Learning Cognition.

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 28

ASSIGNMENT

SEPTEMBER 2014 SEMESTER

SUBJECT CODE

ELC 612

SUBJECT TITLE

LEARNING AND COGNITION

LEVEL

E601 - MASTER OF EDUCATION

STUDENTS NAME

ANUAR ABD RAHMAN

MATRIC NO.

E60101140231

PROGRAMME

MASTER OF EDUCATION

ACADEMIC
FACILITATOR

MR. MOHAMAD MAULANA BIN


MAGIMAN

LEARNING CENTRE

AeU LC-BINTULU (UNIVERSITI PUTRA


MALAYSIA BINTULU) SARAWAK
CAMPUS, BINTULU, SARAWAK.

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Isi kandungan

Bahagian a:
1.

How do memory difficulties affect learning?

2.

Discuss the intervention strategies that may be adopted

4-6

by teachers to help learners with memory difficulties.

Bahagian b:
A.

How does skinner define attitude?

7-8

B.

What did skinner mean with the statement

8-10

learning is not doing, it is changing what we do?


C.

How does skinner explain thinking?

11-12

Bahagian c:
(a) Briefly describe the principles of constructivism and the

13-17

scholars who proposed constructivism


(b) Give specific examples illustrating how these principles are

18-22

used in the classroom.


a. e.g. teaching language based on constructivism
b. e.g. teaching social science topics based on
constructivist principles
c. e.g. training based on constructivism
(c) Write one Lesson plan teaching a topic or subtopic which

23-27

illustrates the application of the principle/s of


constructivism in the classroom.

Rujukan

28

BAHAGIAN A:
1.

How do memory difficulties affect learning?

Kesukaran mengingat ini telah mempengaruhi proses pembelajaran kanak-kanak yang


menghadapinya. Kanak-kanak yang menghidapi simptom ini akan menghadapi
kesukaran tingkah laku, atau gagal untuk mencapai prestasi akademik ke tahap yang
sepatutnya dicapai berdasarkan kepintaran mereka. Sememangnya situasi ini akan
memberi kesan yang negatif terhadap kepercayaan mereka terhadap diri sendiri,
kemerosotan konsep kendiri dan penghargaan terhadap diri sendiri yang rendah.

Jika melihat kepada situasi di dalam kelas, beberapa simpton seperti berikut telah
berlaku dan ia menunjukkan murid-murid tersebut mengalami kesukaran mengingat.
Antaranya ialah:
1. Mudah terganggu terutamanya apabila aktiviti tersebut tidak menarik minat mereka.
2. Menghadapi masalah ketika melakukan aktiviti menulis seperti bagaimana hendak
mengeja sesuatu perkataan.
3. Hanya boleh menyalin semula sedikit sahaja daripada papan tulis.
4. Mengalami masalah pembelajaran membaca degan berkesan.
5. Kerap lupa akan buku, pensil, kerja rumah dan pakaian sendiri.
6. Sukar

untuk

memulakan

dan

menyiapkan

tugasan

sehingga

siap

atau

mengendalikan kerja di dalam bilik darjah.


7. Murid akan mudah lupa apabila diminta untuk bercakap.
8. Meja selalu tidak tersusun
9. Sukar untuk menyelesaikan masalah terutamanya penyelesaian masalah yang
melibatkan penyimpanan maklumat.
10. Bermasalah ketika hendak menyusun atur pelaksanaan tugasan atau mana-mana
tugasan yang melibatkan penyusunan langkah-langkah.
Simpton seperti yang diatas telah banyak menyebabkan murid-murid yang belajar di dalam
kelas menghadapi masalah untuk menguasai pembelajaran dengan berkesan. Seperti yang
dinyatakan oleh Gathercole dan Alloway (2008), amat penting untuk mengenalpasti kanakkanak yang memiliki kesukaran mengingat ini.

2.

Discuss the intervention strategies that may be adopted by teachers to help


learners with memory difficulties.

Guru yang mengajar di dalam kelas perlu mengenalpasti murid-murid yang mengalami
masalah kesukaran mengingat ini. Terdapat beberapa perkara yang guru perlu tahu dalam
menangani masalah ini seperti berikut:
2.1 Kenalpasti punca kegagalan working memory
Kegagalan working memory biasanya menggambarkan setiap murid tersebut kerapkali
melakukan kesalahan dari segi:
1.1

Daya ingatan yang lemah, murid ini mudah lupa akan hampir semua

perkataan
1.2

atau susunan perkataan.

Gagal untuk mengikut arahan termasuklah mengingati hanya sebahagian


arahan atau melupakan semua kandungan arahan tersebut.

1.3

Arahan yang disampaikan oleh guru kebarangkalian akan tidak diingati.

1.4

Kerapkali melakukan kesalahan walaupun sudah dibetulkan.

1.5

Aktiviti yang dilakukan tersebut perlulah dikurangkan aktiviti yang


memerlukan proses mengingat perkara dalam jumlah yang banyak.

2.2 Kawal selia murid tersebut.


Adalah sangat penting bagi seorang guru itu mengawal selia working memori muridmuridnya terutamanya mata pelajaran yang banyak melibatkan pelaksanaan aktivti di
dalam kelas seperti berikut:
1.

Guru perlu memastikan mereka sedar akan berlakunya memory overload


yang serius.

2.

Guru perlu bertanya kepada murid secara langsung (Contoh, apakah yang
murid tersebut akan atau cenderung lakukan seterusnya selepas aktiviti yang
terdahulu.

3.

Ulang semula maklumat tersebut sekiranya mereka betul-betul sudah lupa.

4.

Bahagikan peranan dan arahan dalam bentuk yang semakin kecil untuk
mengurangkan penggunaan memori mereka.

5.

Galakkan murid tersebut untuk bertanya sekiranya mereka perlu berbuat


demikian. g Memory
4

2.3

Nilaikan semua aktivti yang melibatkan penggunaan daya ingatan.

Aktiviti yang memerlukan murid mengoptimumkan penggunaan kotak penyimpanan


pemikiran biasanya melibatkan penggunaan material verbal yng mempunyai
kandungan. Contoh aktiviti tersebut ialah:
1. Mengingat susunan nombor atau perkataan yang tiada kaitan (Contoh: 5, 9, 2, 6
atau anjing, singa, kuda laut)
2. Mengingati dan berjaya mengikuti arahan yang agak panjang (Cth: Letakkan
kertas itu diatas meja berwarna hijau, letakkan tanda arah pada kertas itu, alihkan
pensil kamu dan patah balik lalu duduk diatas tikar ini)

Aktiviti seperti ini memang memerlukan murid-murid tersebut menggunakan daya


ingatan yang sangat banyak. Guru perlu mengurangkan jenis aktiviti ini sekiranya
terdapat murid yang mengalami masalah kesukaran mengingat.

2.4

Kurangkan pengisian working memory sekiranya perlu.

Dalam usaha untuk mengurangkan berlakunya kegagalan working memory,


pengisian working memory dalam aktiviti yang berstruktur perlu dikurangkan. Ia
hanya boleh dicapai melalui cara berikut:
1. Kurangkan jumlah keseluruhan bahan-bahan yang digunakan (Contohnya,
pendekkan ayat yang ditulis atau jumlah item yang perlu diingat).
2. Permudahkan struktur bahasa dalam pembelajaran bahasa (Contohnya, ayat
aktif kepada ayat pasif).
3. Menyusun semula aktiviti yang menpunyai langkah rumit dengan
membahagikan ia kepada beberapa bahagian dan sekiranya boleh, ia perlu
disokong oleh bahan bantuan yang lain.
4. Menggalakkan penggunaan bahan-bahan sokongan yang yang bertindak
sebagai alat sokongan seperti Sudut Ejaan di papan tulis, melakar garisan
pada papan tulis, mencetak nota berkaitan dan sudut perbendaharaan kata.

2.5

Be aware that processing demands increase working memory loads

Walaupun kanak-kanak tersebut mampu untuk menyimpan sejumlah maklumat


dalam satu-satu masa, tugas pemprosesan yang berlaku serentak akan memerlukan
mereka mempertingkatkan working memory. Ia bertujuan untuk mengelakkan mereka
mengalami defisit ingatan iaitu mengalami kesukaran untuk mengingat sejumlah data
yang mungkin diperlukan.

Untuk

mengenalpasti

defisit

working

memory

ini,

senarai

semak yang dipanggil itu Working Memory Rating Scale (WMRS) berupaya membantu
guru-guru untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mereka fikir mungkin mengalami
masalah working memory. Jika guru berasa bimbang dengan prestasi kanak-kanak
tersebut, mereka boleh menggunakan kaedah ini untuk mengkategorikan kanak-kanak
tersebut dengan lebih awal. Alat ini juga mencadangkan cara-cara untuk para guru
menguruskan kanak-kanak yang mempunyai kelemahan daya mengingat ini.

Selain daripada WMRS itu, guru perlu kreatif dalam proses pengajarannya di dalam
kelas. Noor Azmi (1998) menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang
bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan
boleh memberi pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain
daripada lima penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas. Maka guru itu perlu peka
dan sensitif akan permasalahan anak muridnya semasa berada di dalam kelas.

BAHAGIAN B:

(a)

How does skinner define attitude?

Skinner mendefinisikan tingkah-laku itu sebagai sesuatu yang amat deskriptif. Beliau juga
cuba untuk mencirikan domain-domain tingkah-laku dalam kategorinya yang berasingan.
Beliau menyatakan bahawa tingkah-laku itu juga berlaku secara lisan atau pun tidak.
Definisi tingkah laku yang dicadangkan itu juga mempunyai ciri-ciri yang membezakan
bahawa tingkah laku itu wujud dalam bentuk positif dan negatif. Beliau mencadangkan
bahawa pembentukkan tingkah laku yang positif dan negatif itu bersandar kepada situasi
pelaku itu sendiri yang menentukkannya.

Maka

itu,

Skinner

menegaskan

bahawa

tingkah-laku lisan itu

sebagai

"tingkah

laku yang diperkukuh melalui pengantaraan orang lain". Maksudnya telah wujud respon
yang berterusan daripada orang lain yang berada dalam situasi kelakuan itu dibentuk.
Tingkah

laku

yang

dibentuk

ini

juga

melibatkan

kelakuan

fizikal

dan

ia

menghasilkan tindak balas yang penting secara langsung. Beliau juga menyatakan bahawa
tingkah laku yang terbentuk dari domain yang sedia ada itu didorong oleh keinginan
individu dan respon yang telah terhasil dengan orang di sekeliling.

Skinner menegaskan bahawa tingkah laku yang natural itu biasanya tidak bertindak balas
dengan persekitarannya tetapi ia wujud dalam diri pelaku itu sendiri secara sedar atau pun
tidak sedar dan ia terhasil kerana keinginan individu itu membentuk satu kerangka kelakuan
yang tidak berkaitan dengan orang lain atau pengantaraan yang wujud. Individu ini juga
akan menentukkan tingkah lakunya dengan berpandukan respon oleh pemikirannya yang
memberi kata putus untuk berkelakuan.

Walaubagaimanapun, Skinner memberi gambaran yang menimbulkan persoalan dan


perbincangan, bahawa tingkah laku itu wujud kerana adanya faktor-faktor luaran yang
mendorong pembentukkan asas kepada tingkah laku seseorang itu. Persoalan juga timbul,
bagaimanakah tingkah laku lisan itu boleh dibentuk dan apakah faktor-faktor yang
mendorong ia berlaku sedemikian rupa. Persoalan ini memberi satu justifikasi bahawa
tingkah laku ini kerap kali berlaku kerana adanya pengantaraan yang membentuk satu pola
7

tingkah laku yang bercirikan domain yang telah ditetapkan dalam teori behaviourist
Skinner tersebut.

Maka tidak wujudnya persoalan bahawa tingkah laku yang dipamerkan oleh individu itu
berlaku secara automatik atau pun tidak tetapi ditegaskan bahawa ia berlaku kerana adanya
faktor yang membantu membentuk tingkah laku itu seperti wujudnya pengantaraan atau
personal itu sendiri. Pembentukkan tingkah laku itu juga bergantung kepada personal yang
berfikir untuk mewujudkan tingkah laku yang positif atau tingkah laku yang negatif
mengikut tafsirannya.

(b)

What did Skinner mean with the statement learning is not doing, it is changing
what we do?

Learning is not doing, it is changing what we do persepsi ini telah mengubah apa yang
difikirkan oleh semua orang.

Merujuk kepada tingkah laku itu sendiri yang

sering dikatakan berkembang atau berubah, berubah sebagai salah satu perkara yang
diperdebatkan dan dibahaskan. Ramai orang menganggap bahawa apa yang dilihat itu
adalah yang muktamad tanpa memikirkan bahawa ia telah melalui satu fasa perubahan yang
dinamik. Perubahan ini telah memberi satu justifikasi bahawa mempelajari sesuatu itu tidak
bererti melakukannya sahaja tetapi melakukan perubahan pada dasarnya seperti apa yang
dikehendaki pada waktu itu.

Melakukan perubahan pada kerangka asal domain tingkah laku itu adalah sesuatu
perubahan yang dilakukan berdasarkan kelakuan yang yang didorong oleh respon yang
terhasil daripada individu dan orang di sekeliling mereka. Di dalam teori kognitif itu, telah
wujudnya nilai seperti sosial dan kebudayaan yang merupakan asas kepada berlakunya
proses pembelajaran yang membentuk ciri-ciri pembentukkan tingkah laku tersebut. Teoriteori ini juga memainkan peranan yang penting untuk membentuk pola-pola kelakuan yang
akhirnya membentuk elemen-elemen tingkah laku yang diingini.

Apabila individu itu atau mereka yang berada dalam persekitaran yang sedia ada, ia akan
member satu gambaran yang menggambarkan sesuatu yang sudah tidak berlaku lagi,
pandangan tradisional ini merujuk kepada apakah jenis ingatan yang telah disimpan
sebelumnya. Melalui proses ini maka individu atau seseorang itu berupaya membentuk
kelakuna mereka dan menwujudkan satu elemen tingkah laku yang positif atau negatif.
Maka dua elemen ini sebenarnya berlaku secara nyata dan boleh diramal.

Dalam analisis tingkah laku yang dijalankan, kejadian di luar jangkaan yang berlaku di luar
domain itu mengubah cara kita bertindak balas terhadap ransangan daripada persekitaran. Ia
adalah perubahan yang telah disimpan oleh individu atau personal yang wujud di sekitar
domain tingkah laku itu. Pengstoran dan capaian semulajadi ini menjadi lebih rumit apabila
kita belajar mengingat semula bagaimana sesuatu itu telah berlaku dalam jangka masa yang
panjang.
9

Proses mengingat ini juga berlaku dengan lebih rumit apabila seseorang itu berusaha untuk
mengulang semula apa yang telah berlaku sebelum itu. Proses yang berlaku ini akan
mewujudkan intervensi dalam proses itu kerana kesukaran mengingat itu mempengaruhi
pola pembentukkan tingkah laku tersebut. Proses ini dinamakan sebagai recall-call. Proses
ini sebenarnya memainkan peranan penting dalam diri seseorang itu untuk membentuk
apakah perubahan yang bakal dilakukan oleh mereka dan perubahan ini pula akan
mendorong apa yang perlu dilakukan oleh personal itu.

10

c.

How does skinner explain thinking?

Secara meluasnya dipercayai bahawa para penganalisis tingkah laku itu tidak tidak berjaya
berurusan dengan proses-proses kognitif yang dipanggil pemikiran. Pemikiran yang wujud
itu sering merujuk kepada tingkah laku yang lemah dimana personal itu jugalah yang
membentuk tingkah laku tersebut. Pemikiran individu itu sebenarnya membentuk pola-pola
tingkah laku yang akhirnya mewujudkan elemen tingkah laku yang terhasil itu. Walaupun
ia tidak mempengaruhi domain-domain tingkah laku yang sedia ada, tetapi pemikiran ini
telah mencorak pembentukkan tingkah laku seseorang itu.

Wujudnya pendapat yang mengatakan bahawa proses-proses yang berlaku dalam domain
tingkah laku itu telah mempengaruhi gaya pemikiran yang membentuk pola kelakuan yang
akhirnya membentuk elemen tingkah laku dalam diri seseorang itu. Contohnya, kewujudan
sesuatu masalah akan memberi ruang kepada ransangan tindak balas yang berkesan.
Maksudnya, adanya sebuah pemikiran yang berusaha untuk menyelesaikan masalah
dengan mengubah keadaan sehingga adanya tindak balas berlaku.

Maka wujudnya cadangan dan perdebatan yang membicarakan tentang ransangan


rangsangan yang tidak berkesan terhadap pemikiran yang wujud dan apakah kesudahannya
terhadap pembentukkan pola kelakuan dan elemen tingkah laku yang sepatutnya berlaku.
Skinner juga menyatakan bahawa pemikiran yang wujud itu sebenarnya mempunyai pilihan
untuk membentuk tingkah laku yang positif atau tingkah laku yang negatif. Pola tingkah
laku positif dan negatif ini bukanlah seperti kamu seorang yang malas atau dia tidak
gemar makan mee goring tetapi yang berbentuk perubahan dalam corak pembentukkan
tingkah laku itu. Contohnya, saya akan bersenam di taman itu sekiranya hari tidak hujan
Seperti dalam tulisan Chomsky yang bertajuk The Case Against B.F. Skinner (The New
York Review of Books, December 30, 1971), beliau menyatakan:

Let us consider more carefully what Skinner means when he asserts that all
behavior is externally controlled and that behavior is a function of genetic and
environmental conditions. Does he mean that full knowledge of such conditions
would permit, in principle, specific predictions as to what a person will do? Surely
11

not. Skinner means that genetic and environmental conditions determine


"probability of response."

Beliau menegaskan bahawa Skinner ini telah mencadangkan bahawa tingkah laku itu
dikawal secara dalaman dan tingkah laku itu juga telah berfungsi dalam kondisi kawalan
persekitaran. Kondisi persekitaran ini menyatakan wujudnya respon yang membentuk
pemikiran yang membentuk elemen tingkah laku tersebut.

12

BAHAGIAN C:

(a)

Briefly describe the principles of constructivism and the scholars who proposed
constructivism.

Prinsip Konstruktivisme
Guru-guru perlu menggalakkan murid untuk sentiasa menilai aktiviti bagi membantu
mereka memahami proses memahami sesuatu isu. Guru juga perlu menyoal murid tentang
diri mereka dan strategi pembelajaran berkonsepkan konstruktivisme. Proses ini berlaku
sekiranya guru-guru menyediakan alat-alat bantuan mengajar mereka untuk terus belajar
dan mengembangkan pemahaman mereka. Selain itu, persekitaran bilik bilik darjah juga
perlu dirancang dan menyediakan murid tersebut dengan pemahaman yang betul bagaimana
hendak belajar.

Dalam konsep pembelajaran ini juga, murid-murid perlu sentiasa mencari idea-idea untuk
membangunkan dan menambahkan pengetahuan mereka dengan mengitegrasikan
pengetahuan baharu. Salah satu peranan utamma guru adalah menggalakkan murid tersebut
terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Sebagai contoh: Kumpulan murid dalam kelas Sains akan membincangkan masalah dalam
fizik. Walaupun guru tahu "jawapan" kepada masalah itu, beliau memberi tumpuan untuk
membantu murid-murid yang menyatakan soalan-soalan mereka dengan cara yang berguna.
Beliau menggesa setiap murid perlu menggambarkan dan meneliti akan pendapat beliau.
Apabila seseorang murid berkenaan memperolehi konsep berkenaan, guru perlu
menunjukkan kepada mereka bahawa inilah cara yang sesuai untuk menerokai sesuatu yang
baru. Setelah itu, murid-murid ini akan berbincang dengan guru tentang apa yang mereka
telah pelajari dan bagaimana pemerhatian dan ujikaji mereka membantu (atau tidak
membantu) untuk lebih memahami konsep yang digariskan.

Konstruktivisme juga membantu murid membuat pengubahsuaian peranan mereka sendiri


bersama rakan sebaya atau guru mereka dan guru-guru itu akan membantu mereka
membina pengetahuan dan bukannya menyatakan semula siri fakta yang mereka sudah
13

ketahui. Guru juga menyediakan alat-alat seperti penyelesaian masalah yang berasaskan
siasatan pembelajaran

murid-murid

yang membentuk

dan menguji idea-idea mereka.

Konstruktivisme juga mengubah murid-murid daripada penerima pasif kepada penerima


aktif

di

dalam

proses

pembelajaran.

Sentiasa dibimbing oleh guru, murid-murid

membina pengetahuan mereka secara aktif dan bukannya hanya menerima ilmu daripada
guru atau buku teks sahaja.

Konstruktivisme juga merupakan satu teori pembelajaran yang mencabar murid untuk
"mengulanginya." Malah, konstruktivisme membantu murid mencetus keinginan murid
mengetahui tentang dunia bekerja. Cara yang terbaik untuk anda benar-benar memahami
Konstruktivisme

ini

di

dalam

bilik

darjah

adalah

dengan

melihat contoh-

contoh itu ditempat kerja, bercakap dengan orang lain tentang hal-hal tertentu.

Tokoh 1: John Piaget


Teori Konstruktivisme ini

telah

dipelopori

oleh

Jean Piaget

yang

telah

berjaya

menjelaskan mekanisme yang berlaku dalam teori ini dengan baiknya. Beliau juga
mencadangkan bahawa mekanisme ini perlu melalui proses adaptasi dan asimilasi yang
berlaku dalam diri individu itu untuk membentuk pengetahuan yang baharu dari
pengalaman baharu mereka perolehi. Apabila individu itu mengasimilasikan sesuatu
pengetahun baharu, mereka menggabungkan pengalaman baharu itu ke dalam rangka
pengetahuan pemikiran yang telah sedia ada tanpa mengubahnya.

Ia berlaku ketika pengalaman individu tersebut selaras dengan firasat dalaman mereka di
dunia, tapi juga mungkin berlakunya kegagalan untuk mengubah pemahaman yang gagal
tersebut. Sebagai contoh, mereka mungkin tidak sedar atau mungkin salah faham terhadap
pandangan orang lain, atau boleh menidakkannya apabila pengalaman individu bercanggah
dengan kenyataan dalaman mereka dan mereka boleh menukar persepsi pengalaman itu
untuk memenuhi perwakilan mereka. Menurut teori ini, proses adaptasi adalah proses
membentuk semula pemikiran dunia luar kepada pengalaman baharu.

Proses pengadaptasian ini adalah satu mekanisma yang membawa kegagalan kepada
pembelajaran. Apabila kita bertindak atas harapan bahawa dunia ini bergerak dalam satu
14

arah, nescaya ia tersasar dari jangkaan kita, kita sering gagal, tetapi dengan memperolehi
pengalaman baru tersebut dan membentuk semula model cara bekerja, kita belajar daripada
pengalamandan kegagalan orang lain.

Tokoh 2: Von Glasersfeld


Glasersfeld (1989) menekankan Sosial Konstruktivisme amat mementingkan pentingnya
seseorang murid itu terlibat aktif dalam proses pembelajaran. Beliau menekankan
bahawa murid membina kefahaman mereka sendiri dan mereka bukan sekadar cermin yang
menggambarkan apa yang mereka fahami. Murid mencari makna dan akan cuba mencari
ketetapan dalam suasana persekitaran mereka walaupun ia tidak memberi gambaran yang
sebenarnya seperti apa yang mereka mahu.

Beliau berpendapat bahawa untuk mengekalkan motivasi belajar tersebut, ia amat


bergantung kepada keyakinan murid dan potensi pembelajaran mereka. Perasaan yakin
ini akan meningkatkan kecekapan dan kepercayaan terhadap potensi diri mereka sendiri
untuk menyelesaikan masalah yang baharu. Menyelesaikan masalah sendiri pada masa
dahulu akan menguatkan diri untuk menghadapi masalah yang lebih kuat pada masa akan
datang (Prawat dan Floden 1994). Ini sejajar dengan pendapat Vygotsky (1978) dalam
kerangka kerja The zone of proximal development, di mana murid dicabar untuk
menjangkaui melebihi daripada tahap pembangunan mereka. Dimana apabila murid itu
berjaya menyelesaikan tugas-tugas yang mencabar, maka murid tersebut akan mendapat
keyakinan dan motivasi untuk memulakan cabaran-cabaran yang lebih kompleks.

Tokoh 3: Lev Semyonovich Vygotsky


Beliau telah mencadangkan teori pembangunan fungsi-fungsi kognitif yang lebih tinggi
dalam diri setiap kanak-kanak. Dalam tempoh awal kerjayanya, beliau menyatakan bahawa
perkembangan penaakulan telah dibahagikan mengikut tanda-tanda dan simbol-simbol
tertentu.

Oleh

yang

demikian,

konsep

ini

amat

bergantung kepada

amalan-

amalan kebudayaan dan bahasa dan juga proses-proses kognitif yang universal dalam diri
kanak-kanak tersebut.
15

Vygotsky juga mengemukakan konsep daripada The Zone of Proximal Development yang
merujuk kepada cara dimana pemerolehan pengetahuan baru itu amat bergantung
kepada pembelajaran terdahulu, serta kewujudan arahan.

The Zone of Proximal Development


Ia sering disingkatkan sebagai ZPD, di mana wujudnya perbezaan diantara apa yang
sepatutnya boleh lakukan dan apa yang boleh mereka lakukan dengan bantuan orang lain.
Ia adalah satu konsep yang diperkenalkan tetapi tidak sepenuhnyadibangunkan oleh Soviet
psikologi Lev Vygotsky (1896-1934) pada penghujung hidupnya.

Vygotsky menyatakan bahawa kanak-kanak cenderung


orang dewasa dan

akan

beransur-ansur

untuk

mencontohi

membangunkan keupayaan

perlakuan

mereka

sendiri

untuk melakukan tugas tertentu tanpa memerlukan bantuan daripada orang lain. Vygotsky
dan sesetengah pendidik percaya bahawa pendidikan itu berperanan berperanan
membekalkan kanak-kanak tersebut dengan pengalaman yang berada dalam ZPD mereka
sekalugus

menggalakkan dan memajukan pembelajaran individumereka

(Berk,

&

Winsler, A., 1995).

Scaffolding (bimbingan rakan sebaya)


Konsep ZPD digunakan secara meluas untuk mengkaji perkembangan mental kanak-kanak
yang berkaitan dengan pendidikan. Konsep ZPD dilihat sebagai sebuah

perancah

yang

membantu melaksanakan sesuatu tindakan (Obukhova, L. F., & Korepanova, I. A., 2009).
Konsep ini merujuk kepada bantuan atau bimbingan yang diterima dari rakan sebaya atau
guru untuk menjadi lebih kompeten dan membenarkan kanak-kanak bekerja dalam konsep
ZPD itu sendiri (Morgan, A., 2009). Walau pun Vygotsky sendiri pernah menyebut istilah
perancah ini, ia dibangunkan oleh ahli sosiobudaya yang lain juga menyentuh isu-isu dalam
pendidikan.

Perancah adalah satu proses di mana guru atau rakan

sebaya

yang

lebih

kompeten

membantu murid-murid yang mempunyai kelemahan dalam aspek pembelajaran. Perancah


16

(scaffolding)

ini

juga

memerlukan

bantuan

merujuk

kepada

daripada

rakan

panduan pembelajaran kanak-kanak


sebaya

yang

lebih

focus

yang
kepada

soalan dan interaksi yang positif. (Balaban & Nancy., 1995). Konsep ini juga telah
dibangunkan oleh Ann Brown, di mana beberapa program pengajaran telah dibangunkan di
dalam teori ZPD tersebut termasuk pengajaran dan pentaksiran yang member kesan positif
dalam proses pembelajaran kanak-kanak yang mempunyai kelemahan dalam menguasai
pembelajaran. (Morgan, A., 2009).

Selepas kanak-kanak

melalui

telah belajar bagaimana untuk

prose

yang

menggunakan

berlaku
bahasa

dalam

ZPD

mereka

ini

sebagai

dan

juga

medium

bahasa mereka sebagai alat, mereka mula menggunakan pertuturan dalaman mereka untuk
menghubungkaitkan sosio budaya itu dengan persekitaran mereka (Wells, G., 1999).

17

(b)

Give specific examples illustrating how these principles are used in the classroom [You
have to determine how many examples].

a. e.g. teaching language based on constructivism


b. e.g. teaching social science topics based on constructivist principles
c. e.g. training based on constructivism

Penggunaan teori Vygotsky di bilik darjah


Menurut Vygotsky, kurikulum harus mengalami perkembangan yang berterusan, dan
guru pula perlu merancang bertanggungjawab menjalankan aktiviti yang kanak-kanak itu
mampu lakukan sendiri tetapi apa yang mereka boleh belajar dengan bantuan orang lain.
(Karpov &Haywood, 1998). Teori Vygotsky ini menekankan kemenjadian kanak-kanak
tersebut berdasarkan apa yang boleh diajar kepada mereka. Sebagai contoh, jika kanakkanak itu tidak dapat mengenalpasti bunyi satu perkataan setelah beberapa aktiviti
pengukuhan dilakukan, berkemungkinan kanak-kanak itu tidak dapat memahami aktiviti
tersebut dengan serta-merta.

Kemahiran

pembelajaran

tersebut

perlu

dikenalpasti

dan pengenalan konsep-

konsep yang tidak terlalu sukar dan kompleks mempunyai kesan yang

kompleks dan

mempunyai kesan yang positif. Guru-guru boleh memanfaatkan teori ZPD untuk
mengadakan aktiviti-aktiviti bilik darjah dengan cara mengarah dan merancang pengajaran
dan pembelajaran mengikut amalan di dalam teori ZPD kanak-kanak tersebut.
Sebagai contoh, pemahaman dan bimbingan perlu dilakukan untuk membantu kanak-kanak
ini semasa guru melakukan penilaian asas dalam aktiviti-aktiviti pengajaran.

Aktiviti Scaffolding (bimbingan rakan sebaya) adalah taktik untuk membantu kanak-kanak
itu menyediakan idea dan pengetahuan pada tahap yang berbeza. Dalam

aktiviti

Scaffolding ini, ia telah memudahkan tugas dengan bantuan rakan dan guru yang lebih
kompeten

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

di

dalam

kelas.

Sebagai contoh, kanak-kanak mungkin menunjukkan beberapa kesalahan semasa mengeja,


membatang

dan

membaca

perkataan

yang

diajukan

kepada

mereka.

Bagi

menguasai perkataan ini, kanak-kanak akan diminta untuk menulis suku kata tersebut dan
18

Contoh yang lain pula adalah apabila murid itu berada di dalam kelas Sains di makmal
sekolah. Seorang guru mungkin akan mengadakan sistem Scaffolding untuk membantu
murid yang tidak memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru tersebut semasa
menjalankan eksperimen, guru tersebut akan menggariskan beberapa kaedah ringkas yang
akan digunakan oleh mereka semasa mengadakan eksperimen di bilik makmal.

Penggunaan Teori Albert Bandura di bilik darjah


Albert Bandura sangat terkenal dengan teori Pembelajaran Sosial, salah satu konsep dalam
aliran behaviorime yang menekankan pada komponen kognitif dari pemikiran, pemahaman,
dan evaluasi seseorang. Menurut beliau manusia secara semula jadinya belajar melalui
proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang bertingkah laku dalam
kehidupan seharian seperti berjalan, makan, minum, mendapat penghargaan, pujian atau
menerima hukuman. Pada asalnya ia lebih merupakan kepada teori pembelajaran sosial
tetapi telah berkembang kepada teori pembelajatan sosial kognitif.
Individu yang meniru tingkah laku orang lain, menjadikan orang yang ditiru itu sebagai
model. Jadi tidak hairan jika kita tengok muda mudi sekarang lebih berminat meniru gaya
fesyen pakaian selebriti yang mereka minati. Sehubungan itu model boleh dibahagikan
kepada dua. Pertama ialah model sebenar/hidup, iaitu belajar melalui orang yang sebenar.
Misalnya jika mahukan bidng masakan Chef Wan dijadikan model. Manakala model kedua
ialah model simbolik, iaitu model yang dilihat menerusi video, lakonan watak dalam cerita
atau rajah. Murid mungkin belajar sesuatu melalui pemerhatian atau peniruan daripada
sumber yang ditentukan itu.
Eksperimen yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anakanak meniru seperti perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya. Beliau ialah tokoh
teori belajar sosial yang menyatakan bahwa proses pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan permodelan. Beliau
menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian murid terhadap apa yang disampaikan atau
dilakukan oleh guru dan aspek peniruan oleh murid akan dapat memberikan kesan yang
optimum kepada pemahaman murid.

19

Beliau juga telah mengenal pasti empat unsur utama yang membantu dalam proses
pembelajaran permodelan iaitu pemerhatian, mengingati, reproduksi serta peneguhan dan
motivasi. Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya
kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk
kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guruguru. Bagi murid yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular
dan artis pujaan.
Wujudnya faktor-faktor yang mempengaruhi perhatian seperti nilai, umur, jantina, status
dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran guru perlu memastikan murid
menumpukan perhatian kepada pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan
isi- isi penting. Dalam suatu tunjuk cara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum
mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya
mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan
ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan
pembelajaran pemerhatian yang betul.
Selain itu, murid juga boleh menyimpan maklumat yang telah diperhatikan dalam pelbagai
cara,seperti dalam bentuk koding,grafik mental,penyusunan kognitif, simbolik dan
sebagainya. Sementara itu, reproduksi merujuk kepada kebolehan si pemerhati untuk
menghasikan semula imej dan maklumat yang telah diperhatikan. Pemerhatian harus
berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang tahu
bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri- ciri atau langkah-langkah
dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar.
Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir.Dengan
itu, seseorang itu mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui
pemerhatian, tetapi ia mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada
sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan
beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya individu itu mengharapkan
untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, ia mungkin menjadi
lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula
tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran.
20

Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa
peneguhan. Sebagai contoh, seorang murid yang tidak popular cuba memakai pakaian
fesyen baru tetapi diejek oleh rakan- rakan dan dia tidak akan meneruskan peniruannya.
Menurut Bandura, terdapat lima jenis peniruan seperti peniruan secara langsung, peniruan
secara tidak langsung, peniruan gabungan,peniruan sekat laluan dan yang tak sekat
laluan. Pertama, pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan
menerima peniruan secara langsung. Contohnya, seorang ahli gimnastik menunjukkan
pergerakan badan yang baik dan dia di puji oleh jurulatihnya dengan kata- kata seperti
syabas.
Kedua pemerhati mungkin melihat orang lain menerima peniruan secara tidak langsung dan
mengikut tingkah laku orang yang diperhatikan. Contohnya kanak- kanak yang melihat
program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah laku keganasan
model melalui program tersebut.
Ketiga ialah peniruan melalui proses gabungan. Dalam proses ini seseorang akan meniru
apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara-cara melakukan tingkah
laku tersebut. Sebagai contoh timbul keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya
memotong rumput setelah melihat Rahman membantu ibunya.
Keempat peniruan sekat lakuan. Peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu
tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain. Sebagai contoh, murid boleh
meniru kawan mereka yang bising senasa kelas pendidikan jasmani di padang tetapi tidak
boleh meniru tingkah laku ini di dalam kelas.
Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang individu akan terus
mengamalkan peniruan dalam apa- apa jua situasi. Sebagai contoh, Abu yang menyertai
satu kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus menyimpan
rambut panjangnya semasa sesi persekolahan bermula.
Teori permodelan boleh digunakan untuk mencapai beberapa kesan dalam bilik
darjah.Sebagai seorang guru,ia mesti selalu mengajar atau memodelkan satu tingkah
laku,sikap atau kemahiran yang baru kepada murid-murid.Selain itu,guru juga sentiasa
mengukuhkan tingkahlaku-tingkahlaku yang telah diajar kepada murid-muridnya.Dengan
21

itu,guru-guru mesti memastikan yang proses permodelan digunakan untuk mengatasi segala
perasaan takut dan bimbang murid-murid.Murid-murid yang berani digalakkan untuk
menonjolkan kemahiran atau kerja mereka terlebih dahulu.
Kesimpulannya, kedua-dua ahli ilmuan ini telah member sumbangan yang sangat besar
dalam bidang pendidikan. Sumbangan mereka ini telah memberi peluang kepada ahli
ilmuan yang lain mengembangkannya untuk diaplikasikan oleh semua orang.

22

c.

Write one Lesson plan teaching a topic or subtopic which illustrates the application
of the principle/s of constructivism in the classroom.

Rancangan Pengajaran Harian Konstruktivisme

Tahun

: 4 Akela

Bil. Murid

: 25 Orang

Masa

: 60 minit

Tema

: Menyiasat Alam Bahan

Bidang Pembelajaran (LA)

: Sifat Bahan

Objektif Umum (LO)

: Memahami bahan asli dan bahan sintetik

Hasil Pembelajaran (LOT)

: Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:


1.

Mengenalpasti bahan asli dan bahan sintetik.

2.

Menyatakan sekurang-kurangnya 3 bahan asli dan 2


bahan sintetik.

Kemahiran Proses Sains

: Memerhati, berkomunikasi, membanding


beza.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

: Konstruktivisme

Strategi

: Aktiviti Hands-on dan minds on.

23

Fasa

Isi Kandungan

Aktiviti P&P

Bahan asli dan

1. Guru menunjukan dua

Catatan

Pengajaran
Set Induksi
(5 minit)

bahan sintetik

BBM:

buah kerusi (kerusi

Kerusi kayu, kerusi

kayu dan kerusi

plastik.

plastik)
K.P.S: memerhati,
2. Guru mengemukakan
soalan secara lisan.
-

digunakan untuk

NILAI MURNI:

membuat kerusi di

sifat ingin tahu.

Adakah kedua-dua
objek ini diperbuat
daripada bahan
yang sama.

Perkembangan

Mengenalpasti

10 Minit

bahan asli dan

menyatakan contoh

bahan sintetik.

bahan asli dan sintetik

Bahan Asli:

yang terdapat di dalam

Bahan semulajadi

bilik darjah secara

yang diperoleh

lisan serta meminta

daripada

murid menulis

tumbuhan, haiwan

jawapan di papan

dan batuan.

hitam.

Bahan Sintetik:

1. Meminta murid

2. Guru memberi

bahan buatan

penerangan mengenai

manusia yang

bahan asli dan sintetik

dihasilkan melalui

kepada murid.

proses kimia.
24

membanding beza.

Apakah bahan yang

hadapan?
-

komunikasi,

Pencetusan

Mengelas objek

idea

mengikut bahan.

(15 Minit)

1. Guru menunjukan

K.P.S: mengelas,

beberapa contoh objek

memerhati,

Bahan asli

yang diperbuat dari

komunikasi

Contoh:

bahan asli dan sintetik

- Kayu

di hadapan kelas.

- Kulit

Nilai Murni:

- Logam

2. Meminta murid
menyatakan objek

Bahan sintetik
-

Plastik

Kain

Bekerjasama, berani
mencuba.

yang ditunjukan di
hadapan secara rawak.
A.B.M.

sintetik

3. Dalam kumpulan yang

Bahan yang

sedia ada, murid-murid disediakan oleh guru.


Nota:

Gabungan

dikehendaki

Contoh, tali

bahan

asli

mengelaskan semua

pinggang, botol

sintetik.

objek mengikut jadual

plastik, tembikar

Contoh: Payung

yang disediakan.

kecil, cincin logam,

dan

pemadam, berus,
payung.
Penstrukturan
semula idea

Laporan daripada

Jenis Aktiviti :

K.P.S:komunikasi,

dapatan murid

Pembentangan:

Nilai Murni:

1. Wakil kumpulan

Berdikari,

(15 minit)

melaporkan dapatan.

bekerjasama, berani.

2. Setiap kumpulan
disarankan membuat

A.B.M:

perbandingan.

Kertas Putih, Maker

3. Guru membuat ulasan

Pen, Pembaris

terhadap hasil
pembentangan setiap
kumpulan.
Aplikasi idea
(10 Minit)

Lembaran kerja

1. Guru mengedarkan
lembaran kerja kepada
25

K.P.S.
Komunikasi

setiap murid.
2. Guru dan murid

Nilai Murni:

berbincang mengenai

Bekerjasama, adil

soalan serta jawapan

dan saksama, berani

yang paling tepat.

mencuba.
A.B.M
Lembaran kerja.

Refleksi

Bahan Asli:

(5 minit)

Bahan semulajadi

1. Guru bersoal jawab dengan K.P.S


murid secara lisan.

Komunikasi

Soalan:

Kemahiran Berfikir

yang diperoleh
daripada
tumbuhan, haiwan
dan batuan.

Bahan Sintetik:
bahan buatan

1. Nyatakan maksud
bahan asli?

2. Nyatakan maksud
bahan sintetik?

manusia yang
dihasilkan melalui
proses kimia.

Mengelas objek
mengikut bahan.

3. Namakan 3 contoh
bahan asli?

4. Namakan 2 contoh
bahan sintetik?

i. Bahan asli
Contoh:
- Kayu
- Kulit
- Logam

Bahan sintetik
- Plastik
- Kain sintetik
26

Menjana idea

Refleksi:
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Serta objektif pengajaran
juga tercapai. Murid-murid terlibat secara aktif dan murid seronok belajar melalui kaedah
konstruktisvisme ini.

Kekuatan.
Penggunaan bahan maujud yang banyak sedikit sebanyak membantu dalam perlaksanaan
pengajaran ini. Jadi murid lebih faham dengan apa yang disampaikan dengan ada contohcontoh bahan seperti yang dinyatakan. Murid-murid juga memberi kerjasama yang baik.

27

Rujukan

Balaban & Nancy. (1995). "Seeing the Child, Knowing the Person." In Ayers, W. To
Become a Teacher. Teachers College Press. p.

Berk, L & Winsler, A. (1995). "Vygotsky: His life and works" and "Vygotsky's approach to
development". InScaffolding children's learning: Vygotsky and early childhood
learning. Natl. Assoc for Educ. Of Young Children. p. 24.

Gathercole, S. and Alloway, T. (2008) Working Memory and Learning: A Practical


Guide for Teachers, SAGE Publications.

Morgan, A. (2009, July 28). What is "Scaffolding" and the "ZPD"? Retrieved Disember 07,
2014.

Noor Azmi Ibrahim. (1998). Pembangunan Kurikulum Abad Ke-21. Berita Kurikulum. 9
(1):6-7. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Obukhova, L. F., & Korepanova, I. A. (2009). The Zone of Proximal Development: A


Spatiotemporal Model. Journal of Russian & East European Psychology, 47(6), 2547. doi:10.2753/RPO1061-0405470602.

Wells, G. (1999). Dialogic Inquiries in education: Building on the legacy of Vygotsky.


Cambridge.

28

You might also like