Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEJARAH TURKI UTHMANIYYAH

Pendahuluan

Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah ditubuhkan pada abad ke-13 oleh sultan yang
pertama iaitu sultan Uthmani.[1]Nama kerajaan Uthmaniyyah diambil sempena
nama nenek moyang mereka yang pertama iaitu sultan Uthmaniyyah Ibn Sauji Ibn
Artugrul Ibn Sulaiman Shah Ibn Kla Alp yang merupakan kepala kabilah kabl di
asia[2] Pada abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah
kerajaan Byzantine, termasuk Yunani dan Bulgaria. Kejayaan yang terbesar dalam
kerajaan Turki Uthmaniyyah ialah dengan menakluki KotaConstantinople pada
tahun 1453 (kemudian ditukar nama kepada Istanbul).[3] Pada tahun1526 sebagian
besar wilayah Hungary telah dikuasai oleh kekuasaan Turki Uthmaniah. Kerajaan
Turki Uthmaniah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian
tenggara, menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah Arab yang lain. Kajayaan
Kerajaan Turki Uthmaniah adalah kerana mereka mempunyai angkatan laut yang
handal dan sentiasa bersedia bagi melaksanakan tugasnya dalam peperangan.
tenggara.

Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan karajaan Turki Uthmaniyyah merupakan


keganasan Islam.CDengan ini mereka menegaskan bahawa Islam adalah agama
kekejaman dan agama pedang yang menakutkan.CPada akhir abad ke-17,
kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah ekoran daripada masalah dalaman
seperti kelemahan pemerintah, masalah birokrasi, ketenteraan, kemerosotan
ekonomi, dan pemberontakan, serta foktor luaran seperti pengaruh luar, dan
peperang dengan kuasa luar.Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah memberi
kesan kepada Negara-negara umat islam.

Faktor Kejatuhan Turki Uthmaniyyah

Antara faktor utama yang menyebabkan kejatuhan karajaan Turki Uthmaniyyah


ialah kelemahan pemerintah. Sultan-sultan Uthmaniyyah yang terakhir
sememangnya sedah tergelincir jauh daripada landasan perjuangan nenek moyang
mereka. Mereka tidak mengingati bahawa kerajaan turki uthmaniyyah dibina atas
dasar iman dan taqwa sultan-sultannya. Keperibadian pemerintah yang lemah
menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mengalami kemerosotan. Sultan
dikatakan suka berfoya-foya, suka berhibur, rakus dan mempunyai sifat yang
tamak. Mereka sudah leka dengan kenewahan dunia sehinggakan mereka tidak
mempedulikan hal kebajikan rakyat. Hal ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan

sultan Salim II pada tahun 1566 sehingga 1574, baginda dikatakan suka minum
arak dan sering barfoya-foya dengan dayang-dayang istana,[4] sehingga dikatakan
baginda meninggal dunia disebabkan terlalu banyak minum arak.[5] Sultan salim II
langsung tidak mempunyai kesanggupan untuk menjaga negeri yang begitu luas.
Malah baginda telah menyerahkan urusan pentadbiran Negara kepada wazir yang
bernama Muhammad Pasya Secilli.[6]

Sebenarnya kelemahan sultan adalah berpunca daripada kelemahan iman, mereka


tidak mengikut syiar dan sunnah Rasulullah s.a.w, malah mereka tidah takutkan
Allah S.W.T. Akibatnya, Allah S.W.T tidak lagi memberi bantuan untuk menguatkan
kerajaan mereka seperti firman Allah S.W.T surah Al-jasiyah yang bermaksud Allah
menjadi pembela kepada orang bertaqwa.Sultan-sultan uthmaniyyah yang terakhir
juga tidak mempedulikan lagi ulama ul-amilin, mereka tidak mendengar nasihat
para ulama sufi yang selama ini banyak membantu sultan dalam hal pentadbiran.
Kelakuan-kelakuan yang menyimpang oleh Sultan-sultan Uthmaniyyah di akhir usia
pemerintahan, telah memberikan impak yang negatif kepada umat Islam.
Kehidupan mereka yang tenggelam di dalam arus materialisma dan Jahiliah telah
menjadikan diri dan masyarakat hidup dalam keresahan, celaru dan hilang jati diri.

Selain itu, sultan juga dikatakan telah dipengaruhi oleh ibu dan isterinya dalam hal
pentadbiran, ini menunjukkan bahawa sultan tidak mempunyai pendirian yang
teguh dalam menentukan keputusan. Contohnya pada zaman pemerintahan sultan
Ibrahim pada tahun 1640 sehingga 1648, banginda telah dipengaruhi oleh
bondanya dan tiga orang isterinya yang masuk campur tangan dalam hal ehwal
pemerintahan.[7] Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa penyikiran wazir besar iaitu
Kara Mustafa yang telah banyak berjasa kepada sultan Murad IV[8]. Bonda dan
isteri-isterinya telah menghasut kaum Inkishariyah agar mereka menuntut supaya
sultan ibrahim menyerahkan kepala wazir tersebut kepada mereka. Bonda dan
isterinya tidak puas hati dan tidak bersefahaman terhadap wazir tersebut
kerana semasa wazir ini memegang kendali, beliau banyak menyentuh keperibadian
perempuan. Selepas kematian sultan Ibrahim, Kerajaan Turki Uthamaniyyah telah
diperintah oleh wanita istana, khususnya permaisuri-permaisuri sultan yang selama
ini sememangnya mengiginkan kuasa pemerintahan. Di sini jelas menujukkan
bahawa Sultan Ibrahim I telah dipengaruhi oleh ibu dan isteri-isterinya dalam
melaksanakan pemerintahan.

Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah juga, disebabkan


kerana kezaliman pemerintah, sultan telah melaksanakan pemerintahan secara
kuku besi. Contahnya semasa zaman pemerintahan sultan Abdul Hamid II,
walaupun baginda boleh dikatakan seorang pemerintah yang agung, namun begitu
banginda juga telah melakukan kesilapan yang telah menyebabkan kejatuhan
kerajaan Turki Uthmaniyyah. Baginda telah mentadbir Negara dengan corak
pentadbirannya yang tersendiri, malah para pembesar yang tidak bersetuju dengan

corak pemerintahannya akan dipecat atau dipenjarakan. Hal ini telah menyababkan
segelintir masyarakat tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran sultan dan cuba
untuk mengulingkan kuasa pemerintahannya.

Seperti mana yang kita tahu ketenteraan merupakan salah satu faktor yang telah
menyebabkan kejayaan karajaan Turki Uthmaniyyah pada awal penubuhannya.
[9]Kemerosotan dalam bidang ketentaraan telah menyababkan kekuasaan Turki
Uthmaniyyah semakin berkurang dan lemah. Kemerosoktan ketenteraan bermula
apabila disiplin ketenteraan dikalangan pegawai atasan semakin lemah.[10] Sikap
tentera yang tamak dan tidak mempunyai semangat untuk berjihad telah
menyebabkan mereka membenarkan begitu banyak rasuah berlaku dikalangan
mereka. Pada zaman ini, penjualan jawatan telah bermula diperingkat atasan lagi,
malah sultan Suliman sendiri telah meminta hadiah daripada orang yang hendak
dilantik untuk memegang sesuata jawatan. Pada masa ini juga jawatan tidak lagi
dipilih berdasaran kelayakan, inilah yang menjadikan ketenteraan menjadi lemah.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa rasuah dikalangan tentera bermula dari puncak
kepimpinan lagi. Gejala rasuah ini telah menjadi satu amalan bagi mereka,
sehinggakan undang-undang syariah yang selama ini menjadi pegangan umat islam
pun tidak mampu untuk membanteras kegiatan rasuah dan penyelewengan yang
dilakukan oleh pegawai-pegawai tersebut. Selain itu, pelantikan sesuatu jawatan
juga berdasarkan keturunan, yang mana anak-anak mereka akan mengantikan
jawatan mereka. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pembunuhan diantara
waris-waris bagi mendapatkan jawatan tersebut. Waris-waris sendiri terpaksa
dibunuh bagi menjamin tidak ada perebutan kuasa dikemudian hari.[11]

Ekonomi merupakan tulang belakang kepada kemajuan empayar Turki


Uthmaniyyah, kemerotan ekonomi telah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyyah
gagal dalam menguruskan pentadbiran negara. Kemerosotan ekonomi yang serius
adalah berpuca daripada sikap sultan yang terlalu boros dalam pembelanjaan bagi
memajukan Negara semata-mata hanya untuk hiburan dan tujuan kepentingan
dirisendiri.[12] Hal ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan sultan Sulaiman,
baginda telah menjalankan dasar perluasan kuasa melalui peperangan yang mana
memerlukan modal yang besar dalam membiayai ketenteraan. Hal ini sekali gus
telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan jumlah wang yang banyak,
ekoran daripada masalah tersebut, pihak pentadbir terpaksa mengenakan cukai
yang tinggi kepada rakyat. Peningkatan cukai yang tinggi telah menyebabkan
rakyat tertekan dan cuba bertindak untuk memberontak.

Kisah pengkhianatan terbesar dalam sejarah Islam moden ini, bermula ketika Sultan
Abdul Hamid II menolak permintaan Theodore Hertzel (Ketua Zionisme
Antarabangsa dan anggota tertinggi Freemasonry) agar sultan menyerahkan
Palestin sebagai wilayah baru untuk Yahudi. Harga lumayan yang ditawarkan
kepada Sultan Abdul Hamid, supaya baginda menjual bumi Palestin telah ditolak

mentah-mentah kerana baginda sudah tahu tujuan sebenar


mereka. [13]Sungguhpun jumlah tawaran tersebut begitu besar untuk ditolak.
Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata kepada Herzl melalui utusan
yang dihantar untuk perundingan tersebut :

"Saya menganjurkan supaya dia(Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha


mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki
persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya.
Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan
pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami
sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu
menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar
ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi
mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya
berlaku atas sebab apapun.."

Akhirnya pada tahun 1908, gerakan Committee of Union and Progress (CUP) yang
didalangi oleh yahudi zionis telah melakukan pemberontakan "Revolusi Turki Muda"
menentang khalifah.[14] Hasil daripada revolusi ini, sebuah perlembagaan telah
diisytiharkan di Salonika, khalifah telah dipaksa supaya meluluskan pelantikan para
menteri yang dipilih oleh Turki Muda.Pada 26hb. April 1909, Jawatankuasa
Kebangsaan telah bertindak memecat Sultan Abdul Hamid daripada jawatan
khalifah dan sistem perlembagaan dilaksanakan semula.[15]Dengan ini sistem
pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah telah berkubur dan digantikan dengan sistem
perlembagaan dan parlimen ala barat. Gerakan Nasionalisme yang dipimpin oleh
Mustafa Kamal berjaya mendapat tempat dengan Parti Kebangsaan yang
dibentuknya.Beliau bercita-cita untuk menggantikan Khilafah dengan Republik
Turki.Revolusi yang digerakkan oleh beliau dilihat sebagai memenuhi kepentingan
British, sungguhpun beliau cuba mengaburinya dengan rupa nasionalisme. British
adalah dalang yang menaja segalanya bagi menjayakan revolusi yang dijalankan
oleh Mustafa kamal.

Pada masa yang sama, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang
semakin hebat.Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia,
telah menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab. Pejuang
kebangsaan Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah.Pemerintah Arab
ketika itu, Emir Faisal 1 yang berpaling tadah dan memihak kepada Britain.Sejak
dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.Akhirnya pada 1917, Britain
menduduki semula kawasan Palestin.Tentera Britain, diketuai General Allenby,
memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan - hari ini, perang
salib sudah berakhir.[16] Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour,
iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi, Britain
menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi.[17] Penempatan Yahudi di Palestin telah

meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta.Pada tahun
1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan
Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab
kepada Deklarasi Balfour.Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia
Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah
kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan
Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya.

Kerajaan Turki ditukar pada sistem barat dan ini


merosakkan sistem Khilafah.

Kesan Terhadap Negara Umat Islam

Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah sememangnya telah memberi kesan yang


mendalam kepada umat islam.Kesan yang paling ketara yang dapat dilihat ialah,
terdapatnya unsur-unsur sekularisme yang telah dipengaruhi oleh barat. Hal ini
telah menyebabkan lahirnya golongan birokrat yang pro barat, yang sekali gus telah
melahirkan golongan yang memandang tinggi terhadap orang barat.Unsur
sekularisme telah meresap masuk ke dalam pentadbiran, perundangan, pendidikan,
pertahanan dan yang paling penting adalah pemikiran penduduk Turki
Uthmaniyyah.Penduduk semakin terpengaruh dengan gaya hidup orang barat yang
menjadikan mereka kufur dengan perbuatan seperti meminum arak dikalayak
ramai, menari dan bergaul bebas. Malah mereka juga telah meninggalkan ajaran
agama islam yang selama ini menjadi tunggak dalam kehidupan mereka.

Kejatuhan karajaan islam yang agung ini telah menyebabkan, berlakunya


perubahan dari segi perundangan, yang mana undang-undang yang digunakan
dalam pentadbiran adalah berdasarkan undang-undang yang menerapkan unsur

sekular. Mereka memandang rendah terhadap undang-undang syariah, malah


mereka lebih mengagungkan undang-undang yang diperkenalkan oleh barat. Selain
itu, kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah juga telah memberi perubahan dalam
bidang pendidikan. Bidang pendidikan mula diterapkan dengan unsur-unsur
sekularisme[18] yang telah melihirkan golongan pro barat yang akhirnya telah
melakukan perubahan besar terhadap kerajaan Turki.

Selain itu, kajatuhan karajaan Turki Uthmaniyyah telah memberi kesan terhadap
institusi khalifah. Setelah Mustafa Kamal Ataturk memegang puncuk kepimpinan,
beliua telah mengadakan perubahan besar kepada sistem pentadbiran yang mana
beliau telah menghapuskan institusi kesultanan pada 1 november 1922 di mana
beliau menggunakan alasan bahawa sultan telah mengkianati Negara. Pada masa
yang sama beliau juga telah mengistiharkan Turki sebagai sebuah Negara republic
di mana beliau sendiri telah mengangkat dirinya sebagai presiden yang pertama.
[19] Dengan bermulanya corak pemerintahan republic tersebut. maka sistem
khalifah yang diamal di Negara islam itu telah berakhir pada 29 november 1923
dengan memutuskan bahawa khalifah tiada gunanya.[20]Semasa pemerintahan
Mustafa kamal, beliau telah menunjukkan sikapnya yang anti terhadap islam. Umat
islam telah menerima kesan yang sangat mendalam ekoran daripada sikap Mustafa
Kamal yang banyak melarang umat islam untuk mengikut ajaran islam. Contohnya,
beliau telah menghapuskan semua yang berwajah dan berbau islam, malah yang
paling menyedihkan apabila beliau telah mengeluarkan arahan larangan azan
dalam bahasa arab, wanita-wanita juga dilarang untuk menutup aurat.
Pada masa yang sama, kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah juga telah memberi
kesan kepada Negara-negara islam lain.Umat islam telah berpecah dengan dasyat
mengikut Negara masing-masing dengan idetiti bangsa dan ideologi masing-masing
yang kebanyakkannya telah dipengaruhi oleh budaya barat. Hal ini telah
menyebabkan Negara umat islam menjadi lemah dan mula dijajah satu persatu oleh
kuasa barat yang sememangnya menantikan saat-saat tersebut. Campurtangan
kuasa barat semakin meluas di Negara-negara umat islam, Negara umat islam
dibahagi-bahagikan oleh Kuasa Berikat bagi tujuan penaklukan.

Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Kerajaan Turki Uthmaniyyah sememangnya


merupakan sebuah empayar islam yang agung di dunia sehingga dikatakan tidak
dapat ditandingi oleh mana-mana empayar selepasnya. Walaubagaimanapun
keagungan dan kejayaan empayar tersebut akhirnya telah mengalami kemerosotan
dan kejatuhan ekoran daripada faktor dalaman dan juga luaran yang banyak
memberi tekanan kepada kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kajatuhan empayar Turki
Uthmaniyyah telah memberi kesan tehadap Negara umat islam sehingga ke hari ini.
Namun begitu, kejatuhan Turki Uthmaniyyah juga telah memberi kesedaran kepada

umat islam untuk memikul tanggungjawab menyebarkan agama.[21] Hal ini telah
menyebakan muncullah ulama-ulama yang sedar dan menggerakkan Harakah
Islamiyyah di negara masing-masing.

[1] Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala


Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 386
[2] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 346
3 Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala
Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 398
[4] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 376
[5] Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala
Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 411
[6] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 376.
[7] Lois A. Aroin Dan Richard P. Mirtchell(Terjemahan Redzuan Othman).1991.Timur
Tenggah Dan Afrika Moden.Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka.
[8] Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala
Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 413
[9] Prof.Madya Fadhullah Jamal.2000.Islam Di Asia Barat Moden Sejarah Penjajahan
Dan Penerokaan.Selangor.Thinker`S Library`S Sdn.Bhd.Hal 3
[10] Marshall G.P.Hadson Penterjemahan Mohd Radzali Masran.2004.Kebangkitan
Islam:Gambaran Sejarah Dalam Tamadun Dunia Edisi Empayar Serbuk Letupan
Zaman Moden Jilid III.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 50
[11] Marshall G.P.Hadson Penterjemahan Mohd Radzali Masran.2004.Kebangkitan
Islam:Gambaran Sejarah Dalam Tamadun Dunia Edisi Empayar Serbuk Letupan
Zaman Moden Jilid III.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 151
[12] Stanford Shaw.1976.History Of The Ottoman Empire And Modern
Turkey.Cambridge.Cambridge University Press.Hal 234.
[13] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 402
[14]Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 402
[15] Ahmadi Al-Aziz.1998.Kamal Ataturk Ideology Dan Kesan Ke Atas Rakyat
Turki.Hal 35.
[16] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 405
[17] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 405
[18] Esposito, L.John (Terjemahan Y.N.Eva.2001.Ensiklopedi Oxford Dunia Islam
Moden.Bandung.Penerbit Mizan.Hal 130.

[19] Haji Dasuki Bin Haji Ahmad.1992.Ikhtisar Perkembangan Islam.Kuala


Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal 426
[20] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 407
[21] Hamka.1977.Sejarah Umat Islam.Kuala Lumpur.Pustaka Antara.Hal 408.

You might also like