Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH MODEL KHAS

Sekolah Model Khas ialah sekolah yang menggabungkan pelajar luar bandar yang
berpotensi dan cemerlang bermula dari tahun empat hingga tingkatan lima akan diwujudkan di
setiap daerah di negara ini. Walaupun, sekolah model khas bukan sekolah berasrama penuh
tetapi pengambilan pelajarnya akan diawasi dan dihadkan kepada pelajar yang berpotensi dan
cemerlang serta menyediakan guru-guru yang lebih berwibawa manakala pengetuanya pula
mempunyai rekod yang cemerlang. Projek penubuhan sekolah model khas projek bermula
dengan memilih sekolah yang sedia ada dengan menambah keupayaan dan kemudahan
seperti makmal sains, asrama, bilik darjah dan rumah guru supaya dapat menjadi pusat
kecemerlangan pendidikan di sesebuah daerah. Sekolah Model Khas hanya ada 11 buah
sahaja di seluruh negara iaitu Pulau Pinang 1, Perak 1, Negeri Sembilan 1, Kedah 2,
Terengganu 1, Selangor 1 dan Pahang 4. Sekolah Model Khas tersebut ialah:
1. SMK Chalok, Setiu, Terengganu;
2. SMK Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang;
3. SMK Bukit Jenun Pendang, Kedah;
4. SMK Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan;
5. SMK Redang Panjang, Perak;
6. SMK Meru, Klang, Selangor;
7. SMK Baling, Kedah;
8. SMK Sri Pekan, Pahang;
9. SMK Sri Bentong, Pahang;
10. SMK Seri Tualang, Bentong, Pahang; dan
11. SMK Clifford, Pahang.

You might also like