Download as txt, pdf, or txt
Download as txt, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Cara Memohon Pendaftaran Pertubuhan

Tiap-tiap permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:


Enam (6) salinan borang permohonan Borang 1 - Permohonan bagi Pendaftaran Pertub
uhan yang sempurna diisi;
Enam (6) salinan senarai Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan; (Senarai ini
hendaklah mengandungi butir-butir seperti: nama (bagi orang-orang Cina ditulis j
uga nama dalam huruf Cina), jawatan dalam pertubuhan, nombor kad pengenalan, tar
ikh lahir, tempat lahir, pekerjaan, nama dan alamat majikan serta alamat rumah b
agi tiap-tiap Ahli Jawatankuasa). Format Senarai Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja P
ertubuhan;
Enam (6) salinan undang-undang (perlembagaan) pertubuhan.Contoh Undang-undang Tu
buh;
Enam (6) salinan contoh lambang, bendera, lencana dan lain-lain tanda yang berwa
rna dan keterangan mengenai maksud tanda-tanda tersebut di dalamnya (jika berken
aan). Contoh;
Dua (2) salinan minit mesyuarat penubuhan yang mencatatkan ketetapan seperti dis
ebutkan pada di para 4.2.
Contoh Minit Mesyuarat Penubuhan;
Surat kebenaran menggunakan alamat daripada tuan punya alamat, jika berkenaan. (
Jika menggunakan alamat pejabat, sekolah, hospital, ladang, syarikat atau kilang
, surat kebenaran majikan/tuan punya alamat hendaklah disertakan). Contoh Surat
Kebenaran Menggunakan Alamat; dan
Fi pemprosesan berjumlah RM30.00 dalam bentuk wang tunai/bank draf/kiriman wang
atas nama Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaft
aran Pertubuhan Malaysia atau Penolong Pendaftar sekiranya permohonan dihantar k
e Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri.
Tiap-tiap salinan dokumen di (a), (b), (c), (d) dan (e) mestilah ditandatangani
oleh dua (2) orang pemegang jawatan utama pertubuhan. Pemegang jawatan utama ber
maksud Presiden/Yang DiPertua/Pengerusi, Timbalan Presiden/Timbalan Yang DiPertu
a/Timbalan Pengerusi, Naib Presiden/Naib Yang DiPertua/Naib Pengerusi, Setiausah
a dan Bendahari.
Borang-borang permohonan bagi mendaftarkan pertubuhan (Borang 1) boleh dimuat tu
run secara percuma di sini atau diperolehi daripada Ibu Pejabat dan mana-mana Ja
batan Pendaftaran Pertubuhan Negeri dengan bayaran RM1.00 senaskah.

You might also like