Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada sesiapa sahaja


yang membaca tugasan kami ini.Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Puan Aziah selaku pensyarah bagi subjek Tamadun Islam dan Asia
kerana sedia membimbing kami serta memberi tunjuk ajar kepada kami serta rakan-
rakan yang lain dalam tempoh menyiapkan tugasan yang diberi. Segala penerangan
yang diberikan oleh beliau amatlah berguna kepada kami dan rakan-rakan serta padat
dengan segala isi.

Selain itu juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu
bapa kami kerana tidak jemu-jemu memberi sokongan dan dorongan kepada saya
dalam menyiapkan tugasan ini. Segala nasihat dan bantuan yang diberikan oleh
mereka akan kami gunakan sebaik yang mungkin dalam menyiapkan tugasan ini.

Ribuan terima kasih juga kami tujukan kepada teman-teman kerana sudi
berkongsi ilmu dan pendapat dengan kami bagi menyiapkan tugasan ini. Terima kasih
daun keladi,esok lusa tolong lagi. Akhir sekali, kepada pihak –pihak yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak kami ingin memberikan ucapan jutaan terima kasih……

1
Pengertian Tamadun

Kemunculan dan perkembangan tamadun manusia berlaku secara berperingkat-


peringkat mengikut tahap kemajuan yang didiami oleh sesebuah masyarakat.
Penggunaan istilah tamadun berasal dari bahasa Arab iaitu tamaddun. Di dalam
bahasa Arab terminologi yang sering disamakan dengan tamadun ialah Hadharah,
Umran dan Madaniyyah atau sinonim dalam bahasa Inggeris Civilization. Semua istilah
di atas secara umumnya merujuk kepada makna yang sama. Semua istilah tersebut
memberi maksud maju atau mencapai kemajuan. Selain itu perkataan tamadun dari
sudut etimologi berasal daripada perkataan maddana di dalam bahasa Arab. Maddana
merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus
budi pekerti. Daripada perkataan maddana ini maka lahirlah perkataan madani. Madani
merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta
kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani ini
berasal daripada perkataan al- deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan
kehidupan beragama. Selain itu juga, perkataan tamadun sering disamakan erti dengan
peradaban yang membawa maksud keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan
jasmani dan rohani dalam sesebuah bangsa dan masyarakat.

2
Agama dan Kepercayaan

Setiap tamadun di dunia ini mempunyai agama dan kepercayaan. Agama dan
kepercayaan merupakan pegangan hidup bagi sesuatu masyarakat yang bertamadun.
Tanpa agama dan kepercayaan masyarakat dalam sesebuah tamadun akan mengalami
kesukaran dalam kehidupan seharian. Dalam tamadun awal, agama dan kerajaan
saling berkait rapat. Manusia dalam tamadun awal mengamalkan kepercayaan
polytheistik atau banyak tuhan. Oleh itu, unsur-unsur alam semesta ini menjadi objek
penemuan dan disembah supaya mereka tidak ditimpa malapetaka.

Di Malaysia ciri ketamadunan agama dan kepercayaan menjadi lengkap dengan


adanya tiga kaum malaysia yang terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Masing- masing
mempunyai agama dan kepercayaan yang berbeza-beza. Sebagai sebuah negara
Islam, Malaysia menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi di rantau ini. Namun
begitu agama-agama lain masih boleh dianuti oleh bangsa-bangsa lain mengikut
agama mereka. Sebagai contoh agama islam agama islam adalah agama bagi
masyarakat melayu, manakala agama Hindhu adalah agama bagi orang India dan
seterusnya orang Cina bagi agama adalah agama Buddha.

Masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu sebelum kedatangan Barat


mengamalkan pelbagai bentuk agama dan kepercayaan yang mempengaruhi
kehidupan mereka. Amalan agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat
Melayu tradisional di Tanah Melayu membuktikan bahawa masyarakat Melayu ketika itu
sudah memiliki tamadun yang tinggi. Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat
awalnya berbentuk animisme. Ia kemudiannya berkembang dengan meluas kepada
kepercayaan agama Hindu dan Buddha. Bagaimanapun kepercayaan ini mula merosot
apabila Islam tersebar meluas di kalangan masyarakat Melayu.

Sebelum merdeka Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu. Kedatangan agama


Islam pada abad ke 7 telah menghakis sebahagian amalan kepercayaan Hindu Buddha
yang telah lama bertapak di Tanah Melayu pada ketika itu. Agama Islam disebarkan
oleh golongan pedagang dan pendakwah Islam dari Asia Barat. Ajaran Islam
berlandaskan kepada lima Rukun Islam dan enam Rukun Iman yang wajib diketahui

3
oleh penganutnya. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar
dalam politik, perundangan, ekonomi, dan budaya masyarakat Melayu. Dengan adanya
ciri tamadun agama dan kebudayaan ianya dapat memupuk kesepaduan rakyat yang
berbilang kaum di Malaysia walaupun negara Malaysia dikenali sebagai negara Islam
namun hubungan yang baik dengan bangsa lain tetap diwujudkan.

Sistem Tulisan

Sistem tulisan amat penting bagi perkembangan sesebuah tamadun dalam


jangka masa panjang. Dengan tulisan memungkinkan masyarakat menyimpan rekod
dan berhubung dengan lebih berkesan bukan hanya dengan perkataan sahaja. Sebagai
contoh, tulisan dalam tamadun awal mempunyai pelbagai bentuk yang dapat difahami
dalam komuniti setempat, contohnya di Sumeria, Mesir dan China muncul tulisan
piktograf di mana gambar-gambar dilukis bagi mewakili sesuatu makna. Tulisan
piktograf ini kemudiannya berkembang kepada sistem tulisan yang berbentuk logografi
(logographic) iaitu bentuk awal kepada pembentukan tulisan berbentuk abjad.

Setiap tamadun yang terbina mempunyai sisitem tulisannya yang sendiri. Begitu
juga dengan tamadun Malaysia. Melalui sistem tulisan masyarakat Malaysia yang
bertamadun dapat berkomunikasi dengan masyarakat dengan lebih luas dan afektif.
Dengan adanya sistem tulisan, ianya akan memudahkan segala pengurusan dan
segala bukti-bukti yang sahih dapat disimpan dalam jangka masa yang panjang.

Tamadun Malaysia menggunakan sistem tulisan jawi dan rumi. Tulisan jawi telah
digunakan sebelum negara mendapat kemerdekaan namun ianya tetap digunakan
sehingga hari ini. Tulisan rumi pula telah digunakan selepas kemerdekaan sehingga
pada hari ini. Tulisan rumi merupakan tulisan rasmi negara. Selain tulisan rumi dan jawi
terdapat juga tulisan-tulisan lain yang digunakan oleh rakyat Malaysia sebagai bahasa
dalam kehidupan seharian, di dalam urusan rasmi, dan sebagainya. Namun tulisan
tersebut tidak dapat mempengaruhi atau menendingi tulisan rumi kerana penggunaan
tulisan rumi di Malaysia lebih luas juka ditandingi dengan tulisan-tulisan lain. Malah
terdapat kaum bangsa lain yang menggunakan tulisan rumi dalam kehidupan sehari-
hari

4
Tulisan yang kita gunakan pada hari ini merupakan warisan daripada bangsa
Phoenicia yang berasal dari kawasan di bahagian timur laut Mediterranian, berhampiran
Lubnan sekarang. Mereka mewujudkan sistem abjad yang mengandungi 22 simbol.
Setiap satu simbol mewakili satu konsonan. Tulisan ini disebarkan ke tempat lain oleh
orang Phoenicia yang merupakan pelaut dan pedagang termasyur. Pada tahun 800
S.M., orang yunani menerima sistem tulisan ini dan menambahkan huruf-huruf vokal.
Orang Rom pula mengubah suai abjad Yunani menjadi tulisan Rom. Bentuk tulisan ini
kemudiannya tersebar ke barat.

Kebudayaan dan Kesenian

Dalam pengertian yang paling umum, kebudayaan merupakan seluruh cara


hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang
diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran. tamadun
Di Malaysia Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup
bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah
saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia
yang unik.

Pembinaan tamadun di Malaysia juga dapat dilihat melalui kebudayaan dan


kesenian. Sebagai contoh orang Melayu merupakan penganut yang beragama Islam
dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan
Melayu dan terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.
Seterusnya kaum cina pula terkenal dengan sifat mereka yang kuat bekerja dan pandai
berniaga. Dan akhir sekali kaum India, mereka terkenal dengan budaya mereka yang
unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah.

Seni bina Malaysia pula mencerminkan pelbagai gaya, budaya dan agama di
Asia, dan memaparkan gabungan ciri tradisi dan moden, dengan unsur gaya Hindu-
India, Islam-Arab, Cina dan Eropah. Penjajahan Portugis, Belanda dan British telah
banyak mempengaruhi gaya senibina tempatan. Kini, negara berpegang kepada visi
Malaysia moden yang Merdeka, sambil mengekalkan kekayaan budaya dan warisan.

5
Dari segi seni bina pula, Masyarakat Melayu telah mengalami kemajuan dalam
perkembangan seni bina dan ini dapat diperhatikan dalam pembinaan bangunan, pintu
gerbang, perkampungan,makam dan masjid. Seni bina masyarakat Melayu banyak
menggabungkan ciri-ciri Islam. Seni bina rumah tidak terkecuali daripada kemajuan ini,
dan ini dapat diperhatikan pada dua jenis rumah Melayu tradisi, iaitu Rumah Bumbung
Panjang dan Rumah Bumbung Limas. Kedua-dua buah rumah ini merupakan rumah
utama dalam tradisi pembinaan rumah orang Melayu.

Sistem Pemerintahan

Sistem pemerintahan merupakan salah satu ciri-ciri tamadun. Mengikut


Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan melalui buku mereka,
Tamadun Dunia Edisi Semakan, sistem pemerintahan ditakrifkan sebagai satu badan
atau organisasi yang dianggotai oleh sebilangan yang dilantik atau dipilih mengikut
prosedur-prosedur perundangan bagi menjawat jawatan tertentu untuk tujuan mentadbir
dan menguruskan sesebuah negara. Pada peringkat awal, perkembangan sesuatu
tamadun dalam sistem pemerintahan bermula dengan hubungan kekeluargaan dan
darah dalam membentuk sebuah masyarakat sebenar. Apabila mencapai tahap
tamadun yang lebih tinggi, sistem pemerintahannya menjadi semakin kompleks.

Pelbagai bentuk pemerintahan telah muncul seperti pemerintahan beraja atau


monarki, republik, oligarki, aristrokasi, demokrasi, feudal, absolutisme dan pelbagai lagi.
Sistem pemerintahan demokrasi contohnya boleh dilihat pada tamadun Yunani, melalui
negara kota Athens yang dibantu melalui tiga buah institusi, iaitu Dewan Perhimpunan,
Majlis, Majistret dan Juri. Semua sistem pemerintahan ini wujud apabila berlakunya
interaksi antara masyarakat apabila mereka sudah mengetahui kepentingan pemimpin
untuk memimpin mereka. Dalam sesebuah negara moden, kerajaan dan
pemerintahannya terdiri daripada tiga komponen iaitu perundangan, eksekutif dan
kehakiman. Setiap komponen ini mempunyai tanggungjawab dan peranan yang
berlainan. Sementara itu, pentadbiran boleh ditafsirkan sebagai sistem melaksanakan
dasar dan arahan eksekutif kerajaan untuk membawa pembangunan, kemudahan serta
perkhidmatan kepada rakyat.

6
Ciri ini amat berkait rapat dengan tamadun Malaysia pada masa kini. Hal ini
kerana, negara Malaysia melaksanakan pemerintahan berbentuk demokrasi
berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Sejak mencapai kemerdekaan,
Malaysia mula mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dalam semua hal ehwal
pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Corak demokrasi yang diamalkan ini adalah
dipengaruhi dari corak pemerintahan Kerajaan Inggeris. Sistem pemerintahan Malaysia
ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ianya tidak sahaja diamalkan di
Semenanjung Malaysia sahaja, malahan ia turut diamalkan di Sabah dan Sarawak
setelah kedua-dua negeri tersebut menyertai Perseketuan Tanah Melayu pada tahun
1963. Kedua-dua negeri tersebut juga menerima Perlembagaan Persekutuan sebagai
sumber perundangan yang tertinggi.

Negara Malaysia turut menjalankan pemerintahannya dengan membahagikan


pembahagian kuasa kepada tiga bahagian iaitu Perundangan, Kehakiman, dan
Pentadbiran atau Eksekutif. Hal ini sama dengan apa yang diterangkan sebelum ini
bahawa dalam sebuah negara moden, pemerintahannya terdiri daripada tiga
komponen. Ketiga-tiga bahagian ini diasingkan diantara satu sama lain bagi
mengelakkan wujudnya eksploitasi dan pemusatan kuasa antara badan-badan tersebut.
Jika dilihat dari segi fungsinya, jelas menunjukkan bahawa bahagian Perundangan
berkuasa membentuk rang undang-undang, bahagian Pentadbiran menjalankan
pentadbiran kerajaan manakala bahagian Kehakiman berkuasa menjalankan kuasa
keadilan. Kuasa tertinggi yang mengetuai ketiga-tiga badan tersebut ialah Yang di-
Pertuan Agong.

Kini, negara Malaysia terdapat tiga tahap pentadbiran, pertama ialah pentadbiran
Kerajaan Perseketuan, kedua Kerajaan Negeri dan yang ketiga ialah Kerajaan
Tempatan. Satu contoh jelas perjalanan pentadbiran boleh ditujukan kepada
pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15. Walaupun pemerintah
Melaka ialah seorang pemerintah mutlak, tetapi pemerintahannya mempunyai
pentadbiran yang teratur dan kemas. Sultan mempunyai beberapa jawatan tradisional
seperti bendahari, penghulu bendahari, temenggung, hulubalang besar, laksamana dan

7
syahbandar yang mempunyai tugas-tugas khas untuk menolong sultan mentadbir dan
mempertahankan negara. Kuasa sultan juga dijalankan oleh orang besar jajahan,
penghulu dan ketua kampung.

Urbanisasi

Urbanisasi turut termasuk dalam ciri-ciri tamadun. Urbanisasi merupakan proses


pembentukan pembandaran atau dikenali sebagai bandar. Bandar merupakan suatu
unit politik, suatu petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu
kelompok rumah tempat kediaman. Ianya dianggap sebagai nadi sesebuah tamadun
kerana hampir semua aktiviti masyarakat berlangsung di bandar. Bandar meliputi
semua elemen semula jadi, sosial dan buatan manusia yang berkelompok dalam
kawasan yang mempunyai ramai penduduk. Daripada definisi ini, jelas bahawa bandar
berbeza dengan kampung dari segi saiz, kepadatan dan penduduknya. Contohnya
bandar dalam tamadun Shang mempunyai binaan tembok-tembok yang memisahkan
setiap kelompok berdasarkan kepada kelas sosial serta pengkhususan kerja.

Bandar merupakan pusat pentadbiran dan pertahanan. Pada zaman kuno,


bandar memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran dan tempat kediaman raja.
Lazimnya, istana raja didirikan di tengah-tengah bandar, kubu-kubu pertahanan
didirikan di sekeliling istana sebagai benteng pertahanan daripada serangan musuh.
Selain itu, bandar juga berfungsi sebagai pusat politik, pusat keagamaan, perdagangan,
pengangkutan, pendidikan dan perindustrian. Terdapat tiga faktor mendorong
kemunculan bandar. Pertama ialah keadaan ekologi yang sesuai. Ekologi yang sesuai
amat penting untuk kegiatan pertanian dan penternakan. Dalam erti kata lain, keadaan
tanah yang subur dan iklim yang sesuai amat penting untuk menghasilkan makanan
yang merupakan keperluan asas bagi kemunculan bandar. Kedua, kemajuan dalam
bidang teknologi seperti teknologi pengairan, penternakan dan pertukangan.
Perkembangan teknologi pertanian dan penternakan merintis jalan ke arah kemunculan
bandar. Faktor yang ketiga dan yang terakhir ialah organisasi yang kompleks.
Kemunculan kampung-kampung yang berasaskan pertanian menyebabkan muncul
sistem sosial baru di bawah ketua-ketua tempatan atau raja.

8
Mengambil contoh, perkembangan bandar di Mesopotamia yang bermula pada
pertengahan abad keempat sebelum masihi. Terdapat beberapa faktor yang
mendorong perkembangan bandar di Mesopotamia. Faktor utama ialah peningkatan
hasil pertanian yang disebabkan perkembangan sistem pengairan yang baik. Malah,
kemunculan bandar di Mesopotamia berkaitan dengan peperangan yang sering
berlaku. Peperangan ini menyebabkan penduduk mendapatkan perlindungan daripada
ketua-ketua tempatan yang kuat dan berpengaruh.

Di Malaysia, urbanisasi berlaku akibat daripada perpindahan atau migrasi


penduduk dari luar bandar ke bandar untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan
pendapatan yang lebih tinggi dari kampung halaman. Hal ini sama dan saling
berhubung dengan ciri-ciri bandar. Bandaraya Kuala Lumpur contohnya merupakan
pusat perindustrian yang terbesar dan menjadi tumpuan pada setiap masyarakat.
Sebelum kewujudan negara Malaysia lagi, Kuala Lumpur telah menjadi tumpuan kerana
perlombongan bijih timahnya dan secara tidak langsung mewujudkan peluang
pekerjaan dan proses urbanisasi berlaku kerana kegiatan ekonominya. Di samping itu
juga, Ipoh, Klang dan Taiping menjadi bandar kerana perlombongan bijih timah di mana
proses yang sama berlaku di Kuala Lumpur.

Pada masa kini, Malaysia turut mempunyai bandar yang berfungsi sebagai pusat
pentadbiran kerajaan iaitu Putrajaya. Putrajaya mula ditubuhkan oleh mantan Perdana
Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir. Putrajaya menjadi pusat
pentadbiran kerajaan untuk menggantikan bandar Kuala Lumpur kerana bandar
tersebut semakin pesat dan padat. Disebabkan Putrajaya menjadi pusat pentadbiran
kerajaan, proses urbanisasi berlaku akibat daripada perpindahan penduduk untuk
peluang pekerjaan.

Kini, tamadun Malaysia mempunyai satu dasar yang dikenali sebagai Dasar
Urbanisasi Negara walaupun tidak diistiharkan secara rasmi oleh kerajaan. Dasar ini
dilaksanakan untuk mencapai Dasar Ekonomi Baru (DEB) disamping memupuk
perseimbangan ekonomi di antara bandar dan luar bandar.

9
Ekonomi

Ciri seterusnya adalah ekonomi. Pengertian asal ekonomi ialah household


management atau pengurusan rumah tangga kerana rumah merupakan unit asas
ekonomi yang meliputi kegiatan bercucuk tanam dan kegiatan pengeluaran. Kini,
perkataan ekonomi diertikan sebagai suatu ilmu yang mengkaji pengeluaran,
pengagihan, pertukaran dan pengunaan bahan-bahan atau barangan yang bersifat
kekurangan serta beraneka. Ekonomi juga merupakan suatu ilmu sains sosial kerana
kajian ekonomi biasanya melibatkan aspek-aspek gelagat atau perilaku manusia.

Sistem ekonomi membawa maksud cara atau kaedah dalam pelaksanaan


kegiatan ekonomi. Sistem ekonomi yang diamalkan dalam tamadun-tamadun awal
adalah pelbagai dan ini meliputi yang bersifat tradisional dan moden. Sistem ekonomi
tradisional yang diamalkan oleh kebanyakan tamadun-tamadun awal ialah sara diri,
pertanian dan perdagangan. Sementara itu, dalam Tamadun Eropah, sistem
ekonominya meliputi sistem feudal, kapitalisme, merkantilisme dan laissez faire atau
perdagangan bebas. Jika dilihat pada Tanah Melayu pada masa dahulu, sebelum
kemerdekaan, corak ekonominya pada waktu itu bersifat sara diri. Namun, campur
tangan Inggeris telah mengubah sistem ekonomi di Tanah Melayu. Pengenalan sistem
ekonomi laissez faire atau perdagangan bebas oleh Inggeris telah mewujudkan sistem
ekonomi duaan atau ekonomi dualisme. Ekonomi yang diamalkan dalam tamadun-
tamadun awal amat berkait rapat dan saling berhubung dengan ekonomi Malaysia pada
masa kini.

Sistem ekonomi di Malaysia pada masa kini lebih memfokuskan kepada


pengeluaran yang melibatkan pemprosesan. Secara umumnya, aktiviti ekonomi
Malaysia kini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah
kegiatan ekonomi peringkat awal yang melibatkan pemprosesan. Contohnya seperi
keluaran pertanian dan bahan mentah yang perlu diproses terlebih dahulu. Hal yang
sama turut berlaku pada sistem ekonomi tamadun Mesir yang bergantung pada
pengeluaran pertanian. Pelbagai jenis tanaman diusahakan seperti gandum, jagung
dan sebagainya hasil daripada sistem pengairan yang baik pada waktu itu. Bahagian

10
kedua pula melibatkan kegiatan ekonomi lanjutan daripada bahagian pertama.
Bahagian ini lebih bersifat pemprosesan ke atas bahan mentah keluaran sektor
pertama. Dua kegiatan ekonomi yang tergolong dalam bahagian ini iaitu sektor
pembuatan dan sektor pembinaan. Sektor pembuatan juga dikenali sebagai sektor
perindustrian atau perkilangan. Mengambil contoh, Tamadun Mesir yang menghasilkan
kertas hasil daripada pemprosesan yang berlaku atau lanjutan daripada bahagian
pertama. Bahagian seterusnya ialah bahagian yang ketiga. Bahagian ini wujud dalam
bentuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan. Tidak semestinya setiap kegiatan
ekonomi menghasilkan barang yang dapat dilihat dan dipegang. Contoh kegiatan
ekonomi dalam bahagian ini seperti perkhidmatan air, elektrik, kewangan,
pengangkutan dan sebagainya.

Memang tidak dinafikan lagi bahawa ekonomi sangat penting dalam pembinaan
sesebuah tamadun. Malahan, sesebuah tamadun itu tidak akan berkembang dengan
jayanya jika ekonominya tidak mengalami perkembangan yang positif. Hal ini sama
yang berlaku pada ekonomi Malaysia. Malaysia pernah mengalami ekonomi yang
muram mulai tahun 1997 sehingga awal tahun 2000 akibat kegawatan ekonomi yang
melanda pada waktu itu. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menguncup,
pengangguran meningkat, nilai mata wang menurun, dan inflasi naik secara mendadak.
Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan atau bukan kerajaan haruslah bersama-sama
berganding bahu dalam sektor ekonomi ini kerana jatuh bangun sesebuah negara itu
berpunca daripada ekonomi negara itu sendiri.

Perkembangan sains dan teknologi

Tidak dapat dinafikan perkembangan sains dan teknologi dalam sesebuah


tamadun amat penting. Kepesatan perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi
selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan pemikiran sesebuah masyarakat.
Ianya dapat mempertinggikan martabat sesebuah tamadun pada tahap yang rendah ke
tahap yang tinggi. Kemajuan material selalunya berpunca dari kemajuan pemikiran atau
minda dan keilmuan sesuatu bangsa. Taraf pemikiran yang tinggi ini pula diterjemahkan
dalam bentuk realiti yang bersifat benda atau alatan atau teknologi.

11
Setiap tamadun mempunyai ciri yang sama dengan penggunaan batu sebagai
alat terpenting dalam kehidupan pada awal pekembangan sains dan teknologi. Melalui
pengetahuan dan pengalaman manusia yang semakin meningkat, penciptaan baharu
dalam peralatan keperluan seharian dapat dicipta dan digunakan. Memasuki era
pertanian, pelbagai alatan seperi bajak dan roda dicipta bagi mempermudahkan aktiviti-
aktiviti pertanian. Perkembangan sains dan teknologi manusia bertambah baik dengan
penggunaan besi sebagai bahan utama penciptaan pelbagai keperluan manusia
sehingga ke hari ini. Perkembangan sains dan teknologi ini boleh dilihat pada tamadun
China sewaktu zaman Dinasti Chou Timur apabila penggunaan besi digunakan dalam
aktiviti dan peralatan pertanian. Penggunaan besi ini telah meluaskan sistem pengairan
dan kawalan air boleh dilakukan dengan berkesan.

Tamadun Malaysia kini mengalami perkembangan sains dan teknologi yang


pesat. Kini, perkembangan sains dan teknologi ini boleh dilihat dengan pembinaan
Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Stadium Bukit Jalil
dan sebagainya untuk mencapai Wawasan 2020. Kemajuan dan keupayaan sains dan
teknologi ini merupakan cabaran yang keenam dalam sembilan cabaran dalam
Wawasan 2020. Sebelum perkembangan ini berlaku secara pesat, Malaysia hanyalah
sebuah negara yang hasil utamanya berpunca dari sektor pertanian. Namun, hasil
daripada perkembangan sains dan teknologi, Malaysia mampu melonjakkan namanya
ke persada dunia seiring dengan negara-negara maju. Tidak dapat dinafikan lagi,
perkembangan sains dan teknologi sangat penting bagi meninggikan martabat
sesebuah negara.

12
RUJUKAN

Sazelin Arif, Ahmad Ridzwan Mohd Nor, Nooraini Sulaiman, Mahadi Abu Hassan, Ali
Hafizar Mohamad Rawi. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam:
McGraw-Hill Education Sdn. Bhd.

Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan. (2005). Tamadun Dunia


Edisi Semakan. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Chamhuri Siwar, Surtahman Kastin Hassan, Norshamliza Chamhuri. (2007). Ekonomi


Malaysia Edisi Keenam. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Arba’iyah Mohd. Noor, Salina Hj. Zainol.
(2000). TITAS Kertas 1. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Khasnor Johan, Mahayudin Hj. Yahaya, Muzaffar Tate Qasim Ahmad, Rohana Zubir.
(1993). Sejarah Peradaban Dunia Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Norizan Yusoff. (2009). Sejarah Malaysia Kertas 2. Shah Alam: Marshall Cavendish
Sdn. Bhd.

http://www.scribd.com/doc.8173505/Peranan-Tamadun-Melayu-Dalam-Membina-
Tamadun-Malaysia

http://www.parlimen.gov.my/pengenalan-lblakang.htm

http://pmr.penerangan.gov.my

http://ms.wikipedia.org/wiki/kerajaan_tempatan_di_Malaysia

13
REFLEKSI

Nama: Nur Izzati Binti Mohd Radzi

No. I.C: 900630-08-6376

Kumpulan: PISMP 1C, Ambilan Januari 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Bersyukur ke hadrat


Illahi, kerja kursus bagi Tamadun Islam ini dapat disiapkan sebelum tarikh serahan lagi.
Pada pendapat saya, kerja kursus ini tidak begitu sukar untuk disiapkan, namun,
anggaran itu tidak benar sama sekali. Sebelum melakukan kerja kursus ini, saya dan
rakan saya terlebih dahulu mencari maklumat yang bersesuaian sebagai rujukan kami
berdua. Beberapa kali kami berbincang untuk merangka kerja kursus ini. Alhamdullilah,
hasil perbincangan kami, kami gunakannya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Sewaktu menyiapkan kerja kursus ini, saya dan rakan-rakan kumpulan sudah
mula dihujani dengan kerja kursus pendek yang lain. Namun, dengan penyusunan
waktu dan masa yang baik dan kerjasama yang diberikan rakan-rakan, kerja kurus ini
dan kerja kursus bagi matapelajaran lain dapat disiapkan. Saya mengalami sedikit
kesukaran bagi menyiapkan kerja kursus ini kerana terdapat kekeliruan dan kesukaran
dari segi penyusunan ayat dan isi-isi penting bagi soalan kerja kursus ini. Masalah ini
dapat saya atasi apabila saya berulang kali merujuk buku-buku yang berkaitan dengan
matapelajaran ini.

Akhir kata, kerja kursus ini banyak membantu saya dari segi mencari bahan
rujukan yang sesuai dan pentingnya untuk membuat persediaan awal dalam membuat
sesuatu perkara kerana saya tidak tahu masalah yang akan saya hadapi mada masa
hadapan dan saya memegang dengan kata pepatah Melayu ini, sediakan payung
sebelum hujan.

14
Refleksi

Pada 10 Augus 2009, saya dan rakan-rakan telah menerima tugasan kerja kursus
matapelajaran Tamadun Islam dan Asia dari pensyarah matapelajaran iaitu Puan Aziah
binti Jasin. Puan Aziah juga turut memberikan penjelasan dan penerangan tentang
kerja kursus tersebut pada hari yang sama.

Perasaan saya menjadi teruja apabila menerima tugasan ini. Setelah mendengar
penerangan yang diberikan oleh Puan Aziah saya berasa tidak sabar-sabar lagi untuk
melaksanakan tugasan ini kerana saya sangat berminat dengan matapelajaran ini.
Walaupun pada masa kini seluruh warga institut dihimpuni dengan berbagai tugasan
namun ianya tidak menjadi alasan kepada saya untuk tidak menyiapkannya. Segala
penerangan dari pensyarah pembimbing amat berguna kepada saya.

Di dalam tugasan ini kami dikehendaki melaksanakan tugasan mata pelajaran ini
secara berkumpulan iaitu seramai dua orang di dalam setiap kumpulan. Saya telah
memilih Nur Izzati selaku pasangan saya bagi subjek ini. Dalam pembahagian tugas
kami membahagikan tugas secara adil, tambahan pula kami sering berbincang setiap
kali terdapat kemusykilan. Memandangkan Nur Izzati adalah teman sebilik saya maka
ia memudahkan kami untuk saling berbincang serta meluahkan pendapat.

Dalam melaksanakan tugasan ini saya tidak mempunyai sebarang halangan dari
segi masa mahupun ketiadaan bahan rujukan, hanya terdapat sedikit kekeliruan
mengenai tajuk yang saya peroleh, namun segalanya saya atasi dengan mengadakan
perbincangan dengan rakan-rakan serta berjumpa dengan pensyarah pembimbing bagi
mendapatkan tunjuk ajar. Dari segi masa, masa yang diberikan oleh pensyarah
pembimbing kepada saya dan rakan-rakan untuk menyiapkan tugasan ini sangat lama,
tambahan pula di perpustakaan juga banyak buku-buku rujukan mengenai subjek ini.
Ianya hanya tertumpu kepada diri kita yang mahu berusaha mencarinya ataupun tidak.

15
Selain daripada buku-buku ilmiah, bahan- bahan rujukan daripada internet juga turut
membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Cadangan saya kepada pelajar yang bakal menjalankan tugasan seperti ini di
semester akan datang, mereka haruslah memahami kehendak soalan dan membuat
perancangan awal dan teliti bagi memudahkan tugasan ini dilaksanakan.

Setelah menyelesaikan tugasan ini, saya merasakan kefahaman saya terhadap


matapelajaran Tamadun Islam dan Asia semakin meningkat. Akhir sekali, saya
berharap agar tugasan ini dapat memberikan manfaat yang menyeluruh kepada semua
pihak di dalam semua bidang. Terima kasih.

NORASMA YASIMIN BINTI SULIMAN

NO. IC: 900522-01-6354

N. ANGKA GILIRAN: 2008192310046

16

You might also like