Imbuhan Apitan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

IMBUHAN APITAN

Imbuhan Apitan

Penggabungan dengan kata dasar akan membentuk makna tertentu.


Terdiri daripada beberapa bentuk:
Apitan meN......-kan dan meN............-i

Perkataan yang dihasilkan merujuk kepada:

(a) sesuatu yang dilakukan untuk faedah orang lain


(b) menyebabkan sesuatu hal itu terjadi
(c)

perbuatan
Contoh :

membasuhkan , mengikatkan, merekodkan,


melayani, merawati, mengetuai

Apitan ke-..............-an

(a)

boleh membawa beberapa maksud:


menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar

(b) tempat
Contoh :

kesakitan, keletihan, kemuraman


kenakalan, kesempitan

Apitan peN-....-an

(a)

merujuk kepada tempat dan perbuatan serta keadaan:


menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar

(b) tempat
Contoh :

pedalaman, pembunuhan, penginapan,perbarisan, pelabuhan


Apitan di-......-kan, di-.....-i, diper-.....-kan

Digunakan dalam ayat pasif


Contoh :

dianugerahkan, ditemui, diperdebatkan

Contoh ayat:

Murid-murid digalakkan menguasai pelbagai bahasa.

Adik tertidur di ruang tamu kerana keletihan.


Acara perbarisan itu tamat pada pukul 1.00 petang.

Mangsa pembunuhan itu ditemui mati oleh jirannya.

Latihan
A.

Letakkan imbuhan pada perkataan di bawah.

1.
2.

Kita harus ______________ orang yang lebih tua daripada kita. ( hormat )
Salmi ___________akan tingkah laku pemuda itu. (curiga )

3.
4.

Ayah ___________seekor lembu pada Hari Raya Aidiladha. (korban)


Hanif ___________kasutnya sebelum masuk ke dalam rumah. (tanggal)

5.

Rosnah sering menghabiskan masa lapangnya di __________.(pustaka)

B.

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.


Keberanian

bertanyakan
permohonan

menghadiahi
menanggalkan
penggunaan
memb

incangkan
kesunyian

kesultanan

membaiki

1.

____________ komputer dapat mempercepat segala urusan khususnya


dalam penyimpanan data.
2.
Asmat berusaha ____________ basikalnya yang rosak.
3.
Mesyuarat yang diadakan akan ____________masalah pencemaran.
4.
___________Zaini untuk melanjutkan pelajaran telah diluluskan oleh
majikannya.
5.
Adik __________ kasut sebelum masuk kedalam rumah.
6.
Ayah ___________ saya sebuah buku cerita.
7. Pihak polis telah memberikan pingat ___________kepada Amar kerana telah
membantu mereka menangkap perompak itu tempoh hari.
8.
Seorang pemuda __________ arah ke rumah Encik Zahari.
9.
Sejak anak-anaknya berpindah ke bandar, Makcik Ani hidup dalam
____________.
10. Salah seorang sultan pada zaman _______________Melayu Melaka ialah
Sultan Mahmud Syah.

Latihan Imbuhan Apitan ke...an


Latihan Imbuhan Apitan Ke. An :
Latihan 1:
Bubuhlah apitan kean pada kata-kata yang sesuai dalam petikan di bawah ini :
Adakah anda anak sayang keluarga ? Anda patut bersyukur jika anda
disayangi oleh mereka. Walau bagaimanapun, anda janganlah ibu bapa anda jika
hendak mendapat segala yang menjadi suka anda itu. Anda perlu menggembirakan
mereka juga. Anda perlu belajar dengan tekun. Rajin dan gigih anda akan
menentukan jaya anda pada masa depan. Jaya itulah yang akan menjadi bangga
keluarga. Anda hendaklah berbuat baik kepada sesiapa juga. Elakkan bersifat
angkuh, Baik anda akan menyebabkan orang suka berkawan dengan anda. Angkuh
pula akan menyebabkan orang akan benci anda.
Latihan 2 :
Isilah tempat-tempat kosong di bawah dengan kata yang sesuai :

kebaikan
kehakiman

kebanggaan
kejujuran

kebangsaan
kementerian

keberanian
kesayangan

kegemaran
kesultanan

1.

Tempat menteri bertugas disebut ______________________.

2.

Dia meminati bidang _______________________.

3.

Lagu ____________________kita ialah Negaraku .

4.

Ismail murid yang jujur , ___________________nya patut dijadikan contoh.

5.

__________________nya pada waktu lapang ialah membaca.

6.

Pihak polis memuji ____________________ pelajar itu.

7.

Kucing ____________________ saya dilanggar kereta semalam.

8.

Bangunan KOMTAR menjadi __________________ penduduk Pulau Mutiara.

9.

Salah seorang sultan pada zaman __________________ Melaka ialah Sultan


Muzaffar Syah.

10. ______________________ orang-orang kampung itu tidak dapat kami lupakan.

You might also like