta tanah milik;
> kawasan penempatan orang asli;
> kawasan hakisan;
> jalan sediaada; dan
> lain-lain.
mengenal pasti dan menanda di atas pelan berskala 1 : 5,000 kawasan
kawalan atau halangan seperti berikut :> kawasan aliran air;
> kecerunan jalan dan kawasan lereng yang tinggi;
> kawasan pengumpulan balak yang sesuai;
> akses sedia ada;
> penempatan orang asli;
> tanah milik; dan
> halangan fizikal.

menanda cadangan jajaran jalan hutan di atas pelan berskala 1:5,000


dengan sela kontur 20m;
menyukat dan menanda jajaran jalan di lapangan berdasarkan Pelan
Cadangan Jajaran Jalan Hutan dan jajaran jalan boleh dipinda
berdasarkan kesesuaian keadaan di lapangan;
menyediakan Pelan Jajaran Jalan Hutan selepas proses pemilihan
jajaran, pengukuran dan penandaan di lapangan selesai dijalankan; dan
Bakal Pemegang Lesen (BPL) hendaklah mengemukakan dokumen
perancangan jajaran jalan hutan kepada Pegawai Hutan Daerah (PHD)
yang mengandungi perkara-perkara berikut :> Data Pengukuran Jalan Tuju;
> Data Pengukuran Lorong Penarik; dan
> Pelan Jajaran Jalan Hutan.

CONTOH DATA PENGUKURAN JALAN TUJU


Stesen
No

Bering
( )

Jarak Ufuk
(m)

Perbezaan
Tinggi
(m)

Kecerunan
(%)

()

Faktor
Pembetulan
1/Cos ()

Panjang
Cerun
(m)

Dari

Ke

45.00

190.000

25

13

7.5

1.009

191.710

71.00

140.000

25

18

10.1

1.016

142.240

110.00

180.000

25

14

7.9

1.010

181.800

148.00

150.000

20

13

7.6

1.009

151.350

75.00

70.000

0.0

1.000

70.000

224.00

50.000

0.0

1.000

50.000

350.00

160.000

25

16

8.9

1.012

161.920

323.00

150.000

25

17

9.5

1.014

152.100

Jumlah Jarak Ufuk


1) Kepadatan Jalan

1090.000
=
=

2) PeratusCerun
3) Panjang Cerun

Jumlah Panjang Cerun


Jumlah Jarak Ufuk (m)
Jumlah Luas Kompartmen (ha)

1,090.000m
= 30.878 m/ha
35.3 ha
40 m/ha Ya/Tidak ______________
20%
Ya/Tidak ______________
200m
Ya/Tidak ______________

1101.120

CONTOH DATA PENGUKURAN LORONG PENARIK


Nama Pelesen
Hutan Simpan
Kompartment

: ABC Sdn. Bhd.


: Tembat
: 121

Bil

Daerah
Luas

Nama Lorong

: TERENGGANU BARAT
: 77.00 ha

Panjang (m)

1*/1**

280.00

2/1

229.00

3/1

204.00

4/1

239.00

5/1

265.00

1/2

130.00

2/2

85.00

dan seterusnya. hingga


58

7/12

103.00

Jumlah
Nota :

16,193.00

* No. Lorong Penarik


** No. Jalan Tuju

Kepadatan Lorong Penarik

Jumlah Jarak (m)


Jumlah Luas Kompartmen (ha)

16,193.00 m
77.00 ha

300 m/ha

= 210.30 m/ha

PELAN JAJARAN JALAN HUTAN


Mengandungi maklumat seperti berikut : tajuk pelan dan nombor lembaran topo;
arah utara;
sekurang-kurangnya satu pusat ikatan yang mempunyai
koordinat(latit dan dipat) dan altitud;
sempadan kawasan lesen dengan bearing dan jarak;
jajaran jalan tuju dan lorong penarik;
alur air;
cadangan lokasi lintasan alur air;
cadangan lokasi matau utama, matau sementara dan tapak
kongsi;
pelan kunci berskala 1 : 50,000;
petunjuk;
kedudukan jalan utama dan sekunder yang menuju ke kawasan
lesen;
kawasan perlindungan;
nama, cop dan tandatangan BPL;
nama,cop dan tandatangan jurukur berlesen atau jurutera
perunding;
tarikh pelan disediakan;
nama, cop dan tandatangan PPN; dan
tarikh pelan diluluskan.

Carta aliran bagi perancangan,pembinaan,


penyenggaraan dan penutupan jalan hutan adalah
seperti Rajah 16.

TERIMA KASIH
http://www.forestry.gov.my

You might also like