Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SULIT

DOKUMEN INI IALAH HAK MILIK KERAJAAN MALAYSIA


JAKIM.DQ.100-2/1/3

KERTAS LEMBAGA C4/27/2014

MESYUARAT LEMBAGA
DARUL QURAN
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
KERTAS CADANGAN
PERMOHONAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN NEGERI
YANG TIDAK MEMENUHI SYARAT KEMASUKAN UNTUK
BERGRADUAT
________________________________________________________
1.

TUJUAN
Kertas cadangan ini dikemukakan kepada Ahli Mesyuarat Lembaga Darul
Quran bagi mendapat pertimbangan dan meluluskan permohonan pelajar
Semester Enam (6) Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) yang masih
tidak mendapat kredit (kepujian) Bahasa Arab di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) untuk bergraduat pada tahun 2014.

2.

LATAR BELAKANG
2.1.

Pada masa ini, sebanyak 13 buah Maahad Tahfiz al-Quran Negeri


(MTQN)

telah

menjalinkan

kerjasama

dan

menandatangani

Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Darul Quran Jakim


dalam melaksanakan program Pengajian Tahfiz al-Quran.
2.2.

Darul Quran Jakim telah menetapkan bahawa syarat kelayakan


masuk ke Program Diploma Tahfiz al-Quran turut digunapakai
kepada para pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Negeri yang mengikuti
program kerjasama ini. Merujuk kepada Peraturan-Peraturan
Akademik Darul Quran 2011 (Pindaan 2014) adalah seperti berikut:

SULIT

SULIT
Syarat Kelayakan Masuk
Perkara 26(1) Seseorang itu adalah layak untuk diterima masuk
sebagai pelajar Darul Quran dengan syarat seperti yang berikut:
(e) memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang setaraf
dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan mendapat :
i kepujian dalam Bahasa Melayu
ii kepujian dalam Pendidikan Al-Quran dan AlSunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau
Pendidikan Islam atau Tasawwur Islam;
iii kepujian dalam Bahasa Arab; dan
iv lulus Bahasa Inggeris

2.3.

Walaubagaimanapun Mesyuarat Lembaga Darul Quran 2004


bertarikh 13 Julai 2004 telah meluluskan permohonan dari
MTQN untuk menerima masuk calon-calon yang tidak lulus
Bahasa Inggeris dan tidak kepujian di dalam Bahasa Arab untuk
mengikuti pengajian Tahfiz Al Quran. Berikut adalah petikan dari
Minit Mesyuarat Lembaga Darul Quran:
Perkara 4.5.

Kertas cadangan Kajian Semula Bahasa


Inggeris dan Bahasa Arab Sebagai Syarat
Kemasukan

Ke Darul Quran dan Maahad

Tahfiz Al Quran Negeri.

Mesyuarat meluluskan permohonan dari MTQN untuk


menerima masuk calon-calon yang tidak lulus Bahasa
Inggeris dan tidak kepujian di dalam Bahasa Arab
untuk mengikuti pengajian Tahfiz Al Quran di MTQN.
Oleh

itu

sebelum

calon

berkenaan

menghadiri

peperiksaan akhir Diploma di Darul Quran, mereka


hendaklah mengemukakan satu perakuan bahawa
2

SULIT

SULIT
mereka telah lulus di dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris dan kepujian Bahasa Arab diperingkat SPM.
Jika calon-calon berkenaan gagal mengemukakan
perakuan berkenaan maka mereka tidak dibenarkan
menduduki

peperiksaan

akhir

dan

tidak

layak

dianugerahkan Diploma Tahfiz Al Quran.

2.4.

Pada tahun 2014, seramai 8 orang pelajar semester 6 dari MTQN


tidak layak bergraduat kerana masih tidak dapat memenuhi syarat
kelayakan kemasukan seperti yang telah ditetapkan. (sila rujuk
lampiran A).

3.

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

3.1.

Pelajar ini telah mengikuti pengajian Diploma Tahfiz al-Quran


selama tiga tahun dan telah berjaya menamatkan pengajian. Justeru
itu pelajar ini perlu diberi peluang untuk bergraduat.

3.2.

Pelajar

yang

diberi

peluang

untuk

bergraduat

akan

dapat

menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi


Pengajian Tinggi Awam , Swasta atau pengajian jarak jauh.
3.3.

Pelajar yang diberi peluang untuk bergraduat juga akan dapat


memasuki pasaran kerja dan berpeluang untuk

mendapat

pekerjaan yang setara dengan kelayakan sijil yang diperolehi.

SULIT

SULIT
4.

ULASAN
Kertas ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat
Akademik Darul Quran yang telah diadakan pada 4 Julai 2014 dan telah
disokong oleh ahli mesyuarat.

5.

SYOR
Ahli

Mesyuarat

Lembaga

Darul

Quran

Jakim

adalah

dipohon

mempertimbang dan meluluskan permohonan pelajar Semester Enam


Maahad Tahfiz al-Quran Negeri yang masih tidak mendapat kredit
(kepujian) Bahasa Arab di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk
bergraduat pada tahun 2014.

Disediakan Oleh :
Darul Quran,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

SULIT

SULIT

Lampiran A
SENARAI NAMA PELAJAR MTQN YANG TIDAK LAYAK BERGRADUAT
PADA TAHUN 2014 KERANA TIDAK MENDAPAT KREDIT/KEPUJIAN
BAHASA ARAB DI PERINGKAT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

SPM
Bil.

Nama

No.Matrik /
No.KP

MTQN

PNG
K

Bahasa Bahasa
Arab
Inggeris

1.

Nur Dinnie Balqis @ Ruhaida


binti A.Said Abdullah

15-004/2011
911121-125254

IKMAS

3.00

2.

Siti Nornaziella binti Kamir

15-019/2011
910313-125836

IKMAS

2.93

3.

Nurul Wahidah binti A.Razak

03-0184/2011
930803-016366

MARSA
H

3.04

4.

Muhammad Fatkhi bin


Muhamad Mohtar

06-116/2011
910320-086513

PERAK

2.62

5.

Muhamad Naim bin Abdul


Halim

06-117/2011
930823-086361

PERAK

2.32

6.

Muhammad Bakri bin Kushairi

06-119/2011
930627-085177

PERAK

2.70

7.

Muhammad Hafizzudin bin Mat


Jalil

08-0065/2011
930504-055293

PERLIS

2.69

8.

Robiatuladawiyah binti Mat


Yamin

14-022/2011
931127-045130

Masjid
Saidina
Ali
Melaka

2.04

SULIT

SULIT
Catatan :
Gred D
SPM

Gred E
Gred G

- Lulus
Atas
- Lulus
- Gagal

SULIT

You might also like