Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

LATIHAN DAN PEMILIHAN WAKIL DAERAH

MENEMBAK MENGGUNAKAN SENJATA M16


PASUKAN KOR KADET POLIS
DAERAH MANJUNG 2009.

ANJURAN :
IBU PEJABAT POLIS DAERAH MANJUNG
DAN
PEJABAT PELAJARAN DAERAH MANJUNG

PENYELARAS :
PASUKAN KADET POLIS
SMK AMBROSE,
AYER TAWAR.

TARIKH :
28 30 APRIL 2009

MASA :
6.00 PAGI 5.00 PETANG

TEMPAT :
LAPANG SASAR KAMPAR,
KAMPAR, PERAK.

1. PENGENALAN
Pertandingan menembak senjata M16 adalah merupakan salah satu
kegiatan utama yang diadakan setiap tahun di peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan yang dikelolakan oleh Polis Di raja Malaysia (PDRM) dengan
kerjasama Jabatan Pelajaran.
Aktiviti seperti ini dapat membangunkan potensi diri pelajar bagi
melahirkan warganegara yang patriotik dan serba boleh. Justeru itu, pelajar
hendaklah diberi pendedahan dan kemahiran yang meluas ketika menyertai
aktiviti ko-kurikulum.
2. MATLAMAT
Untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab, mematuhi
arahan, berkeyakinan tinggi, berdaya saing dan memiliki jati diri.
3. OBJEKTIF
3.1 Memberi pendedahan kepada anggota kadet polis dalam mengendalikan
senjata.
3.2 Meningkatkan disiplin anggota kadet polis untuk mematuhi undangundang khususnya dalam pengendalian senjata.
3.3 Memantapkan lagi keupayaan fizikal dan mental anggota kadet polis.
3.4 Menjana semangat berpasukan dan daya saing dalam kalangan
anggota kadet polis.
3.5 Mengeratkan lagi integrasi dalam kalangan anggota pegawai kadet polis
dan warga PDRM Daerah Manjung.
4. PELAKSANAAN
Tarikh
: 28 30 April 2009
Hari
: Selasa, Rabu dan Khamis
Masa
: 6.00 pagi 5.00 petang
Lokasi
: Lapang sasar Kampar
Pakaian : Half-uniform (baju-T pasukan masing-masing)
Pergerakan : Menaiki trak polis dari sekolah masing-masing
Pendaftaran : a)Setiap sekolah dikenakan bayaran sebanyak RM 340
dengan 34 orang anggota kadet setiap platun
b) Bayaran tunai boleh dibuat kepada Bendahari
Pertandingan, atau bayaran melalui cek kepada Bendahari
PIBG SMK Ambrose sebelum atau pada 15 April 2009.
Sasaran : Seramai 34 anggota kadet polis lelaki/wanita dari 10 buah
sekolah menengah Daerah Manjung.

5. JAWATANKUASA PENGELOLA
Penaung

: ACP Mohd Jamil Bin Osman


(Ketua Polis Daerah Manjung)
: Tn. Muhd. Suod B. Mat Thani
(Pegawai Pelajaran Daerah Manjung)

Pengerusi I : DSP Shaharudin B. Abdullah


(Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung)
Pengerusi II : Pn. Noor Hayati Bt. Shafie
(Pengetua SMK Ambrose, Ayer Tawar)
Penyelaras

: ASP/K Basardin B. Abd. Razak


(Komander Kompeni H)

Setiausaha

: Insp/K Mohd Rizal Bin Saeran


(SMK Ambrose, Ayer Tawar)
: Sjn. Ismail B. Senin
(Ketua Penyelia Jurulatih)

Bendahari

: Pn. Rozita Bt. Mamat @ Ismail


(SMK Ambrose, Ayer Tawar)

Penyelaras aktiviti

: HEA IPD Manjung

Penyelaras persenjataan : IPD Manjung


Ahli Jawatankuasa :
J/K Pendaftaran
J/K Makanan/Minuman
J/K Keselamatan
J/K Sijil/Hadiah
J/K Pengangkutan

:
:
:
:
:

SMK Ambrose, Ayer Tawar


SMK Ayer Tawar
SMK Seri Manjung
SMK Methodist ACS Sitiawan.
IPD Manjung

6. ANGGARAN KOS
6.1 Pendapatan
Yuran penyertaan
(RM 10.00 x 34 anggota kadet x 17 platun)

RM 5 780.00

Peruntukan PDRM

Pengangkutan

JUMLAH

RM 5 780.00

6.2 Perbelanjaan
a) Minuman pagi
( 578 anggota + 70 Pegawai Kadet & PDRM x RM 2.50) = RM 1 620.00
b) Makan Tengahari
( 578 anggota + 70 Pegawai Kadet & PDRM x RM 4.50) = RM 2 916.00
c) Air Mineral (botol besar)
( 578 anggota + 70 Pegawai Kadet & PDRM x RM 1.50) = RM

972.00

d) Sijil ( Kadet & Pegawai Kadet)

272.00

JUMLAH

= RM

RM 5 780.00

7. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

7.1 Latihan menembak M16 terbuka kepada semua anggota dan pegawai
kadet polis Daerah Manjung yang berdaftar sahaja.
7.2 Setiap sekolah boleh menghantar seramai 34 anggota lelaki/wanita atau
kedua-duanya sekali.
7.3 Kebenaran menyertai aktiviti luar sekolah daripada ibu bapa hendaklah
diuruskan oleh Pegawai Kadet Polis sekolah masing-masing.
7.4 Setiap penyertaan sekolah mestilah diiringi oleh sekurang-kurangnya
seorang Pegawai Kadet bagi setiap platun sekolah berkenaan.
7.5 Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM 340.00 bagi setiap platun.
Bayaran dengan cek hendaklah ditulis atas nama PIBG SMK Ambrose,
Ayer Tawar.
7.6 Borang pendaftaran berserta bayaran hendaklah dihantar kepada
PENGETUA SMK AMBROSE sebelum atau pada 15 April 2009.
7.7 Sebarang masalah dan pertanyaan boleh hubungi Insp/K Mohd Rizal Bin
Saeran di talian 019-5735073.

8. PENUTUP
Akhir kata, kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dalam latihan
menembak ini amatlah diharapkan. Semoga aktiviti ini dapat berjalan dengan
lancar dan mencapai objektif dengan jayanya.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

.............

(INSP/K MOHD RIZAL BIN SAERAN)

JADUAL LATIHAN DAN PEMILIHAN WAKIL DAERAH MENEMBAK SENJATA


M16
Tarikh

28 April 2009

Sekolah Terlibat

Bilangan anggota

a) SMK Raja Shahriman, Beruas.


( I platun lelaki & 1 platun wanita)

68 anggota

b) SMK Changkat Beruas, Beruas


( 1 platun lelaki & 1 platun wanita)

68 anggota

c) SMK Dato Idris, Pantai Remis


( 1 platun lelaki & 1 platun wanita)

68 anggota

d) Guru, jurulatih, pemandu

24 anggota

(Selasa)

29 April 2009
(Rabu)

30 April 2009

JUMLAH

228 anggota

a) SMK Ayer Tawar, Ayer Tawar


( 1 platun lelaki & 1 platun wanita)

68 anggota

b) SMK Ambrose, Ayer Tawar


( 1 platun wanita)

34 anggota

c) SMK Tok Perdana, Sitiawan


( 1 platun wanita)

34 anggota

d) SMK Methodist ACS, Sitiawan


( 1 platun lelaki)

34 anggota

e) Guru, jurulatih, pemandu


JUMLAH

24 anggota
194 anggota

a) SM Teknik, Seri Manjung


( 1 platun lelaki & 1 platun wanita)

68 anggota

b) SMK Seri Manjung, Seri Manjung.


( 1 platun lelaki & 1 platun wanita)

68 anggota

c) SMJK Nan Hwa, Kg. Koh


( 1 platun lelaki & 1 platun wanita)

68 anggota

d) Guru, jurulatih, pemandu


JUMLAH

24 anggota
228 anggota

(Khamis)

JUMLAH KESELURUHAN

650 anggota

TATATERTIB DAN PERATURAN DI LAPANG SASAR


Pegawai Kadet, anggota kadet, pegawai dan anggota PDRM yang terlibat dalam
latihan menembak ini hendaklah mematuhi tatacara dan peraturan di lapang
sasar seperti yang berikut :
1. Tentukan senjata api yang akan digunakan berada dalam keadaan yang
baik.
2. Senjata yang akan digunakan mestilah berada dalam keadaan kosong
(unload).
3. Tunggu arahan Pegawai Lapang Sasar sebelum memegang senjata api.
4. Apabila mendapat arahan Pegawai Lapang Sasar AMBIL SENJATA
barulah boleh memegang senjata dan tentukan laras senjata menghala ke
TARGET.
5. Dengar arahan Pegawai Lapang Sasar untuk pergerakan seterusnya
sehingga selesai acara menembak.
6. Dilarang membuat bising semasa latihan menembak dijalankan.
7. Jika terdapat sebarang kesulitan/kesilapan, anggota hendaklah angkat
tangan supaya bantuan dapat diberikan.
8. Setelah selesai latihan menembak, semua peserta dikehendaki
membersihkan lapang sasar dan mengutip kelongsong peluru.
9. Sebelum bersurai, semua anggota yang selesai menjalani latihan
menembak dikehendaki beratur dalam platun untuk membaca ikrar
bahawa tidak mengambil sebarang peluru atau kelongsong peluru di
hadapan Pegawai Lapang Sasar.

You might also like