Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Nama: __________________________________

Kelas:
_________

Tarikh: ___________________
Akademi: _________________

Markah:
___/___

Pemotong rumput maut dirempuh komuter ketika berselfie


Bernama |

Disember 19, 2015 15:53 MYT

Siasatan awal mendapati selepas selesai memotong rumput, mangsa dikatakan berdiri di landasan
keretapi untuk mengambil gambar. -Gambar hiasan

NILAI: Akibat mahu membuktikan kepada majikannya dia sudah selesai memotong
rumput, seorang lelaki maut ketika melakukan 'selfie' selepas dirempuh komuter
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin (1) kata mangsa, A. Renishkumar, 20,
adalah pekerja kontrak potong rumput dalam kawasan milik KTMB dan (2) jadi berlaku
di sempadan Nilai-Mantin dekat sini.
Menurutnya anggota Balai Polis Nilai (3) terima maklumat mengenai insiden itu pada
pukul 11 pagi.
"(4) Siasat awal mendapati selepas selesai memotong rumput, mangsa dikatakan
berdiri di landasan keretapi untuk mengambil gambar bagi (5) bukti kepada majikannya
bahawa rumput telah dipotong.
"Semasa mengambil gambar itu, mangsa tidak sedar tren sedang menghampirinya
walaupun rakan-rakannya yang lain memanggilnya tetapi tidak didengarinya.

Akibatnya tren itu telah merempuh mangsa dan dia mati di tempat kejadian," katanya.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat
dan kes disiasat di bawah laporan mati mengejut, katanya.
Jawapan
1

Pada pendapat kamu, adakah perbuatan selfie itu bahaya? Mengapa?


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

1.
2.
3.
4.
5.

berkata
kejadian
menerima
Siasatan
membuktikan

Menurut kajian Jabatan Kesihatan Mental Thailand, trend popular selfie boleh menyebabkan
seseorang individu hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa
kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka. Sikap ini boleh menyebabkan
masalah mental pada masa hadapan terutama berkaitan keyakinan diri yang mana ini boleh
menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga
pembangunan negara. Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus
memeriksa komen diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah like paling
banyak adalah petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai masalah buat mereka,
termasuk kemungkinan hilang keyakinan. Selfie boleh menyebabkan masalah emosi atau
mempengaruhi tingkah laku. Penyelidikan menunjukkan, orang yang berselfie ada hubungan
emosi dengan laman sosial, dan tingkah laku serta keputusan mereka dipengaruhi oleh
bagaimana rakan laman sosial berinteraksi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/34944

You might also like