Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ABDUL RIDZUAN BIN ABD.

RASHID
MOHD. ADIB DANIAL BIN NORMAN
MUHAMMAD SYUKRI BIN MUSTAFFA
1 PISMP MUZIK/PENDIDIKAN KESIHATAN
PENYAKIT JANGKITAN HIV/AIDS
APA ITU HIV DAN AIDS?
HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan
sistem

ketahanan

badan

seseorang

dan

menyebabkan

AIDS.

Ini

boleh

mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah
singkatan bagi 'Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit' dan adalah
peringkat terakhir jangkitan HIV. Pada tahun 2003, terdapat 40 juta orang menghidap
penyakit HIV/AIDS di seluruh dunia, di mana 5 juta orang baru dijangkiti manakala 3
juta maut.

TANDA-TANDA JANGKITAN HIV


Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 2-6 minggu
selepas dijangkiti kuman HIV seperti demam, sakit tekak dan batuk, sakit otot, sakit
kepala, cirit-birit, bengkak kelenjar limfa, letih, ruam, sakit sendi, turun berat badan.

CARA HIV MEREBAK


Untuk pengetahuan anda, HIV/AIDS hanya boleh berjangkit melalui darah, air
mazi dan air mani termasuklah darah haid.Darah atau cecair-cecair badan boleh
memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis. Virus ini
juga terdapat dalam tisu badan, organ, bendalir dan dalam tulang belakang dan
otak. Virus HIV/AIDS ini juga dapat dikesan dalam kadar yang sedikit di dalam air
mata, air liur, air kencing dan susu badan. Virus HIV/AIDS ini boleh dipindahkan atau
dijangkiti melalui hubungan seks dengan seseorang yang telah dijangkiti HIV seperti
pelacur atau membuat hubungan dengan ramai pasangan yang tidak diketahui
status kesihatan mereka.

Selain itu, menerima darah daripada orang yang telah dijangkiti HIV seperti
semasa pemindahan darah, pada jarum suntikan atau pada alat-alat penembus kulit
seperti bertindik telinga, tato, pisau cukur dan berkhatan. Juga terdapat kes-kes
yang pernah kita dengar sebelum ini di mana mangsa kemalangan yang
memerlukan darah telah dijangkiti HIV secara tidak sengaja apabila darah yang
mereka terima itu adalah darah yang telah dicemari HIV.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Dengan itu, bagi mengawal daripada berleluasanya virus HIV/AIDS ini kita
hendaklah mengetahui akan cara-cara untuk mencegahnya. Antara langkah-langkah
pencegahannya ialah jangan melakukan hubungan seks luar nikah atau dengan
orang yang tidak dikenali dan tidak tahu akan status kesihatannya. Bersifat setia
terhadappasangan anda. Gunakanlah kondom dengan cara yang betul untuk suami
yang telah dijangkiti HIV. Tidak menggunakan jarum suntikan yang telah
dicemari. Yang penting amalkanlah cara hidup yang sihat.
Bagi mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi
pertolongan

cemas

juga

patut mengambil

langkah

berjaga-jaga

dengan

menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas. Untuk pengetahuan


anda, seseorang itu tidak dijangkiti HIV/AIDS melalui berpegangan tangan dan
bersalaman, berkongsi kemudahan awam seperti telefon dan tandas awam. Juga
tidak berjangkit jika kita berkongsi menggunakan cawan, gelas dan sudu mahupun
melalui makanan. Ciuman atau berpelukan, pergaulan di sekolah atau tempat
kerja,berkongsi buku, gigitan serangga seperti nyamuk atau kutu juga tidak akan
berjangkit.
Antara panduan pencegahan yang perlu dititik beratkan ialah mendidik anak
dengan ilmu agama terutamanya bagi umat Islam. Ibu bapa pula perlulah menjadi
contoh

terbaik

kepada

anak-anak. Hiburan

yang

melalaikan

juga

harus

dijauhi supaya kita tidak terleka dan seterusnya boleh menjerumus ke arah
keburukan. Peranan pemimpin masyarakat juga perlu untuk membendung penularan
kes ini serta kerjasama semua pihak amat penting bagi membantu pesakit-pesakit
ini sekaligus dapat memberikan mereka galakan dan sokongan untuk meneruskan
hidup mereka

You might also like