Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SK GOPENG, TAMAN GOPENG BARU

MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA KBAT / i-THINK


KALI PERTAMA 2015

Tarikh

29 Januari 2015 ( Khamis )

Tempat

Bilik Gerakan, SK Gopeng, Taman Gopeng Baru

Pengerusi

En.Zinal Ariffin b Md Raslan


(Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Gopeng TGB)

Kehadiran:
1. Pn. Nurhafizah bt Ali ( Setiausaha )
2. Cik Dewi Hartini bt Razali ( KP Bahasa Inggeris)
3. Pn. Nizam bt Badaruddin (KP Bahasa Malaysia)
4. Pn. Salasiah bt Mat Rahim (wakil KP Matematik)
5. Pn. Erni bt Johan (KP Sains)
6. En Ismail (KP PAI)
7. En Azrol Hakimi (KP TMK / PJK)
8. En Norsahizal (KP DSV)
9. Pn Roslina (KP SEJ)
10. Pn Rohidayu (KP KH)
11. Pn Sharifah (KP MZ / DM)
12. Pn Nur Ilyana (Pend. Khas)
13. Pn Mazurah (Pra Sekolah)

Perkara 1
1.1

Ucapan Pengerusi

Encik Zinal Ariffin mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli
jawatan kuasa KBAT /

i-THINK SK Gopeng, Taman Gopeng Baru ke mesyuarat

Jawatan kuasa KBAT / i-THINK kali pertama sesi 2015.


1.2

Beliau menyatakan tujuan perjumpaan diadakan bagi memastikan setiap Pemandu


sentiasa menggerakan program KBAT sekolah agar ia semakin giat diguna pakai oleh
setiap warga sekolah.

Perkara 2
2.1

Refresh i-THINK

Encik Zinal Ariffin membuat penerangan semula tentang program.


2.1.1

THINK adalah satu program yang dipacu oleh Agensi Inovasi Malaysia dengan
kerjasama Kementerian Pelajaran yang bertujuan mempertingkatkan dan

membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah melahirkan


murid yang berinovatif.
2.1.2

Apa yang diharapkan daripada program ini, dengan menggunakan Alat Berfikir
('thinking tools') murid lebih fokus, berkeyakinan dan aktif di dalam kelas. Aktiviti
banyak berpusatkan murid, prestasi murid meningkat dan hubungan guru dan
murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilatator.

2.1.3

Pelaksanaan i-THINK berjalan secara berperingkat:


bermula September 2011 Kajian Rintis oleh AIM (Agensi Inovasi Malaysia) dan
10 buah sekolah Rintis dari seluruh negara telah membuat lawatan dan kajian ke
United Kingdom. Secara berperingkat program ini dikembangkan ke beberapa
sekolah seluruh negara.

2.1.4

Pada 2012, seramai 5 orang guru sekolah ini telah mendengar taklimat dan
menghadiri kursus ini. Pemandu i-THINK sekolah ini ialah Pn Nizam bt
Badarudin seorang Guru Cemerlang Bahasa Melayu, dibantu oleh Pn. Erni bt
Johan , Cik Dewi Hartini bt Razali, En Zinal Ariffin b Md Raslan dan Pn.
Nurhafizah bt Ali.

Perkara 3
3.1

Perancangan KBAT / i-THINK sekolah

Perlu mewujudkan sudut KBAT di dalam kelas supaya program sentiasa digunakan di
kalangan murid .

3.2

Pertandingan / kuiz bercirikan KBAT


3.2.1

Setiap panitia (terutamanya teras) perlu mengambil inisiatif mewujudkan kuiz


bercirikan KBAT yang akan merangsang daya pemikiran murid.

3.3

3.2.2

Soalan akan dipamerkan di sudut KBAT sekolah.

3.2.3

Digalakkan juga dibuat semasa ko-kurikulum

Program ini perlu direfresh agar budaya KBAT dapat ditingkatkan memandangkan
soalan peperiksaan akan lama-kelamaan lebih menjurus kepada soalan berfikir aras
tinggi.

Perkara 4
4.1

Hal-hal lain

Cik Dewi meminta agar setiap panitia menyiapkan mural i-THINK di kawasan
persekitaran sekolah

4.2

En Azrol Hakimi memaklumkan bunting i-THINK telah digantung semula di tiang-tiang


dewan terbuka sekolah.

4.3

En Zinal Ariffin meminta agar guru-guru menerapkan soalan berbentuk KBAT di dalam
pentaksiran murid-murid memandangkan soalan berbentuk begini akan bertambah dari
semasa ke semasa.

4.4

Pn. Roslina mencadangkan agar pihak pentadbir memberi penghargaan kepada guru
dan murid yang kreatif melaksasnakan KBAT.

Perkara 5
5.1

Ucapan Penangguhan

En Zinal Ariffin berharap semua guru akan bersama-sama dapat membudayakan KBAT
terutamanya semasa menjalankan PdP supaya murid dapat mewujudkan corak
pemikiran aras tinggi.

5.2

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Minit dicatat dan disediakan oleh :

.................................................
(PN NURHAFIZAH BT ALI)
Setiausaha

You might also like