Assignment Individu Jus 101

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

JUS101 / 2

JUS101TG1

TERAS KEUSAHAWANAN
CORE ENTREPRENEURSHIP
Academic Session 2014/2015

TUGASAN TG1

Name

MOHD.FAEZ BIN MD.ARSAD

Matric No.

JK/9533/13

I.C No.

871106435867

Regional
Centre.

MELAKA

Phone
No.

871106435867

House :
H/P: 016-3385812

NOTE :
1. Please use this form as the FRONT COVER of your assignment.
AS : Please use blue colour cover
LR : Please use yellow colour cover
2. Complete all details.
3. Without the barcode, your assignment cannot be recorded by the
computer system.

JUS 101-TERAS KEUSAHAWANAN

SENARAI KANDUNGAN

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

NAMA USAHAWAN.
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PERNIAGAAN.
PENGALAMAN.
BIDANG PERNIAGAAN.
CABARAN YANG DIHADAPI.
INOVASI/PEMBAHARUAN YANG DIPELOPORI.
APAKAH NASIHAT ANDA UNTUK USAHAWAN MUDA.
LAMPIRAN

Pendahuluan
2

JUS 101-TERAS KEUSAHAWANAN


Encik Mohd Khairul Izwan Selamat adalah contoh usahawan berjaya di dalam perniagaan yang
mengeluarkan daging burung puyuh yang bersistematik. Beliau memproses daging burung puyuh
daripada baka IKTA iaitu baka kacukan puyuh tempatan dengan puyuh Sepanyol yang dihasilkan
pada tahun 1992 oleh Institut Kemajuan Ternakan Ayam (IKTA). Dibawah jenama Puyumas
Farmbest, beliau telah mengembangkan operasinya dan telah membuka dua syarikatnya iaitu
Puyumas FarmBest Sdn. Bhd. dan Puyumas Hatchery Enterprise yang terletak di Lot 684 & 688,
Batu 9 Bukit Balai, 76100 Durian Tunggal, Malaka.
Beliau membuka perniagaan tersebut dengan modal sebanyak RM10 000 daripada
pinjaman MARA dan mula beroperasi di sebuah bangsal sahaja. Pada hari ini, beliau boleh
menarik nafas lega kerana telah memiliki enam bangsal ternakan burung puyuh dengan satu
bangsal penetasan yang dipanggil breeder. Beliau mempunyai sembilan orang pekerja tetap
untuk mengusaha perniagaan ini dan telah diketuai oleh Pengarah Urusan iaitu Azlin Takin.
Bangsal penetasan tersebut mampu menghasilkan sehingga 11 000 ekor burung dalam tempoh
seminggu dengan pembakaan 2 000 ekor burung puyuh betina untuk setiap pusingan.
Penghasilan daging puyuh dilakukan dengan teliti melalui penyelidikannya selama lima
tahun. Beliau menggunakan kaedah dan modul yang seragam, yang dihasilkannya sendiri dalam
tiga peringkat iaitu peringkat penjagaan, peringkat pengoperasian dan peringkat pengeluaran.
Burung puyuh memerlukan masa 40 hari untuk matang sebelum diproses untuk dijadikan daging
puyuh dan beliau perlu membelanjakan sebanyak RM10 000 untuk satu pusingan ternakan bagi
makanan puyuh yang berupa dedak khusus.
Kini, perniagaan beliau mampu memproses kira-kira 42 000 ekor burung puyuh untuk
satu pusingan ternakan dan kemudiannya dibungkus dalam satu bungkusan daging sepuluh ekor
setiap pek. Beliau mempunyai tujuh gred pemasaran mengikut saiz atau berat diantara 1kg
hingga 1.6kg setiap pek dimana gred A seberat 1.5kg setiap pek yang paling banyak dijual
dengan harga runcit sebanyak RM24.00 satu pek. Kebanyakan pasarannya dalam negara ialah
kedai sejuk beku (frozen food), kedai makan, pasar tani dan pasar raya.
Kini, beliau telah melangkah jauh dan berharap tahun depan beliau dapat menjadikan
perniagaan puyuh ini dibawah satu bumbung dan akan evolusikannya secara tempatan.

JUS 101-TERAS KEUSAHAWANAN


SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PERNIAGAAN.

Bagaimana beliau boleh terlibat dalam perniagaan sekarang?


Usahawan yang dipilih dalam membuat tugasan yang diberikan ialah seorang usahawan
menternak burung puyuh, Encik Khairul Izwan.Beliau merupakan perintis bagi pembukaan
Puyumas Farmbest Sdn.Bhd. Saya telah berkesempatan menemuramah beliau di lokasi induknya
yang bertempat di Batu 9 , Bukit Balai, Durian Tunggal. Berdasarkan maklumat yang
diperoleh, lokasi induk merupakan ladang pembiak baka bagi burung puyuh tersebut manakala
ladang ayam daging burung puyuh serta rumah pemprosesannya terletak di Lot 634, Tanah
Rizab, Padang Ragut JPV, Jalan FELCRA Lembah Kesang, Semujuk.
Sesi temuramah antara usahawan burung puyuh, Encik Khairul Izwan dengan saya
berlangsung sekitar jam 9 pagi di tapak ladang pembiak baka. Soalan pertama yang diajukan
kepada Encik Khairul Izwan ialah beliau dikehendaki menceritakan mengenai latar-belakang
dirinya sebelum menceburkan diri dalam peniagaan burung puyuh. Sejurus kemudian, Encik
Khairul Izwan menjawab pertanyaan saya dengan lagak bersahaja. Berdasarkan jawapan yang
diberikan, Encik Khairul Izwan yang kini berusia 33 tahun dan berstatus bapa kepada dua orang
anak merupakan graduan lepasan Diploma Sains Komputer dan pernah menjadi penuntut di
Entrepreneur Development Institute. Tambahan pula, beliau pernah belajar dalam Bachelor
Information Technology di UITM namun hanya separuh jalan.
Selepas alam yang membolehkan beliau digelar sebagai pelajar, Encik Khairul Izwan
meneruskan kehidupannya dalam bidang pekerjaan pula. Oleh itu, Encik Khairul Izwan memilih
untuk berkhidmat di Kolej Yayasan Melaka sebagai Pengurus Pegawai selama 5 tahun lamanya.
Di Kolej Yayasan Melaka tersebut, kebanyakan orang yang selalu berurusan dengan Encik
Khairul Izwan ialah kakitangan kerajaan yang pastinya hanya makan gaji sahaja.Mereka terdiri
daripada golongan cendekiawan iaitu pensyarah dan bukannya usahawan.
Setelah 5 tahun berkecimpung dalam kerjaya sebagai Pengurus Pegawai, Encik Khairul
Izwan merasakan beliau perlu membuat satu anjakan paradigma dalam kehidupannya. Hal ini
disebabkan, beliau tidak mahu digelar orang yang makan gaji sahaja lantaran beliau boleh

JUS 101-TERAS KEUSAHAWANAN


melibatkan diri dalam bidang keusahawan kerana mahukan kepuasan dalam mebuat sesuatu
perkara.
Mengapa memilih perniagaan ini?
Antara faktor bidang keusahawanan dipilih ialah hasrat Encik Khairul Izwan sendiri yang
tidak mahu menjadi kakitangan kerajaan dan makan gaji sahaja. Tambahan pula, bagi Encik
Khairul, ladang penternakan burung puyuh bukanlah bidang yang dikomersialkan dan kurang
menjadi pilihan oleh ramai penternak pada peringkat permulaan penternakan namun tekad dan
keazaman yang kuat untuk menjadi pengeluar puyuh pendaging yang berkualiti tinggi bagi
menampung pasaran tempatan dan antarabangsa sedikit sebanyak menjadi pendorong utama
beliau menceburkan diri dalam usahawan penternakan burung puyuh.

PENGALAMAN DALAM PERNIAGAAN.

JUS 101-TERAS KEUSAHAWANAN


Pernahkah bekerja dengan orang lain?
Sesi temuramah diteruskan lagi antara saya dengan pengusaha ternakan burung puyuh.
Encik Khairul Izwan ditanya samada beliau mempunyai perniagaan mahupun pengalaman dalam
bidang perniagaan ini. Selepas mendengar ulasan Encik Khairul Izwan, apa yang dapat kami
simpulkan ialah semasa usia remaja, beliau tidak mempunyai sebarang perniagaan mahupun
berkecimpung dalam mana-mana perniagaan. Meskipun berada diperingkat universiti, Encik
Khairul Izwan tidak berjinak-jinak dalam menceburi aktiviti perniagaan yang rata-rata pelajar
institut pengajian tinggi lakukan iaitu menceburkan diri dalam multi-level marketing. Seperti
yang kita tahu, pelajar institut pengajian tinggi awam mahupun swasta sanggup berniaga bagi
menampung perbelanjaan mereka diuniversiti. Namun, sebaliknya bagi Encik Khairul Izwan.
Beliau tidak menjadikan perniagaan sebagai sumber mencari wang tambahan ketika belajar
dahulu.
Tambahan pula, ketika musim cuti semester universiti, Encik Khairul Izwan lebih
memilih untuk bersuka ria bersama rakan-rakannya daripada bekerja. Mengikut ceritanya, dia
pernah juga bekerja sekadar suka-suka sahaja iaitu bekerja di kedai snooker. Pada ketika itu,
beliau merasakan kekosongan dalam hidupnya disebabkan tiada arah tuju dalam hidupnya.
Zaman remajanya hanyalah zaman hedonisme baginya. Namun, masa dan keadaan merubah
dirinya. Beliau kini bukanlah orang yang tidak mempunyai masa depan tetapi beliau mampu
mencorak kehidupanya sendiri mengikut kehendaknya sendiri.

Berapa lama menceburi bidang perniagaan ini?

JUS 101-TERAS KEUSAHAWANAN


Belaiu berkata, perniagaan ini dibangunkan pada tahun 2003 dengan bermodalkan
sebanyak RM10 000 daripada pinjaman MARA dan mula menternak sebanyak 2000 ekor puyuh
pada permulaan perniagaan.

Apakah faktor-faktor yang membantu kemajuan perniagaan anda?


Beliau mengambil peluang untuk membangunkan perniagaan ini disebabkan oleh
perniagaan ini tidak komersial pada suatu ketika dahulu. Tekad dan azam beliau untuk
memajukan perniagaan ini telah membuahkan hasil yang positif dan juga mencelikkan mata
orang ramai untuk mengikuti jejak beliau sebagai usahawan puyuh. Beliau juga sanggup
mengambil pelbagai risiko dalam membangunkan perniagaan ini.

BIDANG PERNIAGAAN
7

JUS 101-TERAS KEUSAHAWANAN


Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh seorang usahawan muda yang ingin
menceburi bidang perniagaan?
Bagi En. Mohd khairul Izwan, untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang itu
perlulah melengkapkan diri dengan beberapa ciri-ciri tertentu. Ciri utama ialah memastikan
mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang diceburi. Ini
bermakna, seorang usahawan itu perlulah berusaha untuk mendapatkan semua maklumat yang
penting mengenai perniagaan yang menjadi pilihan mereka seperti maklumat mengenai produk
atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan, pasaran yang disasarkan, tentang persaingan,
struktur kos, penetapan harga, kadar keuntungan dan sebagainya. Pemilihan bidang perniagaan
ini tidak boleh dilakukan sacara ikut-ikutan sahaja, iaitu mengikuti perniagaan orang lain yang
berjaya tanpa mengetahui selok-belok bidang tersebut. Beliau juga menekankan disini, kejayaan
orang lain dalam sesuatu bidang perniagaan tidak bererti kita juga akan berjaya dalam bidang
yang sama.
Selain itu, seorang usahawan haruslah sanggup untuk mengambil risiko. Sekiranya,
seorang usahawan itu tidak sanggup untuk mengambil sebarang risiko, maka usahawan itu tidak
akan berjaya menjadi seorang ahli perniagaan. Hal ini kerana setiap hari, dunia perniagaan penuh
dengan cabaran dan persaingan dan itu akan membuatkan usahawan akan berhadapan dengan
pelbagai masalah yang mana seorang usahawan harus menyelesaikannya dengan kadar segera.
Untuk menyelesaikan masalah ini, seorang usahawan perlulah bijaksana dan bersikap positif
dalam membuat keputusan. Dengan cara ini, seorang usahawan, berkebolehan untuk melihat
sesuatu masalah sebagai satu peluang, dan ianya berbeza pendapat yang mana ramai orang diluar
sana yang sering menganggap peluang sebagai satu masalah. Beliau berkata, sekiranya kita
sering menggangap peluang sebagai satu masalah, sampai bila kita akan berjaya dan akan berada
diatas. Walaubagaimanapun, seorang usahawan haruslah pandai untuk menjadi pemimpin dan
menyusun strategi perniagaannya untuk terus meningkat maju.
Seterusnya, seorang usahawan perlulah memiliki ciri-ciri seperti sentiasa berusaha
bersungguh-sungguh dan rajin dalam menguruskan sesuatu perniagaan. Sebagai contoh, En.
Mohd khairul Izwan, beliau telah berpegang kepada falsafah, kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya yang bermaksud sesuatu impian tidak akan tercapai sekiranya kita tidak
berusaha untuk mendapatkannya. Seorang usahawan yang berjaya tidak mengenal erti kata putus
8

JUS 101-TERAS KEUSAHAWANAN


asa. Usahawan itu akan terus-terusan berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang diimpikan
dengan cara yang betul. Beliau juga menekankan disini, kejayaaan tidak akan tercapai sekiranya
kita hanya bergantung kepada nasib semata-mata tetapi kita akan berjaya sekiranya kita membuat
perancangan yang jitu dan mantap. Beliau menambah lagi, untuk mencapai kejayaan yang besar,
matlamat dan wawasan juga perlulah besar. Akhir sekali, beliau berkata seorang usahawan
perlulah tawakal kepada yang masa esa. Dalam kita berusaha bersungguh-sungguh, kita perlulah
berdoa agar perniagaan kita meningkat maju dan berjaya.

Ukuran kejayaan dalam perniagaan?


Belaiu berkata, perniagaan ini dibangunkan pada tahun 2003 dengan bermodalkan
sebanyak RM10 000 daripada pinjaman MARA dan mula menternak sebanyak 2000 ekor setiap
pusingan.

Kemudian, beliau telah menambah lagi bilangan ekor puyuh untuk pembakaan,

pembelaan dan juga lepasan. Pada tahun 2011, beliau telah membuka ladang puyuh di Jasin dan
pada tahun 2012, sebanyak 16 000 ekor burung puyuh dibuat pembakaan dan dapat
menghasilkan sebanyak 70 000 ekor sebulan burung puyuh.

CABARAN YANG DIHADAPI.

JUS 101-TERAS KEUSAHAWANAN


Berapa modal permulaan, persaingan yang wujud serta tempat perniagaan?
Setiap perniagaan

memerlukan modal yang tinggi bagi memulakan

sesuatu

perniagaan.Sebelum beliau berjaya menjadi usahawan seperti sekarang beliau juga tidak terlepas
daripada menghadapi kesukaran dan cabaran dalam menghadapi liku liku dalam dunia
perniagaan. Bagi memulakan perniagaan burung puyuh ini, beliau hanya berbekalkan modal RM
10 000 hasil pinjaman beliau dari AGRO bank. Beliau hanya memulakan penternakan dengan
hanya 2000 ekor burung puyuh.Kemudian beliau telah memohon geran daripada kerajaan
sebanyak RM 670 000 untuk membeli fasiliti dan mesin menternak burung puyuh kerana beliau
juga menjalankan kaji selidik terhadap burung puyuh bersama pihak veterinar negeri Melaka.
Beliau juga ada meminjam dari 2 buah bank yang lain bagi menampung kos penternakan
sebelum perniagaan beliau membuahkan hasil. Setakat ini beliau mempunyai hampir 16 000 ekor
burung puyuh yang dapat menghasilkan purata 70 000 ekor telur puyuh sebulan.Kami juga
bertanyakan kepada beliau adakah beliau telah mendapat pulangan daripada pelaburan beliau
tersebut. Beliau menjawab dengan tersenyum bahawa beliau masih belum mendapat keuntungan
modal beliau kembali tetapi beliau telah nampak masa depan yang cerah hasil perniagaan beliau
sekarang. Sekarang beliau mempunyai sebuah lagi ladang burung puyuh yang berpengkalan di
Jasin selain di Durian Tunggal.
Bagi seorang usahawan, cabaran dan tekanan itu tidak boleh dipisahkan dalam bidang ini.
Dalam setiap apa pekerjaan yang kita lakukan, kita akan meghadapi cabaran. Cabaran yang
sering ditempuhi daripada seorang usahawan ialah pesaing perniagaan. Tidak semua orang
gembira dengan kejayaan yang kita hadapi, sama juga seperti beliau. Beliau menyatakan bahawa
persaingan di awal-awal perniagaan beliau amatlah sengit kerana beliau adalah orang baru dalam
bidang tersebut, ramai pembeli yang masih tidak yakin dengan kemampuan beliau.Sehingga kini,
beliau masih lagi berhati-hati dengan pesaing perniagaan yang beliau jalankan.Beliau juga tidak
terlepas daripada menghadapi masalah kewangan untuk menggaji pekerja dan menyediakan
kemudahan kepada burung ternakan beliau.Tetapi setelah mendapt pinjaman daripada pihak
kerajaan, semua masalah itu dapat diselesaikan.Selain daripada itu, pada permulaan perniagaan,
banyak burung puyuh yang mati kerana beliau masih tidak arif tentang habitat burung
puyuh.Selepas beberapa bulan beliau menjalankan pemerhatian terhadap burung puyuh dan
mengkaji habitat burung puyuh daripada pihak veterinar, barulah keadaan perniagaan beliau
10

JUS 101-TERAS KEUSAHAWANAN


menjadi agak stabil.Beliau juga membuat kajian mengenai penyakit burung puyuh, habitat
burung tersebut dan sebagainya kerana beliau menjalankan penternakan burung puyuh kacukan
perancis.Berbekalkan ilmu yang diperoleh, beliau mampu menternak burung puyuh dengan betul
dan menghasilkan produk yang berkualiti.

APAKAH NASIHAT ANDA UNTUK USAHAWAN MUDA?


seorang usahawan haruslah sanggup untuk mengambil risiko. Sekiranya, seorang
usahawan itu tidak sanggup untuk mengambil sebarang risiko, maka usahawan itu tidak akan
berjaya menjadi seorang ahli perniagaan. seorang usahawan perlulah bijaksana dan bersikap
positif dalam membuat keputusan. Jangan terlalu gopoh untuk mengejar impian. Mula dari
bawah, anda akan capai dipuncak juga.

KESIMPULAN

11

JUS 101-TERAS KEUSAHAWANAN


Berdasarkan temuramah terhadap pengusaha burung puyuh baka Perancis, Encik Khairul
Izwan merupakan seorang usahawan muda yang berdaya saing. Berbekalkan semangat dan
iltizam yang kuat, beliau tidak mudah melatah sebaliknya meneruskan perniagaan penternakan
burung puyuhnya meskipun pada peringkat awal terdapat banyak kekangan yang dihadapi.Sikap
optimis dan sanggup menghadapi risiko sedikit sebanyak mematangkan Encik Khairul Izwan
untuk bergelar usahawan berjaya kelak.Beliau juga begitu komited dengan setiap perkara yang
dilakukan kerana setiap usaha yang digembleng sudah tentunya beliau mahu menjadikan
perniagaan burung puyuhnya sebagai pengeluar puyuh pendaging yang berkualiti tinggi dengan
pengeluaran kuantiti yang besar bagi menampung pasaran tempatan dan antarabangsa.Hal ini
disebabkan, selaras dengan misi dan visi perniagaan Puyumas Sdn.Bhd iaitu menjadikan
perniagaan ini berlandaskan penternakan sebagai satu bidang komersial yang menguntungkan
selain perniagaan yang berasaskan peruncitan dan perdagangan. Tambahan pula, moto syarikat
ini ialah keinginan yang jitu untuk memastikan pengguna mampu membeli karkas puyuh
pendaging yang mana khasiatnya lebih tinggi serta lebih rendah kolesterol berbanding dengan
ternakan lain.
Secara kesimpulannya, perniagaan penternakan burung puyuh ini mampu menjadi ladang
contoh kepada belia, graduan, penganggur dan usahawan dalam memastikan ia sebagai satu
tempat rujukan dalam pengurusan perniagaan yang berasaskan penternakan dan pertanian dalam
menjadikan ia sebagai perniagaan utama dalam sektor ekonomi negara.

LAMPIRAN

12

JUS 101-TERAS KEUSAHAWANAN

13

JUS 101-TERAS KEUSAHAWANAN

14

JUS 101-TERAS KEUSAHAWANAN

15

JUS 101-TERAS KEUSAHAWANAN

16

You might also like