Baju Tradisional Melayu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 37

Baju tradisional Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju tradisional orang Melayu, terutamanya baju
Melayu dan baju kurung. Selain itu, ia juga termasuk baju kebaya, celana, kain sarung, samping dan
selendang.
Pakaian orang Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang
dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal
masyarakat ditempat itu sendiri, malahan yang lebih penting akibat daripada pengaruh daripada
pedagang India, Cina, Arab dan Eropah. Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan
digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah dan unik Pakaian kaum lelaki
yang masih popular hingga kini ialah Baju Melayu manakala pakaian wanita yang masih popular
termasuklah Baju Kurung,Baju Kebaya Panjang, Baju Kebaya Pendek, Baju Kurung Kedah dan Baju
Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang dianggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti
Wan Kembang, Baju Menora dan Baju Minangkabau.[1]

Isi kandungan

1 Baju Riau

2 Baju Belah Kebaya Panjang

3 Baju Melayu Cekak Musang

4 Baju Teluk Belanga

5 Baju Kurung

6 Rujukan

7 Pautan luar

Baju Riau[sunting | sunting sumber]


Baju berbelah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau juga disebut 'Engku Puteri atau Raja
Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang kelima dari keturunan Bugis.
Pada umumnya baju traisional melayu untuk kaum laki-laki biasanya dilengkapi dengan
kain Songket.

Baju Belah Kebaya Panjang[sunting | sunting sumber]


Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul juga
dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau.
Pola baju belah panjang ini masih bersifat mengurungkan anggota badan. Secara tradisi
potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju

ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini
terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali
sebagai baju panjang dan kebaya panjang. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan
panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau
kerongsang tiga.

Baju Melayu Cekak Musang[sunting | sunting sumber]


Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk cekak tinggi atau leher
tegak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang
bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat
dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan
Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

Baju Teluk Belanga[sunting | sunting sumber]

Baju "Cekak Musang" lengkap


Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor
khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka
oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk
Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas
masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya Baju Melayu.

Baju Kurung[sunting | sunting sumber]


Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada
bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek
serta perbezaan daripada segi pemakaian.[2] Pengertian kurung secara tidak langsung telah

membawa erti mengurung atau menutup anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara
Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah kurung diertikan sebagai baju yang selesa
dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya baju
kurung bernyawa walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciriciri tersendiri.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


1. Baju Kurung Melayu (PPT) Perbadanan Perpustakaan Awam
Selangor.
2. Budi kencana: kumpulan makalah memperingati persaraan
Profesor Tan Sri Dato' Ismail Hussein, oleh Safiah Karim (Nik.), Siti
Hawa Hj. Salleh, Mohd. Yusof Hasan, Ismail Hussein (Datuk),
Universiti Malaya. Akademi Pengajian Melayu, Akademi Pengajian
Melayu, Universiti Malaya, 1994 - 372 laman

SEJARAH PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

Orang Melayu tempatan pra sejarah sudah mempunyai


kemahiran membuat pakaian daripada kulit kayu melalui
bukti batu penerap yang ditemui. Dipercayai, batu
penerap itu digunakan sebagai penumbuk kulit kayu
supaya menjadi lembut dan nipis.
Sebelum kedatangan Islam, pengaruh Hindu-Buddha
masih kuat ke atas masyarakat Melayu. Masyarakat
tempatan pada masa itu, memakai pakaian yang amat
ringkas. Mereka hanya menutup di bahagian tertentu
tubuh. Kaum lelaki hanya menggunakan 2 helai kain iaitu
kain di kepala yang diikat ringkas dan kain sarung dikilas

atau kain sarung dijadikan cawat. Pakaian sebegini sesuai


dan selesa dipakai dalam cuaca panas kawasan tropika.
Kaum wanita pula hanya menggunakan 3 helai kain; iaitu
kain sarung, kain kemban dan kain selendang. Perbezaan
golongan wanita bangsawan dengan rakyat adalah
golongan bangsawan menggunakan kain daripada jenis
yang mahal dan indah serta memakai perhiasan keemasan.
Dapat dilihat jurang sosial yang wujud dari cara
berpakaian masyarakat, semenjak sebelum kedatangan
Islam.

Pengaruh Islam sekitar abad ketujuh yang antaranya


dibawa oleh pedagang-pedagang Arab melalui kegiatan
perdagangan, secara tidak langsung mempengaruhi reka
bentuk pakaian tradisional masyarakat Melayu secara
berperingkat-peringkat. Dari abad ketujuh hingga ke-13,
adalah satu tempoh transisi dan penyesuaian yang

panjang. Walaupun agama Islam telah tersebar di alam


Melayu, namun pengaruh Hindu-Buddha masih kuat..
Dari segi pakaian, masyarakat tempatan mula berpakaian
secara sopan dengan menutup badan mereka dengan baju.
Kaum wanita dan lelaki memakai baju berbentuk tunik
pendek berkain kapas hijau dengan bahagian bawah
dililitkan dengan kain sari sutera.

Baju tunik adalah baju yang ditebuk di bahagian leher


supaya memudahkan pemakainya menyarungkan baju ini
melalui leher, seperti ketika memakai baju kurung.
Selain baju tunik, seperti yang telah disebutkan di atas,
ada juga baju yang berlengan pendek, berleher tunik juga
dan berkancing sebutir butang emas. Baju ini dinamakan
baju alang. Baju alang ini dipakai oleh raja-raja sebagai
baju basahan.

Selepas abad yang ke-13 baharulah pengaruh Islam


menampakkan kesannya. Agama Islam mula dihayati oleh
masyarakat tempatan. Pakaian masyarakat tempatan mula
dipengaruhi pakaian orang Arab seperti pemakaian jubah.

Proses evolusi pakaian Melayu mencapai tahap tertinggi


pada zaman kerajaan Melayu Melaka. Bermula dari
istana-istana raja, bangsa Melayu mencapai zaman
kegemilangannya dan sehingga sekarang warisan
budayanya masih menjadi sumber inspirasi kepada bangsa
Melayu. Seperti yang tercatat dalam buku Sejarah
Melayu, ada menceritakan bahawa Tun Hassan (yang
hidup semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah) adalah
orang yang pertama yang mengubah bentuk baju Melayu
asal kepada bentuk baju Melayu yang dipakai sekarang.
Tun Hassan telah melabuhkan baju Melayu serta
membesarkan dan memanjangkan pangkal tangan baju

Melayu. Baju itu dinamakan baju kurung. Dengan


melabuhkan baju tersebut, bentuk rupa pakaian Melayu
serupa dengan bentuk rupa jubah, pakaian orang Arab.

Sekiranya kaum lelaki memakai baju kurung dengan


seluar panjang dan kain sarung yang diikat di pinggang
hingga ke paras lutut, kaum wanita pula memakai baju
kurung dengan kain sarung. Kaum wanita juga telah mula
memakai kelubung untuk menutup kepala yang terdedah
semasa keluar rumah. Pada waktu itu, wanita - wanita
yang berkelubung terdiri daripada golongan istana,
bangsawan, anak-anak yang keluarganya ialah guru-guru
mengaji.

REVOLUSI PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU


Proses evolusi pakaian tradisional Melayu turut berlaku
pada zaman penjajahan Barat di Asia Tenggara. Pereka

pakaian Melayu mulai menyerapkan ciri-ciri Barat yang


dianggap sesuai ke pakaian tradisional Melayu. Pakaian
bagi kaum lelaki, pada zaman penjajahan British adalah,
seperti pakaian baju labuh berkolar dengan kain sarung
atau pakaian kot, vest, seluar panjang serta kain samping.
Bagi golongan raja-raja pula, pakaian kot berbutang emas
atau logam berbaris yang mengancing baju yang terbuka
di bahagian hadapan, seluar panjang berfesyen Inggeris
serta memakai pedang. Ada juga yang memakai hiasan
jam berantai. Bagi kaum wanita pula, terutama sekali
golongan bangsawan, baju kurungnya masih dikekalkan
dalam bentuk labuh dan longgar. Baju kurung ini
dikenakan dengan kain ikatan ombak mengalun. Selain
baju kurung, ada juga baju labuh yang berbelah di
hadapan. Bagi golongan istana atau golongan bangsawan,
penggunaan aksesori seperti kerongsang sering
dipadankan dengan pakaian mereka.

Terdapat pelbagai jenis baju tradisional Melayu yang telah


melalui evolusi.Fesyen baju tradisional ini telah dipakai
oleh golongan istana atau golongan bangsawan dan
kemudian menjadi ikutan rakyat biasa. Akhirnya, reka
bentuk pakaian tradisional Melayu antara golongan istana
dengan rakyat hampir serupa, hanya jenis kain serta
aksesori yang digunakan berbeza.

Dahulu, anugerah raja kepada rakyat yang telah berjasa


adalah berupa bahan pakaian. Ada diriwayatkan dalam
sejarah Melayu, seorang hamba raja menerima anugerah
sepersalinan pakaian. Sepersalinan pakaian itu sebenarnya
merupakan bekas pakaian yang pernah dipakai raja.
Anugerah sepersalinan pakaian dianggap tinggi kerana
nilai sosial yang ada pada masyarakat menganggap apa
sahaja yang menjadi budaya diraja, sebagai suatu yang
mulia. Sebenarnya anugerah sebegini dapat

memperkukuhkan kedudukan raja kerana raja tidak akan


memakai atau mengambil sesuatu yang pernah menjadi
bekas rakyat tetapi sebaliknya, rakyat boleh mengambil
sesuatu yang menjadi bekas raja melalui anugerah raja.

Rakyat zaman dahulu juga tidak dibenarkan memakai


kain berwarna kuning dan tidak boleh memakai perhiasan
diri serta kain sutera berwarna kuning dan sutera putih.
Tercermin pengaruh Hindu yang menganggap warna
kuning sebagai warna keramat yang khusus untuk
golongan bangsawan.

Bagi orang Melayu, pakaian memainkan peranan penting


sebagai suatu yang amat berharga dan disanjung tinggi.
Justeru banyaklah ungkapan yang menggunakan istilah
kain dipakai untuk menerangkan nilai yang ada pada
seseorang. Sebagai contoh, ungkapan jika buruk kain

dipakai, buruklah sifat seseorang itu. Namun ungkapan


ini bukan bermaksud menghina golongan yang tidak
berkemampuan memakai pakaian cantik. Apa yang
dimaksudkan dengan buruk kain dipakai adalah cara
seseorang itu mengikat kain. Jika tidak teliti dan mahir,
kain akan kelihatan berkedut dan tidak rapi. Simboliknya,
memaparkan nilai yang ada pada si pemakai sebagai
seseorang yang tidak tahu mengurus diri dengan baik,
tidak sabar dan kurang teliti.
JENIS PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU
Citra pakaian tradisional Melayu begitu penting
sehinggakan sebarang perubahan, penyesuaian dan
gubahan yang dilakukan terhadap pakaian tradisional
tidak boleh lari dari citra asalnya. Buktinya, baju Melayu
tetap memantulkan keperibadian Melayu dan terus
dipakai hingga kini.
Baju Kurung Teluk Belanga

Menurut Dato Haji Muhammad Said Haji


Sulaiman, dalam bukunya Pakaian Patut Melayu, pakaian
baju kurung yang dipakai sehingga sekarang berasal dari
negeri Johor. Menurut beliau, pakaian tradisional ini
dipakai di negeri Johor sejak zaman pemerintahan
Almarhum Sultan Abu Bakar; iaitu pada tahun 1800 di
Teluk Belanga, Singapura.
Pada masa itu Teluk Belanga di bawah pemerintahan
negeri Johor. Orang Johor telah mengubah suai pakaian
Melayu di bahagian leher dengan menjahit tulang belut
dan sembat halus pada seluruh baju kurung itu; supaya
kelihatan lebih kemas dan menarik. Baju kurung Teluk
Belanga mempunyai leher berbentuk bulat dan belahan di
hadapan. Pada bahagian pangkal belahan dibuat tempat
pengancing baju iaitu rumah kancing dengan
menggunakan jahitan benang. Rumah kancing dibuat
dengan jahitan insang pari.

Baju kurung Teluk Belanga memerlukan bahagian


lehernya dikancing dengan sebutir butang yang berwarna
emas atau perak. Bagi kaum lelaki, baju ini dipadankan
dengan seluar serta kain samping dagang. Ciri-ciri ini
telah memperlihatkan keunikan identiti baju kurung orang
Johor. Bagi kaum wanita, mereka biasanya memakai
butang berbatu berlian atau batu lain yang bernilai. Kini,
kaum wanita gemar menggunakan keronsang kecil
sebagai pengganti butang baju kurung. Baju kurung ini
dipakai dengan kain sarung ikatan ombak mengalun.
Baju Kurung Cekak Musang
Baju kurung telah mengalami pelbagai perubahan
sejak dari mula baju ini dicipta. Baju kurung yang
ditambah dengan leher berdiri; dinamakan baju kurung
cekak musang atau baju wan. Baju ini telah dipengaruhi
oleh baju gamis atau kamis (jubah jemaah haji yang

pulang dari Makkah). Jubah ini telah dipendekkan ke


paras punggung supaya selesa dipakai. Poketnya dijahit
serupa dengan baju kurung Teluk Belanga. Bahagian leher
baju kurung cekak musang ini dikancing dengan tiga,
lima, tujuh atau sembilan butir butang. Bahagian leher ini
tidak dijahit tulang belut halus. Bagi kaum lelaki, baju ini
dipadankan dengan seluar potong Melayu dengan kain
samping dagang luar. Bagi kaum wanita pula, baju
kurung cekak musang juga dipakai dengan kain sarung
ikatan ombak mengalun.
Seluar
Pakaian seluar diperkenalkan oleh saudagar Arab, Parsi
dan India Muslim. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud
Shah, seluar menjadi popular di kalangan pembesar dan
orang istana. Ini kerana pembuatan seluar pada masa itu
memerlukan kepakaran penjahit dan kain yang banyak.
Hanya golongan berada yang mampu memakainya.

Golongan bangsawan memakai seluar potongan Acheh,


manakala rakyat biasa menggunakan dua jenis potongan
seluar iaitu seluar gunting Melayu dan seluar gunting
Cina. Seluar potongan gunting Melayu mempunyai
potongan yang paling ringkas dan memudahkan
pergerakan lasak.
Kain Sarung
Pada masa dahulu, terdapat satu lagi kain sarung
yang dinamakan kain dagang.Kain ini dipakai oleh
kaum wanita sebagai kain tudung. Kain dagang ini
digunakan untuk melindungi diri daripada cahaya
matahari dan daripada pandangan lelaki. Apabila sampai
di rumah, kain ini diikat pada pinggang sahaja. Dahulu,
kain sarung wanita ini boleh juga menjadi senjata kaum
wanita jika diserang.
Baju Kurung Moden
Baju kurung moden mempunyai ciri-ciri yang

berlainan dengan baju kurung tradisional. Baju kurung


moden digubah supaya kelihatan kemas dan menarik. Ia
tidak gelobor seperti baju kurung tradisional. Ini kerana
baju kurung moden mempunyai jahitan kekek dan pesak
pada bahagian sisi baju. Namun, ciri-ciri utama masih
dipelihara. Sebagai contoh, pakaian ini masih berlengan
panjang dan masih digunakan dengan kain sarung.

BAJU MELAYU

Pakaian tradisional bagi kaum lelaki Melayu ialah baju


Melayu. Baju Melayu merupakan kameja longgar yang

dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya


dipadankan dengan kain samping yang diikat di bahagian
pinggang dan bersongkok. Baju Melayu bagi rakyat
Malaysia terbahagi kepada dua iaitu baju Melayu
potongan Teluk Belanga dan baju Melayu potongan cekak
musang. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan
pada leher baju tersebut. Baju Melayu Teluk Belanga
biasanya terkenal di kawasan selatan Malaysia. Potongan
Teluk Belanga potongan lehernya dijahit secara sulaman.
Cara memakai baju Melayu Teluk Belanga biasanya
samping dipakai di sebelah dalam baju. Potongan Cekak
Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara
Malaysia. Potongan Cekak Musang iaitu bahagian
penutup atau rumah butangnya bertindan. Cara memakai
baju Melayu Cekak Musang ialah samping di sebelah luar
baju.

BAJU KURUNG

Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu hanya memakai


kain kemban sahaja. Setelah kedatangan Islam, mereka
mula memakai baju kurung yang sopan. Baju kurung
lazimnya diketahui sebagai jenis baju longgar yang labuh,
kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain
panjang yang berlipat tepi. Baju tersebut meliputi seluruh
tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja, dilihat
sebagai mematuhi peraturan pakaian Islam. Baju kurung
boleh dipadankan dengan kain tradisional seperti songket

atau batik. Digandingkan dengan kain selendang atau


tudung kepala. Baju kurung sesuai dipakai dalam majlismajlis formal atau urusan seharian.

Baju Kebaya

Baju belah telah melalui evolusi kerana telah terpengaruh


dengan pakaian wanita Barat. Baju belah yang asalnya
gelobor dan labuh kini mulai berubah dengan bentuk yang

lebih kemas. Potongan baju menjadi ramping di pinggang


serta labuh baju disingkatkan sedikit. Nama yang sesuai
telah mengiringi perubahan baju belah ini menjadi baju
kebaya.
Baju kebaya mempunyai dua versi iaitu baju kebaya labuh
dan baju kebaya pendek. Baju kebaya labuh dikecilkan
sedikit untuk mengikut bentuk badan si pemakai. Kain
sarung diikat secara ikatan kuncup, iaitu kepala kainnya
dilingkup ke bahagian hadapan. Baju kebaya ini dipakai
dengan kancing berbunga atau kerongsang yang
beransingan atau yang berantai.
Baju kebaya pendek pula, telah diubahsuai untuk
kelihatan lebih menarik dengan mengadakan sulaman
berbiku di bahagian hujung lengan, dan di tepi bahagian
belahan serta di bucu baju.
Baju kebaya moden telah mula dipakai orang Melayu
sebelum Perang Dunia Kedua. Walaupun dinamakan baju

kebaya moden, namun ciri-ciri kemelayuannya masih ada


kerana baju itu dipakai dengan kain. Baju kebaya moden
ini adalah baju kebaya pendek yang ketat dan dipadankan
dengan kain ikatan secara wiron. Baju ini mendedahkan
bahagian leher dan dada serta berzip di sebelah belakang
badan. Kain yang biasa digunakan adalah kain batik lepas
yang dililit mengikut bentuk badan. Hujung punca kain di
bahagian hadapan diikat seperti kipas.
Pada tahun 1960an, baju kebaya moden dipadankan
dengan kain yang ketat dan dibahagian hadapan kain
dibuat satu belahan hingga ke paras lutut untuk
memudahkan pergerakan. Apabila pemakainya mengatur
langkah, betisnya akan kelihatan.
Pada akhir tahun 1970an, baju kebaya moden tidak
digemari. Fesyen pakaian itu berubah kepada bentuk
lebih longgar dan manis dilihat. Kebaya ini masih
dipadankan dengan kain yang berbelah, tetapi selisih kain

di bahagian belahan dilebarkan supaya betis tidak


kelihatan.
Dewasa ini, baju kebaya turut dipadankan dengan seluar.
Seluar itu akan dikecilkan sedikit pada bahagian buku lali.
Ini bagi membolehkan si pemakai bergerak bebas.

Pakaian Tradisional Masyarakat Cina


Busana Kaum Cina

Sejarah
kehadiran
kaum
Cina
bermula
dengan
berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti
Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini
membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk
tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian
tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan
suasana tempatan.

Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan


sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat
dengan diubahsuai
mengikut peredaran masa
dan
kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan
Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara.
Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China
menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna
terang dengan ragamhias benang emas dan perak.

Kaum Cina merupakan kaum yang terdiri daripada pelbagai


adat resam dan kepercayaan yang tersendiri. Kaum Cina juga
mempunyai pakaian tradisional mereka yang dipanggil
cheongsam ( perempuan ), Sam Fu ( lelaki ). Masyarakat Cina
menggunakan kain yang berwarna merah bagi upacara atau
perayaan yang diraikan dengan gembira. Ini kerana mereka
bertanggapan bahawa warna merah membawa tuah.

Manakala mereka menggunakan warna putih dam hitam bagi


menunjukkan duka ataupun keadaan yang tidak baik.

Pakaian tradisional untuk orang lelaki masyarakat


Cina

SAMFOO
Samfoo adalah baju pendek yang biasanya dipadankan
dengan seluar.
Pakaian ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan cina.
Lazimnya samfoo diperbuat daripada fabrik satin cina dan
ditenun dengan motif-motif tertentu.

JUBAH LABUH
Jubah labuh dipakai oleh kaum lelaki cina.
Pakaian ini sesuai digunakan dalam majlis dan upacara

tertentu.
Kebanyakan jubah labuh masih dihasilkan di China.

Pakaian tradisional untuk orang perempuan masyrakat


Cina

CHEONGSAM
Pakaian tradisional
cheongsam.

bagi

kaum

cina

perempuan

ialah

Cheongsam ialah baju panjang selesa dan anggun.


Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang
di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan
belahan di kiri dan kanan kain.

Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin


dan jenis kain lembut.

PAKAIAN TRADISIONAL
MASYARAKAT INDIA

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian


ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih.
Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari
perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak
berminat dengan pakaian tersebut.

Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang


panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan
diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada
bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manikmanik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti
yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini
banyak dipakai oleh golongan ceti.

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia


adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim
perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang
berukuran semeter hingga dua meter lebar dan
panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter
mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah

jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai


perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat.
Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada
bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali
untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.
SariDari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang
dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan
ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang
dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak pula
adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka
bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih
suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai
kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang
mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan
menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala
apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan
corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN

Pakaian tradisional lelaki Iban


Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada
dua iaitu Kain Sirat dan Dandong.
Kain Siratdikenali juga sebagai kain cawat
merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai
dengan cara melilitnya dipinggang dan celah
kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari
pinggang ke hadapan dan belakang badan,
mempamerkan bahagian yang
berhias. Dandong pula merupakan kain
selendang yang dipakai oleh lelaki
Iban.Dandong lebih lebar daripada bedong.
Panjangdandong tidak tetap kerana kain ini
digunakan sebagai pembungkus barang-barang
persembahan dalam upacara-upacara

tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang


ditenun dengan cara ikat.

Pakaian tradisonal wanita Iban


Terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang,
Kalambi dan Bedong. Bidangmerupakan sejenis
kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma
separas lutut. Baju Kaum Iban yang
dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu
kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan.
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang
panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali
sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak
tenunan yang sangat halus.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM


KADAZAN

Masyarakat Kadazan atau orang dusun


merupakan penduduk majoriti Sabah.

Perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi


Kadazan adalah sederhana berbeza dengan etnik
lain.

Pakaian kaum lelaki seperti Gaung (Baju


lengan panjang), Souva (Seluar panjang hitam
dengan ikat pinggang berwarna biru indigo),
Kaking atau toogot (Bengkung pinggang hitam),
Siga (Penutup kepala), Tupi sinikat (Topi bulat).

Pakaian kaum wanita terdapat 3 jenis :Sinuangga baju blaus pendek dan leher
berbetuk U dipakai oleh wanita muda.

Sinompukung Blaus dengan lengan dan


tidak mempunyai sulaman dipakai oleh wanita
pertengahan.

Kihongon Blaus dengan lengan panjang,


dipakai oleh wanita tua dan spesialis ritual

Aksesori yang dipakai seperti Himpogot (Tali


pinggang), Titimbak (Pin rambut), Hamai (Rantai
leher), Simbong (Subang), Paun Kerongsang

PAKAIAN SIKH/PUNJABI

PEREMPUAN

Bagi perempuan masyarakat sikh mereka


mengenakan pakaian salwar kameez atau baju
Punjabi.

Terdiri daripada blaus panjang yang


dipadankan dengan seluar panjang yang longgar,
serta tudung kepala yang sesuai warnanya.

LELAKI

Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi


kaum lelaki di majlis rasmi.

Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke


lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas
atauline.

TURBAN/DASTAR

Masyarakat penganut Sikh atau Punjabi turut


memakai serban tetapi dalam bentuk lebih tebal,
lonjong dan seragam bentuknya.

Kain serban dipakai sepanjang 5 meter.


Serban dalam kalangan penganut Sikh amat
berkait rapat dengan kepercayaan dan wajib
dipakai.

Penganut Sikh dilarang memotong rambut


dan memakai serban agama agar rambut yang
panjang mudah diurus, tetapi kaum perempuan
tidak perlu memakai serban.

You might also like