Maksud Pengungsian Bangunan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TEKNIK PENGUNGSIAN BANGUNAN

NAMA : NOR AISYAH BINTI ROZAHAN


NO MATRIK : 2013923107
KUMPULAN : HBBU133A
NAMA JURULATIH : ENCIK ARSHAD BIN HAJI MAIL

PENGENALAN
Mengikut Akta Bomba 1988 Seksyen 5 (1) (a) : Adalah menjadi peranan Jabatan Perkhidmatan
Bomba di dalam mengambil langkah-langkah :
a) Melindungi nyawa dan harta benda sekiranya berlaku kebakaran
b) Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelenggaraannya dan pengawalan yang
sempurna
c) Menentukan adanya jalan keluar yang cukup dari semua premis ditetapkan sekiranya
berlaku kebakaran\
Bagi mencapai maksud ini setiap penghuni mestilah biasa dan seiring membuat latihan
bagi pengosongan bangunan dengan menggunakan jalan-jalan keluar biasa dan jalanjalan keluar kecemasan yang ada di dalam bangunan

Maksud Pengungsian Bangunan


Dalam bahasa yang mudah mudah pengungsian bangunan bererti bahawa para penghuni
sesebuah bangunan keluar daripada bangunan berkenaan secara tenang dan teratur mengikut
pelan laluan menuju tempat berkumpul dengan hanya membawa dokumen terpenting sahaja.
Ringkasnya, sehelaisepinggang. Mengikut piawai latihan kebakaran, masa maksimum yang
diambil untuk berkumpul di tempat yang di tetapkan ialah tujuh minit sahaja.

Jawatankuasa yang perlu di wujudkan bagi tujuan Latihan Pengosongan Bangunan

P
EN
MLN
BNG
APU
NRW
TAU
UASL
PI
EIN
NS
GI
UD
RE
UN
S

G
E
G

W
L
N
D

PENGURUS LATIHAN

Bertanggungjawab di dalam semua keputusan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa

PEMBANTU PENGURUS LATIHAN

Membantu tugas-tugas pengurusan di dalam latihan

PENGAWAL INSIDEN

Menerima maklumat dari Pembantu Insiden dan melaporkan kepada Pegawai Bomba
yang mengetuai operas/latihan

PEMBANTU PENGAWAL INSIDEN

Terdiri dari pasukan-pasukan pemadam, pasukan mencari dan menyelamat, dan medic
Bertanggungjawab sebagai unit pemadam dan menyelamat serta membantu menunjuk
arah jalan keluar ke tempat perhimpunan untuk membuat panggilan nama penghuni.
Kemudian akan melapor jumlah penghuni kepada Pengawal Insiden.

PEGAWAI KESELAMATAN

Bertanggungjawab mengawal pergerakan latihan dan membantu menunjukkan arah


tempat perhimpunan serta menjaga kawalan keselamatan di luar bangunan

LAIN-LAIN PERKARA YANG PERLU DIADAKAN SEMASA LATIHAN

CHECK POINT

Pembantu Pengurus dan Pengawal Insiden perlu menyediakan Check Point bagi tujuan
menerima maklumat daripada Pembantu Pengawal Insiden untuk dilaporkan kepada
Pegawai Bomba

TEMPAT PERHIMPUNAN

Suatu tempat yang difikirkan sesuai dan selamat (> 100 kaki) dari bangunan untuk
membuat panggilan nama dan mengenal pasti penghuni yang terperangkap. Tugas ini
dilakukan oleh Pembantu Pengawal Insiden

MENGENAL PASTI KAKITANGAN / PENGHUNI (HEADCOUNT)

Semua Pembantu Pengawal Insiden hendaklah mengenalpasti kakitangan yang


bermasalah seperti :I.
Cacat anggota
II.
Kakitangan perempuan yang mengandung
III.
Kakitangan berpenyakit darah tinggi, asma, lemah jantung dan lain-lain

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN SEMASA PEMERIKSAAN


INI IALAH :
o Menentukan jalan-jalan keluar biasa dan jalan-jalan keluar kecemasan selamat digunakan
o Jika ada tumpahan bahan kimia berbahaya seperti ammonia, asid dan lain-lain yang boleh
memudaratkan kepada kakitangan hendaklah dilakukan pembersihan
o Pastikan tiada sebarang kebocoran gas dan bahan kimia jika ada pindahkan lain dengan
menggunskan peralatan khas
o Semua peralatan menentang kebakaran seperti alat pemadam api. Hose reel hendaklah
dikembalikan ke tempat asalnya
o Tentukan tidak ada wayar-wayar hidup menetang atau bertindih pada bahan-bahan
bendalir

POST MORTEM
o

Satu kajian selepas satu-satu latihan atau kebakaran hendaklah dilakukan post-mortem.
Ini bertujuan agar setiap kelemahan yang terdapat semasa latihan dijalankan dapat
diperbaiki dan dibuat penambahbaikan

You might also like