Peraturan MTQ

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

PERATURAN PERTANDINGAN

MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ)

1. Tilawah al-Quran Sekolah Rendah
a) Bilangan Peserta :
Bilangan peserta tilawah al-Quran dihadkan kepada 2 orang iaitu seorang lelaki
dan seorang perempuan setiap sekolah/daerah/negeri.
Sekiranya berlaku keuzuran bagi peserta perempuan boleh diganti dengan
peserta simpanan.
Tidak ada johan menunggu bagi peringkat zon/daerah/negeri.
b) Syarat-Syarat Peserta :
Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam di sekolah-sekolah rendah
Kementerian Pelajaran Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Setiap peserta perlu membaca satu ayat tilawah seperti undian ayat.Tidak
dibenarkan menukar ayat dan markah tidak diambil jika tersalah ayat yang
dibaca.
Peserta dibenarkan menyertai satu acara sahaja.
c) Ayat Tilawah :
Ayat-ayat tilawah al-Quran sekolah rendah peringkat sekolah/zon/daerah/negeri
mengikut ayat yang ditetapkan oleh MTQSS Kementerian Pelajaran setiap
tahun.
Ayat tilawah al-Quran berbeza antara peserta lelaki dengan perempuan.
d) Pengundian :
Pengundian giliran dan ayat hendaklah dibuat serentak selepas pendaftaran.
Ayat tilawah yang diletakkan di dalam sampul surat perlu dibuat 2 salinan untuk
diberi kepada peserta dan pihak urus setia pertandingan.
Tidak boleh menukar giliran peserta dan ayat tilawah.
e) Masa :
Masa bagi setiap peserta membaca ayat tilawah ialah 8 minit.
Bacaan yang melebihi 8 minit tidak akan diberi markah.
Masa tilawah bermula apabila peserta membaca taawuz.
Loceng akan dibunyikan sekali pada minit yang ke-7 untuk menandakan masa
hampir tamat dan dibunyikan dua kali untuk menandakan masa tamat.
f)

Pakaian Peserta :
Peserta lelaki hendaklah memakai pakaian kebangsaan yang lengkap
bersamping,bersongkok dan berkasut.

Peserta perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat dengan

berbaju kurung,bertudung sempurna dan hiasan yang tidak keterlaluan.
Semua
peserta
tidak
dibenarkan
memakaian
tanda
pengenalan
sekolah/zon/daerah/negeri.Hanya ada nombor giliran sahaja pada pakaian
peserta.

2. Hafaz Al-Quran Sekolah Rendah

a) Bilangan Peserta :
Bilangan peserta hafaz al-Quran dihadkan kepada 2 orang iaitu seorang lelaki
dan seorang perempuan setiap sekolah/daerah/negeri.
Sekiranya berlaku keuzuran bagi peserta perempuan boleh diganti dengan
peserta simpanan.
Tidak ada johan menunggu bagi peringkat zon/daerah/negeri.
b) Syarat-Syarat Peserta :
Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam di sekolah-sekolah rendah
Kementerian Pelajaran Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Setiap peserta perlu menghafaz surah-surah dalam juzuk 30 dan diuji 6 surah
termasuk surah al-Fatihah (surah wajib).
Peserta dibenarkan menyertai satu acara sahaja.
c) Bentuk Ujian :
Setiap peserta diuji menghafaz surah-surah dalam juzuk 30 secara bacaan
tadwir sahaja.
Peserta diuji menghafaz 6 surah termasuk surah al-Fatihah pada soalan pertama
dengan lancar serta mengambil kira hukum-hukum tajwid,fasohah dan suara.
Peserta dikehendaki mengambil sampul surat yang mengandungi set soalan
surah-surah yang diuji dan diberi kepada hakim fatih munabbih.
Hakim fatih munabbih akan membaca soalan-soalan surah yang akan dihafaz
oleh peserta.
Hakim fatih munabbih boleh memperhentikan bacaan peserta satu-satu surah
mengikut budibicara hakim fatih munabbih selepas menegur bacaan peserta
yang gagal menyambung bacaan.
d) Masa :
Setiap peserta dikehendaki menghafaz 6 surah dalam masa 8 minit.
Hakim fatih munabbih pada bila-bila masa boleh menamatkan bacaan peserta
satu-satu surah jika difikirkan perlu.
Masa hafazan bermula apabila peserta membaca taawuz.
Tidak ada loceng dibunyikan tetapi penjaga masa perlu mengambil masa bacaan
peserta hingga tamat hafazan.
2

e) Pakaian Peserta :
Peserta lelaki hendaklah memakai pakaian kebangsaan yang lengkap
bersamping,bersongkok dan berkasut.
Peserta perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat dengan
berbaju kurung,bertudung sempurna dan hiasan yang tidak keterlaluan.
Semua
peserta
tidak
dibenarkan
memakaian
tanda
pengenalan
sekolah/zon/daerah/negeri.Hanya ada nombor giliran sahaja pada pakaian
peserta.

3. Bercerita Dari Kisah Al-Quran

a) Bilangan Peserta :
Bilangan peserta bercerita dari kisah al-Quran dihadkan kepada 2 orang iaitu
seorang lelaki dan seorang perempuan setiap sekolah/daerah/negeri.
Tidak ada johan menunggu bagi peringkat zon/daerah/negeri.
b) Syarat-Syarat Peserta :
Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam di sekolah-sekolah rendah
Kementerian Pelajaran Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Peserta hanya menyampaikan satu tajuk sahaja..
Peserta dibenarkan menyertai satu acara sahaja.
c) Pemilihan Tajuk Bercerita :
Pemilihan tajuk bercerita dilakukan secara undi.
d) Pengundian :
Pengundian giliran dan tajuk dilakukan selepas pendaftaran.
Giliran dan tajuk yang diperolehi oleh peserta tidak boleh ditukar.
e) Cara Penyampaian :
Bercerita.
Bersyair / bergurindam / bernasyid.
Bersajak / berpantun.
Gabungan daripada cara-cara di atas.
Penyampaian bercerita tidak dibenarkan menggunakan alat.
f)

Pakaian Peserta :
Peserta lelaki hendaklah memakai pakaian kebangsaan yang lengkap
bersamping,bersongkok dan berkasut.
Peserta perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat dengan
berbaju kurung,bertudung sempurna dan hiasan yang tidak keterlaluan.
3

Semua
peserta
tidak
dibenarkan
memakaian
tanda
pengenalan
sekolah/zon/daerah/negeri.Hanya ada nombor giliran sahaja pada pakaian
peserta.

4. Tilawah al-Quran Sekolah Menengah :

a) Bilangan Peserta :
Bilangan peserta tilawah al-Quran dihadkan kepada 2 orang iaitu seorang lelaki
dan seorang perempuan setiap sekolah/daerah/negeri.
Sekiranya berlaku keuzuran bagi peserta perempuan boleh diganti dengan
peserta simpanan.
Tidak ada johan menunggu bagi peringkat zon/daerah/negeri.
b) Syarat-Syarat Peserta :
Penyertaan terbuka kepada semua pelajar Islam di sekolah-sekolah menengah
Kementerian Pelajaran Malaysia dari Peralihan hingga Tingkatan 5.
Setiap peserta perlu membaca satu ayat tilawah seperti undian ayat.Tidak
dibenarkan menukar ayat dan markah tidak diambil jika tersalah ayat yang
dibaca.
Peserta dibenarkan menyertai satu acara sahaja.
c) Ayat Tilawah :
Ayat-ayat tilawah al-Quran sekolah menengah peringkat sekolah/zon mengikut
ayat yang ditetapkan oleh MTQSS Kementerian Pelajaran setiap tahun.
Ayat-ayat tilawah al-Quran sekolah menengah peringkat daerah/negeri dan
kebangsaan adalah ayat tilawah spontan yang disediakan oleh pihak penganjur.
Ayat tilawah al-Quran berbeza antara peserta lelaki dengan perempuan.
d) Pengundian :
Pengundian giliran hendaklah dibuat serentak selepas pendaftaran manakala
pengundian ayat dilakukan sehari sebelum pendaftaran.
Ayat tilawah yang diletakkan di dalam sampul surat perlu dibuat 2 salinan untuk
diberi kepada peserta dan pihak urus setia pertandingan.
Tidak boleh menukar giliran peserta dan ayat tilawah.
e) Masa :
Masa bagi setiap peserta membaca ayat tilawah ialah 8 minit.
Bacaan yang melebihi 8 minit tidak akan diberi markah.
Masa tilawah bermula apabila peserta membaca taawuz.

f)

Loceng akan dibunyikan sekali pada minit yang ke-7 untuk menandakan masa
hampir tamat dan dibunyikan dua kali untuk menandakan masa tamat.

Pakaian Peserta :
Peserta lelaki hendaklah memakai pakaian kebangsaan yang lengkap
bersamping,bersongkok dan berkasut.
Peserta perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat dengan
berbaju kurung,bertudung sempurna dan hiasan yang tidak keterlaluan.
Semua
peserta
tidak
dibenarkan
memakaian
tanda
pengenalan
sekolah/zon/daerah/negeri.Hanya ada nombor giliran sahaja pada pakaian
peserta.

5. Hafaz Al-Quran Sekolah Menengah

a) Bilangan Peserta :
Bilangan peserta hafaz al-Quran dihadkan kepada 2 orang iaitu seorang lelaki
dan seorang perempuan setiap sekolah/daerah/negeri.
Sekiranya berlaku keuzuran bagi peserta perempuan boleh diganti dengan
peserta simpanan.
Tidak ada johan menunggu bagi peringkat zon/daerah/negeri.
b) Syarat-Syarat Peserta :
Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam di sekolah-sekolah menengah
Kementerian Pelajaran Malaysia dari Peralihan hingga Tingkatan 5
Setiap peserta perlu menghafaz surah-surah (Surah al-Sajadah ayat 1-30, Surah
Yaasin ayat 1-83, Surah al-Waqiah ayat 1-96, Surah as-Sof ayat 1-14, Surah alJumah ayat 1-11, Surah al-Mulk ayat 1-30, Surah Nuh ayat 1-28, Surah al-Insan
ayat 1-31, Surah ad-Dukhan ayat 1-59) dan diuji 6 surah termasuk Surah alFatihah (surah wajib).
Peserta dibenarkan menyertai satu acara sahaja.
c) Bentuk Ujian :
Setiap peserta diuji menghafaz surah-surah (Surah al-Sajadah ayat 1-30, Surah
Yaasin ayat 1-83, Surah al-Waqiah ayat 1-96, Surah as-Sof ayat 1-14, Surah alJumah ayat 1-11, Surah al-Mulk ayat 1-30, Surah Nuh ayat 1-28, Surah al-Insan
ayat 1-31,ad-Dukhan ayat 1-59) secara bacaan tadwir sahaja.
Peserta diuji menghafaz 6 surah termasuk surah al-Fatihah pada soalan pertama
dengan lancar serta mengambil kira hukum-hukum tajwid,fasohah dan suara.
Peserta dikehendaki mengambil sampul surat yang mengandungi set soalan
surah-surah yang diuji dan diberi kepada hakim fatih munabbih.

Hakim fatih munabbih akan membaca soalan-soalan surah yang akan dihafaz
oleh peserta.
Hakim fatih munabbih boleh memperhentikan bacaan peserta satu-satu surah
mengikut budibicara hakim fatih munabbih selepas menegur bacaan peserta
yang gagal menyambung bacaan.

d) Masa :
Setiap peserta dikehendaki menghafaz 6 surah dalam masa 8 minit.
Hakim fatih munabbih pada bila-bila masa boleh menamatkan bacaan peserta
satu-satu surah jika difikirkan perlu.
Masa hafazan bermula apabila peserta membaca taawuz.
Tidak ada loceng dibunyikan tetapi penjaga masa perlu mengambil masa bacaan
peserta hingga tamat hafazan.
e) Pakaian Peserta :
Peserta lelaki hendaklah memakai pakaian kebangsaan yang lengkap
bersamping,bersongkok dan berkasut.
Peserta perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat dengan
berbaju kurung,bertudung sempurna dan hiasan yang tidak keterlaluan.
Semua
peserta
tidak
dibenarkan
memakaian
tanda
pengenalan
sekolah/zon/daerah/negeri.Hanya ada nombor giliran sahaja pada pakaian
peserta.

6. Syarahan Agama
a) Bilangan Peserta :
Bilangan peserta hafaz al-Quran dihadkan kepada 2 orang iaitu seorang lelaki
dan seorang perempuan setiap sekolah/daerah/negeri.
Sekiranya berlaku keuzuran bagi peserta perempuan boleh diganti dengan
peserta simpanan.
Tidak ada johan menunggu bagi peringkat zon/daerah/negeri.
b) Syarat-Syarat Peserta :
Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam di sekolah-sekolah menengah
Kementerian Pelajaran Malaysia dari Peralihan hingga Tingkatan 5.
Peserta hanya menyampaikan satu tajuk sahaja.
Peserta dibenarkan menyertai satu acara sahaja.
c) Tajuk Syarahan Agama :
Tajuk-tajuk Syarahan Agama sekolah menengah peringkat sekolah/zon mengikut
tajuk-tajuk yang ditetapkan oleh MTQSS Kementerian Pelajaran setiap tahun.
6

Tajuk-tajuk Syarahan Agama sekolah menengah peringkat daerah/negeri dan

kebangsaan adalah tajuk syarahan spontan yang disediakan oleh pihak
penganjur.
Skop tajuk syarahan berdasarkan kepada:
Sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
Kementerian
Pelajaran
Malaysia
mencakupi
bidang
Aqidah,Ibadah,Sirah/Tamadun,Adab/Akhlak.
Isu-isu semasa yang berkaitan dengan kehidupan pelajar.
Tajuk-tajuk Syarahan Agama berbeza antara peserta lelaki dengan perempuan.

d) Pengundian :
Pengundian giliran peserta dilaksanakan pada hari pendaftaran dilakukan.
Cabutan undi giliran hendaklah dilakukan oleh ketua kontigen atau wakil.
Sekiaranya ketua kontigen atau wakil tidak hadir,pengundian akan dilakukan
oleh urus setia pertandingan.
Pengundian tajuk syarahan dilaksanakan semasa nombor giliran peserta
dipanggil untuk menyampaikan syarahan.
Giliran dan tajuk yang diperolehi oleh peserta tidak boleh ditukar dengan peserta
lain.
e) Masa Syarahan :
Masa yang ditetapkan bagi setiap peserta ialah 7 minit :
Masa untuk persediaan ialah 2 minit.
Masa untuk menyampaikan syarahan ialah 5 minit.
Isi syarahan yang disampaikan selepas 5 minit tidak diberi markah.
Masa untuk persediaan mula dikira setelah tajuk syarahan diumumkan dan
peserta telah berada di meja yang dikhaskan.
Masa untuk menyampaikan syarahan akan dikira apabila syarahan bermula.
Loceng pertama akan dibunyikan menandakan masa untuk persediaan tempat.
Loceng kedua dbunyikan untuk menandakan syarahan bermula.
Loceng ketiga dibunyikan menandakan masa syarahan berbaki satu
minit.(Loceng dibunyikan sekali sahaja).
Loceng keempat menandakan tempoh syarahan telah tamat (loceng dibunyikan
2 kali).
f)

Pembatalan Penyertaan :
Peserta yang menangguhkan giliran atau gagal hadir mengikut giliran undian
akan dibatalkan penyertaan.
Peserta boleh diberhentikan serta-merta oleh ketua hakim jika menyentuh isu-isu
sensitif seperti serangan peribadi,perkauman,politik dalam Negara yang
berunsur hasutan.
Peserta tidak dibenarkan membawa apa-apa kertas catatan luar kecuali kertas
yang disediakan sahaja.
7

Mana-mana peserta yang melanggar

dinyatakan bol,eh dibatalkan penyertaan.

syarat-syarat

pertandingan

yang

g) Pelaksanaan Pertandingan :
Pengacara memanggil peserta mengikut giliran yang telah ditentukan.
Peserta ke meja ketua hakim untuk mengambil satu sampul surat berisi tajuk
syarahan.
Peserta menyerahkan satu salinan tajuk salinan tajuk kepada pengacara dan
satu salinan lagi dibawa ke meja persediaan.
Pengacara membaca tajuk syarahan.
Peserta diberi masa 2 minit untuk merangka isi.
Peserta memulakan syarahan setelah loceng dibunyikan.
h) Pakaian Peserta :