Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE TAMAN PERTANIAN LAGUD
SEBERANG, TENOM
2015
ANJURAN
PANITIA SAINS
SEK. KEB. BANJAR KENINGAU,
SABAH
2015

1.0 PENDAHULUAN
Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu aktiviti pembelajaran yang
melibatkan pelajar tahap 2, tahun 6 Sekolah Kebangsaan Banjar, Keningau.
Aktiviti lawatan ini juga termasuk dalam perancangan aktiviti tahunan Panitia
Sains 2015 yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang
keunikan tumbuh-tumbuhan di negara Malaysia. Di samping itu, aktiviti ini juga
ingin memupuk keseronokan, penghayatan budaya, dan semangat perpaduan
dalam diri murid-murid. Aktiviti lawatan ini juga tidak keluar daripada standard
pembelajaran yang ditetapkan oleh kerajaan. Lawatan ini juga bertujuan untuk
pembelajaran Sains bagi tajuk yang berkaitan. Pengalaman yang ditimba
melalui aktiviti lawatan ini sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid yang
bakal menghadapi peperiksaan UPSR.
2.0 LATAR BELAKANG
Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk
memastikan semua murid tahun 6 dapat mengikuti lawatan yang dianjurkan
oleh pihak kami serta mengikuti semua aktiviti yang telah dirancang.
Lawatan pada tahun 2015, dijangkakan sejumlah 75 orang murid akan
menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Taman Pertanian Lagud Seberang, Tenom.
Lawatan ini melibatkan 20 orang guru pengiring bagi mengiringi murid-murid
yang akan mengikuti lawatan ini. Dalam masa yang sama, guru-guru ini
bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai integrasi, perpaduan dan
kehidupan yang berintegriti dalam kalangan murid.
3.0 MATLAMAT
Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang
kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk
menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan
yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti lawatan ini
bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.

4.0
i.

OBJEKTIF
Melahirkan murid yang mencintai alam sekitar.

ii.

Menyedari keunikan alam semulajadi di negara kita.

iii.

Meningkatkan tahap kecergasan mental dan fizikal murid.

iv.

Memupuk sikap hormat-menghormati dan semangat kerjasama antara


satu sama lain ke arah pembentukan masyarakat yang harmoni.

5.0 PELAKSANAAN
5.1
Tarikh Pelaksanaan
5.1.1 Tarikh yang dirancang : 25 MEI 2015
5.2
Tempoh Pelaksanaan
5.2.1 Tempoh Pelaksanaan : 9.00 pagi hingga 5.30 petang
5.3
Tempat Lawatan
5.3.1 Kampung Budaya Sarawak.
5.4

Pengangkutan

5.4.1
-

Bas ( 8 buah)
Bas akan ditempah oleh guru pengiring.
Bas yang digunakan ialah bas sewaan
Sebuah bas dapat memuatkan 10 orang penumpang

5.4.2 Kereta Guru (5 unit)


Kereta akan disediakan oleh guru pengiring itu sendiri.
Rasional untuk 5 unit kereta adalah untuk tujuan sekiranya ada
kecemasan.
6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN
6.1
6.2

Sasaran : Murid Tahun 6


Jumlah peserta : 75 orang

7.0 TENTATIF PROGRAM


25 MEI 2015 (SABTU)
MASA
7.30 A.M

AKTIVITI
1.BERKUMPUL DI SK BANJAR
2. PENDAFTARAN PESERTA
3. PEMBAHAGIAN KUMPULAN BAS
4. TAKLIMAT KESELAMATAN, DISIPLIN, DAN ETIKA

8.30 A.M

BERTOLAK KE TAMAN PERTANIAN LAGUD SEBERANG,


TENOM

9.30 A.M

1. DI JANGKA TIBA DI TAMAN PERTANIAN LAGUD


SEBERANG, TENOM
2. MINUM PAGI

10.30

1. TAKLIMAT BERSAMA PEGAWAI TAMAN PERTANIAN


2. PEMBAHAGIAN KUMPULAN LDK
3. SLOT 1 MELAWAT SEKITAR TAMAN PERTANIAN

12.30

1. MAKAN TENGAHARI
2. SOLAT/REHAT

2.00 P.M

SLOT 2

4.00 P.M

PENYAMPAIAN HADIAH
MINUM PETANG
BERGAMABAR

5.30 P.M

BERTOLAK PULANG KE SK BANJAR, KENINGAU

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN

CATATAN

BIL

PERKARA

ANGGARAN HARGA

JUMLAH

TAMBANG BAS PERGI DAN


BALIK

RM15 X 75

RM 1125

YURAN MASUK

RM10 X 20 (GURU) = RM
200
RM5 X 75(MURID) = RM
375

RM575

MINUM PAGI

RM2 X 100

RM200

MAKAN TENGAHARI

RM6 X 100

RM600

MINUM PETANG

RM2 X 100

RM200

HAMPER

RM20 X 10

RM200

PERALATAN LDK

RM100

RM100

JUMLAH BESAR

Pelajar / Peserta
Guru pembimbing
Jumlah Keseluruhan

:
:
:

RM 3000

75 orang
25 orang
100 orang

8.1

Yuran Kursus

8.1.1 Setiap pelajar yang mengikuti lawatan ini dikehendaki membayar yuran
sebanyak RM10.00 sebagai yuran penyertaan.
8.1.2 Guru pengiring turut diwajibkan membayar RM20.00 sebagai yuran
penyertaan.
8.1.3 Pihak penganjur akan memohon belanjawan daripada Unit Kokurikulum
dengan jumlah sebanyak RM1750
8.2

9.0

Anggaran Pendapatan
1. Yuran Pelajar
2. Yuran Guru

= RM10.00 X 75 RM 750.00
= RM20.00 X 25 RM 500.00

3. Unit Ko-Kurikulum

= RM 1750

Jumlah keseluruhan

= RM 3000

PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan
lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang diperolehi di
dalam aktiviti lawatan ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian
mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang
dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih.

10.0

PERAKUAN PERAKUAN

Disediakan Oleh:

Di Sahkan Oleh :

-------------------------------------__________________________
(INTAN SYAFINAS BT ISMAIL)

( EN. JINLI BIN RAMLI)

SETIAUSAHA PROGRAM LAWATAN


TAMAN PERTANIAN, SABAH 2015

Di Semak Oleh:
_____________________________
(EN. SAIDIN BIN SALIM)
KETUA PANITIA SAINS SK BANJAR 2015

GURU BESAR BANJAR

You might also like