Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

NURLIZA BINTI NORILHUDA@ALI (JGA120010)

TEORI TATABAHASA BAHASA MELAYU (JBGA 6105)


BANDINGKAN ALIRAN STRUKTURAL DI EROPAH DENGAN ALIRAN
STRUKTURAL DI AMERIKA

Aliran tatabahasa struktural merupakan penyulusuran dari aliran tatabahasa


tradisional iaitu kajian bahasa yang mempraktikkan unsur-unsur perbandingan,
sejarah dan memiliki aspek falsafah dan logik. Dalam memperkemaskan lagi
penggunaan sistem unit tatabahasa ini maka telah lahir tatabahasa struktural yang
diperkenalkan pada abad ke-19 oleh Ferdinand de Sassure yang dikenali sebagai
bapa linguistik moden. Didalam tugasan ini akan dinyatakan perbandingan aliran
struktural di Eropah dengan aliran struktural di Amerika. Walaubagaimanapun
terdapat ciri-ciri persamaan diantara pembangunan kedua-dua kajian aliran
struktural di Eropah dan di Amerika ini.
Persamaan pertama ialah fokus kajian yang memberi penekanan terhadap
bahasa lisan dan bukan lagi terhadap bahasa tulisan. Tambahan ciri-ciri aliran
struktural ini ialah setiap kajian tertumpu terhadap semua bahasa.
Persamaan kedua ialah kedua-dua kajian yang bersifat deskriptif iaitu kajian
analisis bahasa yang perlu ada penghuraian tidak semata-mata menentukan dan
menghuraikan. Ini bertentangan dengan kaedah preskriptif yang bersifat kearah
perbandingan bahasa yang berstatus tinggi dan rendah dan menentukan mana
bahasa yang baik dan tidak.
Persamaan ketiga aliran struktural diantara kedua-duanya ialah kajian
kebahasaan yang menggunakan konsep la langue dan la parole. Konsep langue
ialah sistem keseluruhan bahasa berdasarkan ciri-ciri fizikal bahasa. Manakala

konsep parole ialah melibatkan perbezaan antara fakta-fakta fizikal bahasa iaitu
pertuturan yang dihasilkan oleh oleh seseorang penutur.
Persamaan keempat ialah menggunakan pendekatan kajian yang bersifat
sinkronik iaitu kajian terhadap bahasa semasa sebagai sistem yang wujud pada
masa tertentu. Konsep ini melihat bagaimana bahasa berfungsi dalam penggunaan
harian atau masyarakat dengan lebih mendalam. Konsep diakronik tidak lagi
diaplikasikan yang bersifat perbandingan yang memiliki hubungan kekeluargaan.
Pendekatan konsep diakronik yang diperkenalkan untuk mengkaji bahasa ialah
sintagmatik dan paradigmatik. Sintagmatik bermaksud kajian bahasa yang
menghuraikan unsur bahasa secara mendatar atau horizontal iaitu melihat
hubungan diantara unit-unit bunyi dalam kata. Paradigmatik ialah kajian aspek
bahasa yang dilihat mempunyai hubungan secara menegak atau vertikel. Kajian
yang sedemikian akan menunjukkan pola hubungan unit-unit dalam bahasa
samada boleh bertukar ganti atau tidak dari segi fungsi. Segala ciri-ciri persamaan
yang dikemukakan De Sassure telah diaplikasikan didalam kajian bahasa aliran
struktural di Eropah dan di Amerika.
Persamaan aliran struktural di Eropah dan Amerika ialah aliran struktural
Eropah meliputi tahun-tahun 1925 hingga 1950 yang bermula dengan pendekatan
deskriptif. Kajian di Eropah telah dibahagikan kepada beberapa mazhab iaitu
Mazhab Prague, London, Copenhagen, Moscow dan Geneva. Mazhab Prague
yang bertempat di Czechoslovakia telah menubuhkan persatuan bahasa yang
dipanggil Prague Linguistics Circle telah menjalankan peranan dengan
memperkenalkan kajian fungsional linguistik. Mereka telah mengkaji fungsi bahasa
dalam masyarakat dan sastera.

Aliran struktural di Amerika muncul apabila ahli-ahli linguistik Eropah


menjelajah ke benua Amerika dengan membawa ilmu linguistik moden pada abad
ke-20. Oleh itu, aliran struktural di Amerika telah dikenali sebagai aliran linguistik
deskriptif. Kesan penjelajahan bangsa Eropah ke Amerika telah menemukan
mereka dengan pelbagai bahasa yang asing kepada mereka iaitu bahasa kaum asli
Red Indian Amerika.
Perbandingan pertama diantara aliran tokoh dari mazhab Prague iaitu
Trubetzkoy (1890-1938) dan rakannya Roman Jakobson yang berasal dari Moscow
telah menjalankan aspek-aspek utama dalam kajian mereka iaitu penyeragaman
bahasa seperti bahasa Czechoslovakia. Perbezaan pendekatan mereka diantara
pendekatan yang lain ialah selain menggunakan pendekatan melihat dan
menghuraikan tetapi menerangkan ciri-ciri bahasa.
Aspek pertama yang dijalankan ialah usaha untuk menjelaskan bentuk dan
fungsi bahasa atau pemersatuan bangsa dan negara. Aspek kajian lebih tertumpu
kepada bahasa sendiri
Aspek kedua ialah kajian hubungan bunyi dengan aspek estetika iaitu kajian
fonologi dengan memperkenalkan konsep fonem dan teknik menganalisis fonem
sehingga menjadi sebutan distingtif.
Berbalik kepada aliran struktural di Amerika kajian bahasa telah tertumpu
kepada bahasa masyarakat Red Indian kerana kebanyakkan bahasa di Amerika
belum mempunyai sistem tulisan dan belum dikaji. Oleh itu, pengkaji yang datang
dari Eropah terpaksa memahami bahasa-bahasa primitif peribumi iaitu masyarakat
Red Indian. Para pengkaji ini kebanyakkan ialah ahli antropologi yang mengkaji
budaya secara tidak langsung mengkaji bahasa untuk memahami budaya. Para

pengkaji yang dintaranya ialah Franz Boas (1858-1942) telah mengkaji fungsi
bahasa dalam masyarakat dan telah mengemukakan konsep relativism yang
melihat bahawa bahasa itu adalah harus sama taraf, kepentingannya, kemajuannya
yang perlu dikaji.
Seterusnya aliran struktural di Amerika ini telah melahirkan tradisi baru dalam
bidang penyelidikan iaitu berbentuk huraian atau deskriptif dimana sesuai dengan
pendekatan yang diperkenalkan oleh De Sassure. Pendekatan ini dilanjutkan lagi
oleh tokoh bahasa yang terkenal iaitu Bloomfield (1887-1933). Bloomfield telah
memperkenalkan teori Behaviorisme. Teori menganggap bahasa sebagai satu
perlakuan dihasilkan melalui rangsangan dan gerak balas. Kemudiannya dikaitkan
pula dengan proses pengulangan dan pengukuhan.
Perbandingan kedua ialah kelemahan didalam teori ini apabila kajian bahasa
tertumpu kearah perlakuan sahaja tetapi tiada aspek makna, fungsi bahasa,
perancangan bahasa, stailistik dan estetika. Berbeza dengan pendekatan Mazhab
Prague. Pendekatan teori Behaviorisme ialah mengumpul data dan mencari teknik
bahasa untuk dianalisis. Ini termasuk menyempitkan lagi kajian terhadap bahasa
dan hasilnya himpunan data tentang fonologi, morfologi dan sintaksis.
Perbandingan ketiga ialah terdapat perbezaan makna pada istilah iaitu di
Eropah menggunakan fonetik dan fonologi. Sebaliknya di Amerika menggunakan
istilah fonetik + fonemik menghasilkan fonologi.
Kesimpulannya dunia linguistik telah berkembang lebih pesat dan penuh
pembaharuan.

Setiap

mazhab

memiliki

kemajuan

masing-masing

dengan

kemunculan aliran struktural ini. Aliran struktural ini memberi sumbangan yang

besar dalam aspek kajian bahasa terutamanya di Amerika dan Eropah. Faktor ini
mewujudkan pertumbuhan jabatan-jabatan linguistik yang aktif dan berterusan.

You might also like