Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL.

1 TAHUN 2016
SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL UTAMA

Hari

: Selasa

Tarikh

: 19 Januari 2016

Masa

: 1.45 petang

Tempat

: Bilik Mesyuarat SKSU

Kehadiran :
1.
2.
3.
4.

Puan Rohaida bt Daud


En Mohd Daim b Shamsuddin
En Muhammad Rafiq b Razali
Cik Munirah Bt Ahmad Sabri

( GPK Tadbir dan Kurikulum)

Tidak hadir:
1. Pn Nurul Atiqah Bt Zakaria
2. Pn Syazwani Bt Md Shah Din
3. Pn Kemban Anak Sam

(Tanpa sebab)
(Tanpa sebab)
(Tanpa sebab)

Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi
1.1. Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan terima kasih
atas kehadiran guru-guru kerana menghadiri mesyuarat panitia Sains bilangan 1
tahun 2016.
Tindakan : makluman
1.2. Pengesahan minit mesyuarat :
Pencadang :
Penyokong :

2. Ucapan Guru Penolong Kanan


2.1. Menyatakan mesyuarat panitia yang dijalankan mestilah mengikut jadual yang telah
ditetapkan.

2.2. Mengharapkan aktiviti panita yang dirancang dilaksanakan. Jika baik untuk
akademik, hendaklah diteruskan. Jika tidak, laksanakan aktiviti lain.
Tindakan : semua guru sains
3. Ucapan Ketua Panitia
3.1 Pengurusan fail panitia Sains
3.1.1. Setiausaha perlulah mencetak pelan taktikal dan lengkapkannya. Ia penting
untuk tujuan pemantauan tentang dapatan panitia.
3.2. Format penulisan rancangan pengajaran harian (RPH)
3.2.1. Format RPH hendaklah mengandungi subjek, tema, tajuk, kelas, standard
kandungan, standard pembelajaran, objektif, bahan bantu mengajar, aktiviti dan
refleksi.
3.2.2. Bagi guru yang menaip RPH, hendaklah ditampal di dalam buku rekod.
3.3. Penggunaan buku latihan dan buku kerja
3.3.1. Bagi tahap 2, buku yang digunakan ialah buku latihan, nota, dan amali.
3.3.2. Bagi tahun 3, buku yang digunakan ialah buku nota dan amali.
3.3.3. Bagi tahun 1 dan 2, buku yang digunakan ialah buku nota.
3.4. Peperiksaan tahun 2016
3.4.1. Ujian 1 untuk tahun 6 bermula pada 26 Januari.
3.4.2. Ujian sumatif 1 pada 1 hingga 3 Mac.
3.4.3. Peperiksaan Pertengahan Tahun adalah pada 9 hingga 12 Mei.
3.4.4. Sumatif 2 adalah pada 9 hingga 11 Ogos.
3.4.5. Peperiksaan akhir tahun adalah pada 10 hingga 13 Oktober.
3.4.6. Guru hendaklah menyediakan soalan, skema jawapan, dan jadual spesifikasi
ujian (JSU) kepada setiausaha peperiksaan.

3.5. Aktiviti tahunan panitia Sains


3.5.1. Pembinaan modul bagi tahun 1 hingga 6 (topikal), bermula pada Mac hingga
November. Guru dikehendaki menyediakannya secara beransur-ansur
mengikut tahun :
1)
En. Daim ( Tahun 2 & 4 )
2)
En. Rafiq ( Tahun 5 & 6)
3)
Cik Munirah ( Tahun 2 & 3)
4)
Pn. Kemban ( Tahun 1 )
3.6. Post-mortem UPSR 2015
3.6.1. Peratusan lulus bagi subjek Sains jatuh. Hanya 4 orang murid yang
mendapat A dalam subjek Sains. Sasaran bagi tahun 2016 adalah seramai 16
orang murid mendapat A.
3.6.2. Guru Sains perlu menghadiri kursus bagaimana cara menjawab kertas soalan
Bahagian B seperti pemeriksa kertas.

3.7. Makluman Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)


3.7.1. Guru hendaklah menggunakan peta i-Think dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP).
3.7.2. Guru perlu menghadiri kursus dalam talian.
3.7.3. DSKP hendaklah dibawa sentiasa ke dalam kelas.
3.7.4. Guru hendaklah menyerahkan laporan perekodan PBS dan memberikan
salinan kepada setiausaha pantia untuk dimasukkan di dalam fail.
3.7.5. Menyediakan DSP, PPPM dan DSKP bagi setiap darjah yang diajar.
3.8. Dana PCG panitia Sains 2016
3.8.1. Panitia Sains mendapat peruntukan sebanyak RM 1,100. Jika guru ingin
menggunakan sebarang peralatan atau bahan serta keperluan mengajar subjek
Sains, guru boleh memohon dengan menulisnya di dalam boring untuk dibeli.
3.8.2. Panitia Sains akan cuba untuk mencari dana daripada pihak luar untuk
proses menceriakan makmal Sains dengan mengecatnya.
Tindakan : semua guru sains

4. Hal-hal lain
4.1. Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) akan
mengadakan pertandingan makmal Sains.
4.2. En. Daim memaklumkan tentang dana boleh didapati daripada pihak luar seperti
projek dalam laman sesawang iaitu www.100percentprojectmalaysia.org.
Tindakan : semua guru
5. Penutup
5.1. Ucapan terima kasih kepada semua guru yang menghadirkan diri dalam mesyuarat
panitia Sains.
5.2. Mesyuarat panitia Sains bilangan 1 tahun 2016 berakhir pada pukul 2.57 petang.
Tindakan : semua guru

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

___________________________
( Cik Munirah bt Ahmad Sabri )
Setiausaha panitia Sains,
SK Sentul utama.

_________________________
( En. Roslan Bin Jais )
Guru Besar,
SK Sentul utama.

You might also like