Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Pengenalan

Masalah selepas bersalin merupakan komplikasi yang bakal dihadapi oleh setiap ibu
selepas melahirkan anak. Masalah ini kadangkala dianggap sukar bagi sesetengah
ibu muda yang kali pertama melahirkan anak. Ini kerana mereka kurang
berpengalaman dalam hal-hal berkaitan sebelum dan selepas melahirkan anak.
Antara masalah yang sering dialami oleh wanita selepas bersalin ialah pendarahan
selepas bersalin. Pendarahan melahirkan anak adalah pendarahan yang normal
yang dihadapi oleh ibu bersalin iaitu darah nifas. Pendarahan ini berlaku kira-kira
enam minggu. Sepanjang tempoh itu akan mengalami keadaan yang kurang
menyenangkan seperti :

Rasa letih dan lesu


Ini kerana bersalin memerlukan banyak tenaga yang menyebabkan
badan jadi lemah,lesu dan sakit. Selera makan juga berubah, terasa
mual dan terasa mengantuk yang amat sangat.

Rasa pedih dan sakit pada perut


Ini disebabkan rahim sedang memproses untuk mengeluarkan sisasisa darah dan uri. Ini adalah proses biasa untuk mengurangkan
pendarahan akibat dari pemakanan ubat.

Kesukaran membuang air kecil


Kesan daripada kekejangan saluran kencing, otot-otot pundi lumpuh
dan luka akibat kesukaran melahirkan anak.

Keluar cecair dari vagina


selepas tiga atau empat minggu selepas bersalin,akan mengalami
terkeluar cecair berupa darah cair atau ketulan darah dari vagina.
Mulanya darah itu berwarna merah muda dan samar-samar kemudian
lendir berwarna merah dan keputihan. Ini mungkin disebabkan uri
yang tertinggal atau jangkitan pada rongga punggung.

Isu
Pendarahan postpartum (PPH) merupakan punca utama kematian ibu. Pendarahan
postpartum ditakrifkan sebagai kehilangan darah melebihi 600 ml dari trek

pembiakan selepas kelahiran bayi sepanjang tempoh puerperium. Terdapat dua jenis
PPH iaitu :
i.

ii.

pendarahan postpartum primer


pendarahan yang berlaku selepas melahirkan anak dalam tempoh 24 jam
pendarahan postpartum sekunder
pendarahan yang berlaku selepas melahirkan anak selepas tempoh 24 jam

Statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia menunjukkan bahawa


25% daripada kematian ibu disebabkan oleh PPH, dan nisbahnya lebih dari 1000 kes
kematian wanita daripada 100000 kelahiran hidup. Menurut The Buletin dari
American College of Obstetricians Gynecologist, dianggarkan berlaku kematian
sebanyak 140000 kematian dalam tempoh 3 tahun berturut-turut atau kematian
seorang ibu setiap 4 minit. Menganggarkan jumlah kehilangan darah ketika proses
kelahiran berlaku adalah bersifat subjektif dan kadangkala tidak tepat.
Namun,sekiranya kejadian ini berlaku dan langkah kecemasan perlu dilakukan bagi
menyelamatkan nyawa ibu dan bayi yang bakal dilahirkan kerana pendarahan yang
abnormal boleh menyebabkan kematian ibu serta anak di dalam rahim.

Pencarian literatur
Kadangkala kita digemparkan dengan berita mengenai orang meninggal dunia akibat
kehilangan darah disebabkan kemalangan atau kes bunuh, tetapi sekiranya seorang

ibu meninggal kerana kehilangan darah yang banyak kerana melahirkan anak adalah
sesuatu yang memilukan.
Hal ini telah terjadi kepada sebuah pasangan suami isteri ketika isterinya mahu
melahirkan anak bayi mereka. Mangsa , Mak Oi Leen, 36, meninggal dunia pada 2
Feb lepas akibat kegagalan uterus untuk mengecut yang menyebabkan pendarahan
tanpa henti selepas enam hari tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi, Hospital
Tengku Ampuan Rahimah di Klang, setelah dirujuk oleh klinik berkenaan.
Hal ini disebabkan oleh kecuian oleh pihak klinik pakar wanita dan bersalin swasta
yang tidak mempunyai kelengkapan mencukupi untuk mengendalikan urusan
kelahiran bayi dan memberi rawatan kecemasan. ,Menurut suami mangsa,Wong
Cheng Gee, isterinya kelihatan pucat dan tidak bermaya kerana kehilangan darah
yang banyak selepas selamat melahirkan anak nya. Bimbang dengan keadaan
isterinya yang semakin kritikal, Wong bersetuju isterinya dihantar ke , Hospital
Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), dan apabila di situ, dia dimaklumkan denyutan
jantung isterinya telah berhenti tetapi beberapa petugas HTAR bertindak pantas dan
menjalankan beberapa prosedur untuk menyelamatkan nyawanya. Katanya, dia turut
dimaklumkan isterinya telah kehilangan terlalu banyak darah dan dimasukkan ke
ICU. Akhirnya,isterinya meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak.

Penemuan
Pendarahan postpartum boleh berlaku disebabkan oleh beberapa keadaan.
Antaranya ialah :

1) atoni uterus
Faktor ini merupakan penyebab utama berlakunya PPH. Atoni uterus ialah
kegagalan rahim untuk melakukan kontraksi dan retraksi otot miometrium
supaya kembali kepada keadaan yang asal selepas bayi dilahirkan. Hal ini
boleh menyebabkan berlakunya pendarahan dengan cepat dan banyak
seterusnya menyebabkan renjatan hipovolemik akibat kehilangan kuantiti
darah dalam jumlah yang banyak.
2) Kelemahan otot miometrium
Kekurangan kontraksi otot miometrium akibat keletihan yang dihadapi oleh
ibu semasa melahirkan anak atau proses kelahiran yang terlalu lama
menyebabkan kontraksi otot miometrium berkurangan dan lemah. Selain itu
juga, kesan penggunaan ubat juga menyebabkan perkara ini berlaku seperti
penggunaan ubat anestesia, nitrat, ubat anti-inflamatory drug, magnesium
sulphate, beta-simpatomimetik dan nefidipin.
3) Trauma
Hal ini berlaku selepas menjalani tempoh bersalin yang sangat lama dan
mengalami kesakitan yang amat sangat.
4) Laserasi serviks
Laserasi serviks ialah koyakan pada kawasan rahim yang berlaku disebabkan
oleh penggunaan forceps semasa hendak mengeluarkan bayi dari rahim ibu.
Laserasi serviks berlaku secara spontan. Perkara seperti ini sering berlaku
kerana ibu tidak mampu menahan kesakitan sebelum dilatasi serviks
sepenuhnya.
5) Gangguan pembekuan
Selepas peringkat ketiga berakhir dimana kelahiran bayi dan plasenta
sepenuhnya dari rahim, proses hemostasis iatu proses pembekuan darah
akan berlaku untuk mengurangkan dan menghentikan darah yang keluar
daripada rahim. Selama tempoh ini, gangguan koagulasi darah sering kali
berlaku dan menjadi factor penyebab kepada masalah pembekuan darah
serta menyebabkan darah lambat untuk membeku dan berhenti.

Perbincangan
Tanda-tanda pendarahan postpartum
1. Pendarahan yang sedikit hinggalah berlebih-lebihan
2. Boleh jadi sakit dan boleh jadi tidak

3. Warna darah berbeza-beza dari warna perang hinggalah ke warna merah


cerah.
4. Peningkatan denyutan jantung
5. Pendarahan yang banyak
6. Tekanan darah menurun
7. Pembengkakan kemerahan pada vagina
Komplikasi

Anemia iaitu kurang haemoglobin dalam sel darah merah.

Renjatan hipovolumik akibat kehilangan darah yang banyak.

Kematian janin atau ibu

Infeksi atau jangkitan kuman

Koriokarsinoma atau invasive mole dalam kes ketumbuhan yang berlaku


dalam uterus hidatidiform (hydatidiform mole).

Kelahiran bayi pramatang berserta komplikasi yang berkaitan

Koagulopati- gangguan pada mekanisma pembekuan darah selepas proses


kelahiran

Investigasi
Antara ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan tanda-tanda awal PPH
ialah:
1) Pemeriksaan fizikal
menjalani pemeriksaan fizikal di bahagian pelvis
2) Ujian darah
Kiraan sel darah lengkap
HCG (Human Chorionic Gonadotrophin), iaitu sejenis hormon yang yang
dihasilkan ketika hamil.
Paras HCG

Menurun bagi kes keguguran spontan

Meningkat begitu tinggi dalam kes kehamilan molar

Meningkat secara beransur-ansur untuk kehamilan ektopik atau kehamilan


luar rahim.

Kumpulan darah dan pengkelasan Rhesus (Rh)


o

Pesakit yang Rhnya negatif memerlukan imun globulin Rho(D)


(RhoGAM)

Jika berlaku pendarahan berlebihan, pemindahan darah mungkin


diperlukan

Kajian pembekuan darah (fibrinogen, produk fibrin, platelet)


o

Biasanya bagi pendarahan yang berlaku di peringkat akhir kehamilan


atau sewaktu pengguguran tertinggal, kajian ini dilakukan.

3) Ultrasound

Mendiagnosis kehamilan molar(dengan ketepatan sebanyak 98%)

Menentukan bilangan bayi yang dikandung

Menolak atau mengecualikan kehadiran kehamilan ektopik

Mendiagnosiskan plasenta previa

PENYELESAIAN
Setiap penyakit,ada ubatnye. Makanya setiap masalah ada penyelesaianya. Bagi
merawat masalah pendarahan postpartum terdapat beberapa cara yang boley
dilakukan. Contohnya untuk rawatan :
1. Am

Kebanyakan pesakit di trimester pertama (3 bulan pertama)


yang mengalami pendarahan tidak perlu dimasukkan ke
hospital. Bagi yang memerlukan, biasanya, mereka hanya

dikehendaki berehat di katil dan diawasi dengan rapi.


Pendarahan yang berlaku di peringkat akhir kehamilan
memerlukan pemantauan dalam hospital. Jika pendarahan
terus berlaku dan boleh mengancam nyawa ibu atau janinnya,
maka pembedahan Caeserean kecemasan mungkin terpaksa
dilakukan atau langkah berjaga-jaga akan diambil sehingga

janin menjadi lebih matang.


2. Pembedahan
Bagi keguguran yang tidak dapat dielakkan atau tidak lengkap,
tatacara Pendilatan dan Pengkuretan atau dikenali sebagai

D&C (dilatation & curettage) dilakukan.


Jika keguguran tersebut tidak dapat ditentukan samada
lengkap atau tidak: D&C juga dijalankan untuk membuang

sisa-sisa yang tertinggal


Untuk kehamilan molar atau kehamilan ektopik: pembedahan
yang sesuai akan dijalankan selepas disahkan diagnosisnya.

Walaubagaimana pun,rawatan ini bergantung kepada beberapa keadaan


iaitu:

Penyebab pendarahan faraj

Keterukan pendarahan

Kepantasan dan ketepatan diagnosis yang dibuat. selepas


disahkan diagnosisnya.

Pencegahan
Tidak ada satu peraturan yang telah ditetapkan untuk mengelak kejadian
pendarahan sewaktu mengandung. Walau bagaimanapun, punca pendarahan
tersebut perlu diambil kira. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil:

Bagi kes abrupsi plasenta, terdapat risiko untuk keadaan ini berulang lagi
pada kehamilan yang akan datang (lebih kurang 1 dalam 10). Pemantauan
yang rapi dan tindakan yang pantas terhadap segala bahaya yang mungkin
berlaku pada bayi boleh menjamin keselamatan ibu dan bayi itu sendiri untuk
sepanjang waktu kehamilan tanpa gangguan dari sebarang penyakit. Bagi
mengelak abrupsi dari terus berlaku, pengambilan asid folik tambahan adalah
disyorkan.

Kedudukan plasenta yang rendah atau pendarahan yang berlaku di waktu


awal kehamilan - dinasihatkan supaya berehat secukupnya dan elakkan dari
mengadakan hubungan kelamin buat sementara waktu.

Pendarahan sewaktu mengandung tidak boleh diabaikan. Sebarang


pendarahan yang berlaku terutamanya pada trimester ketiga, perlu dilaporkan
kepada doktor dengan segera.

Rumusan
Pendarahan semasa mengandung boleh berlaku berpunca dari pelbagai sebab. Ia
boleh berlaku di peringkat awal atau akhir kehamilan. Jika seorang wanita itu
mengalami pendarahan pada bila-bila masa ketika mengandung, adalah amat
penting baginya memberitahu doktor ataupun bidan dengan segera. Pendarahan ini
boleh berlaku dari hanya setompok darah hinggalah kepada pendarahan yang
berlebih-lebihan. Ia boleh jadi ringan dan kadang-kadang boleh mengancam nyawa
ibu itu sendiri dan janinnya. Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (Unicef), kira-kira 500,000 wanita di seluruh dunia maut akibat
komplikasi mengandung dan melahirkan anak setiap tahun, sementara anggaran 20
juta menderita penyakit yang berkaitan dengan kehamilan selepas melahirkan anak.
Kebanyakan kematian ibu berpunca daripada komplikasi obstetrik (berkaitan dengan
pengendalian ibu semasa hamil, sewaktu bersalin dan selepas bersalin) termasuk
pendarahan selepas bersalin, infeksi, eklampsia (kekejangan) serta masalah semasa
hendak bersalin dan komplikasi pengguguran. Memetik kata Youssouf Oomar, wakil
Unicef ke Malaysia baru-baru ini sempena Hari Kesihatan Sedunia, Menjadi seorang
ibu dan untuk anak yang dilahirkan itu membesar ialah hak setiap wanita, setiap
keluarga, setiap bayi yang belum dilahirkan atau sudah dilahirkan tanpa mengira di
mana mereka tinggal atau berapa banyak pendapatan isi rumah.

Senarai rujukan

A textbook of postpartum hemorrhage: a comprehensive guide to evaluation

(2006) By Christopher B-Lynch, Sapiens Publishing, UK.


http://www.infosihat.gov.my/penyakit/penyakitP/PendarahanSemasaKelahiran

.php
dibuka pada : 17.01.2011
http://last3arthtree.files.wordpress.com/2009/02/perdarahan-post-partum.pdf
dibuka pada : 17.01.2011

http://diyoyen.blog.friendster.com/2008/11/perdarahan-postpartum-postpartum-hemorrhagic/
Dibuka pada : 19.01.2011

http://www.docstoc.com/docs/27033308/Perdarahan-Post-Partum-dan-Syok
Dibuka pada : 19.01.2011

Lampiran

Pendarahan yang berlaku pada vagina.

Penggunaan forsep juga menjadi faktor utama berlakunya pendarahan postpartum.

You might also like