Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

2.

PEMASANGAN BUMBUNG DI KAWASAN TAPAK PERHIMPUNAN

Permasalahan:
Kawasan tapak perhimpunan tidak berbumbung dan tidak dapat digunakan
untuk aktiviti sekiranya terdapat program yang melibatkan semua murid
pada waktu hujan dan cuaca panas dari terik matahari yang sampai ke tapak
perhimpunan pada pukul 9.00 pagi . Perhimpunan mingguan juga terpaksa
ditangguhkan ke minggu yang lain sekiranya hari hujan pada setiap hari
Isnin. Terdapat 2 gelanggang sepak takraw dan gelanggang serbaguna yang
lain yang membolehkan murid menjalankan latihan tetapi tidak dapat
digunakan sekiranya keadaan berair kerana hari hujan. Seringkali programprogram penting seperti Sambutan Hari kemerdekaan, Sambutan Maulidur
Rasul dan juga program-program lain terpaksa ditangguhkan daripada jadual
asal kerana masalah hujan dan panas terik sehingga menyebabkan murid
tidak selesa menjalankan program. Rujuk lampiran bergambar di sebelah.

Permohonan pihak sekolah :


Memasang bumbung bergutter dari struktur besi setinggi tingkat 2 bangunan
sekolah untuk mengelakkan hujan dan tempias semasa menjalankan
program di tapak perhimpunan dan juga dapat digunakan untuk aktiviti
latihan serta kokurikulum. Pihak sekolah juga memerlukan bumbung tersebut
untuk menjalankan Karnival Bahasa Inggeris peringkat Zon Ampang dan juga
peringkat daerah Hulu Langat yang dijadualkan pada tahun 2016.

2.2 MENUKAR DAN MEMBAIKPULIH PAGAR SEKOLAH


Permasalahan:
Pagar dawai hijau sekeliling kawasan Sekolah Taman Bukit Teratai

yang

dibina pada tahun 2003 telah usang dan rosak di beberapa tempat yang
mengundang pihak yang tidak bertanggungjawab untuk masuk menceroboh
kawasan sekolah. Pagar di kawasan bersebelahan rumah pangsa dan juga
berdekatan kantin telah roboh dan memudahkan penceroboh untuk masuk
ke kawasan sekolah. Berlaku satu insiden pencerobohan oleh budak-budak
nakal yang memecah masuk kantin untuk mencuri pada bulan Oktober 2015.
Pagar berdekatan pondok pengawal juga telah runtuh apabila kerja-kerja
memotong pokok dilakukan pada tahun 2013. Rujuk lampiran bergambar di
sebelah.

Permohonan pihak sekolah :


Pihak Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai memohon untuk memasang
struktur pagar berbatu yang baharu

dan pagar yang lebih selamat untuk

memastikan tiada pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Pagar yang ada sekarang sudah tidak selamat dan kebanyakkan sekolah di
kawasan Ampang telah mempunyai struktur pagar berbatu yang lebih
selamat.

2.3 MEMBAIKPULIH SISTEM PERPAIPAN DAN TANDAS SEKOLAH


Permasalahan:
Pihak sekolah menghadapi masalah tandas yang tidak dapat digunakan
kerana masalah tersumbat, bocor dan juga sistem pam yang tidak berfungsi.
Selain daripada itu masalah pintu tandas yang rosak dan reput serta pam air
yang tidak berfungsi di rumah pam yang tidak dapat mengepam air ke
tingkat atas menyebabkan tandas di blok B dan C tidak dapat digunakan
oleh murid-murid. Lima tandas tidak dapat digunakan kerana masalah ini
hanya 2 tandas murid lelaki dan 2 tandas murid perempuan terpaksa
dikongsi oleh murid seramai 715 orang murid. Tandas guru juga mengalami
kerosakkan pam yang menyebabkan najis tidak dapat dipam dan terpaksa
menggunakan baldi untuk menjirus. Memberi satu pandangan yang tidak
baik apabila tandas digunakan oleh ibu bapa serta pelawat pada waktu
berlangsungnya program-program tertentu yang melibatkan kehadiran ibu
bapa dan penjaga serta pelawat. Rujuk lampiran bergambar di sebelah.
Permohonan pihak sekolah :
Pihak Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai memohon supaya semua
tandas murid dan juga guru dapat dibaikpulihkan agar dapat digunakan demi
keselesaan

murid

dan

guru

yang

menggunakannya

pada

waktu

persekolahan. Sealain daripada itu juga tandas ini juga digunakan oleh
pelawat yang datang ke sekolah kami.

2.4

MEMBAIKPULIH BUMBUNG DAN SYILING DI KORIDOR DAN BILIK

DARJAH

Permasalahan:
Syiling dan bumbung di bahagian paling atas bangunan blok B dan Blok C
mengalami kerosakan dan bocor sehingga menyebabkan air hujan boleh
memasukki koridor atau kaki lima kelas. Keadaan ini mengundang bahaya
kepada murid kerana lantai bersimen yang sedia ada adalah dalam keadaan
licin apabila dilimpahi air hujan akan menyebabkan keadaan bertambah licin.
Keadaan bumbung yang terbuka juga boleh menyebabkan kecederaan
apabila atap boleh jatuh menimpa kepala murid. Rujuk lampiran bergambar
di sebelah.

Permohonan pihak sekolah :


Pihak

Sekolah

Kebangsaan

Taman

Bukit

Teratai

memohon

untuk

membaikpulih bumbung dan atap yang rosak untuk memastikan masalah


limpahan air hujan dan juga kerosakan atap yang boleh membahayakan
murid-murid.

PROFIL
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT
TERATAI
56100 AMPANG SELANGOR.

Nama : Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai


Alamat : Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai,
Jalan Teratai 1/2h, Taman Bukit Teratai,
56100 Ampang, Selangor.
Kod Sekolah : BBA4056
Jenis Sekolah : Sekolah Kerajaan / Sekolah Keabangsaan
Gred : B
Lokasi Sekolah : Bandar
Sesi Persekolahan : Sesi pagi sahaja.
Status Premis : Premis Sendiri Hak Kementerian
Pendidikan Malaysia
Jumlah Murid : 764 orang murid
No. Telefon : 03-42974067

Alamat Email : bba4056@btpnsel.edu.my


Facebook : PIBG SKTBT Ampang Selangor Malaysia

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN


BUKIT TERATAI
56100 AMPANG SELANGOR

PERMOHONAN KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH,


MENYENGGARA KEROSAKAN, MEMBAIKI
KEROSAKKAN BANGUNAN DAN KAWASAN

SEKOLAH SERTA KERJA-KERJA AM YANG


BERKAITAN DENGANNYA.

DENGAN INI SAYA MENGESAHKAN


PERMOHONAN KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH,
MENYENGGARA KEROSAKAN, MEMBAIKI
KEROSAKKAN BANGUNAN DAN KAWASAN
SEKOLAH SERTA KERJA-KERJA AM YANG
BERKAITAN DENGANNYA DARI KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA. DARI PIHAK KAMI DI
SK TAMAN BUKIT TERATAI 56100 AMPANG
SELANGOR. PIHAK KAMI BERHARAP
PERMOHONAN INI MENDAPAT PERHATIAN
DARI PIHAK TUAN DENGAN SEWAJARNYA.
KEPRIHATINAN TUAN TERHADAP
PERMOHONAN INI AMAT KAMI HARGAI.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
YANG BENAR,

..

TARIKH : 19 NOVEMBER 2015

You might also like