Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 28

SARJANA MUDA PENGAJARAN (AMBILAN KHAS OKTOBER 2012)

HBSC3303_V2
SCHOOL SCIENCE CURRICULUM
SEMESTER SEPTEMBER 2015
NAMA
AZNIRAWATI BINTI MOHD AZIZI
NO. MATRIC
(780601045360002)
NO. KAD PENGENALAN
780601-04-5360
NO.TELEFON
013-6105350
E-mail Address
aznihamzah@oum.edu.my

Learning Centre
MELAKA LEARNING CENTRE (M02)

ISI KANDUNGAN
NO
1
2
3

TAJUK
Pengenalan
Empat Prinsip Prinsip KSSR
Komponen Sains Dalam Keperluan Murid Abad Ke

MUKA SURAT
2
5
10

- 21
Perlaksanaan Dan Kejayaan Sains Dalam Menjana

19

5
6

Keperluan Murid Abad Ke - 21


Kesimpulan
Rujukan

25
27

PENGENALAN
2

Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan merentasi zaman. Setelah


Negara mencapai kemerdekaan, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada perlaksanaan
pendidikan Negara ini. Pendidikan adalah untuk tujuan perpaduan disamping untuk membasmi
buta huruf dikalangan rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir untuk pembangunan Negara.
Kurikulum dan system peperiksaan yang sama serta penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar utama system persekolahan adalah antara perkara yang diberikan penegasan dalam
perlaksanaan pendidikan selepas merdeka. Dari semasa ke semasa beberapa jawatankuasa
dibentuk bagi menkaji seterusnya memberikan cadangan tentang penambahbaikkan perlaksanaan
system pendidikan Negara. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar
Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan pada tahun 1979 telah membawa impak yang besar
kepada scenario pendidikan Negara sehingga Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
diperkenalkan pada tahun 1982. KBSR memberikan penegasan kepada pendidikan asas 3M.
KBSR selepas ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah mulai 1993. Apabila
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) tersurat pada 1988, orientasi pendidikan adalah berdasarkan
kepada FPN (mulai 1996 dikenal FPK). Setelah itu apabila cabaran berubah akibat daripada
perkembangan semasa dan arus globalisasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula
diperkenalkan pada tahun 2011. KSSR dilaksanakan di sekolah rendah dinegara ini dengan
harapan dapat mendidik seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang mampu berhadapan
dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan dalam abad ke -21.
Dalam abad ke-21, perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi khususnya
dalam bidang ICT banyak membawa kepada perubahan. Kesannya ialah kepada pembangunan
globalisasi. Cabaran diperingkat ini dimana global sifatnya yang berubah dari semasa ke semasa.
Oleh yang demikian kurikulum sekolah perlulah selaras dengan perkembangan tersebut.
Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistic dan
sentiasa relevan dengan perkembangan semasa melahirkan model insan yang seimbang yang
mampu berdepan dengan cabaran semasa dan cabaran yang akan mendatang. (KPM, 2010).
Ucapan dasar Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 juga
meminta supaya system pendidikan di Malaysia memberikan penekanan kepada Pembangunan
Model Insan; penghasilan pelajar yang celik minda ; pembentukan warga yang menguasai ilmu,
kemahiran dan maklumat; dan program pembangunan akal manusia dalam menghasilkan insan
ulul-al-bab. Justeru itu mulai 2011 Kurikulum Sekolah Rendah telah ditransformasikan kepada
3

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Transformasi tersebut merupakan pengukuhan


dan penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang melibatkan
perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran,
bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Di peringkat awalnya, iaitu pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, KSSR telah
menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih. Daripada jumlah tersebut, 50 buah
menjalani ujian rintis bagi semua matapelajaran, manakala 450 buah sekolah lagi menjalani uji
rintis bagi matapelajaran yang terpilih sahaja. Perkeliling Ikhtisas Bil 11/2010 bertarikh 14
Oktober 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia jelas meminta semua sekolah rendah
melaksanakan KSSR untuk semua murid tahun 1 mulai 2011. Selain melahirkan generasi ulul albab, KSSR diharap akan membekali generasi masa hadapan dengan bekalan bekalan untuk
menghadapi cabaran
Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan
pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang
bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan oleh senario yang dapat dilihat
dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi.
Perancangan kurikulum abad ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik
supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia.
Warganegara Malaysia bagi abad ke-21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa
arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa
depan mereka dan mampu.
Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan
kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan
diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum
semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada
penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :

kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif

kemahiran berkomunikasi secara berkesan

kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni


4

kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan

kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat

kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain

kemahiran kepimpinan dan pengurusan

2.0 Empat Prinsip KSSR


KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara
menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan
seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu, pengajaran KSSR adalah
berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran.
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri
daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam
suatu tempoh dan tahap persekolahan
Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM(2011)
KSSR yang diperkenalkan pada 2011 menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah dari segi reka bentuk, organisasi pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan
pengurusan kurikulum. KSSR masih mengekalkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
iaitu perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama untuk semua murid;
pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup sebagai yang terdapat dalam Rajah 2.1 sebagai
prinsipnya. Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi;
Kerohanian; Sikap dan Nilai, Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan
Teknologi; dan Keterampilan Diri. KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, bermakna dan berkesan.
KSSR juga mementingkan standard, sehubungan itu Dokumen Standard Kandungan (DSK) dan
Dokumen Standard Pembelajaran diguna pakai.
Pendekatan Bersepadu

Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran


dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan
sosial.
Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan
intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.
Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid
KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.
Pendidikan Seumur Hidup
KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas
untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.
Bentuk Kurikulum
Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian
bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas
kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut
menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu
dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis mulai 1988 dan ditukar namanya kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 apabila Akta Pendidikan 1996 diwartakan.
Selaras dengan hasrat FPN yang ditulis ketika itu, konsep bersepadu menjadi tumpuan utama
dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah. Kurikulum Baru Sekolah Rendah diubah kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada 1993. Melalui konsep kesepaduan, gambaran
tentang sesuatu perkara dapat dilihat secara keseluruhan; yang mana perkara ini lebih baik
daripada melihatnya secara cebis-cebisan atau terasing antara satu dengan yang lain selaras
dengan apa yang dikata sebagai the whole is greater than the sum of the parts. Dalam konteks
6

kesepaduan KBSR, pembangunan insan adalah dilihat secara seimbang, meyeluruh dan
bersepadu. Sehubungan itu, unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan isi
pelajaran diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur intelek,
rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran murid. Selaras dengan prinsip kurikulum
bersepadu, kesepaduan dalam bidang mata pelajaran telah merangkumi aspek teori dan amali
serta nilai murni. Walau bagaimanapun perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan
yang sama untuk semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup.

PERKEMBANGAN
INDIVIDU SECARA
MENYELURUH

PENDEKATAN
BERSEPADU

PRINSIP
KSSR

PENDIDIKAN
YANG SAMA
UNTUK SEMUA
MURID

PENDIDIKAN
SEUMUR HIDUP
Rajah 2.0

Prinsip Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Pembelajaran dalam KSSR adalah bersifat interaktif, berkesan dan menarik ke arah
pembelajaran berterusan. KSSR juga menyarankan agar hands-on-learning berlaku untuk
7

menjadikan learning is fun. Belajar sambil bermain, melakukan inkuiri penemuan, pembelajaran
koperatif, pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian
masalah boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran KSSR. Pada masa yang
sama, pengajaran guru sewajarnya dapat membolehkan murid memperoleh ilmu pengetahuan,
mengembangkan daya kreativiti, mengaplikasi pelbagai kemahiran dan mengamalkan nilai
murni.

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid Satu

penetapan

patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu (indicator)


tempoh

persekolahan

merangkumi

kriteria

kualiti

atau

petunjuk

pembelajaran

dan

aspek pencapaian yang boleh diukur bagi setiap

pengetahuan, kemahiran dan nilai.

standard kandungan.

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard.


Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan
standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam
suatu tempoh dan tahap persekolahan.
Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM (2011).

Perubahan kurikulum di peringkat sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan
seterusnya KSSR memperlihatkan beberapa ciri yang jelas untuk dibandingkan. Perbandingan
antaranya boleh dibuat berkaitan reka bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, proses
pengajaran dan pembelajaran, bahan kurikulum, fokus kurikulum, dan penilaian. Daripada aspek
reka bentuk kurikulum, pelaksanaan KBSR adalah melibatkan tiga bidang utama iaitu bidang
Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya.

Perkembangan Diri Individu. Pelaksanaan KSSR pula melibatkan enam tunjang


iaitutunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan
Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri. Reka bentuk kurikulum dalam KBSR dan
KSSR adalah lebih jelas dinyata dan didokumentasi berbanding dalam KLSR. KBSR dan KSSR
diorganisasikan mengikut tahap, iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.
Di Tahap 1 dan Tahap 2 KBSR mata pelajaran dikategori kepada mata pelajaran Teras,
mata pelajaran Wajib dan mata pelajaran Tambahan. Organisasi kurikulum dalam KSSR pula
memberi tumpuan kepada Teras Asas, Teras Tema dan Elektif. Selain akademik KBSR dan
KSSR juga memberi penekanan kepada kokurikulum dan pembangunan insaniah selaras dengan
FPK.
Dalam KLSR kurikulum secara mudahnya diorganisasikan kepada akademik dan
kokurikulum sahaja. Daripada aspek bahan kurikulum pula KLSR banyak memberi tumpuan
kepada yang terdapat dalam buku teks. Dalam KBSR, selain bahan-bahan daripada buku teks,
bahan-bahan lain yang relevan difikir dan disediakan oleh guru sebagai bahan pembelajaran di
dalam kelas. Bahan pembelajaran yang dipilih adalah untuk memperkembangkan secara
harmonis potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pelaksanaan KSSR pula melibatkan
pembelajaran secara modular. Bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar
secara interaktif dan hands-on digunakan ke arah pembelajaran yang berkesan dan ceria (learning
is fun). Fokus kurikulum dalam KLSR adalah lebih kepada akademik. Kemahiran asas 3M
adalah secara umum sahaja dan secara relatifnya kurang diberi penegasan berbanding dalam
KBSR.
Sehubungan itu kadar buta 3M dalam KLSR adalah lebih tinggi. Pembangunan diri
pelajar secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu melibatkan secara harmonis potensi intelek,
rohani, emosi dan jasmani seperti dalam KBSR juga kurang berlaku dalam KLSR. Dalam KSSR
selain konsep kesepaduan, fokus kepada 3M terus berlangsung. Kemahiran asas 3M ditegaskan
semula dengan tambahan satu lagi kemahiran iaitu kemahiran menaakul, menjadikannya 4M.
Konsep penilaian bentuk sumatif banyak berlangsung dalam KLSR. Murid-murid dinilai pada
setiap hujung penggal yang mana terdapat tiga penggal dalam setahun.

Dalam KBSR, selain penilaian bentuk sumatif, penilaian bentuk formatif banyak
dilakukan. Penilaian bentuk formatif dilakukan bagi mengenal pasti pencapaian murid dalam
menjalani proses pembelajaran mereka. Cara pengajaran guru akan diubahsuai berasaskan hasil
penilaian tersebut supaya pembelajaran murid berkesinambungan.
KSSR pula lebih memberi penekanan kepada penilaian atau pentaksiran yang berterusan;
iaitu pentaksiran ke atas murid-murid berlangsung dari semasa ke semasa. Selain itu pentaksiran
secara holistik melibatkan aspek-aspek berkaitan seseorang murid akan dilakukan.

3.0 Cabaran Sains terhadap Keperluan Murid Abad Ke 21


Bertepatan dengan fasa kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu
membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta penghayatan
nilai murni, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikannya sentiasa holistik dan
sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa dapat menangani cabaran semasa dan masa
hadapan. Secara umumnya, pada tahun 1983 satu kurikulum sekolah rendah telah diperkenalkan
dan dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). 10 tahun kemudian, kurikulum
sekolah rendah telah ditukar k epada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah sebelum
Kementerian Pelajaran menjalankan semakan KBSR pada tahun 2003. Mulai 2011, kurikulum
sekolah rendah akan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang
melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, tiga elemen nilai tambah telah
diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat
dan komunikasi (ICI) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal
insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran
tinggi serta berkeperibadian mulia. Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini
antara lain, adalah langkah pertama kementenan membentuk modal insan yang berpontensi untuk
merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model
Ekonomi Baru pada masa hadapan. Realitinya, kebanyakan negara maju terlebih dahulu telah
menjadikan kreatif dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka sebagai kunci kejayaan dalam
pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam
bidang Sains.
10

Sungguhpun sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan elemen-elemen tersebut


dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), namun masih terdapat banyak ruang untuk
diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di peringkat
global. Justeru, elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transformasi KSSR
yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan untuk menghadapi
cabaran yang mendatang. Langkah kementerian yang berusaha menerapkan daya pemikiran
kreatif dan inovasi bermula dari bangku sekolah rendah bermula Januari 2011 adalah tepat
kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah mustahil untuk
membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil. Keupayaan negara menghasilkan modal insan
berkualiti sememangnya tidak boleh disangkal lagi dengan kelahiran siswazah yang sentiasa
meningkat dari masa ke masa. Namun, peluang pekerjaan yang terhad mengikut kemahiran yang
dimiliki menyebabkan berlakunva pembaziran dari pelbagai aspek terutamanya kepada
aspek pembangunan negara.

Menyediakan Generasi Saintifik Masa Hadapan dalam Menongkah


Cabaran Abad ke 21
Pendidikan dan proses P&P kini semakin mencabar dan keberhasilan P&P perlu
mengarah kepada penghasilan insan yang peka terhadap krisis dunia yang semakin meruncing
meliputi tenaga dan pengeksploitasian sumber, pencemaran alam dan perubahan iklim, pertanian
dan kecukupan makanan, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat dalam melestarikan
pembangunan dan menjana ekonomi sejagat. Pendidikan holistik dan bersepadu yang perlu
dikembangkan seharusnya tidak lagi melihat bidang-bidang terceruk sebagai pengkhususan yang
menjurus kepada kerjaya eksklusif individu tetapi pendekatan rentas bidang ke arah pembinaan
insan yang lebih menyeluruh (syumul, holistik), serta lebih bersedia mendepani dan
menyelesaikan masalah-masalah sejagat.
Dalam usaha menghasilkan insan seperti mana yang dicitrakan menjelang Malaysia
Negara Maju 2020, ilmu sains tidak boleh lagi diajar secara diskret seperti mana yang lazimnya
diamalkan, bahkan ia perlu disepadukan dengan ilmu yang berteraskan Teknologi, Kejuruteraan
dan Matematik (STEM). Sebagai Universiti Kebangsaan Malaysia yang mendukung falsafah
pembinaan insan yang menyepadukan iman, ilmu, amal serta teori, dan tidak ketinggalan

11

teknologi, usaha yang mampan diperlukan dalam menghasilkan pengalaman pembelajaran


STEM yang bukan hanya menyepadukan penemuan terkini dalam penyelidikan pendidikan
sains, bahkan ia turut perlu didasarkan kepada ilmu alQuran dan Hadis.
Kesepaduan ini cuba diungkapkan dan diterjemahkan dalam bentuk yang lebih konkrit
dan boleh garap (hands-on) serta menyasarkan generasi yang lebih umbi supaya akhirnya terbina
lah insan berilmu yang dinamai Ulul Albab. Hasrat inilah yang telah diusahakan oleh Kelompok
Penyelidikan Peradaban dan Pendidikan STEM yang terdiri dari Kumpulan Penyelidikan
Pendidikan STEM, STEMind (STEM Islamik dan Dakwah) dan Pendidikan Ruhiyy Ilmu Sains
Matematik (PRISMa). Tumpuan yang diberikan oleh Kelompok Peradaban dan Pendidikan
STEM ialah memastikan sinergi dalam penggembelengan usaha ke arah penguasaan konsep asas
STEM yang bermakna, peningkatan kemahiran pedagogical STEM ke arah pemugaran minat
terhadap mata pelajaran tersebut dan di tahap yang lebih ideal, menghasilkan insan yang syumul
dan holistik melalui aktiviti pengayaan STEMind.
Pemupukan minat terhadap sains dan teknologi hanya boleh dilentur seandainya pelajar
mempunyai latar belakang pemahaman dan penguasaan konsep asas sains dan matematik yang
bermakna. Dalam konteks ini, Kumpulan Pendidikan Ruhiyy Ilmu Sains Matematik (PRISMa)
telah mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan minat masyarakat, terutama pelajar
sekolah terhadap subjek matematik, melakukan anjakan paradigma terhadap subjek matematik,
mempopularkan subjek matematik dalam kalangan masyarakat, menggalakkan pelajar menjurus
dalam bidang Sains amnya dan matematik khasnya dan memperlihatkan peranan dan kedudukan
matematik dalam kehidupan seharian. Usaha ini kemudiannya digandingkan dengan tumpuan
yang diberikan oleh penyelidikan Kumpulan Pendidikan STEM yang menjuruskan usaha ke arah
peningkatan kualiti pembelajaran pelajar dan pengajaran guru dalam mata pelajaran asas sains
dan matematik.
Kepercayaan dan pengetahuan guru dicungkil, kemahiran dan bakat pedagogi mereka
digilap dan penglibatan pelajar melalui pembelajaran aktif diperkasakan melalui penyediaan
pelbagai modul pembelajaran seperti Pembelajaran Berasaskan Masalah, Pembelajaran
Berasaskan

Permainan,

Pembelajaran

Menggunakan Graphic

Calculator,

Pembelajaran

Berperantarakan Agen Pedagogi, Pembelajaran Berasaskan Otak serta banyak lagi seperti mana
yang terhimpun dalam direktori penyelidikan Pendidikan STEM. Tidak ketinggalan,
penyelidikan turut menumpukan kepada pelajar terpinggir dan tidak beruntung agar ilmu jurang
12

pengetahuan sains dan matematik dapat dikurangkan sekali gus membuka peluang pendidikan
untuk semua.
Dalam memastikan misi tersebut terjelma nyata dalam konteks perkembangan pendidikan
sains glokal, Kumpulan Pendidikan STEM turut prihatin kepada perkembangan profesionalisme
guru dengan menerajui penyelidikan yang menumpukan kepada peningkatan kemahiran
pedagogi isi kandungan guru untuk pengajaran secara formal mahupun informal. Kepercayaan
turut diberikan kepada Kumpulan Penyelidikan STEM untuk mempelopori kajian Lesson
Study di Malaysia yang antara lain, bertujuan meningkatkan kemahiran pedagogi guru melalui
penilaian dan usaha kolaboratif rakan sebaya serta penilaian keberkesanan latihan guru STEM di
Malaysia.
Manakala penyelidikan yang dilakukan oleh Kumpulan STEMind merupakan
penyelidikan unik rentas bidang yang telah menggabungkan keupayaan Bidang Tafsir sehingga
penterjemahan dan tadabbur ayat-ayat yang disepadukan dengan Pandang Alam dan terbitan
teknologinya sebagaimana yang diwawaskan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kumpulan
yang disertai oleh ahli akademik pelbagai lapisan ini mempunyai halatuju untuk menyepadukan
elemen STEM berteraskan Tauhid atau Sains Tauhidik melalui kajian pembangunan, penilaian
dan intervensi P&P bersepadu dan disampaikan kepada generasi yang lebih umbi melalui proses
pemindahan ilmu (knowledge transfer) secara terus dan berperantara. Selain itu, jati diri
kebangsaan yang bertapak dalam alam Melayu juga dibina semula dengan memberi kesedaran
akan kekayaan dunia dan kebudayaan Melayu dalam membentuk nilai-nilai murni budaya
bangsa.
Sejak penubuhan kumpulan pada Tahun 2012, STEMind telah membina modul-modul
pemerkasaan Ulul Albab berasaskan kepada ayat-ayat AlQuran dan AlSunnah yang
dikelompokkan kepada enam komponen pembina:
a) modul-modul Jati Sedar Diri Manusia Sebagai Khalifah (Modul Ana Khalifah) secara
gabungan pendekatan ampuh Sunnatullah dan Sunnah Rasul, dengan pendekatan santai dan
berinovasi;
b) modul-modul Ibadah Harian yang diperkukuhkan pemahamannya dengan penemuan sains dan
pembangunan teknologi terkini dalam meningkatkan rasa khusyu. Ini termasuklah kefahaman
terhadap analisis kitar hayat air dan teknologi penjimatan air, kajian biomekanik (matematik)
dalam rukun fili solat serta teknologi laser (inframerah) dalam pembetulan arah qiblat.
13

c) Modul-modul perkasa jasmani dan kerohanian yang melibatkan hasil-hasil kajian terhadap
makanan dan pemakanan yang disebut dalam alQuran dan Hadis, kaedah pengesanan penyakit
melalui pembedahan mikro dan pengesan pengimejan digital 2D dan 3D, serta fisiologi, biofizik
dan matematik dalam Sunnah Riadah larian, berenang, berkuda, memanah dan beradu tenaga;
d) Modul-modul pandang dan tadabbur alam yang meliputi pemerhatian dan cerapan terhadap
angkasa, alam batuan, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga sosial yang menerbitkan faham
terbitan teknologi biomimetik;
e) Modul-modul teknologi maslahah ummah yang bermula dengan terjemahan pandang alam
kepada teknologi beinspirasikan hayat dan alami yang menerbitkan teknologi penerbangan,
pergerakan dan kecerdasan buatan pada robot-robot, kepada pertanian bioteknologi moden
hingga pencetusan pembangunan lestari dan tauhidik; dan akhir sekali
f) Modul-modul Kesarjanaan Islam yang membina kemahiran insaniah bagi menyampaikan
dakwah berhikmah meliputi penulisan, pengucapan umum, pengenalpastian dakyah alam siber
dan perkongsian pengalaman oleh penyelidik, penulis, perekacipta dan pendakwah bukan
popular.
Menyedari hal tersebut, elemen keusahawanan telah diperkenalkan dalam KSSR bagi
memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawan yang sememangnya mempunyai
potensi yang besar untuk diterokai dan secara tidak langsung dapat mengurangkan bilangan
siswazah menganggur sebaik sahaja bergraduat di masa hadapan. Menjadi keperluan sejak di
bangku sekolah rendah lagi dipupuk semangat berniaga di kalangan murid bagi menggalakkan
mereka menceburi bidang ini. Jika sebelum ini, terdapat sesetengah murid yang menunjukkan
minat untuk menceburi bidang keusahawanan kerana datang daripada keluarga yang mempunyai
latar belakang perniagaan. Sudah sampai masa untuk negara mengubah perspektif tersebut, dan
melahirkan generasi yang bukan sahaja berkeupayaan dalam bidang sains dan teknologi tetapi
juga berpotensi untuk menjadi usahawan dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan
ekonomi negara di masa hadapan. Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi
adalah cabaran yang perlu dihadapi generasi pada masa, kini. Sehubungan itu, setiap modal insan
harus dipersiapkan dengan cabaran tersebut agar tidak ketinggalan dalam persaingan
global. Seperti elemen nilai tambah yang lain, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam perlaksanaan KSSR pada tahun
hadapan. Murid akan didedahkan dengan kemahiran tersebut dalam proses P&P supaya dapat
14

meningkatkan

tahap

kemahiran

murid

untuk

mendapatkan

maklumat

dengan

berkesan. Memantapkan kemahiran murid berasaskan elemen ini juga dilihat mampu membuka
ruang kepada mereka untuk menerokai dunia tanpa sempadan dalam mendapatkan pelbagai
maklumat bagi tujuan pembelajaran dengan hanya berada di dalam bilik darjah sahaja.
Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan
kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan
diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum
semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada
penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :

kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif

kemahiran berkomunikasi secara berkesan

kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni

kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan

kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat

kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain

kemahiran kepimpinan dan pengurusan


Dalam meniti abad ke 21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki

kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills), kemahiran maklumat,
media dan teknologi (Information, media and technology skills) dan kemahiran hidup dan
kerjaya (Life and career skills). Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian
dalam menguasai kemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut;
Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving
Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
Literasi Maklumat (Information Literacy)
Literasi Media (Media Literacy)
Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,
Communications and Technology) Literacy)

15

Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and


Adaptability)
Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
Kepimpinan

dan

Tanggungjawab

(Leadership

and

Responsibility)

Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita
mengetahui ciri-ciri guru abad ke-21. Antara ciri-ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi
kehendak Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut;
menguasai subjek (kandungan kurikulum)
mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
memiliki kemahiran kaunseling
menggunakan teknologi terkini
Manakala ciri-ciri pelajar abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;
Berupaya membuat hubung-kait
Bijak menyoal
Yakin berkomunikasi
Mengambil risiko
Dahagakan ilmu
Ingin tahu
Menjana idea
Fleksibel
Tidak berputus asa
Mendengar dan membuat refleksi
Berkemahiran kritis
Menguasai kemahiran literasi
16

Berani mencuba
Mampu berfikir sendiri
Membuat inisiatif
Mampu bekerja dengan orang lain
Membuat perubahan
Berintegriti
Berkeperibadian tinggi
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan
kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan
yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran.
Komputer sudah pasti digunakan secara meluas.
Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa
aspek tertentu. Di mana, pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik
dari

segala-galanya

tidak

kira

dalam

teknologi

maklumat

mahupun

akademik. Pelajar abad ke 21 perlu memiliki aspek seperti :


1. Pelajar berupaya membuat hubung kait di antara subjek yang
dipelajari dengan keadaan sekeliling.
2. Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.
3. Yakin untuk berkomunikasi terutamanya kepada guru dan rakan-rakan
di dalam bilik darjah.
4. Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang
diberikan oleh guru dan juga berani mencuba.
5. Dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu.
6. Mempunyai perasaan ingin tahu.

17

7. Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel.


8. Tidak pernah berputus asa.
9. Sentiasa mendengar dan membuat refleksi di dalam bilik darjah
semasa sesi P&P dijalankan.
10. Berkemahiran kritis dan mampu untuk menguasai kemahiran literasi.
11. Mampu berfikir sendiri dan membuat inisiatif.
12. Pelajar abad ke 21 juga mampu untuk bekerja dengan orang lain dan
berusaha untuk membuat perubahan.
13. Mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di dalam
mahupun di luar bilik darjah.
14. Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan
teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat
dan corridorraya multimedia seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh
semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21
dibentuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan
penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.

18

4.0 Perlaksanaan Dan Kejayaan Sains Dalam Keperluan Murid


Abad Ke-21
(a) Teknologi Maklumat/Komputer
Dalam konteks pendidkkan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi
komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul,
menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat
seperti internet atau multimedia atau hypermedia untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia
berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih
sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara. Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam
gelombang teknologi maklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana
komputer beupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai ketikanya komputer
menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah.

(b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar


Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan pelajar.
Malah ia perlu dipertingkatkan dariapda apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan
lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua
aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah
(fasilitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat. Pelbagai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat
murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan
berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk
berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.
Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga pengajar/guru di
sesebuah bilik darjah sekurangnnya terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu guru
untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua
19

orang guru dengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.

(c) Pendidikan Jarak Jauh


Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif dalam pendidikan
diri abad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnya sampai ke sekolah dari peringkat rendah
lagi tidak sahaja terhad di pusat-pusat pengajian tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses
pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 mengambil kira faktor-faktor berikut:
Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari seminggu)
Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer
Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk pelajar
Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu
Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui struktur
modular
Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik mengandungi objektif
yang jelas, alat ujian kendiri, aktkviti pembelajaran dan maklum balas pelajar.

(d) Pendekatan Modular


Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan dalam
bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu tahun pengajian. Modul ini disediakan untuk
semua mata pelajaran di semua peringkat persekolahan.
Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang disediakan
tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul ini telah diamalkan di institusi pengajian tinggi
tempatan. Apa yang perlu ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar.

(e) Mastery Learning


Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap sesauatu perkara
yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar ditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakan
susulan diberikan kepada mereka yang belum menguasai supaya kelemahan mereka tidak
terhimpun di akhir setiap pembelajaran.
20

(f) 'Tracking' dan 'Banding'


Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan dalam beberapa
kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan umum (general) atau kumpulan maju
(advance). Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem banding iaitu 'vertical' dan
'horizontal'. Melalui sistem ini pelajar berubah kelas mengikut kebolehan dalam mata pelajaran.
Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah boleh mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya ia
sudah menguasai kemahiran matematik Tahun 2.

(g) Sistem Kredit


Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar untuk
menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus pengajian. Kerja-kerja
kursus ini termasuklah menghadiri kelas, membuat kerja projek, tugasan, kerja-kerja makmal dan
amali. Pelajar dibenarkan mengulang mata pelajaran yang tidak mencapai asas yang ditetapkan.

Pembelajaran berasaskan Projek


Pembelajaran berasaskan projek merupakan kaedah pembelajaran di mana guru
menyediakan projek untuk dilaksanakan oleh murid-murid. Guru akan memberikan arahan serta
penjelasan tentang projekyang agak kompleks dan mencabar, yang perlu dilaksanakan. Murid
pula dikehendaki melaksanakan projek secara hands-on dan minds-on serta dengan melakukan
sedikit kajian. Melalui kaedah projek, murid akan belajar untuk menyelesaikan masalah melalui
proses inkuiri, berkomunikasi serta berkolaborasi, mengakses maklumat melalui Internet atau
menghasilkan projek menggunakan perisian komputer, selain menggunakan pemikiran kritikal
dan amalan refleksi untuk memastikan projek terlaksana dengan baik dan hasilnya akan memberi
makna kepada mereka.
Melalui kaedah projek, murid akan dapat menyelesaikan masalah dalam konteks dunia
sebenar yang menjadi minat dan perhatian murid. Dalam melaksanakan projek, murid mungkin
akan menggabungkan maklumat daripada pelbagai sumber mata pelajaran seperti Kajian
Tempatan, Matematik, Sains dan sebagainya selain daripada mata pelajaran Pendidikan Islam itu
21

sendiri. Kaedah projek membolehkan murid berfikir secara kreatif bagaimana menyelesaikan
masalah atau bagaimana menghasilkan projek yang terbaik.
Semasa melaksanakan projek, murid dikehendaki melakukannya dengan bersungguhsungguh dan secara mendalam tentang projek berkenaan kerana:
ia disusun atur sekitar persoalan terbuka atau cabaran yang membuatkan murid fokus
dengan kerja atau tugas pembelajaran seperti menyoal, mengakses maklumat, merefleksi
dan sebagainya.
ia membuatkan murid ingin tahu dan memahami konten serta menguasai kemahiran
murid perlu melaksanakan inkuiri untuk belajar atau untuk menghasilkan projek. Proses
inkuiri akan menggalakan murid menghasilkan idea-idea baru serta membuat interpretasi
murid perlu terlibat dengan komunikasi seperti berkolaborasi dan bukan sekadar
mengingati maklumat dan fakta (mereka perlu terlibat dengan pemikiran aras tinggi
seperti mengaplikasi, menganalisis, menilai dan menghasilkan)
murid perlu bekerjasama sebagai satu pasukan, menghormati pandangan rakan, memberi
idea dan pandangan sendiri serta membuat persembahan laporan projek
murid berpeluang untuk menyatakan pandangan serta pilihan mereka sendiri serta
bertanggungjawab ke atas kerja-kerja mereka (murid menjadi lebih aktif)
melibatkan maklum balas (daripada rakan dan guru) dan mengulangkaji pelajaran
berkongsi hasil dapatan / projek dengan rakan-rakan sekelas atau daripada kelas atau
sekolah lain (apabila dimuatnaik menggunakan blog atau laman sesawang)

22

Teori Pembelajaran berasaskan E-pembelajaran


Pembelajaran melalui streaming video ialah pembelajaran secara elektronik atau lebih
dikenali sebagai E-pembelajaran. E-pembelajaran merupakan satu proses penyampaian isi
kandungan, interaksi atau pemudahcara bagi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
dengan menggunakan rangkaian elektronik seperti LAN, WAN, atau Internet. Rangkaian
elektronik yang dimaksudkan di sini ialah seperti internet, intranet, satelit, tape audio/video, TV
interaktif dan CD-ROM. Bahan pengajaran dan pembelajaran merangkumi teks, animasi, grafik,
simulasi, video dan audio (Koran, 2002). Menurut Rahimi, Zawawi & Wan Nordin (2005), Epembelajaran merupakan kombinasi di antara teknologi elektronik dan elemen pendidikan. Cara
pembelajaran ini memudahkan individu yang mengikuti sesi pembelajaran secara tersendiri dan
bebas dengan mengikut keinginan dan keupayaan sendiri. E-pembelajaran merangkumi apa-apa
bentuk pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital. Sistem
penyampaian E-pembelajaran yang digunakan adalah tertakluk kepada percambahan evolusi
sosioteknologi zaman kini. Pengajaran boleh disampaikan secara synchronously (pada waktu
yang sama) ataupun asynchronously (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan menggunakan media ini mempunyai grafik, teks, simulasi,
animasi, video dan audio. Disamping itu, ia juga harus menyediakan kemudahan seperti
kemudahan dalam bentuk pembelajaran secara berkumpulan dan dibantu dengan golongan
professional dalam bidang tertentu secara dalam talian (Learnframe, 2000).
E-pembelajaran mempunyai perbezaan dengan pembelajaran secara tradisional. Asep
(2005) menyatakan bahawa pembelajaran secara tradisional menjadikan guru sebagai insan yang
serba tahu dan bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Berbeza pula
dengan E-pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar. Pelajar memainkan peranan penting dalam
pembelajaran mereka kerana persekitaran pembelajaran yang aktif memaksa pelajar membuat
perancangan dan mencari bahan pembelajaran hasil usaha dan inisiatif diri sendiri. Walaupun telah
banyak kajian telah dijalankan, takrifan mengenai Epembelajaran masih lagi menyampaikan mesej
yang sama iaitu Epembelajaran ditakrifkan sebagai pembelajaran yang menyediakan pengguna
peralatan elektronik bukan sahaja bagi tujuan mempertingkatkan pengalaman dalam penyampaian
23

ilmu pengetahuan, malah bertujuan untuk mendorong penggunaan teknologi secara kreatif melalui
pengajaran dan pembelajaran (Wiles, 2003).

a.Gambaran Mengenai Streaming Video


Warga pendidik merupakan golongan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendidik sering mencari alternatif yang pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan keberkesanan dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang produktif. Kewujudan
peningkatan rangkaian jalur lebar, kemudahan mengakses internet, dan kemudahan peralatan dan
perisian audio dan video yang mesra pengguna telah menjadikan media tersebut sebagai satu
penyelesaian yang praktikal untuk menyampaikan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran
(Martindale, 2002). Pengajaran melalui streaming video boleh digunakan samada secara siaran
langsung atau secara rakaman.

b.Pengintegrasian Streaming Video


Menjadikan streaming video sebagai salah satu medium utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan satu alternatif dan idea baru bagi memastikan guru dan pelajar menjana
kemahiran abad ke-21. Penggunaan streaming video dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mempunyai kebaikan yang tersendiri iaitu:
1. Menggalakkan penglibatan secara aktif, kolaboratif dan interaktif (LTSN Generic Centre,
2003).
2. Lebih berpusatkan pelajar dimana pelajar aktif dan memainkan peranan penting dalam
pembelajaran mereka (Koran, 2002). Pelajar mampu mengawal pembelajaran mereka dan belajar
berdasarkan tahap kebolehan mereka sendiri (LTSN Generic Center, 2003).
3.Memudahkan guru dan pelajar mengakses, tanpa memilih masa, hala tuju serta kandungan
pembelajaran mereka secara sendiri (Rahimi, Zawawi & Wan Nordin, 2005; LTSN Generic Centre,
2003).
4. Guru dan pelajar turut memperoleh manfaat dengan mengulang semula topik pelajaran yang
kompleks agar dapat difahami (Michelich, 2002; Reed, 2003).

24

5. Penyimpanan bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara sistematik bagi guru
dan pelajar agar dapat dijadikan rujukan dimasa hadapan kelak (LTSN Generic Center, 2003).
6. Guru dapat menghasilkan dan merancang bahan pengajaran dan pembelajaran secara
profesional dengan menyelitkan ciri-ciri multimedia seiring dengan zaman teknologi masa kini agar
dapat melahirkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik (Garrison,
2001; LTSN Generic Centre, 2003).
7. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara terus dan dapat dilihat dengan
jelas melalui tayangan (Schmerbeck, 2000; Weiser, 2002).
8. Mengurangkan bebanan guru dengan penjimatan masa dan tenaga dalam menghasilkan bahan
pengajaran dan pembelajaran dengan cepat kerana bahan boleh didapati secara atas talian (Rahimi,
Zawawi & Wan Nordin, 2005).
9.Menarik perhatian pelajar kerana memaparkan isi kandungan pelajaran yang mudah difahami
dan diserap oleh pelajar (Hartsell, T. & Yuen, S., 2006).
10. Boleh melatih, memotivasi dan memberi arahan yang wajar kepada pengguna bagi tujuan
kefahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu perkara.

5.0 Kesimpulan
Pengintegrasian E-pembelajaran di Malaysia masih lagi berada di tahap permulaan.
Namun, kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi telah memberi desakan ke atas
penggunaan aplikasi ini sebagai medium pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh yang
demikian, golongan pendidik perlu mempertingkatkan kemahiran dengan mengasah bakat bagi
merealisasikan penggunaan E-pembelajaran secara streaming video dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah seiring dengan zaman digital. Menjayakannya adalah
satu cabaran. Maka, semua pihak perlu bekerjasama dalam memastikan kejayaan penggunaan Epembelajaran secara streaming video di masa akan datang. Dalam konteks pendidikan teknik
dan vokasional, konsep ini masih lagi baru dan memiliki banyak kekurangan bukan sahaja di
kalangan guru dan pelajar, malah di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Oleh yang
demikian, persediaan dalam memperbaiki segala cabaran dan kelemahan perlu dilaksanakan bagi
25

melahirkan pakar dalam bidang pendidikan demi memenuhi tuntutan masa depan. Perlaksanaan
penggunaan E-pembelajaran secara streaming video diharapkan dapat mempertingkatkan lagi
kesediaan guru mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dengan ini, penghasilan guru sejajar dengan abad ke-21 dapat dilaksanakan
dengan jayanya. Pelajar juga memperoleh manfaat menerusi penggunaan E-pembelajaran secara
streaming video dalam pembelajaran mereka. Pelajar mempunyai ruang, masa dan pilihan
sendiri dalam menentukan pembelajaran mereka.
Adalah penting bagi tenaga pengajar membantu pelajar memahami segala maklumat yang
mereka peroleh dengan memberi mereka masa dan peluang menggambarkan pengetahuan dan
pengalaman yang diperoleh semasa proses pembelajaran (Kolb, 1984). Perbezaan kebolehan
dalam memahami ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru kepada pelajar menyebabkan
mereka mempunyai cara yang berbeza dalam memahami ilmu semasa proses pembelajaran.
Adalah tidak wajar sekiranya kita menganggap kesemua pelajar akan memperoleh ilmu dalam
masa yang sama melalui cara pengajaran yang sama dengan kaedah yang sama yang digunakan
beberapa tahun lalu akan memberikan impak yang sama pada hari ini. Penggunaan teknologi
digital sememangnya berlainan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lain (Prensky,
2001). Penggunaan visual, audio, grafik dan kepantasan teknologi simulasi telah memberi impak
yang signifikan kepada pelajar. Hasilnya, pelajar semakin memerlukan proses pengajaran dan
pembelajaran yang interaktif kini. Disebabkan perubahan ini, warga pendidik mempunyai
cabaran yang lebih besar dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan
teknologi seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi zaman kini. Namun,
kesediaan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komuniksi masih lagi berada pada
tahap sederhana. Ini menyebabkan guru memerlukan latihan yang lebih bagi membantu mereka
merealisasikan penggunaan E-pembelajaran secara streaming video dalam proses pengajaran
dan pembelajaran seiring dengan keperluan pelajar. Dengan peningkatan penggunaan
Epembelajaran dikalangan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka adalah
merupakan sesuatu yang kritikal bagi mengkaji kesan integrasi E-pembelajaran secara streaming
video terhadap kesediaan guru seiring dengan keperluan kemahiran abad ke- 21 yang perlu
diterapkan dikalangan guru dan pelajar (Lima et al., 2004; Rabe & Cadorna-Carlow, 2007). Oleh
yang demikian, semua pihak harus memberikan komitmen penuh dalam merealisasikan

26

penggunaan E-pembelajaran secara streaming video dalam pendidikan teknik dan vokasional
bagi mencapai kejayaan yang lebih gemilang.
( 6025 patah perkataan)

6. Rujukan
Angeli, C. & Valanides, N. (2005). A Socio-Technical Analysis of Factors Affecting the
Integration of ICT in Primary and Secondary Education.
http://www.irma-international.org/viewtitle/20951/ (September 20, 2011).
Asep Herman Suyanto. (2005). Mengenal E-learning. [Atas Talian]
www.ipi.or.id/elearn.pdf (July 6, 2011). Burnett, A., Maue, D., & McKaveney, E.. (2002).
Planning

and

Implementing

Instructional

Video.

http://campustechnology.com/articles/2002/06/planning-andimplementing-instructionalvideo.aspx (August 9, 2011). Carabaneanu, L., Trandafir, R. & Mazilu, M. (2006). Trends in Elearning.

[Atas

Talian]

http://www.codewitz.net/papers/MMT_106-

111_Trends_in_E-

Learning.pdf (September 9, 2011). Cuban, L. (2001).


Oversold

and

Underused:

Reforming

Schools

through

http://www.hull.ac.uk/php/edskas/Cuban%20article%20-

Technology.

%20oversold.pdf

[Atas

Talian]

(September

20,

2011). Eteokleous, P. N. (2004).


Computer

Technology

Integration

in

Cyprus

Elementary

Schools.

[Atas

Talian]

http://www.openthesis.org/documents/Computer-technologyintegration-in-Cyprus-43903.html
(September 20, 2011). Garrison, W. (2001). Video Streaming into the Mainstream. Journal of
Audiovisual Media in Medicine. 24(4), 174-178.
Hadjithoma Christina & Eteokleous Nikleia. (2007). ICT in Primary Schools: Explaining the
Integration in Relation to Context. Mediterranean Journal of Educational Studies. 12(1), 1-25.
[Atas Talian] http://www.um.edu.mt/__data/assets/pdf_file/0005/39380/23_MJES_ 1212007.pdf
(August 5, 2011). Hartsell, T. & Yuen, S. (2006).
27

Video

Streaming

in

Online

Learning.

Jurnal,

14(1),

31-43.

[Atas

Talian]

http://digitalvideooverview.weebly.com/uploads/2/0/1/9/2019204/arti cle_6152.pdf (September


1, 2011). Hurst, P. (1981).
Some Issues in Improving the Quality of Education. Comparative Education, 17(2), 185-193.

28

You might also like