Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI GOMBAK 2

JALAN SG 1 / 1, TAMAN SERI GOMBAK


68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN
BBA 7235
(No. Pendaftaran PIBG : SEL : 1012)
TEL : 03-61858566 FAX : 03-61872544

Rujukan Kami : SKTSG2 600-9/1/2/3


Tarikh
: 17 November 2015
Radio Televisyen Malaysia,
Angkasapuri,
50614, Kuala Lumpur .
U/p: Tuan Hj. Mohd Yazid Naim
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN PROGRAM KHATAN PERDANA
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2.
Sukacitanya dimaklumkan SK. Taman Seri Gombak 2 bersama PIBG dengan kerjasama
Yayasan Bank Rakyat, Majlis Pemuafakatan PIBG Gombak, Freerider Malaysia, Bomba dan
Penyelamat serta Polis akan menganjurkan Program Khatan Perdana buat julung kalinya.
3. Program ini melibatkan penyertaan lebih 50 orang kanak-kanak terdiri daripada murid sekolah
SK. Taman Seri Gombak dan juga terbuka kepada warga setempat. Dengan adanya program
seperti ini dapat menghidupkan tradisi berkhatan secara beramai-ramai serta memberi kesedaran
kepada ibu bapa dan kanak-kanak kepentingan pensyariatan berkhatan dari sudut kebersihan dan
kesihatan.
4. Sehubungan dengan itu, SK Taman Seri Gombak 2 bersama PIBG dengan sukacitanya
menjemput pihak tuan untuk membuat liputan bagi program yang akan disempurnakan oleh En.
Muhamed Muizz Bin Hj. Shadik Mohamed (Pegawai Khas Kepada Menteri Perdagangan Dalam
Negeri Koperasi dan Kepenggunaan) pada:
Tarikh
Masa
Tempat

: 21 November 2015
: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
: SK. Taman Seri Gombak 2

5. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Ustaz
Suhaimi di talian 013 3386871.
Sekian, terima kasih.
KEJUJURAN DAN KETEKUNAN
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang Benar,

(PN. DAUNAH BINTI SITAM)


Guru Besar,
SK Taman Seri Gombak 2,
68100 Batu Caves,
Selangor.

You might also like