Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

PENGENALAN

Di dalam pembuatan segala projek pembangunan, segala komponen komponen bahan binaan
dalam sesuatu bangunan adalah berkait rapat diantara satu sama lain. Bahan binaan yang
digunakan untuk mendirikan dan melengkapkan sesuatu bangunan adalah sangat penting.
Dengan mengikut kehendak klien, kontraktor, pemaju, dan arkitek, sesuatu bangunan dapat
dibina mengikut spesifikasi seperti yang dirancang. Bahan binaan lazimnya mempunyai harga,
dan harganya tidak tetap dan barangkali harganya akan menaik sekiranya terdapat perubahan
dalam ekonomi negara. Dengan ekonomi, kita boleh melihat sejauh mana perkembangan
permintaan dan penawaran terhadap barangan seperti bahan binaan. Seandainya ekonomi negara
kurang memberangsangkan, maka kesan mikroekonomi terhadap barang seperti bahan binaan
akan terjejas dari segi permintaan dan penawarannya. Dalam mikroekonomi, kita boleh
mendapatkan gambaran sesuatu barangan dari segi permintaan dan penawaran serta
keanjalannya. Dalam pada itu, dengan merujuk kepada harga megikut perubahan tahun , sesuatu
permintaan dan penawaran terhadap barang dapat dibuat dan digambarkan pada graf keluk. Hasil
daripada pengiraan terhadap permintaan dan penawaran dibuat, kita boleh mendapatkan reaksi
pengguna seandainya harga barang naik melalui konsep permintaan, manakala reaksi terhadap
pengeluar barangan seandainya harga barang meningkat.

PENGENALAN TERHADAP EKONOMI DALAM BAHAN BINAAN

Bahan pembinaan pada sesuatu bangunan adalah penting bagi menyempurnakan sesuatu projek.
Pemilihan bahan bahan pembinaan hendaklah dirancang sebelum pembinaan sesuatu bangunan
itu dibuat. Dengan pemilihan bahan binaan, suatu kos untuk pembinaan dapat dianggarkan.
Pemilihan bahan binaan seperti tingkap, pintu, lantai, dan kemasan kemasan lain adalah
bergantung kepada citarasa klien dan setiap bahan bahan itu mempunyai kualiti dan harganya
adalah berbeza.
Sebagai contoh, projek yang diambil bagi dalam tugasan ini adalah daripada Syarikat Julung
Cipta Sdn Bhd (JSCB), ia disubsidi sepenuhnya oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn.Bhd
(KPRJ), dan KPRJ pula adalah syarikat yang dimiliki oleh Negeri Johor.
Syarikat pembinaan ini terletak di Jalan Skudai, Johor Bahru dan merupakan kelas A dalam
pusat khidmat kontraktor, gred 7 bagi lembaga pembangunan industri (CIDB)
Pada masa sekarang, terdapat beberapa projek yang sedang dijalankan oleh syarikat pembinaan
ini. Sebagai contoh, cadangan pembinaan dan penyiapan 50 unit semi-berkembar yang
mempunyai 5 unit jenis C, 25 unit jenis D, 20 unit jenis E dan 1 unit Substesen TNB dekat fasa
2D, Timur Ledang, Mukim Pulai, Nusajaya, Johor Darul Takzim.
Contoh gambar projek ;

5 perumahan unit jenis C

PEMILIHAN BAHAN BINAAN


Dalam tugasan ini, kumpulan kami memilih mozek (tiles) dalam mencari kaitan antara
mikroekonomi dan barang yang digunakan dalam sesuatu pembinaan. Dengan pencarian
keanjalan permintaan dan penawaran pada sesuatu bahan binaan, kita dapat menentukan kesan
tehadap barang bahan binaan tersebut. Mozek (tiles) mempunyai pelbagai saiz, jenis dan
kualitinya. Dengan pemilihan yang optimum, kita boleh mendapatkan hasil binaan yang
memuaskan.
Oleh itu, projek perumahan yang dilaksanakan oleh syarikat ini menggunakan mozek, iaitu
mozek Plain Homogeneous Floor Tiles, Standard Light Colour 300mm x 300mm x 8mm Grade
1

Plain Homogeneous Floor Tiles juga boleh dikenali sebagai Porcelain tiles.

Contoh homogeneous Floor Tiles

HARGA BARANGAN MENGIKUT TAHUN 2010,2011 DAN 2012


Harga barangan adalah merujuk kepada website CIDB dan beberapa rujukan lain yang didapati
di syarikat ukur bahan untuk dijadikan sebagai rujukan.
Merujuk kepada CIDB, terdapat 3 harga yang berbeza mengikut tahun adalah seperti berikut;

Tahun 2010 (Mac)

Tahun 2011 (Mac)

Tahun 2012 (Mac)


Kumpulan kami menskopkan harga pada bulan Mac setiap tahun bagi memudahkan pengiraan
berkenaan dengan mikroekonomi.

PENGENALAN TERHADAP SUMBER EKONOMI UNTUK BAHAN BINAAN

Faktor Pengeluaran / sumber ekonomi


Jenis faktor pengeluaran
1.Tanah
Tanah adalah sumber alam semula jadi yang dianugerahkan oleh tuhan. Penawaran tanah bersifat
tetap dan kekal.Tanah pada asasnya adalah tidak serupa (tidak homogen). Nilai tanah bergantung
pada faktor kualiti dan lokasinya. Bayaran / pulangan atas tanah dikenali sebagai sewa.
Contoh, Pembinaan sebuah rumah kediaman perlu mengambil kira kualiti dan lokasi tanah
tersebut yang menguntungkan masyarakat. Bahan binaan seperti mozek mempunyai jenis dan
kualiti dan justeru meningkatkan kualiti sesuatu bangunan.
2.Buruh
Buruh merupakan faktor pengeluaran yang terpenting. buruh dibahagikan kepada dua golongan
iaitu pekerja mahir dan pekerja tidak mahir. Buruh menyumbangkan tenaga fizikal dan mental.
Bayaran / pulangan atas buruh dikenali sebagai upah.
Contoh, Projek pembinaan rumah kediaman memerlukan buruh mahir untuk menyumbangkan
tenaga mental seperti arkitek and jurutera, dan juga buruh yang menyumbangkan tenaga fizikal.
Bahan binaan seperti mozek memerlukan pekerja mahir untuk meletakkan dan menyusun
kedudukan mozek supaya ia kelihatan sempurna.
3.Modal
Modal adalah ciptaan manusia untuk meningkatkan pendapatan dan kekayaan. Modal adalah
wang, peralatan, mesin, bahan mentah dan lain-lain. Penawaran modal adalah tidak tetap, iaitu ia
boleh ditambah atau dikurangkan dengan mudah. Bayaran / pulangan atas modal dikenali
sebagai kadar bunga.
Contohnya, Kontraktor menyumbangkan modal seperti mesin jentolak untuk menjalankan projek
pembinaan. Dalam tugasan ini, mozek merupakan modal yang perlu wujud dalam menyiapkan
sesuatu projek pembinaan yang melibatkan bahan binaan seperti yang dikehendaki oleh klien.

4.Usahawan

Usahawan adalah individu yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan


barang dan perkhidmatan. Bayaran / pulangan atas usahawan dikenali sebagai keuntungan.
Contoh, Kontraktor mengabungkan semua faktor faktor pengeluaran untuk menjalankan sesuatu
projek pembinaan.

MASALAH ASAS EKONOMI

Kekurangan

Kehendak manusia yang tidak terhad berbandingkan faktor pengeluaran yang terhad
menyebabkan masalah kekurangan. Kekurangan faktor pengeluaran untuk menghasilkan semua
barang dan perkhidmatan untuk memenuhi semua kehendak manusia yang terhad.
Contoh, permintaan masyarakat terhadap reka bentuk dan ruang sesebuah rumah adalah berbeza.
tetapi dengan faktor pengeluaran yang terhad tidak dapat memenuhi semua permintaan
masyarakat.

Pilihan

Manusia terpaksa membuat pilihan untuk memaksimumkan kepuasan masing-masing.


Contoh, Kontraktor terpaksa membuat pilihan antara menjalankan projek pembinaan rumah teres
atau rumah banglo dengan faktor pengeluarannya yang terhad.

Kos lepas

Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barang yang dipilih.
Contoh, Jika kontraktor memilih menjalankan projek pembinaan rumah teres, maka kos lepasnya
adalah projek pembinaan rumah bangolo.

PERMINTAAN TERHADAP MOZEK

Secara asasnya , permintaan adalah keinginan konsumer membeli sesuatu barang pada satu
tingkat harga pada waktu tertentu. Permintaan adalah banyaknya jumlah barang yang diminta
pada suatu pasar tertentu dengan tingkat harga tertentu pada tingkat pendapatan tertentu dan
dalam waktu tertentu.
Dalam sesuatu projek pembinaan, permintaan mozek adalah bergantung kepada berapa
banyaknya projek pembinaan yang sedang dijalankan pada satu satu masa. Semakin banyak
projek pembinaan yang melibatkan bahan binaan, semakin banyaklah permintaan terhadap bahan
binaan tersebut.
Kebiasaanya, faktor faktor yang mempengaruhi permintaan dalam bahan binaan adalah ;
Harga barang itu sendiri
Jika harga suatu barang semakin murah, maka permintaan terhadap barang itu bertambah.
Harga barang lain yang berkait rapat
Kesan apabila terdapat 2 barang yang saling berkait dan tedapat barang(pengganti) dan
bersifat barang (penggenap).
Perkiraan harga di masa mendatang
Apabila kita menghitungkan bahawa harga sesuatu barang akan naik, adalah lebih baik
untuk membeli barang tersebut sekarang supaya tidak wujudnya pembelian pada harga
tinggi di masa akan datang.
Daripada permintaan, kita dapat memperoleh gambaran keluk permintaan terhadap sesuatu
barang bahan binaan. Sebagai contoh, apabila harga meningkat, permintaan terhadap sesuatu
barang itu akan mula menurun. Merujuk kepada carta harga pada website CIDB, kita boleh
membezakan harga untuk 3 tahun, iaitu pada 2010, 2011 dan 2012.
Pada Mac 2010, harga bagi Plain Homogeneous Floor Tiles, Standard Light Colour 300mm x
300mm x 8mm Grade 1 adalah RM 2.36, manakala Mac 2011 adalah RM 2.31 dan diikuti Mac
2012 iaitu RM 2.37. Disini ,kita boleh membuat andaian pada kuantiti barang.

Fungsi Permintan (Demand Function) berfungsi sebagai gambaran untuk menunjukkan


hubungan diantara kuantiti permintaan dan harga dalam bentuk matematik. Dengan penggunaan
Qd
formula
= a-bP , kita boleh mendapat jumlah kuantiti diminta.

Sebagai contoh harga, kuantiti diminta, kuantiti ditawar bagi mozek (tiles) pada bulan mac
tahun 2010 2012 dapat dilihat seperti dibawah ;
Tahu
n
2010
2011
2012

Harga/unit
2.36
2.31
2.37

Kuantiti Ditawarkan
(unit)
130
100
136

Persamaan permintaan

Persamaan permintaan
Qd

= a-bP

Peruba h an kuantiti diminta


b=
Peruba h an harga
Qd

= a-bp

150 = a-280(2.31)
150 =a+(-646)
a = -646-150
a = 796
150136
*b = 2.312.36
= 280

Qd

= 796-280P

Kuantiti Diminta
(unit)
135
149
132

Pada tahun 2010,


Qd

= 796-280P

= 796-280(2.36)
= 135 unit
Pada tahun 2011,
Qd

= 796-280P

= 796-280 (2.31)
= 149 unit
Pda tahun 2012
Qd

= 796-280P

= 796-280(2.37)
= 132unit

Harga
D
2.37 2.36 -

2.31 D
Kuantiti

132

135

149

Oleh itu, satu rumusan dalam bentuk jadual dapat disimpulkan seperti di bawah ;
Titik Permintaan
A
B
C

(RM) Harga
2.37
2.36
2.31

Kuantiti (unit)
132
135
149

Pada tingkat harga RM 2.31 sekeping, sebanyak 149 unit barang bahan binaan mozek
diminta.
Apabila harga meningkat kepada RM 2.36 sekeping, kuantiti diminta berkurang kepada
135 unit.
Dan apabila harga meningkat lagi kepada RM 2.37, kuantiti diminta berkurang kepada
132 unit.

Harga

2.37
2.36

2.31

132

135

149

Kuantiti (unit)

Contoh keluk permintaan terhadap mozek (tiles)

Dalam hukum permintaan, sebarang harga pada barang adalah sangat berkait rapat dengan
kuantiti diminta. Ini bermakna, semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin kurang permintaan
terhadap barang yang diminta. Sekiranya harga barangan menurun, semakin banyak permintaan
terhadap barang itu.
Merujuk kepada graf keluk permintaan diatas, ternyata hukum permintaan jelas menunujukkan
bahawa apabila sesuatu harga barang seperti mozek , permintaannya akan menurun. Permintaan
terhadap harga dan kuantiti akan menyebabkan keluk pada keadaan sonsang, iaitu kecerunan
keluk tersebut adalah menurun dari kiri ke kanan.
Terdapat satu sebab utama mengapa kecerunan keluk pada tahap negatif iaitu akibat daripada
barang pengganti dan kesan pendapatan.
Dalam kes barang pengganti, apabila harga sesuatu barangan meningkat, permintaan terhadap
mozek akan menurun. Apabila harga barangan menaik, kontraktor akan cuba untuk
menggantikan kepada barangan lain yang lebih murah. Dalam erti kata lain, barangan seperti
mozek tiada pengganti sekiranya ia seharusnya digunakan terhadap kehendak klien, akan tetapi,
dengan penggantian terhadap kualiti atau jenama mozek dapat mengurangkan kos pada
kontraktor untuk membelinya. Jadi, penukaran pada kualiti atau jenama pada mozek untuk
mengurangkan beban kos yang naik adalah dikira sebagai barang pengganti (substitution goods).
Terdapat 2 jenis permintaan, iaitu permintaan individu dan permintaan pasaran. Permintaan
individu adalah sama seperti yang diterangkan pada graf di muka surat sebelum ini. Akan tetapi,
permintaan terhadap pasaran adalah berbeza dari permintaan terhadap individu. Permintaan
terhadap pasaran adalah kombinasi dengan individu.
Sebagai contoh untuk permintaan terhadap pasaran ;

Harga (RM)
2.31
2.36
2.37

Harga (RM)
2.31
2.36
2.37

Kuantiti permintaan terhadap kuantiti


mozek
149
135
132
Permintaan mozek Syarikat A

Kuantiti permintaan terhadap kuantiti


mozek
159
145
142
Permintaan mozek Syarikat B

Permintaan mozek bagi kedua dua syarikat ini boleh digabungkan menjadi satu keluk
permintaan terhadap mozek di pasaran.
Sebagai contoh, apabila permintaan mozek dari dua syarikat ini bergabung, maka ;
Harga (RM)

2.31
2.36
2.37

Kuantiti permintaan
terhadap kuantiti
mozek
Syarikat A
149
135
132

harga

Kuantiti permintaan
terhadap kuantiti
mozek
Syarikat B
159
145
142

harga

2.37

2.37

2.36

2.36

2.36

2.31

2.31

2.31

149

Keluk kuantiti
perrmintaaan
mozek syarikat

kuantiti

308
280
274

harga

2.37

132 135

Permintaan
terhadap pasaran
mozek

142 145 159

Keluk kuantiti
perrmintaaan
mozek syarikat

kuantiti

274

280

308 kuantiti

Keluk kuantiti
perrmintaaan
mozek terhadap

Keluk permintaan diatas merupakan gabungan antara permintaan daripada syarikat A dan B
dalam kuantiti yang berbeza. Dengan gabungan ini, satu keluk permintaan terhadap pasaran
dapat dibuat. Oleh kerana permintaan terhadap pasaran dihasilkan daripada keluk permintaan
syarikat A dan B, maka keluk permintaan terhadap pasaran akan mencerun kebawah, dari kiri ke
kanan. Hasil daripada gabungan itu juga, kita mendapati kecerunan terhadap keluk permintaan
pasaran adalah tidak cerun berbanding keluk permintaan individu.

FAKTOR PENENTUAN PERMINTAAN


Terdapat beberapa penentuan permintaan yang penting iaitu harga barang tersebut, harga barang
yang berkaitan, citarasa dan harga pada masa hadapan.
Harga sesuatu barang contohnya mozek adalah penting dalam sesuatu permintaan. Seperti yang
kita tahu mengenai hukum permintaan, sekiranya harga meningkat, kuantiti suatu barang itu akan
menurun.
Harga barang yang berkaitan juga adalah penting kerana bahan binaan seperti mozek (tiles) ini
saling berkait rapat dengan bahan yang lain.
Contohnya simen. Sekiranya harga simen meningkat, sudah tentu terdapat kesan pada mozek.
Walaupun simen merupakan bahan yang penting dalam pembuatan lantai, sedikit sebanyak dapat
memberi kesan kepada kontraktor dari segi kos. Walaubagaimanapun, dalam skop
mikroekonomi, simen merupakan bahan penggenap kepada mozek. Ini adalah dinamakan
sebagai barang penggenap.
Citarasa adalah memainkan peranan penting dalam pemilihan bahan binaan. Ini adalah kerana
terdapat pelbagai jenis dan bentuk dalam sesuatu bahan binaan. Sebagai contoh, terdapat
pelbagai jenis, corak, saiz dalam mozek (tiles). Corak dan jenis lapisan pada mozek dapat
memberikan perbezaan rupa pada sesuatu ruang. Atas kehendak citarasa klien pemilik bangunan,
faktor penentuan permintaan terhadap mozek dapat memberi kesan kepada keluk permintaan.
Harga berubah ubah mengikut tahun. Mengikut sumber daripada repot yang dihasilkan oleh
CIDB dalam harga bahan binaan, kadar perubahan harganya adalah turun-naik. Dengan kesan
daripada harga yang mungkin akan meningkat pada masa akan datang, kontraktor kebiasaannya
akan membeli lebihan atau secara pukal bagi bahan binaan, contohnya mozek. Dengan
pembelian secara pukal ini, maka permintaan terhadap barangan itu akan mengalami perubahan.

PENAWARAN TERHADAP MOZEK


Penawaran didefinisikan sebagai kuantiti sesuatu barang yang sanggup ditawar oleh pengeluar
pada tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu. Ini bermakna, lebih tinggi harga sesuatu
barangan, lebih tinggi kuantiti yang akan dibekalkan. Dalam penawaran bahan binaan seperti
mozek, sekiranya pengeluar mozek meningkatkan harga, maka kuantiti yang diminta juga akan
meningkat. Apabila harga barang jatuh, maka kuantiti yang perlu ditawarkan juga akan menurun.
Keluk penawaran kebiasaannya akan menunjukkan hubungan diantara harga dan kuantiti yang
ditawarkan. Keluk penawaran merupakan keluk yang positif, dimana keluknya mencerun ke
atas,dari kiri ke kanan.
Dengan kaedah fungsi penawaran (supply function), kita boleh mendapatkan nilai kuantiti
Qs
penawaran bahan binaan seperti mozek. Formula yang digunakan adalah
= a+bP, dimana
ia bertujuan untuk memberi gambaran diantara hubungan kuantiti yang ditawarkan dan harga
dalam bentuk pengiraan matematik.

Persamaan penawaran
Qs = a+bP
Peruba h an kuantiti ditawar
b=
Peruba h an harga
Qs = a+bp
130 = a+600(2.36)
130 = a+1416
a = 130-1416
a = -1286
100130
b = 2.312.36

= 600

Qs

= -1286 + 600P

Pada tahun 2010,


Qs = -1286 + 600P
= -1286 + 600(2.36)
= -1286+1416
=130 unit
Pada tahun 2011,
Qs = -1286 + 600P
= -1286 + 600(2.31)
= -1286 + 1386
= 100 unit
Pada tahun 2012,
Qs = -1286 + 600P
= -1286 + 600(2.37)
= -1286 + 1422
= 136 unit

Harga
S
2.37 -

2.36-

2.31 S
Kuantiti
0

100

130

136

Dengan pengiraan menggunakan formula tadi, kita boleh menggambarkan kuantiti penawaran
mozek (tiles) dalam bentuk graf keluk penawaran.

Harga (RM)
s
2.37
2.36

2.31

100

130

136

kuantiti

Contoh keluk penawaran terhadap mozek (tiles)

JENIS JENIS PENAWARAN


Di dalam teori penawaran, terdapat dua jenis penawaran iaitu daripada firma dan industri.
Penawaran daripada firma adalah kuantiti barang atau servis yang dikeluarkan oleh pengeluar
dalam satu tingkat harga dan masa. Dalam bahan binaan seperti mozek, terdapat pelbagai

pengeluar yang menawarkan produk mereka, contohnya seperti White Horse Ceramic, Venustiles
, Kimgres, jubinbms dan lain lain. Dalam projek pembinaan yang dijalankan oleh Julung Cipta
Sdn Bhd terhadap kawasan perumahan, kontraktor memilih firma yang menawarkan mozek
White Horse Ceramic.
Sebagai contohnya, keluk penawaran bagi firma adalah ;
Tahun
Harga (RM)
Kuantiti (unit)
2010
2.31
100
2011
2.36
130
2012
2.37
136
Apabila harga jubin meningkat dari RM2.31 kepada RM2.36, penawaran terhadap kuantiti jubin
akan meningkat daripada 100 kepada 130.

Harga (RM)

2012
2.37
2.36
2.31

2011
2010

Kuantiti (Unit)
100

130

136

Keluk penawaran untuk firma yang menawarkan mozek

Penawaran daripada industri atau pasaran adalah kuantiti barang atau servis yang dikeluarkan
oleh kesemua firma dalam industri atau dalam pasaran yang mampu untuk mengeluarkan
produknya pada satu tingkat harga dan masa. Secara umumnya, pengeluaran sesuatu produk
bukannya dikeluarkan oleh satu firma sahaja, akan tetapi pelbagai firma lain yang menghasilkan
produk yang sama, tetapi mungkin terdapat perbezaan dari segi harga.

Konsepnya adalah sama seperti dalam permintaan terhadap pasaran. Keluknya boleh dilihat
seperti contoh dibawah.

Harga (RM)

Kuantiti permintaan terhadap kuantiti


mozek
100
130
136
Firma A

2.31
2.36
2.37
Harga (RM)

Kuantiti permintaan terhadap kuantiti


mozek
110
140
146
Firma B

2.31
2.36
2.37

Harga (RM)

2.31
2.36
2.37

Kuantiti mozek yang Kuantiti mozek yang Kuantiti penawaran


dikeluarkan oleh
dikeluarkan oleh
terhadap industri
Firma A
Firma B
mozek
100
110
220
130
140
270
136
146
282

Kuantiti penawaran setelah digabungkan daripada firma A dan B akan mendapat satu jumlah
kuantiti mozek dan dapat digambarkan melalui keluk.

Harga (RM)

Harga(RM)

2.37

2.37

2.36

2.36

2.31

2.31
100 131

136

kuantiti (unit)

Keluk kuantiti mozek


yang ditawarkan oleh
firma A

110 141 146

Keluk kuantiti mozek


yang ditawarkan oleh
firma B

Harga (RM)

kuantiti (unit)

220 270

282

Keluk kuantiti mozek


yang ditawarkan
terhadap pasaran

Setiap firma yang mengeluarkan pengeluaran mempunyai perbezaan pada keluknya. Keluk
industri atau pasaran ini mempunyai kecerunan yang tidak keatas berbanding kecerunan keluk
firma firma tersebut. Kesan kecerunan dari kiri ke kanan adalah kerana hubungan diantara
harga dan kuantiti yang ditawarkan.

FAKTOR FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARAN


Terdapat pelbagai faktor faktor yang boleh mempengaruhi dalam penawaran bahan binaan.
Kebiasaannya penentuan penawaran adalah bergantung kepada perubahan harga pada barang
tersebut, harga barang yang berkaitan, matlamat firma, dasar kerajaan dan perubahan pada
teknologi.
Perubahan harga pada barangan binaan seperti mozek boleh meningkatkan lagi penawaran
terhadap barang tesebut. Menurut hukum penawaran, hubungan antara harga dan kuantiti adalah
positif.
Harga barang yang berkaitan adalah pada barang pengganti dan barang penggenap. Barang
pengganti adalah berfungsi untuk menggantikan fungsi atau barang lain. Dalam bahan binaan
seperti mozek, sebagai contoh, apabila harga mozek yang berkualiti gred A meningkat, maka
harga barang pengganti iaitu mozek yang berkualiti gred B akan menjadi murah. Oleh itu,
pengeluar akan mengurangkan pengeluaran terhadap barangan pengganti tersebut.
Apabila harga mozek berkualiti gred A meningkat, pengeluar akan meningkatkan
pengeluarannya dan harganya juga akan meningkat. Tetapi, apabila mozek gred A mengalami
kejatuhan pada harganya, maka, pengeluar akan mengurangkan pengeluarannya, tetapi
meningkatkan pengeluaran terhadap mozek gred B. Ini menyebabkan penawaran terhadap mozek
gred A akan jatuh, manakala penawaran terhadap mozek gred B akan meningkat.
Barang penggenap pula adalah barang yang digunakan sekali dalam sesuatu pembinaan. Sebagai
contoh, mozek memerlukan simen untuk diletakkan pada lantai kosong. Jadi simen merupakan
bahan penggenap. Apabila harga mozek meningkat, pengeluar akan cuba meningkatkan
pengeluaran terhadap mozek tersebut. Oleh itu, kuantiti penawaran pada mozek akan meningkat.
Hasil daripada pergantungan barang iaitu antara mozek dan simen, maka, peningkatan
pengeluaran mozek akan menyebabkan peningkatan pada pengeluaran simen juga.
Bagi firma yang bermatlamat untuk memaksimumkan untung atau menguasai pasaran, mereka
akan menambahkan penawaran dalam pasaran. Dengan peningkatan terhadap pengeluarannya,

keuntungan pada satu satu syarikat pembekal mozek boleh mendapatkan keuntungan yang
besar.
Perubahan pada dasar kerajaan memberi peluang kepada syarikat syarikat pembekal bahan
binaan untuk mendapatkan pengeluaran yang lebih tinggi. Bantuan seperti subsidi, dapat
membantu merendahkan kos pengeluaran firma. Dengan pengeluaran yang meningkat, kuantiti
penawaran dalam sesuatu masa juga tinggi.
Dengan peningkatan terhadap kemajuan teknologi seperti teknik pengeluaran yang lebih cekap
akan membantu meningkat pengeluaran. Dengan peningkatan pengeluaran, maka penawaran
terhadap barangan mozek dapat ditingkatkan.

KEANJALAN PERMINTAAN HARGA BAGI MOZEK


Keanjalan permintaan didefinisikan sebagi ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti
diminta kesan perubahan harga barang itu tersebut.
Keanjalan permintaan (

Ed

) dapat diukur dengan menggunakan rumus yang berikut:

Keanjalan penawaran (

Ex

) =

Peratusan peruba h an kuantiti diminta


Peratusan peruba h an harga
Q
Q

P
P

Q
Q

Q
P

Q 1Q
P1 P

Dengan,
Q = Perubahan kuantiti dimintakan
P = Perubahan harga
Q1 = Kuantiti dimintakan baru

P
P
P
Q

P0
Q0

Q0 = Kuantiti dimintakan asal


P1 = Harga baru
P0 = Harga asal
Contoh:
Pada tingkat harga RM2.31 seunit, kuantiti permintaan untuk mozek (tiles) ialah 149 unit.
Apabila harga tersebut naik ke RM2.37 seunit, kuantiti yang diminta menurun kepada 132 unit.
Es

Q 1Q
P1 P

132149
2.372.31

17
0.06

P0
Q0

2.31
149

2.31
149

= 4.39
Ini bermaksud kenaikkan harga bagi mozek adalah sebanyak 1% dan akan menyebabkan
kuantiti ditawarkan meningkat sebanyak 4.39%.

KEANJALAN PENAWARAN HARGA BAGI MOZEK


Keanjalan penawaran didefinisikan sebagi ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti
ditawarkan kesan perubahan harga barang itu tersebut.
Keanjalan penawaran (

Ed

) dapat diukur dengan menggunakan rumus yang berikut:

Keanjalan penawaran (

Ex

) =

Peratusan peruba h an kuantiti ditawar


Peratusan peruba h anharga

Q
Q

Q
Q

Q
P

P
P

P
Q

Q 1Q

P1 P

P
P

P0
Q0

Dengan,
Q = Perubahan kuantiti ditawarkan
P = Perubahan harga
Q1 = Kuantiti ditawarkan baru
Q0 = Kuantiti ditawarkan asal
P1 = Harga baru
P0 = Harga asal
Contoh:
Pada tingkat harga RM2.31 seunit, kuantiti yang ditawarkan bagi mozek ialah 100 unit. Apabila
harga tersebut naik ke RM2.37 seunit, kuantiti ditawarkan meningkat kepada 136 unit.
Es

Q 1Q

P1 P

136100
2.372.31

36
0.06

P0
Q0

x
2.31
100

2.31
100

= 13.86%
Ini bermaksud kenaikkan harga mozek adalah sebanyak 1% dan akan menyebabkan kuantiti
ditawarkan meningkat sebanyak 13.86%.

MONOPOLI DALAM PENGELUARAN MOZEK

Pada tahun 1992, Tiga pihak dari Taiwan, Malaysia dan Singapura bergabung untuk mewujudkan
sebuah syarikat baru yang akan menetapkan standard untuk industri pembuatan jubin seramik di
rantau ini. Daripada penyatuan ini muncul White Horse Ceramic Industries Sdn. Bhd.,yang
kini telah diiktiraf sebagai salah satu pengeluar jubin seramik terkemuka di rantau Asia-Pasifik.
Lebih 50 tahun pengalaman terkumpul ditunjukkan di bawah naungan setiap warna, dalam setiap
jubin seramik yang mereka telah mencipta.
Anugerah Superbrand telah menjadi diiktiraf sebagai penanda aras untuk kejayaan jenama
antarabangsa. White Horse Seramik telah dikenalpasti sebagai jenama yang melaksanakan atas
dan di luar jenama lain dalam industri jubin seramik. White Horse bangga, bukan sahaja dalam
menjaga jenama up-to-date, tetapi memimpin dalam pemasaran yang inovatif dan strategi
promosi. Dengan itu, White Horse Ceramic Industries Sdn. Bhd. boleh dikatakan mempunyai
kuasa untuk menentukan harga. Ia boleh mengurangkan penawaran bagi menaikkan harga
ataupun sebaliknya.
White Horse Ceramic Industries Sdn. Bhd. juga kurang menjalankan iklan untuk memajukan
jualan jadi biasanya iklan yang dijalankan oleh syarikat tersebut adalah bertujuan untuk
menjalinkan hubungan yang banyak dengan pelanggan mereka. Dengan ini White Horse
Ceramic Industries Sdn. Bhd. boleh dikatakan syarikat yang mengaplikasikan sistem pasaran
monopoli.

White Horse Ceramic Industries Sdn. Bhd. telah menghasilkan tingkat keluaran yang sangat
banyak dan dapat menguasai hampir keseluruhan pasaran. Selain daripada itu, White Horse
Ceramic Industries Sdn. Bhd. mempunyai status kewangan yang kukuh ataupun modal yang
cukup untuk meneruskan perniagaannya seterusnya, saiz syarikat tersebut boleh dikategorikan
sebagai syarikat besar.
Selain saiz syarikat yang besar, syarikat tersebut terdapat tenaga kerja yang cekap ataupun
professional untuk mempercepatkan kerja serta meningkatkan produktiviti mereka. Seterusnya
dengan adanya halangan undang-undang oleh kerajaan dapat membantu White Horse Ceramic
Industries Sdn. Bhd. untuk memonopolikan pasaran mereka.
Undang-undang yang ditentukan oleh kerajaan adalah seperti hak paten dan hak cipta. Hak
paten dicipta untuk melindungi syarikat kerana kos yang tinggi yang terpaksa dibelanjakan bagi
mengembangkan tingkat teknologi syarikat. Undang-undang yang lain adalah hak usaha
eksklusif. Hak usaha eksklusif adalah hak khas yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat
tertentu bagi menjalankan kegiatan tertentu dan menyekatkan syarikat lain daripada
mengeluarkan barang yang sama. Dengan syarat syarikat itu akan menjaga kepentingan orang
ramai dan akan menjualkan barang pada harga yang rendah. Galakan ini mungkin akan
menyebabkan syarikat tersebut mencapai ekonomi bidangan.

KESIMPULAN

Hasil daripada tugasan ini, kumpulan kami dapat menyimpulkan bahawa, kesan kenaikkan harga
barang akan memberi kesan kepada pengurangan kepada jumlah kuantiti yang diminta. Ini
merujuk kepada kesan yang didapati dalam skop pembinaan. Dengan perubahan rentak harga
pada bahan binaan seperti mozek, didapati kontraktor sebagai pengguna akan memilih barang
pengganti supaya pembinaan pada bangunan yang dilakukan itu perlu disiapkan. Penawaran
terhadap barangan akan meningkat sekiranya harga meningkat mengikut pengeluar yang
mengeluarkan barang tersebut. Hasil daripada gambaran graf keluk yang dibuat berdasarkan
formula yang digunakan melalui permintaan dan penawaran, kita boleh melihat reaksi kontraktor
terhadap mozek. Walaubagaimanapun, dengan wujudnya konsep barang pengganti, kontraktor
boleh memastikan harga adalah berbeza mengikut produk mozek melalui jenama jenama lain.
Dengan impak barang penggenap terhadap mozek iaitu simen, kesan terhadap permintaan dan
penawaran terhadap barang penggenap akan berlaku lalu mewujudkan keuntungan kepada
pengeluar barangan penggenap tersebut. Merujuk kepada harga yang telah dikeluarkan oleh
pihak CIDB pada tahun 2010, 2011 dan 2012, maka harga yang dilihat adalah tidak konsisten. Ia
bermaksud, ekonomi terhadap barangan seperti bahan binaan mengalami kenaikan dan
penurunan harga yang tidak tetap.

APPENDIX

Location
TYPE C
[CORNER]

unit

Tiles
Code
Tiles
Size
Total
m2

Total Pcs
Total Ctn
Round up to Ctn/unit
Total PCs to Order/TYPE 2
[CORNER]

A82L
V00

A82S1
00

A82W9
2LM

C2002
3

H3002
0

W3402
9
(matt)

W34035
(gloss)

A82W9
2DM

200
X
300

200
X
300

200 X
300

200
X
200

300
X
300

300
X
400

300 X
400

200 X
300

73
1217
50.71

256
4273
178.05

32
532
22.16

77
1291
53.79

31
348
21.73

108
897
74.71

45
378
31.50

62
1031
42.96

51

129

23

54

22

75

32

43

1224

3096

552

1296

352

900

384

1032

Jadual di atas merupakan bahan binaan iaitu mozek bersama saiz serta jenis jenisnya yang
dilakukan oleh juru ukur bahan. Di dalam projek yang dilaksanakan oleh Syarikat Julung Cipta
Sdn Bhd (JSCB) ini, terdapat pelbagai saiz mozek yang digunakan. Akan tetapi, kami
memfokuskan kepada satu saiz sahaja, iaitu 300mm x 300mm.

RUJUKAN

http://bmp.cidb.gov.my/brite/ReportsPublished?ln=en
http://renoadvise.blogspot.com/2008/01/homogeneous-tiles.html
http://www.julung.com.my/CompanyProfile2012.pdf
http://nashnote.wordpress.com/2012/01/29/permintaan/
http://nashnote.wordpress.com/2012/02/27/penawaran/

You might also like