Professional Documents
Culture Documents
Contoh +kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
Contoh +kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
Contoh +kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
KERTAS CADANGAN
PROGRAM INOVASI
KOKURIKULUM
TAJUK:
COOKIES CENDAWAN
DIHASILKAN OLEH:
PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
SMK SERI KUNDANG 2013
PENGENALAN
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
( PPPM ) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem
pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi
kokurikulum ini diharap dapat menyuntik semangat murid-murid di SMK Seri
Kundang untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka cipta.
OBJEKTIF
Antara objektif program ini ialah;
1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.
2. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai
sumber.
3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam
penghasilan produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.
4. Melahirkan para usahawan muda.
RASIONAL
Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba
boleh secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.
SASARAN
Semua ahli Persatuan Kemahiran Hidup Bersepadu SMK Seri Kundang, Rawang,
Selangor.
PERNYATAAN MASALAH
Antaranya ialah :
1.
2.
3.
4.
Tepung gandum
Tepung beras
Gula aising
Mentega tulen
Minyak kelapa sawit
Telur ayam
Cendawan kering
Serbuk penaik
Garam
Oat
Kertas minyak
Kaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyeidikan laman sesawang serta buku
pastri untuk penghasilan satu resepi yang terbaik hasil penggabungan resepi yang
ada dalam pasaran.
PERANCANGAN PROJEK
Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:
1. Januari :
Mesyuarat Agung Persatuan KHB = Program Inovasi akan
dimasukkan dalam agenda
mesyuarat
2. Februari: Membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi AJK akan
memulakan pencarian
resepi dengan melayari laman sesawang serta rujukan buku resepi
pastri untuk
menghasilkan satu resepi baru ( Makmal Komputer dan PSS )
Memulakan tanaman cendawan di Rumah Cendawan ( Bengkel
Pertanian )
3. Mac
: Tuai hasil ( Bengkel Pertanian )
Keringkan cendawan ( Bilik Masakan )
4. April
: Memulakan penghasilan produk ( Bilik Masakan )
5. Mei
: Pasaran sampel produk dalam sekolah Kalangan guru
6. Jun-Ogos: Pasaran produk kepada semua warga SMK Seri Kundang dan PIBG
7. September: Pertandingan inovasi kelab/ persatuan
KESIMPULAN
Kesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta
dalam kalangan murid demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam
merekacipta, satu kemahiran yang telah dipelajari dalam mata pelajaran KHB.
Selain itu, program ini juga diharapkan dapat melahirkan bakat keusahawanan
dalam diri murid. Akhirnya sekali, projek ini dapat memberikan manfaat kepada
murid, sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan negara.