Definisi Pelancongan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

DEFINISI PELANCONGAN

Apakah itu pelancongan? Pelancongan mempunyai pelbagai maksud


mengikut perspektif dan pandangan pihak-pihak yang terlibat sama ada
secara langsung ataupun tidak langsung dengan industri pelancongan.
Ini termasuklah pelancong itu sendiri, organisasi penginapan dan
pengangkutan, organisasi pendidikan, pihak kerajaan dan sebagainya
lagi.
Berdasarkan United Nations World Tourism Organization (UNWTO),
secara rasminya Pelancongan bermaksud "activities of persons
traveling to and staying in places outside their usual environment for
not more than one consecutive year for leisure, business, and other
purposes." Jelas di sini bahawa pelancongan melibatkan
perjalanan/pergerakan dari suatu tempat ke tempat yang lain, destinasi
yang dituju suasananya lain daripada kawasan kediaman dan
melibatkan tempoh tidak lebih dari 1 tahun.
Pelancongan merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau
mengembara ke sesuatu tempat lain yang melebihi lima puluh batu dari
tempat kediaman tidak lebih dari satu tahun untuk tujuan rekreasi atau
mengisi masa lapang. Menurut Pertubuhan Pelancongan Sedunia, iaitu
salah satu badan PBB, pelancongan juga merujuk kepada aktiviti
perkhidmatan kepada pelancong. Pelancongan telah menjadi aktiviti
masa lapang yang popular di seluruh dunia. Pada 2004, terdapat lebih
763 juta ketibaan pelancong.
Perkataan tourism datang daripada perkataan Latin iaitu tornare dan
juga Greek iaitu
tornos yang membawa maksud pergerakan dalam suatu bulatan. Pada
awalnya, Jafari
(1977) mendefinisikan pelancongan sebagai, Suatu kajian manusia
yang
bertentangan dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan
industri yang
bertindak balas pada keperluan mereka, dan juga kesan ke atas diri
mereka dan
industri itu daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran.
Pengertian yang
meluas ini sukar difahami kerana ia tidak menjelaskan secara
mendalam apa yang
dimaksudkan sebagai pelancongan dan apakah faktor-faktor yang
terlibat dalam
membangunkan industri ini.
Oleh itu, wujud definisi lain yang cuba memberi penjelasan secara
mendalam
mengenai pelancongan. Sebagai contoh, Leiper (1981) menjelaskan

pelancongan
sebagai, Suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan
persekitaran yang
luas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan
asal, kawasan
persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi
iaitu industri
pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang
mengembara
bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang
satu hari.

You might also like