Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

ERA KERJASAMA PENSIJILAN HALAL MALAYSIA DI JOHOR

Oleh :
Tuan Asmawi bin Tuan Umar
Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian Hub Halal JAKIM
tuanasmawi@islam.gov.my

Lembaran 2008 sekali lagi dibuka pada 25 Januari 2008 bagi


meneruskan agenda Pensijilan Halal Malaysia dengan mengadakan
Kunjung Hormat ke Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ). Delegasi
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terdiri dari Ketua Pengarah
JAKIM, Dato’ Hj Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Hj Abdul Aziz bersama
beberapa orang pegawai kanan JAKIM, antaranya Tuan Haji Anan C
Mohd , Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), En. Meor Hasyimi bin Abd
Hamid , Penasihat Undang-Undang JAKIM, Ustaz Haji Zainal Abidin
Jaffar , Pengarah Bahagian Hub Halal JAKIM,dan Tuan Haji Mahamad
Naser bin Disa. , Ketua Unit Interaksi Syariah dan Sivil, Jabatan Peguam
Negara.

Menerima kehadiran delegasi JAKIM ialah Y.B. Pengerusi MAIJ Tuan


Haji Zainal Abidin bin Haji Osman, Timbalan Pengerusi MAIJ Dato’ Haji
Zalil bin Baron, Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Johor Y.B.
Dato’ Nooh Gadot dan Timbalannya SS Dato’ M Tahrir bin Dato’ Kiai
Shamsuddin serta beberapa orang ahli MAIJ dan pegawai Jabatan
Agama Johor yang lain.

Pertemuan kedua belah pihak antara JAKIM dan MAIJ bermula pada
jam 9.30 pagi di perkarangan Pusat Islam Iskandar Johor. Mereka
sempat beramah mesra sebelum memulakan sesi pertemuan rasmi.

Menerusi kunjung hormat tersebut satu taklimat khas telah


disampaikan oleh Dato’ Ketua Pengarah JAKIM mengenai Mekanisma
Kerjasama Antara JAKIM Dan Majlis Agama Islam Negeri Johor
Dalam Pengeluaran Dan Pemantauan Sijil Dan Logo Halal Malaysia.

Tujuan utama kunjung hormat ini ialah memaklumkan kepada Yang


Berhormat Pengerusi dan ahli-ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor
(MAIJ) mengenai keputusan kerajaan menyeragamkan pensijilan halal di
Malaysia dan membincangkan cadangan mekanisme kerjasama antara
JAKIM dan MAIJ dalam Pensijilan Halal Malaysia.

Pertemuan dua pihak dalam suasana mesra dan harmoni yang


mengambil masa hampir empat jam telah membincangkan beberapa
agenda dalam menyelaraskan aspek-aspek pelaksanaan JAKIM sebagai
badan pensijilan halal tunggal di Malaysia. Antara lain yang
dibincangkan ialah penggunaan satu logo halal yang dikeluarkan oleh
pihak JAKIM iaitu tanpa kod negeri. Kunjung Hormat ini telah memberi
impak dan membuka lembaran baru dalam era kerjasama Pensijilan
Halal Malaysia di Johor yang mana sejarah pelaksanaan pengesahan
halal di Malaysia sebenarnya telah bermula sejak tahun 1971, iaitu
hampir 37 tahun.

Usaha- usaha ini adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk


menjadikan Malaysia sebagai Pusat Halal Dunia dalam Pelan Induk
Perindustrian 3 (IMP 3) dan Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK 9). Setakat
ini kerajaan telah meluluskan penubuhan Pusat Analisis Halal Malaysia
di atas tanah seluas 45 ekar dengan peruntukan sebanyak RM 45 Juta
di Bandar Enstek, Sepang. Projek dijangka siap pada 2010.

Suatu perkembangan baik ialah, skim pensijilan halal akan


diperluaskan daripada produk kepada perkhidmatan halal. Standard
halal untuk kosmetik dan dandanan diri telah disiapkan dan akan
diteruskan dengan standard halal untuk pakaian, barangan kulit dan
lain-lain. Bukan setakat itu sahaja malah kerajaan telah memutuskan
supaya JAKIM memperluaskan perkhidmatan pensijilan halal ke
peringkat antarabangsa. Usaha sedang dilakukan termasuk
mendaftarkan logo halal Malaysia sebagai certification mark di luar
negara bagi melindungi logo halal Malaysia dari ditiru atau
disalahgunakan.

You might also like