Kertas Cadangan Permohonan Naik Taraf Kelas Pend. Khas Smksis Ii

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Kertas Kerja Cadangan Membina dan Mengubahsuai Bangunan

Kelas Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran


SMK Sultan Idris Shah II, Gerik.

1. LATAR BELAKANG PROJEK


1.1 Sejarah Penubuhan Sekolah
SMK Sultan Idris Shah II ditubuhkan pada tahun 1965 dan merupakan
sekolah menengah pertama yang ditubuhkan di daerah Gerik. Pada peringkat
awal penubuhannya, murid-murid menumpang di Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan (Inggeris) Gerik dan Sekolah Kebangsaan Gerik. Sekolah ini
dinamakan Sekolah Menengah Rendah Gerik.
Taraf sekolah dinaikkan sebagai sekolah menengah dan dinamakan "Sek. Men.
Sultan Idris Shah II, Gerik" sempena nama Paduka sultan Perak yang memerintah
ketika itu. Bermula daripada itu, SMSIS II semakin berkembang dengan kewujudan
kelas Menengah Atas Aliran Sains pada tahun 1977, kelas tingkatan enam pada
tahun 1984, kelas Menengah Rendah Aliran Agama pula diperkenalkan pada tahun
1989 dan diikuti dengan kelas Menengah atas aliran agama Pada tahun 1996. Pada
tahun 1997, Asrama Sri Didik bagi menempatkan pelajar asli diletakkan dibawah
pentadbiran sekolah berikutan kemasukan pelajar keturunan asli ke sekolah ini.
Pada tahun 2001 pula, kelas tingkatan enam sains diwujudkan dengan bilangan
pelajar seramai 30 orang.

Pada tahun 2009, bermulalah penempatan pelajar pendidikan khas


dengan penubuhan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMK Sultan
Idris Shah II. Pada awal pembukaan, pelajar ditempatkan di bangunan
berhampiran Asrama Sri Didik (Asrama Pelajar Asli) dan kemudiannya
berpindah ke rumah guru (pengetua). Pada awal tahun 2010, bangunan
pendidikan khas siap sepenuhnya dan pelajar berpindah ke bangunan
tersebut sehingga hari ini. Kini, bilangan pelajar yang mengikuti program
pendidikan khas integrasi ini seramai 8 orang dengan menempatkan 2 orang
guru dan seorang pembantu pengurusan murid.

1.2 Keluasan Sekolah : 10.5 Ekar

1.3 Jarak Ke PPD Hulu Perak : 6 km

1.4 Jarak ke JPN Perak : 144 km

1.5 Biodata Sekolah


Nama Sekolah

: SMK Sultan Idris Shah II

Kod Sekolah

: AEE 7032

Daerah

: Hulu Perak

Status

: Sekolah Kerajaan

Bil Guru PPKI

: 2 Orang

Bil Staff Sokongan (PPM)

: Seorang

Bil Enrolmen Murid PPKI

: 8 Orang Murid (6 Lelaki/ 2 perempuan)

Bil Bilik Darjah Sedia Ada (PPKI) : 2 Buah Kelas


Sesi

: 2 sesi (Pagi/ Petang)

Lokasi

: Luar Bandar

2. OBJEKTIF PROJEK
Perancangan projek membina, dan menambahbaik prasarana Program
Pendidikan Khas Integrasi amat penting berdasarkan keutamaan berikut :
2.1 Memastikan keselamatan murid-murid pendidikan khas semasa datang dan
pulang sekolah.

3. SKOP PROJEK DAN ANGGARAN KOS

Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan penambahbaikan


seperti berkut:
3.1.
3.2.
3.3.

Membaikpulih penutup tangki septik dengan anggaran kos sebanyak


RM1,000.00.
Membina pagar di sekeliling bangunan PPKI dengan anggaran sebanyak.
RM 10,000.00
Membina laluan berbumbung yang menghubungkan bangunan PPKI
dengan kelas berhampiran dengan kos sebanyak . RM10,000.00

4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK


Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut :
4.1 Mampu menjamin keselamatan guru dan pelajar kerana keadaan jalan licin
disamping memudahkan pergerakan guru dan pelajar semasa hari hujan.
4.2 Menjamin keselamatan bangunan dan barang daripada rosak dan kecurian.
4.3 Menjamin keselamatan pelajar dan guru semasa aktiviti luar kelas.
4.4 Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada pelajar
pendidikan khas supaya dapat belajar dalam suasana kondusif dan lengkap
dengan kemudahan asas.

5. JUSTIFIKASI PROJEK
Rasional penambahbaikan prasarana dan bangunan kelas PPKI adalah untuk :
5.1
5.2
5.3
5.4

Mengutamakan keselamatan dan keselesaan murid-murid pendidikan


khas.
Mengelak binatang buas/ liar (babi, anjing dan ular) serta orang luar
memasuki kawasan bangunan PPKI selepas waktu sekolah .
Membuktikan keprihatinan Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap
keperluan murid pendidikan khas.
Setiap projek yang dinaik taraf menjadikan program pendidikan khas
sekolah ini berada ditahap terbaik dari aspek prasarana, keselamatan dan
kesejahteraan.

6. IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN


6.1
6.2

Keselamatan murid pendidikan khas sekolah ini tidak terjamin


Hasrat dan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Pelan

6.3
6.4

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025 untuk menjadikan


suasana kondusif dalam pembelajaran tidak tercapai.
Menyukarkan pelajar untuk bergerak ke kantin atau kawasan lain pada hari
hujan.
Kerosakan bangunan dan kecurian harta benda / hasil tanaman (perkebunan )
akan berlaku.

7. GAMBAR BERKAITAN PROJEK YANG DICADANGKAN

Kedudukan tangki septik yang mendap bersebelahan bangunan kelas amat


merbahaya kepada pelajar

Memerlukan laluan berbumbung untuk keselamatan pelajar ketika hari hujan

Bangunan kelas berhadapan dengan setor bahan lupus dan hutan

Keadaan longkang yang rosak akibat ketiadaan pagar bagi menghalang


penunggang motosikal melalui bangunan PPKI

8. LAMPIRAN PELAN TAPAK CADANGAN PROJEK


a) LALUAN BERBUMBUNG

43 KAKI
KAKI

AWNIN
G

5 KAKI

AWNIN
G

BANGUNAN PPKI

15 KAKI

LALAUA
N

15

BERBU
MBUNG

6 KAKI

36 KAKI
43 PANJANG X 36 LEBAR X 8 TINGGI

b) PAGAR
PINTU PAGAR BELAKANG

PAGAR TANGKI

S
U
R
A
U

AIR
BANGUNAN
PPKI

PAGAR
SEDIA
ADA

PINTU PAGAR DEPAN

PETUNJUK :
PAGAR YANG DICADANGKAN (90 LEBAR X 6 TINGGI)

9. RUMUSAN

PAGAR
SEDIA
ADA

Projek naik taraf Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran


SMK Sultan Idris Shah II amat perlu kerana kedudukan bangunan kelas
pendidikan khas tidak strategik dan amat memerlukan penambahbaikan demi
keselamatan dan keselesaan murid-murid pendidikan khas. Hal ini kerana kelas
pendidikan khas berada berhampiran setor dan sering dijadikan laluan motosikal
dimana ianya amat mengganggu aktiviti PdP dan merosakkan longkang
bangunan PPKI.
Sehubungan dengan itu dianggarkan hampir RM16,000.00 jumlahnya
diperlukan untuk membiayai 3 projek yang dicadangkan buat tahun ini. Semoga
permohonan ini mendapat perhatian dan kelulusan sewajarnya.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh;

Disemak dan diakui sah;

................................................

.........................................

You might also like