Malaysia Dan Hubungan Antarabangsa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Pavitra_IPGKBM_2015_Malaysia dan Hubungan Antarabangsa_SJHK3023

Through mutual understanding, sincerity and goodwill, and with great wisdom and broad
views, the leaders on both sides should jointly initiate new opportunities for peace,
stability, cooperation and mutual benefit.
-Chen Shui-bian1-

Chen Shui-bian merupakan bekas Presiden China dari tahun 2000-2008

19

Pavitra_IPGKBM_2015_Malaysia dan Hubungan Antarabangsa_SJHK3023


1.0 Pengenalan
Malaysia merupakan negara yang telah lama menjalinkan hubungan dengan
negara-negara serantau, mahupun antarabangsa. Sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka lagi, kita menjalinkan hubungan dengan kerajaan-kerajaan serantau seperti
China, Pasai2, Siam (Thailand)3, Ryukyu (Jepun)4 dan Arab5 dan banyak kerajaan lagi.
Dalam bahagian pengenalan ini saya akan menjelaskan definisi dan konsep hubungan
serantau dan jenis-jenis hubungan serantau.
Hubungan serantau bermaksud kerjasama antara satu negara dengan satu
negara atau pertubuhan serantau yang lain bagi kebaikan dan kepentingan bersama.
Dalam konteks negara Malaysia, kita menjalinkan hubungan serantau dengan negaranegara Asia Tenggara6 dan pertubuhan Asia Tenggara. Asas permulaan bagi kerjasama
serantau dimulakan oleh pemikiran Tunku Abdul Rahman kepada Presiden Garcia,
Filipina yang mencadangkan penubuhan persatuan bukan politik dalam kalangan negaranegara Asia Tenggara. Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara Asia
Tenggara ( Southeast Asian Friendship dan Economic Treaty, SEAFET) pada tahun 1959
merupakan perjanjian kerjasama pertama Asia Tenggara yang merangkumi Tanah Melayu
dan Filipina. Seterusnya, Persatuan Asia Tenggara (ASA) ditubuhkan pada tahun 1961
dan dianggotai oleh Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. MAPHILINDO merupakan
kerjasama serantau seterusnya yang ditubuhkan pada 1963 dan dianggotai oleh Tanah
Melayu, Filipina dan Indonesia. Kesemua pertubuhan ini gagal atas alasan-alasan
ketidakpuashatian yang timbul antara negara.
Pada tahun 1967, ASEAN (Association of Southeast Asian Nations) ditubuhkan
dan dianggotai oleh 10 buah negara secara berperingkat iaitu Malaysia, Thailand,
Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei, Vietnam, Laos, Kemboja dan Hanoi .Pertubuhan
inilah yang masih kekal sampai ke hari ini. Persatuan ini bertujuan untuk mewujudkan
kerjasama antara negara-negara Asia Tenggara6 dari segi ekonomi, politik dan sosial.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada pembentukan ASEAN. Faktor yang
pertama ialah faktor luaran iaitu selepas Perang Dunia ke-2, blok kapitalis 6 dan blok
komunis7 cuba menguasai negara-negara di dunia bagi menyebarkan ideologi tersendiri.
Oleh itu, ASEAN ditubuhkan untuk bersepakat menghadapi ancaman dalam apa jua
bentuk. Selain itu, faktor dalaman yang menyumbang kepada pembentukan ASEAN ialah
persamaan antara negara-negara Asia Tenggara yang pernah dijajah oleh kuasa
2

Hubungan dengan Pasai terjalin apabila Megat Iskandar Shah berkahwin dengan Puteri Pasai(1414-1424).
Hubungan dengan Siam terjalin melalui penghantaran utusan diplomatic yang diwakili oleh Tuan Telani dan
Menteri Jana Putera ke Siam.
4
Hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Kepulauan Ryukyu terjalin antara tahun 1460-1480.
5
Pedagang dari Tanah Arab mengembangkan ajaran Islam di Melaka.
6
Ideologi yang diamalkan oleh Amerika Syarikat.
7
Ideologi komunis oleh Persatuan Soviet.
3

19

Pavitra_IPGKBM_2015_Malaysia dan Hubungan Antarabangsa_SJHK3023


selain Thailand. Negara-negara ini boleh berganding bahu untuk sama-sama memajukan
negara-negara Asia Tenggara.
Terdapat beberapa jenis hubungan serantau yang digunakan dalam hubungan
diplomatik. Antaranya ialah hubungan bilateral, trilateral dan multilateral. Hubungan
bilateral dimaksudkan sebagai hubungan dua hala antara satu negara dengan negara
yang lain. Hubungan trilateral pula bermaksud hubungan tiga hala antara tiga buah
negara misalnya dalam pertubuhan MAPHILINDO, terdapat tiga negara yang terlibat iaitu
Tanah Melayu, Filipina dan Indonesia. Hubungan multilateral pula merupakan hubungan
dalam

bentuk kumpulan atau pertubuhan misalnya ASEAN, OIC (Pertubuhan

Persidangan Islam) dan NAM (Pergerakan Negara-negara Berkecuali). OIC ditubuhkan


pada 25 September 1969 bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat.
Objektif OIC adalah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan negara anggota,
menyelaras kerjasama dalam kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sosial,
budaya, saintifik serta meningkatkan perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah,
kemerdekaan dan hak mereka. Manakala, NAM pula ditubuhkan sebaik sahaja 25 buah
negara-negara berkecuali berserta 3 buah negara pemerhati menghadiri persidangan
pertama iaitu Persidangan Ketua-ketua negara di Belgrade, Yugoslavia pada 1-6
September 1961. Pergerakan ini juga merupakan hasil daripada Perang Vietnam 9 yang
berlaku pada lewat tahun 1940 sehingga awal tahun 1990. Tujuan penubuhan NAM ialah
untuk memastikan kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan keselamatan negara-negara
berkecuali dalam memerangi imperialisme, kolonialisme, neo-kolonialisme, pemisahan
bangsa, perkauman dan pencerobohan dari bangsa asing, pekerjaan dominasi terhadap
kuasa. Kini NAM dianggotai oleh lebih 1148 buah negara.
Sejak dulu lagi Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara jiran
yang lain seperti yang saya telah pun nyatakan di atas. Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah
berkata bahawa kerjasama serantau terutamanya ASEAN dan jaringan hubungan
diplomatik global adalah penting untuk secara bersama menangani cabaran keselamatan
yang baharu. OIC dan NAM tidak dikategorikan sebagai hubungan serantau tetapi
sebagai hubungan antarabangsa kerana melibatkan negara-negara dari seluruh dunia.
Justeru, sebagai sub-topik yang seterusnya, saya akan memperincikan faedah-faedah
yang diperoleh oleh negara kita, Malaysia melalui hubungan serantau, terutamanya
melalui ASEAN. Kategori pemerincian ialah dari segi politik, ekonomi dan sosio-budaya.
8

Afghanistan, Algeria, Angola, Bahamas, Bahrain, Bangladesh, Barbados, Belarus, Belize, Benin, Bhutan,
Bolivia, Botswana, Brunei, Burkina Faso, Burundi, Cambodia, Cameroon, Cape Verde, Afrika Tengah,
Chad, Chile, Colombia, Comoros, Congo, Cote d, Cuba, Korea, Dominican, Ecuador, Egypt, Guinea,
Eritrea, Ethiopia, Gabon, Gambia, Ghana, Grenada, Guatemala, Guyana, Honduras, India, Indonesia,
Iran, Iraq, Jamaica, Jordan, Kenya, Madagascar, Malawi, Malaysia, Maldives, Mali, Mauritius, Mongolia,
Morocco, Myanmar, Namibia, Nepal, Nigeria, Oman, Pakistan, Palestine, Panama, Peru, Philippines dll

19

Pavitra_IPGKBM_2015_Malaysia dan Hubungan Antarabangsa_SJHK3023


2.0 ASEAN, Malaysia dan Politik-Keamanan
ASEAN pada mulanya merupakan persatuan yang bukan berasaskan politik tetapi
lama-kelamaan peredaran masa dan perkembangan semasa membawa kepada
kerjasama politik antara negara-negara ASEAN. Dalam pertemuan di Kuala Lumpur pada
27 November 1971, Deklarasi Kuala Lumpur telah ditandatangani. Deklarasi itu
merangkumi persetujuan untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan aman, bebas
dan berkecuali atau lebih dikenali sebagai ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom dan
Neutrality). Aman bermaksud situasi hubungan yang teratur dan kewujudan keharmonian
dalam kalangan negara. Bebas pula membawa maksud kebebasan sebuah negara
daripada kawalan atau campur tangan negara lain semasa menyelesaikan masalah
tempatan. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada pembentukan ZOPFAN,
antaranya ialah kedudukan strategik Asia Tenggara untuk diancam oleh ketegangan
politik Timur-Barat, pergolakan politik di Vietnam 9 serta keputusan pengunduran tentera
British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam. Insiden-insiden ini membangkitkan
persoalan tentang keselamatan dan keamanan di Asia Tenggara.
Objektif ZOPFAN ialah untuk menjadikan Asia Tenggara kawasan yang bebas dari
pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar khususnya Amerika Syarikat, Rusia dan China.
Melalui ZOPFAN ini, negara-negara ASEAN berjaya menghalang penularan ideologi
komunis dan teori Domino10 melalui pendekatan yang perlahan dan berwaspada.
Seterusnya penubuhan ASEAN Regional Forum (ARF) pada tahun 1994 merupakan
salah satu pelaksanaan ZOPFAN. ARF ini dianggotai oleh negara-negara ASEAN, rakanrakan Dialog ASEAN iaitu Australia, Kanada, Kesatuan Eropah, Jepun, Korea Selatan,
New Zealand dan Amerika Syarikat. ARF ini adalah untuk menggalakkan kestabilan politik
dan

keamanan

di Asia

Tenggara

dan

antara

pendirian ARF

adalah

seperti

memperjuangkan penyelesaian politik di Kemboja di mana tentera Vietnam diberi tekanan


agar segera berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang untuk menentukan
nasib sendiri. Persidangan terkini ialah Sidang kemuncak ke-20 yang bertempat di
Bandar Seri Begawan, Brunei pada 2 Julai 2013.
Selepas penubuhan ZOPFAN, pemimpin-pemimpin negara sebulat suara untuk
mengadakan Sidang Kemuncak yang pertama di Bali pada 23-25 Februari 1976. Mereka

Dikenali sebagai Konflik Vietnam atau pun Khang chien chong My yang bermaksud peperangan menentang
Amerika. Perang ini bermula sejak 1959 lagi dan tamat secara rasmi pada 30 April 1975.
10
Teori ini menyatakan bahawa apabila sesebuah negara di sesuatu kawasan terkena pengaruh komunisme,
maka negara-negara lain akan turut dipengaruhi oleh komunisme.
11
Treaty of Amity and Cooperation.

19

Pavitra_IPGKBM_2015_Malaysia dan Hubungan Antarabangsa_SJHK3023


membahaskan perubahan situasi politik di Asia Tenggara dan hasilnya ialah Deklarasi
Konkord ASEAN (Declaration OF ASEAN Concord) dan Perjanjian Berbaik-baik dan
Kerjasama Asia Tenggara (TAC11). Kedua-dua ini mencerminkan penegasan kembali
komitmen

negara-negara

ASEAN

untuk

meningkatkan

keamanan,

kemajuan,

kemakmuran negara-negara ASEAN melalui politik yang stabil.


SEANWFZ (Southeast Asia Nuclear Weapon Free Zone) iaitu, Zon Bebas Senjata
Nuklear Asia Tenggara merupakan lanjutan dari konsep ZOPFAN. Sidang kemuncak
SEAN di Bangkok pada tahun 1995 berjaya mencapai persetujuan menjadikan Asia
Tenggara sebagai kawasan bebas nuklear. Perjanjian ini ditandatangani oleh kesemua
sepuluh ketua-ketua negara Asia Tenggara. Tambahan pula, kewujudan SEANWFZ di
Asia Tenggara menjadikan tempat kita bebas daripada masalah pencemaran alam sekitar
akibat sisa-sisa radioaktif dan bahan-bahan toksik. Kenangan pahit di Nagasaki dan
Hitoshima, Jepun12 serta Tragedi Chernoybell, Russia13 memberikan pengalaman kepada
ASEAN untuk menyediakan payung sebelum hujan. Dengan penguatkuasaan perjanjian
SEANWFZ pada 27 Mac 1997, Asia Tenggara telah menjadi kawasan yang selamat
daripada kemusnahan oleh senjata nuklear. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 1997,
menyeru negara kuasa nuklear supaya menunjukkan sokongan mereka ke atas zon
bebas senjata nuklear di Asia Tenggara dengan turut menyertai Perjanjian Zon Bebas
Senjata Nuklear Asia Tenggara.
Persidangan Menteri-menteri Pertahanan ASEAN

(ADMM, ASEAN Defense

Ministers Meeting) ditubuhkan pada 2006. ADMM bertujuan untuk menyediakan


keamanan serantau melalui kerjasama dalam keselamatan dan pertahanan dan juga
untuk mewujudkan kepercayaan dan keyakinan tentang keselamatan dan pertahanan
ASEAN. ADMM ini merupakan hasil daripada Sidang Kemuncak oleh ACS (ASEAN
Security Community) di Vientine pada 29 November 2004. Dalam ADMM terdapat
beberapa program yang dilaksanakan. Antaranya ialah HADR (Humanitarian Assistance
dan Disaster Relief), iaitu Pertolongan Kemanusiaan dan Bantuan untuk menghadapi
bencana. ASEAN mengadakan bengkel-bengkel untuk menyedarkan rakyat tentang
kepentingan bantuan kemanusiaan. Bagi mengukuhkan hubungan serantau lagi, ADMM
yang ke-7 membincangkan dua pelan baharu iaitu ASEAN Defence Interaction
Programme dan Logistic Support Framework.

19

Pavitra_IPGKBM_2015_Malaysia dan Hubungan Antarabangsa_SJHK3023


Tambahan pula terdapat juga ADMM-Plus di mana negara-negara ASEAN
berkolabrasi dengan lapan rakan dialognya bagi mengukuhkan keselamatan dan
pertahanan di negara-negara ASEAN melalui Military Medicine and Maritime Security.
Termsak, 2008 berpendapat bahawa kesemua langkah dan tindakan yang diambil oleh
ASEAN lebih menjurus kepada kepentingan politik sesebuah negara. Beliau menyatakan
lagi ASEAN perlu juga memberi perhatian kepada aspek kemanusiaan dan hak-hak
manusia.
Keahlian Malaysia dalam ASEAN membawa faedah yang amat tinggi. Misalnya
kita mengambil insiden kehilangan kapal terbang MH370 pada 8 Mac 2014. Apabila
Malaysia mengalami isu ini, negara-negara serantau menghulurkan bantuan tanpa
diminta sebagaimana seorang saudara yang akan membantu saudara yang dalam
kesusahan. Selain itu, isu terkini yang dapat dijadikan contoh ialah Insiden rampasan
kapal MT Joaquim pada 10 Ogos 2015 menimbulkan persoalan tentang keselamatan di
sempadan Malaysia. Keahlian Malaysia dalam ASEAN memudahkan urusan-urusan
diplomatik dengan mana-mana juga negara-negara ASEAN.

19

Pavitra_IPGKBM_2015_Malaysia dan Hubungan Antarabangsa_SJHK3023


3.0 ASEAN, Malaysia dan Ekonomi
Malaysia kini telah mencapai reputasi yang baik sebagai hab operasi global dan
serantau bagi perkilangan dan perkhidmatan dengan menarik pelaburan yang akan
mempercepatkan peralihan negara kepada industri bernilai ditambah tinggi, berteknologi
tinggi, berasaskan pengetahuan serta inovasi. Pendekatan ekosistem MIDA dalam
pembangunan pelaburan memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan ini.
Setelah empat dekad bagi menggalakkan dan menyelaras pembangunan perindustrian,
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) menerima nama baharu dan skop
tanggungjawab yang lebih luas pada tahun 2011. Ekonomi, agensi ini telah dinamakan
semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan diberikan peranan
utama dalam menerajui agenda pelaburan nasional untuk memacu matlamat Program
Transformasi Ekonomi (ETP12).
Malaysia memecah kesemua rekod pelaburan dan pekerjaan pada tahun 2012,
tetapi projek pelaburan berkualiti dan pekerjaan yang benar-benar menonjol. Pencapaian
luar biasa telah dapat dicapai hasil daripada strategi baharu Kerajaan untuk menarik
pelaburan berkualiti dalam sektor yang disasarkan. Perkongsian strategik dengan agensiagensi

pembangunan

ekonomi

negara

telah

menyokong

usaha

MIDA dalam

meningkatkan profil Malaysia sebagai lokasi yang ideal bagi perniagaan bernilai ditambah
tinggi. Antara pencapaian Malaysia sepanjang tahun 2012 hasil daripada pelaburan ini
ialah menarik jumlah pelaburan langsung tertinggi yang pernah direkod iaitu RM 162.4
bilion, menjana 182,841 pekerjaan, meningkatkan landskap pelaburan domestik,
melaksanakan kemajuan kukuh dalam pembangunan industri bagi teknologi baharu,
memperkukuh ekosistem industri yang sedia ada seperti semikonduktor, diod pemancar
cahaya (LED), solar dan jentera dan kelengkapan, memperkukuhkan reputasi negara
Malaysia sebagai hab global dan serantau bagi perkilangan dan perkhidmatan serta
mengimbangi pembangunan lima koridor ekonomi13 Malaysia.
Ianya merangkumi subsektor automotif, aero-angkasa dan pembinaan kapal dan
pembaikan kapal. Subsektor automotif adalah yang terbesar dalam industri ini yang
meliputi pengilangan atau pemasangan kenderaan bermotor (termasuk motor beroda
dua), pemulihan semula / pemasangan semula / pembinaan semula / pengubahan
kenderaan bermotor dan pengilangan bahagian dan komponen, termasuk koc dan badan
kenderaan.

12

dilancarkan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 25 Oktober 2010. Program ini hasil
daripada acara bengkel 1000 orang dan makmal Aktiviti Ekonomi Utama Nasional. Pelan ini ialah satu pelan
induk tetap bagi 10 tahun akan datang
13
Johor (Iskandar Malaysia), Utara Perak (NCER), Johor (ECER), Sabah (SDC) dan Sarawak (SCORE)

19

Pavitra_IPGKBM_2015_Malaysia dan Hubungan Antarabangsa_SJHK3023


Dalam menggalakkan usaha ke arah teknologi hijau 14, Dasar Automotif Nasional
(NAP) 2010 telah menghasilkan peningkatan dalam pelaburan bagi pengeluaran
kenderaan hibrid/ elektrik kepada RM792.4 juta pada tahun 2012. Ia juga telah
meningkatkan pelaburan dalam pengilangan bahagian dan komponen yang kritikal dan
bernilai ditambah tinggi kepada RM262 juta pada tahun 2012. Menuju ke hadapan, NAP
akan dikaji semula untuk terus menekankan kepada kenderaan cekap tenaga
berteknologi tinggi (EEV15). Fokus berkemungkinan akan

memberi tumpuan kepada

meneruskan liberalisasi ke atas subsektor automotif bagi menggalakkan pelaburan di


kalangan pengeluar komponen automotif berteknologi tinggi untuk bersaing dengan
industri motor ASEAN dari segi pertumbuhan dan jumlah eksport.
Malaysia turut berkongsi keprihatinan global terhadap Wabak Influenza.
Berdasarkan pengalaman Malaysia dalam menangani kemunculan wabak penyakit
baharu seperti Nipah Encephalitis16 pada 1998-1999, SARS (Sindrom Pernafasan Akut
Teruk) pada 2003 dan Wabak Influenza (selesema burung) pada 2004, Malaysia
menunjukkan keprihatinan dengan menubuhkan Pusat Kerjasama WHO Serantau bagi
Influenza pada mesyuarat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Wabak
Influenza di Geneva.
Negara-negara anggota telah menunjukkan sokongan untuk menubuhkan Pusat
Kerjasama WHO Serantau ini di Malaysia sejak kewujudan beberapa pusat rujukan WHO
bagi selesema manusia ditempatkan di luar rantau ASEAN. Sebagai tambahan, dengan
kepakaran Institut Penyelidikan Haiwan17 dalam membuat diagnostik, Malaysia juga
mencadangkan pembentukan Pusat Rujukan dan Penyelidikan Wabak Influenza
Serantau. Dengan kedua-dua sistem kawalan bagi haiwan dan manusia di sebuah
negara, ia akan menjadi mekanisme amaran awal bagi pengawasan serangan selesema
di rantau ini. Ia merupakan sumbangan Malaysia ke arah keselamatan kesihatan global.
Pada 21 Disember 2011, Malaysia telah menghulurkan bantuan berbentuk
sumbangan kepada empat18 Negara ASEAN yang terjejas teruk akibat banjir yang
melanda wilayah itu dan masing-masing menerima US$100,000 (kira-kira RM316,000)
daripada kerajaan Malaysia Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyampaikan cek
bantuan itu bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, kepada dutaduta Kemboja, Myanmar, Laos dan Filipina.

14

Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta system untuk memelihara alam sekitar dan amal
semulajadi dan meminimumkan kesan nehatif daripada aktiviti manusia.
15
Energy Efficient Vehicles
16
penyakit berpunca dari kelawar.
17
Dikenali sebagaoi Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) bertujuan untuk merancang projek di bwah Program
Penyelidikan Penyakit Haiwan & Zoonotik, Teknologi Diagnostik serta Pembangunan Vaksin & Biologik
18
Myanmar, Laos, Kemboja dan Filipina.

19

Pavitra_IPGKBM_2015_Malaysia dan Hubungan Antarabangsa_SJHK3023

Secara tidak langsung, proses saling bergantung antara negara Malaysia dan
juga negara serantau khususnya telah mewujudkan satu jalinan ekonomi yang mampu
untuk mencorakkan dan meningkatkan taraf ekonomi antara negara terlibat. Setiap
kelebihan yang dimiliki oleh mana-mana negara adalah merupakan satu aset yang dapat
membantu untuk menutup kelompangan yang terdapat pada negara lain. Jalinan ekonomi
ini membuka ruang dan peluang kepada negara-negara serantau untuk meningkatkan
dan memperluaskan pasaran ekonomi masing-masing sebagai contoh, Malaysia
memerlukan tenaga buruh dari Indonesia dalam sektor pertanian dan pembangunan dan
bahan mentah seperti beras. Secara tidak langsung ianya telah membuka ruang kepada
rakyat dan pengusaha di Indonesia untuk mencari peluang pekerjaan di Malaysia serta
memberi ruang kepada para pengusaha untuk memasarkan produk mereka di Malaysia.
Ianya sejajar dengan matlamat penubuhan ASEAN itu sendiri iaitu, bekerjasama
yang lebih berkesan dalam penggunaan bidang pertanian dan industri. Meluaskan
perdagangan

termasuk

kajian

masalah

perdagangan

barangan

antarabangsa,

memperbaiki kemudahan-kemudahan pengangkutan dan perhubungan dan meninggikan


lagi taraf hidup rakyat negara-negara anggota ASEAN.

19

Pavitra_IPGKBM_2015_Malaysia dan Hubungan Antarabangsa_SJHK3023

4.0 ASEAN, Malaysia dan Sosiobudaya.


Sebagai negara Timur, kita amat menitikberatkan sosial dan budaya kita. ASEAN
membantu mengekalkan identiti bangsa sesebuah negara. Komuniti Sosiobudaya ASEAN
merupakan komuniti yang paling banyak program dan pelaksanaan. AMCA (ASEAN
Ministers Responsible for Culture and Arts) memainkan peranan untuk mewujudkan
kesedaran tentang persamaan antara budaya di negara-negara ASEAN. COCI (ASEAN
Comitee on Culture and Information) ditubuhkan pada 1078 dan tujuannya adalah untuk
menunjukkan kerjasama negara-negara ASEAN dalam pengekalan identiti bangsa
masing-masing. Selain itu, terdapat juga AMMS (ASEAN Ministerial Meeting on Sports),
AMMDM (ASEAN Ministerial Meeting on Disaster Management), ASED (ASEAN
Education Ministers Meeting), AMME (ASEAN Ministerial on Environment), AHMM
(ASEAN Health Ministers Meeting), AMRI (ASEAN Ministers Responsible for Information),
ALMM (ASEAN Labour Ministers Meeting), AMRDPE (ASEAN Ministers Meeting on Rural
Development dan Poverty Eradication), AMMST (ASEAN Ministerial Meeting on Science
and Technology), AMMSWD (ASEAN Ministerial Meeting on Social Welfare dan
Development), AMMW (ASEAN Ministerial Meeting for Women) dan AMMY (ASEAN
Ministerial Meeting on Youth).
ASEAN juga mengadakan festival-festival kebudayaan dan kesenian dengan
menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Tambahan pula pertukaran rancangan
televisyen dan radio dijalankan. Hal-hal ini dapat mengukuhkan ikatan negara-negara
ASEAN. Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui
semangat kesukanan. Dari segi pelancongan pula, kerjasama wujud antara negaranegara ASEAN untuk mengadakan Tahun Melawat ASEAN tahun 1992.
Dari segi pendidikan ASEAN telah menyediakan 5-Year Education Work Plan (WPE,
2011-2015). Terdapat lima keutamaan dalam WPE ini. Yang pertama ialah, memberi
kesedaran

tentang

ASEAN,

memaksimumkan

akses

kepada

pengajaran

dan

pembelajaran sekolah rendah dan menengah yang berkualiti. Keutamaan yang ketiga
ialah meningkatkan kualiti pendidikan dan mewujudkan profesional dan yang keempat
ialah memberi perhatian kepada pendidikan yang bersifat universal. Dan yang kelima
ialah, menyokong perbadanan berasaskan pendidikan yang lain.

19

Pavitra_IPGKBM_2015_Malaysia dan Hubungan Antarabangsa_SJHK3023

5.0 Kesimpulan
Semasa forum kepimpinan ASEAN pada 17 Mac 2005 di MalaysiaDato 'Sri Najib
Tun Razak menggariskan tiga strategi negara yang perlu dilaksanakan oleh ASEAN untuk
membuatkan Asia Tenggara sebagai rantau yang maju,selamat dan stabil, di samping
mampu menghadapi cabaran masa depan dengan bijak .Strategi yang pertama adalah
negara memerlukan ahli negara untuk melaksanakan langkah-langkah dan aktiviti yang
telah dipersetujui di bawah Program Tindakan Vientiane (VAP)secepat mungkin. Usaha
ini akan menyumbang ke arah menjadikan ASEAN sebagai destinasi menarik untuk
pelaburan dan perdagangan asing. Selain itu, dengan menyokong dasar bukan campur
tangan pihak luar dalam hal ehwal dalaman negara anggota ASEAN serta juga menolak
paksaan sebagai satu cara untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian dalam kalangan ahliahli. Pembentukan masyarakat keselamatan ASEAN bukan sahaja untuk memastikan
pemeliharaan keamanan tetapi juga mempercayai bahawa pendekatan paksaan bukan
adalah perkara biasa untuk menegakkan anggota negara. Manakala strategi yang kedua
adalah Malaysia mencadangkan bahawa ASEAN perlu menganjurkan mesyuarat
pertahanan

tahunan

Menteri-menteri

ASEAN

(ADMM)

dengan

harapan

untuk

mengukuhkan CBM di Asia Tenggara. Mesyuarat ini termasuklah pendaftaran senjata


negara-negara

ASEAN

dan

menubuhkan

sebuah

sistem

amaran

awal

untuk

mengelakkan pembangunan konflik serantau dan mengelakkan penggunaan senjata.


Bagi strategi yang terakhir adalah mengukuhkan mekanisme kerja dalaman
ASEAN. Penyusunan semula keseluruhan rangka kerja institusi ASEAN harus dilakukan
supaya dasar-dasar pelaksanaan ASEAN boleh dicapai. Rangka kerja institusi ASEAN
perlu diperkukuhkan untuk mencapai keberkesanan organisasi dan kepentingan ASEAN
dapat dikekalkan pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, ASEAN memerlukan alat
yang lebih kuat dan berkesan untuk memastikan kejayaan masa depan ASEAN. Setiap
usaha yang dilakukan kerana beberapa faktor. Antara faktor adalah untuk mewujudkan
ASEAN yang baru dan lebih baik serta beroperasi mengikut prosedur dan kaedah yang
telus dan berkesan. Selain itu, adalah untuk mengekalkan ASEAN sebagai sebuah
organisasi yang dihormati dan berkesan dalam perjuangan untuk kemakmuran dan
keamanan sejagat. Hal ini telah berjaya dicapai sejak tahun 1997 melalui sidang
kemuncak yang pertama ASEAN melalui kerjasama serantau ASEAN dengan negaranegara Asia Pasifik. Tambahan pula,negara-negara ASEAN seharusnya berpegang
kepada beberapa prinsip asas dalam hubungan luar. Antaranya adalah hormatmenghormati kedaulatan negara masing-masing dan kedaulatan wilayah, tidak campur

19

Pavitra_IPGKBM_2015_Malaysia dan Hubungan Antarabangsa_SJHK3023


tangan, penyelesaian secara aman, perhubungan dua hala yang menguntungkan dan
keamanan bersama. Sesungguhnya dasar luar yang dilakukan setiap negara adalah jelas
bertujuan daripada segi pertahanan dan keselamatan, pembangunan dan perdagangan,
kerjasama antarabangsa dan diplomasi. Setiap usaha diplomasi yang telah dilakukan
adalah untuk memastikan hubungan dua hala yang dilakukan dengan negara luar tidak
terjejas.

Kesimpulannya

adalah

diharapkan

negara-negara

ASEAN

akan

terus

memainkan peranannya dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai sumbangannya ke


arah mengekalkan keamanan rantau ini justeru ke arah keamanan sejagat.

19

Pavitra_IPGKBM_2015_Malaysia dan Hubungan Antarabangsa_SJHK3023

6.0 Ulasan Artikel


Artikel yang kami merupakan sebahagian daripada jurnal JEBAT, yang bertajuk
Peningkatan Keselamatan Bersama melalui kerjasama Dua hala Malaysia dan negaranegara jiran. Kami memilih untuk mengulas tentang isu dan kerjasama keselamatan
Malaysia-Indonesia.

Kami

telah

membincangkan

isu

dan

kerjasama

dari

segi

keselamatan Malaysia-Indonesia.
Kedudukan geopolitik dan sosio-ekonomi Malaysia Indonesia dewasa ini telah
menjadikan mereka negara ahli yang terserlah di kalangan negera-negara ASEAN dan
negara-negara wilayah Asia Pasifik. Kedua-dua negara terkenal di mata dunia kerana
kedinamikan ekonominya dan sebagai penyumbang kepada kestabilan dan keselamatan
serantau. Kemajuan ekonomi yang kini dimiliki tidak akan tercipta tanpa adanya faktor
keamanan. Faktor tersebut memungkinkan Malaysia dan Indonesia mengatasi pellbagai
masalah yang wujud baik di peringkat nasional ataupun antarabangsa. Keamanan
membolehkan kedua-dua negara mencapai aspirasi nasional masing-masing di samping
menunaikan dan mengembangkan peranan antarabangsa dalam pelbagai lapangan
untuk mewujudkan tata kehidupan dunia yang lebih aman pada masa akan datang.
Detik bersejarah hubungan Malaysia dan Indonesia bermula tiga puluh tahun lalu
dengan termeterainya perjanjian bagi memulihkan hubungan antara kedua negara pada
11 Ogos 1966. Perjanjian tersebut dibuat

atas rasa kesedaran betapa perlunya

mengadakan perhubungan yang lebih erat bagi membolehkan penguatkuasaan peraturan


keselamatan di kawasan sempadan bersama kedua-dua negara. Pemulihan hubungan itu
tidak hanya mengakhiri konfrontasi di antara Indonesia dan Malaysia, tetapi sekaligus
mewujudkan persefahaman yang mendalam dan kerjasama yang akrab antara kedua
negara dalam pelbagai bidang, termasuk keselamatan.
Kerjasama keselamatan antara Malaysia dan Indonesia seterusnya melalui
evolusi pemantapan berikutan perjanjian Peraturan Keselamatan (Security Arrangement)
yang ditandatangani pada 9 Mac 1967 dan pengubahsuaian peraturan tersebut yang
ditandatangani pada 6 April 1972. Salah satu artikel dalam Peraturan Keselamatan 1972.
Salah satu artikel dalam Peraturan Keselamatan 1972 menggariskan keperluan
penubuhan Jawatankuasa Am sempadan (General Border Committee atau GBC
MALINDO). Jawatankuasa ini merupakan sebuah badan tetap untuk mengendalikan
kerjasama keselamatan terutama bagi melaksanakan operasi-operasi ketenteraan untuk
mengatasi ancaman musuh bersama di sepanjang sempadan kedua negara.

19

Pavitra_IPGKBM_2015_Malaysia dan Hubungan Antarabangsa_SJHK3023

Pada saat ini GBC MALINDO sudah berusia 42 tahun. Perhubungan tersebut
mencerminkan persahabatan dan kerjasama erat antara kedua negara, terutama hal-hal
yang membabitkan pasukan keselamatan terdiri daripada Angkatan Tentera, Pasukan
Polis, dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Pembentukan Jawatankuasa Am
Sempadan MALINDO tidak muncul secara tiba-tiba. Ia telah disemai kira-kira enam tahun
setelah tercapainya persetujuan pemulihan hubungan yang ditandatangani pada 11 Ogos
1966. Pemulihan hubungan tersebut sekaligus menandakan tamatnya konfrontasi antara
kedua negara. Sejak saat itu aktiviti penguatkuasaan peraturan keselamatan bersama
telah dilakukan tanpa menjejaskan kedaulatan negara masing-masing.
Pada masa itu, Indonesia dan Malaysia menghadapi masalah ancaman
keselamatan yang sama. Musuh kedua-dua negara ketika itu ialah golongan pemisah
komunis Parti Gerakan Rakyat Sarawak / Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PGRS /
PARAKU) serta sisa-sisa Gerakan 30 September / Parti Komunis Indonesia (G-30-S /
PKI) yang bergabung di sepanjang perbatasan Kalimantan Barat-Sarawak. Mereka
melakukan akiviti-aktiviti gerila dalam rangka mewujudkan negara komunis Kalimantan
Utara. Kerjasama penumpasan PGRS / PARAKU menerusi operasi tentera yang disusun
bersama dirasakan perlu untuk mengamankan wilayah dan keselamatan penduduk di
sepanjang sempadan.
Perlu dicatatkan bahawa meskipun gerakan PGRS/PARAKU mempunyai motifmotif dan aspirasi politik, namun operasi-operasi yang dilakukan oleh Malaysia dan
Indonesia

tidak

lebih

daripada

tindakan-tindakan

berbentuk

pertahanan

demi

keselamatan wilayah dan warga negaranya yang tinggal di sepanjang daerah perbatasan.
Setelah beberapa tahun menjalankan operasi-operasi tersebut, pencapaian serta
pengalaman yang diperolehi telah mendorong kedua belah pihak untuk meningkatkan
kerjasama yang lebih efektif. Langkah ini adalah perlu kerana ketika itu pihak komunis
sedang meningkatkan ancaman keselamatan di kawasan sempadan.
Semasa kunjungan TYT Tan Sri H.A. Thalib Gelar Depati Santio Bawo, Duta
Besar Indonesia ke Malaysia ke atas Tun Dr. Ismail Al Haj Bin Dato Haji Abdul Rahman,
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, pada bulan Julai
1971,

beliau telah membawa cadangan dari Pemerintah Republik Indonesia untuk

menubuhkan sidang tahunan dua hala di peringkat Menteri untuk membincangkan


masalah keselamatan di sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat. Duta Besar
Indonesia merasakan bahawa kerjasama yang wujud pada masa itu hanyalah
perbincangan lazim antara kedua-dua Panglima Briged kawasan perbatasan dalam

19

Pavitra_IPGKBM_2015_Malaysia dan Hubungan Antarabangsa_SJHK3023


mengendalikan operasi-operasi ketenteraan. Beliau berpendapat bahawa masalahmasalah selain dari operasi ketenteraan patut juga dibawa ke pengetahuan atasan.
Tun Dr. Ismail Al Haji telah memperakui akan pentingnya cadangan tersebut tetapi
tidak memberi apa-apa komen mengenainya. Cadangan yang serupa juga telah
dibincangkan antara Menteri Luar Negeri Indonesia dengan pegawai-pegawai kanan
Angkatan Tentera Malaysia, yang diketuai oleh Ketua Turus Angkatan Tentera, pada
awalnya bulan sama dengan pengetahuan Menteri Pertahanan Malaysia.
Pada 6 Mac 1972, dalam forum yang diadakan khususnya untuk mengkaji semula
isu-isu keselamatan di kawasan sempadan kedua negara, pihak Indonesia telah
membentangkan draf kerjasama lebih erat di bawah tajuk Memorandum Persefahaman
dalam Bidang Pertahanan dan Keamanan antara Indonesia dan Malaysia. Sebulan
kemudian, suatu perjanjian keselamatan bersama yang dinamakan Peraturan-peraturan
dalam Bidang Keselamatan di Kawasan Sempadan antara Pemerintah Republik
Indonesia dan Kerajaan Malaysia, telah ditandatangani di Kuala Lumpur sebagai
Security Arrangements 1972: MALINDO. Perjanjian itu di tandatangani oleh Jeneral TNI
Tun Maraden Panggabean bagi pihak kerajaan Indonesia , dan Tun Dr. Ismail Al Haji Bin
Dato Haji Abdul Rahman bagi pihak Kerajaan Malaysia.
Artikel 1 dokumen Security Arrangement 1972 menyebutkan tentang penubuhan
Jawatankuasa Am Sempadan (GBC-MALINDO). Jawatankuasa ini merupakan forum
untuk

kedua

Negara

membincangkan

operasi

dan

tindakan

ketenteraan

bagi

membendung dan sekaligus menghapuskan ancaman komunis di sepanjang sempadan


bersama. Sidang Pertama GBC-MALINDO telah diadakan di Parapat, Medan dari 24
hingga 25 Julai 1972. Persidangan selanjutnya diadakan setiap tahun dengan kedua-dua
Negara menjadi tuan rumah secara bergilir.Sidang Pertama GBC MALINDO yang
berlangsung dari 24 hingga 25 Julai 1972 di Parapat, Sumatra Utara, Indonesia telah
merumuskan supaya masalah-masalah keamanan di kawasan sempadan wilayah barat
dan kawasan sempadan wilayah timur. Pemisahan ini dirasakan perlu memandangkan
keadaan dan bentuk masalah yang sangat berbeza diantara kedua-dua wilayah tersebut.
Atas persetujuan bersama, maka terbentuklah dua Jawatankuasa Kawasan
Sempadan tahap staf, iaitu Jawatankuasa Kawasan Sempadan Timur (Regional Border
Committee East, atau RBC East) dan Jawatankuasa Kawasan Sempadan Barat
(Regional Border Committee West atau RBC West) yang merupakan sub organisasi GBC
MALINDO.Kedua-dua jawatankuasa kecil ini dibentuk untuk melaksanakan kegiatan

19

Pavitra_IPGKBM_2015_Malaysia dan Hubungan Antarabangsa_SJHK3023


operasi yang dipersetujui dalam Sidang Pertama GBC MALINDO. Ia melibatkan usaha
untuk menentukan keselamatan di perbatasan bersama di darat, Selat Melaka dan Laut
China Selatan.
RBC West mengadakan Sidang Pertama dari 25 hingga 26 September 1972 di
Kuala Lumpur, Malaysia, manakala RBC East pula pada 13 hingga 14 September 1972 di
Kuching, Malaysia. Pertemuan yang berjalan lancar dan penuh keakraban telah
membincangkan tentang tatacara komunikasi dan hal-hal lain yang berkaitan dengan
pelaksanaan operasi bersama.
Di perbincangan awal yang telah diadakan,kedua-dua Jawatankuasa Kawasan
telah merumuskan beberapa agenda untuk dibincangkan oleh Jawatankuasa semasa
mesyuaratnya. Antara agenda tetapnya ialah membincangkan operasi bersama di
kawasan sempadan darat dan operasi maritim di wilayah sempadan perairan Selat
Melaka dan Laut China Selatan. Selain membincangkan tatacara kerjasama operasi,
kegiatan perisikan juga diselaraskan dalam rangka menghadapi ancaman gerombolan
komunis di wilayah perbatasan. Disebabkan perubahan struktur organisasi Pertahanan
dan Keamanan Republik Indonesia dan untuk melicinkan lagi pelaksanaan kerjasama,
Sidang Ke 4 GBC MALINDO pada 19 Disember 1974 di Jakarta, memutuskan untuk
membubarkan Jawatankuasa Kawasan (Regional Border Committee) dan membentuk
Staff Planning Committee (SPC) sebagai gantinya.
Menjalin hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia adalah merupakan
antara langkah yang dilihat wajar bagi mengatasi implikasi yang timbul rentetan daripada
isu antara Malaysia dan juga Indonesia. Hubungan dua hala ini adalah merupakan bentuk
kerjasama yang dicapai dan disepakati oleh negara Malaysia dan Indonesia bagi
menangani segala permasalahan dan isu yang timbul merangkumi aspek ekonomi, politik
dan sosial. Hubungan dua hala antara Malaysia dan juga Indonesia telah lama wujud dan
salah satu contoh yang boleh dilihat adalah melalui kerjasama keselamatan MalaysiaIndonesia. Dalam kerjasama ini, aspek pembangunan ekonomi dan sosial diberi
perhatian melalui pembentukan satu jawatankuasa sosioekonomi, iaitu Kelompok Kerja
Sosioekonomi (KK SOSEK). Aktiviti KK SOSEK bertujuan untuk memajukan taraf hidup
rakyat di sempadan Malaysia-Indonesia yang mana salah satu kegiatan di bawah
program ini ialah penyambungan jalan desa antara Entikong di Kalimantan Barat ke
Tebedu di Sarawak pada tahun 1985 (Ruhanas 2009). Selain itu, bagi meningkatkan taraf
ekonomi di Indonesia khususnya selepas berlakunya kegawatan ekonomi, kerajaan telah
berusaha

19

Pavitra_IPGKBM_2015_Malaysia dan Hubungan Antarabangsa_SJHK3023


untuk membantu pemerintah Indonesia menyediakan peluang pekerjaan di Indonesia
melalui kempen dan menggalakkan pelaburan sektor swasta di Indonesia. Melalui usaha
ini,

sehingga tahun 2005 Malaysia adalah merupakan antara pelabur yang ke lima

terbesar di Indonesia dengan jumlah kumulatif pelaburan bernilai USD 6.7 Bilion iaitu
sebanyak RM25.5 bilion (Nor Azizan, 2005: 167).
Selain itu Malaysia dan Indonesia juga turut mengadakan kerjasama dalam
menjaga perairan wilayah sempadan bagi meningkatkan tahap keselamatan wilayah dan
penduduk di sekitarnya. Bentuk kerjasama ini dapat dilihat melalui pembentukan pos
kawalan sempadan bersama (Integrated Border Post) yang diselia oleh anggota
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI). Selain itu,
pertukaran anggota tentera juga turut dilaksanakan bagi memudahkan kerjasama dan
memahami antara satu sama lain. Pada 17 April 1992 ATM dan TNI/ABRI (Angkatan
Bersenjata Republik Indonesia), menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)
bagi membolehkan kedua-dua pihak mengadakan latihan, pertukaran pegawai dan
logistik. Dapat dikatakan kerjasama ini mendatangkan keamanan kepada penduduk di
kawasan sempadan selain dapat mengeratkan hubungan ketenteraan kedua-dua buah
negara (Ruhanas 2009). Walaupun bentuk kerjasama ini telah lama wujud antara
Malaysia dan Indonesia, namun krisis dan pergolakan tetap timbul disebabkan oleh
beberapa isu seperti isu perebutan Blok Ambalat sejak 2005 , Isu PATI, pencerobohan
nelayan

dan sebagainya. Pada pendapat saya ketegangan yang berlaku di antara

Malaysia dan Indonesia kebanyakannya adalah berpunca daripada reaksi keterlaluan


oleh masyarakat Indonesia terhadap sesuatu isu ditambah pula dengan provokasiprovokasi media yang keterlaluan sehingga menyebabkan isu tersebut dilihat sebagai
suatu krisis yang sangat besar.
Sebagai contoh, insiden rusuhan PATI di Kem Tahanan Semenyih dan juga
demonstrasi masyarakat Indonesia dalam isu penangkapan nelayan Malaysia pada Ogos
2010. Hal ini turut di akui Naib Presiden Indonesia(tahun 2002), Hamzah Haz yang
melahirkan rasa kesal beliau mengenai isu rusuhan PATI, yang menyatakan bahawa
bangsanya bukan hanya miskin ekonomi tetapi juga budaya, sosial, undang-undang dan
juga politik. Mereka bagai kapal yang hampir tenggelam dan bertambah malang
kemiskinan itu turut dieksport ke Malaysia sehingga akhirnya membawa kesusahan
kepada diri mereka sendiri (Nor Azizan, 2005: 160). Justeru itu penyelesaian muktamad
kepada isu ini agar dapat mengelakkan masalah menjadi lebih

rumit dan semakin

meruncing dalam hubungan dua hala Malaysia-Indonesia adalah dengan melalui laluan

19

Pavitra_IPGKBM_2015_Malaysia dan Hubungan Antarabangsa_SJHK3023


diplomatik dan juga perundingan. Dalam konteks ini, tokoh-tokoh politik atau pemerintah
kedua-dua buah negara tidak perlu memberi pandangan yang bersifat provokatif, namun
perlulah berusaha untuk memberi peluang agar proses perundingan antara kerajaan
berjalan dengan baik demi mencapai satu solusi yang terbaik. Bagi mencapai objektif ini,
adalah penting bagi negara-negara serantau untuk bertolak ansur dan mengetepikan
perbezaan perspektif di antara mereka, selagi ianya tidak mendatangkan kesan negatif
kepada kepentingan nasional masing-masing.

19

Pavitra_IPGKBM_2015_Malaysia dan Hubungan Antarabangsa_SJHK3023


7.0 Rujukan
Bernama. (2014, April 15). Kerjasama ASEAN penting tangani cabaran keselamatan. The
Malaysian Insider. Diperoleh daripada
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kerjasama-asean-pentingtangani-cabaran-keselamatan-kata-muhyiddin.
Bernama. (2015, Februari 7). Malaysia, Indonesia bincang isu keselamatan hujung bulan
ini. Berita Harian Online. diperoleh daripada
http://www.bharian.com.my/node/33791.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/alam-sekitar/4185-teknologi-hijau.html
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasar-dasarnegara/14188-kawasan-awam-bebas-dan-berkecuali-zopfan.html
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/110-ekonomi/7814program-tansformasi-ekonomi-etp.html.
http://www.dvs.gov.my/bahagian-penyelidikan
http://www.who.int/csr/disease/nipah/en/
Mohd Ayob. (2015, Februari 20). Komuniti ASEAN demi Kesejahteraan Negara Serantau.
Berita Harian Online. diperoleh daripada http://www.bharian.com.my/node/35908.
Rajendran. (1986). Hubungan Luar Asean. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.
Rohami Shafie. (2009, November 5). Pembangunan Lima Koridor Ekonomi. Utusan
Online. diperoleh daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=1105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm
Ruhanas Harun. (2009). Peningkatan Keselamatan bersama melalui Kerjasama Dua Hala
Malaysia dan Negara-negara Jiran. Malaysian Journal of History, Politics and
Strategic Studies: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Radziah. (2015, Ogos 23). Rakan Dialog Mahu Perkukuh Perdagangan dengan
ASEAN. Bernama Online. diperoleh daripada
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1164362
The ASEAN Secretariat. (2012, Disember 12). ASEAN 5-Year Education Work Plan.
Jakarta: ASEAN.
www.asean.org

19

You might also like