Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

Pengenalan
Pluralisme budaya bukan fenomena baru dalam Alam Melayu. Interaksi
antara pelbagai budaya seperti Arab pra-islam, Hinduisme, Buddhisme,
Arab Islam dan Eropah (yang diwakili oleh Portugis, Sepanyol, Belanda
dan British) dengan budaya Alam Melayu telah berlaku sekurangkurangnya
sejak
abad
ke
5
masihi
lagi.
Pertembungan dan pertemuan budaya-budaya besar dunia tersebut telah
melahirkan satu ciri fenomena sosial yang istimewa dalam Alam Melayu,
iaitu fenomena kepluralitian budaya.
Posted by sabree hussin at 9:33 AM No comments:
Labels: pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia

PENGALAMAN MALAYSIA
Konsep-konsep asas hubungan etnik sangat relevan untuk memahami
situasi hubungan etnik yang terdapat dalam kalangan masyarakat
majmuk Malaysia.
Kepelbagaian etnik sama ada secara langsung atau tidak, memainkan
peranan penting dalam hubungan etnik di Malaysia. Berdasarkan
kepelbagaian inilah, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dan
program bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Antara
lanhkah penting yang diambil ialah menubuhkan Jabatan Perpaduan
Negara
selepas
peristiwa
13
mei
1969.
Kerajaan juga telah bertindak secara aktif dengan menubuhkan majlis
Penasihat Perpaduan Negara pada peringkat pusat dan Jawatankuasa
Penasihat Perpaduan Negeri pada peringkat negeri. Penubuhan majlis ini
bertujuan mmbincangkan isu-isu perpaduan kaum di Malaysia secara
harmoni dan tidak menggugat kestabilan politik yang sedia wujud.
Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai dasar termasuk Dasar
Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk memupuk
perpaduan
nasional.
Kharmonian hubungan etnik di Malaysia terlihat dalam setiap lapisan
masayrakat melalui rumah terbuka, penerimaan budaya antara etnik dan
perkongsian kuasa politik. Sebagai contoh, hubungan etnik yang harmonis

di Melaka dibuktikan lagi dengan jelas hingga kini melalui seni bina Masjid
dan rumah ibadat lain. Masjid Kapitan Kling dan Masjid Tengkera misalnya,
mempunyai gabungan seni bina cina, melayu, arab dan india. Masjidmasjid yang dibina pada zaman kesultanan melayu melaka adalah unik
iaitu mempunyai menara berunsurkan pagoda dan ukiran campuran
bermotif
tempatan,
arab
dan
india
seta
cina.
Pada masa ini pula, Kementerian Kesenian, kKebudayaan dan Warisan
telah memperkukuh lagi warisan kesenian rakyat Malaysia seperti tarian,
muzik, pemakaian pakaian tradisional dan makanan dalam kalangan
masyarakat majmuk malaysia. Misalnya, makanan etnik melayu seperti
nasi lemak menjadi kegemaran rakyat Malaysia; begitu juga dengan
masakan etnik cina seperti nasi goreng cina, mi hailam dan masakan india
seperti kari. Manakala dari segi pakaian, para pelajar bukan melayu tidak
berasa janggal memakai baju kurung dan baju melayu, khususnya pada
hari Jumaat. Semasa sambutan tahunan Hari Kemerdekaan, kesenian
rakyat Malaysia seperti pakaian dan alat muzik telah dipaparkan. Begitu
juga perbarisan kontinjen pasukan Malaysia dalam mana-mana acara
sukan
tlah
memaparkan
kesenian
rakyat
Malaysia.
Sebagai ahli masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan
etnik, kita harus mengelakkan sikap prejudis, stereotaip, rasisme dan
diskriminasi bagi memupuk keharmonian dan perpaduan nasional.
Sebaliknya, konsep seperti akomodasi wajar dijadikan panduan dalam
menjalinkan hubungan etnik di Malaysia.
Posted by sabree hussin at 9:15 AM No comments:
Labels: konsep-konsep asas hubungan etnik

KONSEP AMALGAMASI
Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras
bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama
dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya
perkahwinan campur antara kumpulan etnik.
Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A,B,
dan Cmewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu
kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh,
kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan parkahwinan

campur lalu membentuk satu genarasi baru atau budaya baru tanpa
menuruti budaya asal mereka.
Posted by sabree hussin at 7:02 AM 2 comments:
Labels: konsep-konsep asas hubungan etnik

KONSEP ASIMILASI
Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara
kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok
dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden
(seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompokkelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan,
menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi
mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh
perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili dengan
formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan
smentara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang
melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan
nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali
agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di
Malaysia, apa yang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba
dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi
etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasi berlaku dalam
konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.
Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli
kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama.
kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik
minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan
etnik majoriti; terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik;
dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik
minoriti.
Posted by sabree hussin at 6:45 AM No comments:
Labels: konsep-konsep asas hubungan etnik

KONSEP AKULTURASI
Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam
kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang
berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan

kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan


asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya
diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses
asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal
masyarakat
penerima.
Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau
pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan
berlakunya proses pinjam meminjam. Pada peringkat awal, unsur
pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan
usur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan
rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan
sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan
baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada
sesuatu

masyarakat.

Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap


akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya
bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian barat.
Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk kebendaan seperti ideologi
dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.
Posted by sabree hussin at 6:34 AM 3 comments:
Labels: konsep-konsep asas hubungan etnik

KONSEP AKOMODASI
Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik
menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan
tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili
oleh formula A + B + C = A + B + C, disini A, B dan C merujuk kepada
budaya.
Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara
satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan
etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka
saling bergantung. konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana
setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam
keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara

yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik jerman,


perancis dan itali saling membuat penyesuaian antara mereka.
Posted by sabree hussin at 6:24 AM 2 comments:
Labels: konsep-konsep asas hubungan etnik

KONSEP SEGREGASI
Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan
etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesubuah negara.
Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan
tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan
awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau
sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang dilaksanakan
antara tahun 1948-1994
Posted by sabree hussin at 6:20 AM No comments:
Labels: konsep-konsep asas hubungan etnik

KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI


Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan
seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
banggakan
tanah
air.
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional
dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan
lokasi dalam sesebuah unit politik (Ahmad Haji Kambar, 1987). Unsur
integrasi yang terdiri daripada
1. Integrasi wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang
perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah
yang maju dengan yang mundur. Di Malaysia, tumpuan
integrasi wilayah ialah antara Malaysia Barat dan Malaysia
Timur dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai
Barat Semenanjung Malaysia.
2. Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha
untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara
kumpulan etnik

3. Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk suatu


kebudayaan kebangsaan
4. Integrasi sosial merangkumi usaha-usahameyatupadukan
rakyat melalui progam sosial seperti sukan, pendidikan,
perumahan dan kesihatan
5. Integrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem
pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi
intelek, jasmani dan rohani
6. Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan
rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.
Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah suatu yang
mudah. Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang
sangat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi
darjah kedkatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segregasi
sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi. Perhubungan
yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan integrasi dalam bidang
politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu mengurangkan
konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan
harmonis antara pelbagai etnik.
Posted by sabree hussin at 6:05 AM 8 comments:
Labels: konsep-konsep asas hubungan etnik

KONSEP BUDAYA
Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan
Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya'. Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada
bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pela
ialah perkataan melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga
dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya
membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan
jiwa (Nik Safiah Haji Abdul Karim, 1963)
Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai
"The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts,

sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural


features of forms of life are learned but are too pervasive to be readily
noticed from within"
Kamus Dewan (2005) pula mendifinisikan budaya sebagai kemajuan
fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya,
budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh
kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua: budaya kebendaaan dan budaya
bukan kebendaan. Budaya kebendaan adalah peralatan dan kelengkapan
hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya,
orang melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dengan
orang Inggeris atau orang eskimo. Manakala budaya bukan kebendaan
ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setiap masyarakat
mempunyai adat istiadat tersendiri dalam menjalani kehidupan. Misalnya,
dalam adat perkahwinan masyarakat melayu, pihak lelaki memberi
hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat india
hantaran perkahwinan diberikan oleh pehak perempuan kepada pihak
lelaki. Dalam budaya melayu, faktor agama penting kerana agama bukan
sahaja dianggap sebagai satu sistem kepercayaan semata-mata tetapi
juga sebagai suatu perlembagaan hidup yang meliputi kepercayaan dan
amalan hidup. Bahasa pula penting sebagai alat komunikasi. Adat resam
juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam
mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya.
Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya:
pertama, membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta
identiti; dan kedua, memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan
bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya
memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara
pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu
keturunan. Oleh itu, budaya dikatakan sebagai satu himpunan
kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak
biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannye dengan
keadaan sekeliling (Mohd taib Osman,1988)

Buday mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri-ciri penting bagi sesuatu


budaya ialah
1. dipelajari
2. dikongsi
3. bersifat sejagat
4. diwarisi
5. berubah-ubah
6. mempunyai unsur simbolik, dan
7. adanya pandangan semesta
Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama
terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat
lain. Sesuatu kebudayaan berkembang dan terus dicipta mengikut
kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila
berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi
kekosongan sebagai alternatif atau menokok kepada apa yang telah sedia
ada. Maka boleh dikatakan bahawa manusia itu sendiri membentuk
budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan
masayrakat itu sendiri (A. Aziz Deraman, 2001)
Posted by sabree hussin at 5:39 AM 6 comments:
Labels: konsep-konsep asas hubungan etnik

Friday, October 9, 2009

KONSEP MASYARAKAT
Masyarakat menurut definisi kamus dewan (2005) ialah kumpulan
manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara
tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan
anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan
anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Daripada
pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti
kegiatan gotong royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan
melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang datang

berkunjung, menghadiri kendui majlis perkahwinan, membantu mereka


yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang
telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini membina satu
kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam
konteks Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik
dapat
membina
sebuah
masyarakat
Malaysia
yang
teguh.
Setiap masyarakat pula mempunyai budayanya yang tersendiri yang
terbentuk daripada hubungan rapat sesama anggotanya semenjak
masyarakat itu wujud. Sebagai contoh, masyarakat melayu kampung di
kawasan luar bandar Malaysia telah wujud berpuluh abad lamanya,
semenjak sbelum kedatangan kebudayaan asing (sama ada dari negara
China, India, Tanah Arab atau Eropah). Masyarakat melayu luar bandar
yang paling baru dibentuk pada tahun 1956 ialah perkampungan FELDA
(Federal Land Development Authority atau Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan). Perkampungan FELDA adalah untuk mereka yang
berpendapatan
rendah.
Para sarjana sains sosial dan kajian kemanusiaan telah menegaskan
bahawa kebudayaan tidak wujud jika tidak ada masyarakat. Pendapat ini
berasaskan fakta sejagat bahawa manusia sebagai anggota masyarakat
telah bertanggungjawab mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan
budaya, dan telah menurunkannya daripada generasi kepada generasi
untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia sedunia. Proses
mewariskan budaya melibatkan interaksi dua generasi; pertama, generasi
yang menurunkan budaya; dan kedua, generasi yang menerima budaya.
Generasi yang menurunkannya ketika menerima budaya tersebut telah
pun mengubahsuaikannya secocok dengan keadaan persekitaran sosial
dan fizikal semasa mereka. Begitu jugalah yang dilakukan oleh generasi
yang menerima, iaitu anak-anak mereka pun turut mengubah suai budaya
yang mereka terima berasaskan situasi sosial dan fizikal semasa. Dengan
cara inilah, sesuatu budaya terus menerus diperturun, diubah suai dan
dilestarikan sepanjang zaman, yang selanjutnya menjadi asas pembinaan
sesebuah tamadun besar seperti di Mesir, negara China, India atau di
wilayah
yang
lain.
Masyarakat yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk

budaya: budaya material seperti Tembok Besar China dan Piramid di


Mesir; dan budaya bukan material sepeti sistem kepercayaan dan agama,
falsafah dan kesusasteraan, dan pemikiran sains serta kemampuan
mencipta teknologi. Paduan kedua-dua komponen budaya inilah yang
menjadi pemacu kepada perkembangan dan kemajuan sesebuah
masyarakat. Penglibatan setiap anggota masyarakat diperlukan bukan
setakat untuk mengatur kehidupan berlandaskan undang-undang, sistem
politik, ekonomi dan pentadbiran tetapi juga dari segi nilai, norma, emosi
dan semangat mencintai masyarakat atau sesebuah negara, yang
seterusnya pula mengandungi pelbagai rupa bentuk masyarakat.
Kita semua perlu memahami secara jelas
masyarakat itu sendiri atas sebab-sebab berikut:

konsep-konsep

1. Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan


hidup, tiada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat
2. manusia mesti
bermasyarakat

memahami

sebaik

mungkin

cara

hidup

3. Memahami budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat


lain; dan
4. Terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan
dengan masyarakat lain. Sehubungan dengan itu, sifat dan
ciri-ciri masyarakat juga perlu diketahui dan difahami kerana
masyarakat itu adalah sesuatu yang dinamik.
Ciri-ciri utama masyarakat adalah seperti berikut
1. Berkelompok
2. Berbudaya
3. mengalami perubahan
4. Berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar)
5. mempunyai kepimpinan dan

6. mempunyai aturan sosialnya


Berdasarkan pemahaman mengenai masyarakat yang dihuraikan tadi
ternyata bahawa Malaysia ialah sebuah masyarakat yang mengandungi
pelbagai kumpulan etnik dan budaya. Dari segi sejarahnya, masayrakat
Malaysia juga telah terbukti mempunyai asas kukuh untuk mewujudkan
masyarakat berilmu, bermoral dan mendukung cita-cita murni bangsa
Malaysia
berteraskan
konsep
negara
bangsa.
Hal
ini
telah
dimanifestasikan oleh pemimpin dan rakyat melaui pemikiran, nilai
sosiobudaya, perlambangan dan jiwa kemanusiaan serta kerohanian tinggi
yang mereka amalkan sehingga hubungan etnik yang harmonis terus
bertahan
dengan
baik.
Namun begitu, konsep masyarakat Malaysia tidak boleh disamakan
dengan konsep bangsa Malaysia kerana kedua-duanya mempunyai
maksud yang berbeza, walaupun merujuk kepada sebuah entiti politik
yang sama, iaitu Malaysia. Masyarakat Malaysia adalah sebuah konsep
yang lebih luas skopnya, atau boleh dianggap sebagai sebuah konsep
payung, yang merangkumi konsep bangsa malaysia yang merujuk pula
kepada satu cita-cita politik, seperti yang diungkapkan dalam Wawasan
2020. Melalui Wawasan 2020, para pemimpin Malaysiabersama-sama
masyarakatanya telah menggariskan cita-cita untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara maju menjelang tahun 2020 yang berasaskan satu bangsa
bersepadu yang dikenali sebagai bangsa Malaysia. Dari satu segi, bangsa
Malaysia merupakan satu bangsa idaman yang kita kehendaki. Tentunya
bangsa malaysia yang kita idamkan itu berteraskan hubungan etnik yang
harmonis.
Pembentukan bangsa malaysia boleh diukur berpandukan tiga perspektif
utama : kenegaraan, kewarganegaraan dan kebangsaan. Semangat
kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat demi
keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat ini boleh ditanam
melalui simbol yang mewakili keutuhan negara seperti bendera malaysia,
lagu kebangsaan dan rukun negara. Daripada aspek kewarganegaraan,
bangsa melayu, cina, india dan lain-lain dapat disatukan melalui
kewarganegaraan yang sama, iaitu warganegara malaysia. Aspek
kebangsaan pula dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang
merupakan penggerak dalam menguatkan semangat kebangsaan dan

menjadi batu asas


hakikatnya, hubungan
kebangsaan adalah
menyokong
dan

kepada pembentukan bangsa malaysia. Pada


antara kebudayaan kebangsaan dengan semangat
bertimbal balik kerana masing-masing saling
menguatkan
antara
satu
sama
lain.

Posted by sabree hussin at 3:57 AM No comments:


Labels: konsep-konsep asas hubungan etnik

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK


PENGENALAN
Usaha-usaha untuk memupuk perpaduan yang harmonis antara pelbagai
kumpulan etnik di Malaysia sentiasa dilaksanakan pada setiap lapisan
masyarakat, terutamanya dalam kalangan para pelajar melalui sistem
pendidikan yang sedia ada. Untuk membina suatu kefahaman yang lebih
mendalam, usaha ini mstilah dilalui dengan memperkenalkan beberapa
konsep
asas
yang
mendasari
hubungan
etnik.
Tiga konsep penting yang akan dibincangkan ialah masyarakat, budaya
dan perpaduan. Penjelasan mengenai hubung kait antara satu sama lain
akan dibincnagkan berlatar belakangkan konsep hubungan etnik di
Malaysia.
Posted by sabree hussin at 3:45 AM No comments:
Labels: konsep-konsep asas hubungan etnik

KONSEP ETNIK, ETNISITI DAN ETNOSENTRISME


Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan
budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan
kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat
dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan
penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi (keturunan dan
pertalian darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam konteks
masyarakat majmuk Malaysia, terdapt pelbagai kelompok etnik yang
hidup
berlainan,
tetapi
dibawah
sistem
politik
yang
sama.

Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza


berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian,
pandanganmengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan
hiburan. Di Malaysia, orang melayu, india, cina, kadazan dusun, melanau
dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersifat
etnosentrik, iaitu mengangap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan
lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta
dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.
Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti
merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini
bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang
menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah
laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau
rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok
etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat
daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu
perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca
mata etnik sendiri.
Posted by sabree hussin at 3:19 AM 1 comment:
Labels: konsep-konsep asas hubungan etnik

KONSEP RAS DAN RASISME


Di Malaysia, konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk
sehingga maknanya lebih kurang sama. Orang melayu, cina dan india
serta pelbagai etnik lain di Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali
sebagai etnik, juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.
Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang
mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal
nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya.
Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia
ialah warna kulit.
Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan
negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap
sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau

ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau
tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan prejudis dan kuasa yang
diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal
biologikal
yang
lain.
Rasisme wujud pada dua tahap: tahap individu dan tahap institusi. Pada
tahap individu, rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan bahawa
wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ada ras yang
berstatus lebih rendah. Rasisme pada peringkat individu ini wujud dalam
bentuk kepercayaan dan sikap individu. Pada tahap institusi, rasisme
melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya
membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras ang berbeza.
Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat dalam
struktur sosial.
Posted by sabree hussin at 2:55 AM No comments:
Labels: konsep-konsep asas hubungan etnik

KONSEP PREJUDIS DAN STEREOTAIP


Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok
etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik
tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya, pandangan
ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Apabila
prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.
Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah kumpulan etnik
memandang negatif terhadap kumpulan etnik lain. Prejudis yang kuat
terhadap kumpulan etnik lain sukar diubah walaupun fakta yang kukuh
diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah.
Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan daripada satu generasi
kepada generasi yang lain. Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat
apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama
ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial dan sebagainya.
Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap
sesuatu kumpulan etnik seperti "semua orang Arab itu beragama Islam",
"Orang Belanda itu bersifat kedekut" dan sebagainya. Dengan kata lain,
stereotaip ialah gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan

baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik
lain. Hal ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti
etnik. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif
dalam kalangan masyarakat, khususnya masyarakat majmuk di Malaysia.
Hal ini kerana fahaman stereotaip akan mengakibatkan sesuatu kumpulan
etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya
membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat
perkauman yang menebal.
Ringkasnya,
setiap
kumpulan
etnik
mmpunyai
pandangan
stereotaipnyaterhadap kumpulan etnik yang lain. Sebagai contoh, orang
barat mempunyai pandangan stereotaip terhadap kumpulan-kumpulan
etnik di Malaysia. Begitu juga, etnik melayu mempunyai gambaran
stereotaip terhadap etnik cina dan india dansebaliknya. Maka, setiap
pertembungan etnik akan menghasilkan stereotaip yang berupa gamabran
negatif atau positif.
Posted by sabree hussin at 2:41 AM 5 comments:
Labels: konsep-konsep asas hubungan etnik

KONSEP DISKRIMINASI
Diskriminasi ditakrif sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan
negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau
kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang
berpandangan
negatif.
Tuntasnya,
diskriminasi
ialah
erbuatan
membandingkan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain
berasaskan
ciri-ciri
etnik
semata-mata.
Diskriminasi merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam
kalangan sesuatu kumpulan etnik. Diskriminasi semakin mudah berlaku
terutama apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam sesebuah
masyarakat, sama ada pada peringkat individu ataupun kumpulan etnik.
Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk. Diskriminasi dalam bentuk
yang mudah dapat dilihat apabila individu sesuatu kumpulan etnik cuba
mengelakkan diri daripada individu atau etnik yang diprasangkakan.
Diskriminasi mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan
kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan
sesebuah kumpulan etnik ( ethnic cleansing)

Posted by sabree hussin at 2:25 AM No comments:


Labels: konsep-konsep asas hubungan etnik

Monday, October 5, 2009

HUBUNG KAIT ANTARA EKONOMI DAN ETNISITI


Pengalaman sejarah membuktikan terdapat hubung kait yang jelas antara
ekonomi dan etnisiti, khususnya identifikasi kegiatan dalam sesuatu sekto
ekonomi dengan sesuatu kaum. Daripada keadaan ini, timbul persepsi
yang kemudian menjadi stereotaip bahawa majoriti etnik Melayu terdiri
daripada petani dan nelayan, etnik Cina pula terlibat dalam perniagaan
dan sektor perlombongan manakala sebilangan besar etnik India
merupakan buruh di estet. Di Sabah dan Sarawak pula, streotaipnya pula
ialah kelompok peribumi terus menetap di kawasan pedalaman dalam
keadaan serba serbi mundur sedangkan faktor ekonomi dikuasai oleh
etnik Cina. Ertinya, apabila kita menyebut hal ekonomi, ini akan
menyentuh secara langsung atau tidak langsung hal etnisiti dan begitu
juga sebaliknya, seperti kata pepatah "cubit paha kanan, paha kiri sakit
juga."
Berdasarkan keadaan tersebut, para penyelidik, sarjana dan pemerhati
mengenai masyarakat Malaysia pernah menghujah bahawa memang tidak
dapat dinafikan akan peri pentingnya faktor pertumbuhan ekonomi dan
faktor kestabilan politik sebagai teras kejayaan Malaysia selama ini. Bagi
mereka anak kunci bagi survival Malaysia ialah hubungan etnik yang
harmonis. Menurut mereka lagi, sekiranya hubungan etnik yang harmonis
ini tergugat maka survival Malaysia sebagai sebuah negara bangsa juga
turut tercabar, biarpun kadar pertumbuhan ekonominya memuaskan dan
kestabilan politik kelihatan baik. Pandangan ini dinyatakan dengan jelas
oleh Joseph Stiglitz, bekas Ketua Ahli Ekonomi, Bank Dunia (1997-2000)
dan
penerima
anugerah
nobel
(bidang
ekonomi),
2001:
"I had the opportunity to talk to Malaysia's Prime Minister after the riots in
Indonesia. His country has also experienced ethnic riots in the past.
Malaysia has done a lot to prevent their recurrence, including putting in a
program to promote employment for ethnics Malays. Mahathir knew that
all gains in building a multiracial soceity could be lost, had he left the IMF
dictate its policies to him and his country and then riots had broken out.

For him, preventing a severe recession was not just a matter of


economics, it was a matter of the survival of the nation."
Kenyataan Stiglitz inimenekankan bahawa dalam konteks Malaysia,
apabila berlakunya sesuatu kegawatan ekonomi yang tenat (seperti yang
terjadi pada tahun 1997-1998), penyelesaian ekonomi sahaja ternyata
tidak mencukupi kerana seperti yang kita sedia maklum akan hubung kait
ekonomi dan etnisiti amat rapat. Ertinya, jika masalah ekonomi terjadi,
maka dengan sendirinya masalah ini akan menjadi masalah etnisiti. Maka
sebarang penyelesaian terhadap sesuatu masalah ekonomi di Malaysia
mesti diambil kira impaknya terhadap hubungan etnik. Hubungan timbal
balik antara ekonomi dan etnisiti merupakan satu ciri penting sistem sosial
Malaysia yang hingga sekarang masih bertahan dengan baik, sehingga
mendapat pujian daripada beberapa negara mundur, membangun dan
maju di dunia hari ini. Malahan, beberapa negara telah menjadikan
Malaysia
sebagai
negara
contoh.
Intipati daripada huraian tersebut ialah hubungan etnik merupakan satu
ciri penting yang mencorakkan sistem sosial Malaysia dan seterusnya
mewarnai kehidupan harian smua rakyat Malaysia. Cuma, seluas dan
sedalam manakah pengetahuan setiap rakyat Malaysia mengenai
dinamika yang menjadi landasan proses hubungan etnik tersebut, iaitu
pengetahuan yang melewati pandangan mata kasar dan pendapat
popular? Hal ini masih diragui kerana kita tidak pernah mengkaji atau
mencipta indeks untuk mengukur paras kefahaman tersebut. Kalau ada
pun aspek ini masih dalampercubaan dan belum diaplikasikan. Tambahan
pula, untuk mengukur erat longgarnya perpaduan etnik di Malaysia bukan
suatu tugas yang mudah berbanding dengan menilai kepesatan
pertumbuhan ekonomi negara. Dalam bidang ekonomi, kita mampu
menjelaskan bagaimana kita membina asas ekonomi yang kukuh dan
akhirnya mampu menempatkan kedudukan ekonomi pada tahap yang
dihormati di seluruh dunia. Kenyataan ini mudah disokongoleh angka
pertumbuhan ekonomi yang sihat. Sebaliknya, petunjuk dalam bidang
hubungan etnik kita masih memerlukan suatu pendekatan yang mudah
difahami, mantap dan realitistik untuk menghuraikan kejayaan Malaysia
secara umum dalam mengekalkan keharmonian antara kaum.
Walaupun kita menghadapai kesukaran dalam mengukur tahap perpaduan

nasional, namun negara-negara asing seluruh dunia masih melihat


Malaysia secara perbandingan sebagai sebuah negara yang berjaya
mewujudkan hubungan etnik yang harmonis. Tidak keterlaluan kalau
dikatakan bahawa pemilihan Malaysia beberapa tahun lalu sebagai
Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan NegaraNegara Berkecuali (NAM) mempunyai kaitan langsung dengan prestasi
baik ekonomi dan kestabilan politiknya yang terbina dalam acuan
hubungan
etnik
yang
harmonis.

Posted by sabree hussin at 6:02 AM 1 comment:


Labels: Hubungan Etnik Di Malaysia Secara Umum

Saturday, October 3, 2009

USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN NASIONAL


Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara ( kini
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional-JPNIN) pada tahun
1969 untuk memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum. JPNIN
kini juga dipertanggungjawab memantapkan integrasi nasional, iaitu
merapatkan masyarakat daripada semua negeri di Malaysia, khususnya
antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Usaha-usaha
lain yang diambil oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan nasional dan
hubungan etnik yang harmonis ialah pengenalan Rukun Negara (Ideologi
Kebangsaan), Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan; pergabungan parti-parti politik melalui
Barisan Nasional; dan integrasi antara wilayah (antara kawasan bandar
dengan luar bandar serta antara semenanjung Malaysia dengan Sabah
dan Sarawak).
Namun, untuk menjamin dan memelihara hubungan etnik yang harmonis,
sumbangan yang besifat top-down sahaja tidak mencukupi. Usaha ini
mesti digenapkan oleh suatu usaha berbentuk bottom-up. Justeru,
kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta (pimpinan korporat
serta pelabur asing), sektor komuniti (pihak badan bukan kerajaan atau
NGO) dan semua parti politik adalah sangat kritikal untuk melengkapkan
usaha kerajaan yang bersifat top-down. Oleh yang demikian, keharmonian
hubungan etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata pada keadaan

berbaik-baik antara kumpulan etnik tetapi juga antara kumpulan kelas


sosial yang berbeza (antara para pekerja, anggota kelas menengah dan
mereka yang kaya daripada pelbagai kumpulan).
Posted by sabree hussin at 1:05 AM No comments:
Labels: Hubungan Etnik Di Malaysia Secara Umum

KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK YANG HARMONIS


Berdasarkan pengalaman 13 mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik
yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan
ekonomi dan kestabilan politik. Peristiwa tersebut telah mendedehakan
kepada kita semua bahawa survival Malaysia sebagai sebuah negara
bangsa dan sistem sosial yang kukuh, tidak semata-mata terletak pada
pertumbuhan ekonomi yang baik dan kestabilan politik yang mapan. Apa
yang lebih pnting dalam konteks Malaysia sebagai sebuah masyarakat
majmuk ialah usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan
hubungan
etnik
yang
harmonis.
Sekiranya tidak dilakukan, dalam sekelip mata, pertumbuhan ekonomi dan
kestabilan politik yang kita nikmati akan tergugat sekiranya berlaku lagi
konflik etnik secara terbuka seperti peristiwa 13 mei 1969.
Pengajaran daripada Peristiwa 13 mei 1969
Peristiwa 13 mei 1969 telah memberi beberapa pengajaran penting
kepada ahli-ahli politik dan setiap rakyat Malaysia, bak kate pepatah
"yang baik buat tauladan, yang buruk dijadikan sempadan." Pertama,
rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa. Malahan, rusuhan kaum
merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan kerosakkan harta
benda. Kedua, langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan
perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum. Ketiga, perpaduan
nasional tidak akan dicapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat
yang miskin. Keempat dan akhir sekali, peristiwa 13 mei telah memberi
pengajaran bahawa setiap rakyat harus menghormati satu sama lain. Kita
harus bersikap toleran dan menghormati adat resam kumpulan-kumpulan
etnik lain. (Ranjit Singh Malhi, 2005)
Posted by sabree hussin at 12:51 AM No comments:
Labels: Hubungan Etnik Di Malaysia Secara Umum

Friday, October 2, 2009

Pengenalan Hubungan Etnik Di Malaysia Secara Umum


Malaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kumpulan negara
mundur kepada negara sedang membangun. Kini, Malaysia bergerak
menuju kearah status negara maju, seperti yang dicita-citakan dan
dinyatakan dalam Wawasan 2020. Pergerakan daripada negara mundur
kepada negara sedang membangun berlaku dalam tempoh 50 tahun
(1957-2007). Ia merupakan suatu jangka waktu yang cukup singkat
menurut ukuran sejarah dunia. Pencetusan kepada proses transformasi
sosioekonomi yang luar biasa ini ialah peristiwa rusuhan etnik 13 mei
1969 yang telah membuat kesemua rakyat Malaysia tersentak lalu
membuka mata bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat
kita, khususnya dari segi hubungan etnik, walaupun kita sudah merdeka
dan perlahan-lahan sudah mula menikmati keselesaan ekonomi.

Daripada pengalaman pahit tersebut Malaysia sedar bahawa kemajuan


ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik.
Pada masa yang sama, kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa
pembangunan ekonomi yang seimbang. Pembangunan ekonomi dan
kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan simbang agar tidak
wujud kepincangan sehingga mnimbulkan konflik. Keseimbangan tersebut
melibatkan agihan kekayaan ekonomi secara saksama dan perkongsian
kuasa yang matang. Oleh yang demikian, apakah faktor yang boleh
membawa keseimbangan itu? Atau, apakah perkara yang perlu dipertahan
serta dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara berterusan?
Justeru, melalui blog ini, penulis akan cuba merungkai persoalanpersoalan yang timbul sperti diatas menggunakan sumber rujukan yang
tertentu.

You might also like