Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

powerpuffgirlsnabillanasir.blogspot.

my
http://powerpuffgirlsnabillanasir.blogspot.my/2011/02/kebaikandankeburukantenaganuklear.html

Kebaikan Dan Keburukan Tenaga Nuklear


Pada masa sekarang, banyak negara telah menggunakan kuasa nuklear sebagai
alternatif lain untuk menjana tenaga elektrik bagi menggantikan penggunaan arang batu.
Antara negara2 yang mempunyai reaktor nuklear adalah Amerika Syarikat, Jepun, Iran,
Perancis dan lain2. Orang ramai cenderung untuk mengaitkan tenaga nuklear dengan
peperangan. Namun, tenaga nuklear sebenarnye mampu menjana tenaga elektrik lebih
daripada penjanaan daripada pembakaran arang batu.
Kelebihan inilah yang menyebabkan mereka berlumbalumba untuk membangunkan
tenaga nuklear bagi kegunaan domestik di negara masing2. Malaysia juga tidak
ketinggalan dalam melakukan kajian untuk pembangunan ini. Dalam konteks alam
sekitar, tenaga nuklear dapat mengurangkan pencemaran gas karbon dioksida yang
dilepaskan semasa pembakaran arang batu. Secara teorinye, satu gram atom
Uranium(U235) dapat menghasilkan tenaga sehingga 1 MW. Jika arang batu digunakan,
kite memerlukan 2500 tan metrik arang batu sehari bagi menghasilkan tenaga sebanyak
1MW. Cuba anda bayangkan berapa banyak gas karbon dioksida dilepaskan?
Sememangnye, kos pembangunan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik sangat
tinggi. Namun, ia merupakan salah satu alternatif yang terbaik dalam menggantikan
arang batu.
Tenaga nuklear sering dilabel sebagai senjata pemusnah. Peristiwa pengeboman bom
atom di Hiroshima dan Nagasaki telah menyebabkan kemusnahan yang teruk kepada
alam sekitar, harta benda dan manusia. Walaupun penggunaan tenaga nuklear dapat
mengurangkan pencemaran udara, kecuaian dalam penjanaannye boleh menyebabkan
pencemaran bahan radioaktif. Segala kerja2 penjanaan tenaga haruslah dilakukan
dengan sempurna tanpa sebarang kesilapan. Kebocoran pada reaktor nuklear boleh
menyebabkan bahan2 radioaktif terbebas di udara. Uranium(U235) mempunyai 'hayat
separuh' yang lama. Bahan ini bolah kekal berjutajuta tahun dalam persekitaran
sebelum ia terurai. 'Hayat separuh' atau 'Half Life' adalah jangkamasa satu2 bahan
radioaktif itu untuk terurai kepada separuh dari beratnye.
Walaubagaimanapun, pendedahan kepada bahan2 radioaktif memberi kesan yang sangat
buruk kepada manusia. Melalui beberapa kajian, Uranium contohnye dipercayai boleh
menyerang sistem genetik manusia yang mana membawa kepada kanser dan penyakit2
lain dalam tempoh jangkamasa panjang. Jadi, ape pendapat korang kalau Malaysia
bangunkan tenaga nuklear. Patut atau tidak?

You might also like