Professional Documents
Culture Documents
Tugas PK
Tugas PK
Mukadimah
Guru Penolong Kanan 1 bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai
matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu, Guru Penolong Kanan 1
bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi
pengajaran guru serta pembelajaran murid dan menyediakan khidmat bantu
secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan tercapai.
Bidang Tugas
1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran dan
pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.
4. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah termasuk yang mempunyai siding petang.
5. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Senarai Tugas
1. Kurikulum
1.1 Menentukan pelaksanaan Kursus Pengajian.
1.2 Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lainlain.
1.3 Memastikan perjalanan Panitia-panitia mata pelajaran.
1.4 Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi
pendidikan dan pusat sumber.
1.5 Menentukan penggunaan dan penyenggaraan bahan-bahan sumber
pendidikan.
1.6 Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru
pelatih, guru-guru yang baru mengajar di dalam menjalankan tugas-tugas
harian mereka.
1.7 Menentukan program TV dan Radio Pendidikan diikuti dengan sebaikbaiknya.
1.8 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta
mencadangkan tindakan susulan.
1.9 Membantu dalam merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan
dengan ujian, peperiksaan dan penilaian dan mencadangkan tindakan
susulan.
1.10
Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan
dan pemulihan.
1.11
Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh
sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan
Kementerian Pelajaran.
1.12
Membantu dalam penentuan bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku
bacaan serta kesesuaiannya.
1.13
Menyusun Jadual Waktu Kelas dan Guru serta menyediakan Jadual
Waktu Gantian.
2. Pentadbiran
2.1 Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan
guru.
2.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk
guru an kakitangan bukan guru.
2.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat dan
perangkaan.
2.4 Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan Takwim Sekolah.
2.5 Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru.
2.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
2.7 Menyelaras penyeliaan Penyata Kewangan untuk urusan audit sekolah.
2.8 Menyelaras semua jenis pungutan sekolah.
2.9 Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
2.10
Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah.
2.11
Mengurus hal-hal bangunan, kawasan kemudahan fizikal dan
keceriaan.
3. Kebersihan dan Keindahan Sekolah
3.1 Membantu di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan
kebersihan sekolah.
4. Keselamatan
4.1 Merancang langkah-langkah keselamatan bersama dengan Guru Besar.
4.2 Bersama-sama dengan Guru Besar merancang dan melaksanakan Latihan
Mencegah Kebakaran/ Latihan Kebakaran dan kegiatan-kegiatan
seumpamanya.
5. Tugas-tugas lain
5.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru
Besar dari semasa ke semasa.
5.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan
oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
Bidang Tugas
1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa, ketiadaan Guru Besar dan Guru
Penolong Kanan I.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran Hal
Ehwal Murid.
4. Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sidang petang bagi sekolah-sekolah
yang mempunyai sidang petang.
5. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti Hal Ehwal Murid.
6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah.
Senarai Tugas
1. Disiplin
1.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.
1.2 Memastikan
undang-undang
dan
peraturan-peraturan
sekolah
dikuatkuasakan.
1.3 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar
peraturan-peraturan tatatertib dan salah laku.
1.4 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.
1.5 Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
2. Bimbingan dan Kaunseling
2.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan
kaunseling.
2.2 Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan
menyediakan laporan yang diperlukan.
2.3 Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi
murid-murid baru.
3. Kesihatan dan Kebajikan Murid
3.1 Menggunakan kemudahan rawatan murid.
3.2 Memastikan program,-program kesihatan murid dihjalankan dengan
sempurna seperti menguruskan kad 001/ 002, PKS I/ PKS II dan Kad
Tenaga Asas.
Bidang Tugas
1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Guru
Penolong Kanan I dan Guru Penolong Kanan II.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan
kokurikulum termasuk sidang petang.
4. Menyelia dan menilai aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah.
5. Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah termasuk sidang petang.
Senarai Tugas
1. Kokurikulum
1.1 Sukan dan Permainan
1.1.1 Merancang takwim kegiatan sukan dan permainan.
1.1.2 Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan.
1.1.3 Menyelia kegiatan sukan dan permainan.
1.1.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan di
dalam dan di luar sekolah.
1.2 Pakaian Seragam
1.2.1 Merancang takwim kegiatan pakaian seragam.
1.2.2 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pakaian seragam.
1.2.3 Menyelia kegiatan pakaian seragam.
1.2.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti pakaian seragam di dalam dan di luar
sekolah.
1.3 Persatuan dan Kelab
1.3.1 Merancang kegiatan persatuan dan kelab.
1.3.2 Mengurus pemilihan peserta untuk persatuan dan kelab.
1.3.3 Menyelia kegiatan persatuan dan kelab.
1.3.4 Menyelars aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar
sekolah.
2. Pentadbiran
2.1 Menyusun/ menyelaras kegiatan kokurikulum.
2.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.